Wednesday, April 30, 2008

Farewell Wa...my last day in Taliworks

Farewell Part I
Well...the day has come. Today is my last day here... How time flies, kan? I joined on 2 June 2003. Another 2 months will be exactly 5 years. Tak terasa 5 tahun tu...tapi bila sebut baru rasa, wahh..5 tahun tuh. Tapi bila kenangkan yg kekawan lain ada dekat 20 tahun...rasa mcm, apalah sgt 5 tahun. Apalah yg boleh disumbangkan, kan?
Today posting memang nk buat panjang cadangnya, tapi mata amat mengantuk Memang penat abih. I will review semua farewell lunch yg dibuat later ya... Thanks guys...really made me feel appreciated. Actually, bila dh nak meninggalkan semua..baru rasa semua orang ni baik. Tapi, may be sebb kita baik dengan orang kot...(that's what En Zaidi said..)
Teringat masa mula masuk... HR at that time, kat ground floor becoz we're under Taliworks. The other 2 floors were occupied with LGB staff. Taliworks is actually one of the company in LGB Group, but we're the only company who are listed in Main Board. Kira company yg besar, yg glamor, yg buat duit (to be specific)..hehehe is Taliworks la. Memang rasa bersyukur dapat kerja di company ni. Can be considered as a big and stable company.
Sebenarnya kat sini lah baru tau, kegunaan email, internet, ada diary, ada kalendar company, AGM kat hotel. Baru tau serba sedikit preparation nak AGM. And kat sini juga, aku dah tak buat payroll, yeahoo! Payroll ni memang hectic sikit. Dengan tak leh nak cuti hjg and awal bulan. So, memang suka and lega abih..
Masa tu, Encik Adil was my boss. He's the one who hired me. Thanks En Adil. Rezki dari Allah melalui dia. Kira baru la terbukak mata dengan byk perkara. Bezanya korporat dengan manufacturing. I'm really bersyukur, alhamdullillah. Masa ni, HR hanya ada En Adil aje and sorang eksekutif je..iaitu aku. Then nearly end April 2004, office did some major renovation. The 'old fashioned' office has been changed to modern type office. Tapi yang aku pelik, 1st floor tak
di renovate nya..sehingga ke hari ni. Yg ubah hanya tempat reception. Tak tau la naper.

Bila renovate, rupanya diaorg buat satu bilik khas utk HR dept di tingkat 2. So, we have to move there. Duduk dlm bilik yang memuatkan sebuah lagi bilik utk GM HR, 4 cluster cubicles and one manager's cubicle. Bermula di sinilah, me and Ms Teng getting close since only 2 of us exec in the room. Ms Teng is doing accounts but she also handling payroll. So, banyak P&C matter kan. Best juga dlm bilik ni....bebas, jauh dari mata boss2 besar. Tak lama lepas tu, En Adil ditukarkan ke Water & Engineering division yg ofis nya di Dmansra Utama. So left us 3...including my GM HR.

My cubicle...babai...



Tadi masa nak balik, sempat bersalaman dengan smua org...my 2nd floor je tak sempat, sbb masa naik tu..org dh start balik. Just a few of them ada. Masa kat ground floor, i know ada seorang tu yang amat sedih. Tapi tak sangka sesedih itu..... Kak Jem, wa mmg sedih tgk kak Jem. I dont know that I've touched people's heart smpai mcm tu... Bila kak jem kata...susah nak lepaskan Wa, sayu rasa hati. Apa lah yg aku buat sampai org cakp mcm tu..Wa harap wa buat yg baik2 je ya kak jem. Dah kak jem, jgn bersedih lagi....hidup kita mesti diteruskan. Tak bekerja bersama tak bermakna putus hubungan kan? Harap kak jem and smua yg lain akan ingat kan Wa, ok?

Dengan Rose pun berair juga lah mata. Memang kitaorg rapat sejak HR kena pindah ke atas. Ye la, sapa lagi melayu yg ada kat situ. Bukan lah kata racist ke apa....walau cemanapun, selesa dgn bangsa sendiri. Nak bergosip senang...nanti kalo kawan cina tu, nk gosip apanya...hehehe lebih2 lagi pasal artis kan Rose kan? kekekeke

Ms Teng, lagi lah words can't describe the feeling and the relationship that we had. Memang kami close. Kadang byk rahsia dikongsi bersama. Thru ups and downs.. Ms Teng I do appreciate it. You're so nice...true blue friend. I'm not sure whether I'll meet sumone like you in the future. We just hugged each other....and all the words tersekat kat kerongkong, sebak. Airmata dah tergenang dah...dua2 mata merah. Memang tak ckp apa2...but we know and understand what actually we want to say....sob, sob,sob....


My cubicle different angle...nampak tak Ms Teng tu tgh bertepon..

Ms Teng and Sandy, thanks eh...for taking my things ke kereta. Ya Allah, byk betoi barang....5 thn punya barang. Masa ni..memang rasa sebak and sedih. Berair jugalah dlm keter. Termenung dibuatnya...fikir pulak, cemana kat tmpat baru ya? Well....no need to think. Just...redahhhh je dengan niat Lillahitaala. InsyaAllah, ini yg terbaik buat ku...siapa kita utk pertikaikan ketentuan Allah kan....aminnn..

Mint sempat singgah masa balik petang. Mula nk dtg lunch tapi tak dpt..byk keje eh mint. Tak pe...smlmnya kita dh jumpa. Mint one of my fren yang really encourage me to find other better offer since masih muda katanya. Tapi tulah...di saat2 perpisahan sedihkan Mint? Nanti kita tak pi ke Langkawi dah sama2, tak pi training sama2, tak lunch sama2 especially ari Jumaat...hehe Mint, salah sorang kawan yang lebih dari kawan, dh mcm kakak angkat. Boleh ngam kita kan...tapi yang pasti hubungan ini istimewa lebih dari persahabatan. Bukan setakat hal kerja...hal anak2, hal rumah, hal gosip2 menggosip...hehehhe Mint, Wa hargai semua nya. Mint lah org pertama gave me farewell gift. Terharu baca kad tu.... Wa harap Wa tak ada buat apa2 yng mengguriskan perasaan Mint, harapnya yg baik2 lah hendaknya. Ye lah, kita manusia...selalu lupa. Kadang org buat baik dengan kita...kita pulak, selalu terlupa pasal tu. Kdg2 yg jahat kita ingat...tp yg dia berbuat baik, mudah kita lupa. Itulah manusia kan. Harapnya aku tidak digolong org2 jenis itu, biarlah menjadi org yg baik2.

Oklah guys...shall update again tomorrow. Mengantuk ya amat.........I need resttttttt... Ada satu hari je esok..then, start new challenge.

Tido dulu ya..




Thursday, April 24, 2008

Countdown 4.5

I'm going to leave my workplace that I've been working for 5 years...hmmph, but I'm not really counting the days. I'm really busy with settling all the things before I go. Just that, when today, my first farewell lunch with my Malay colleagues and I did realised something. Hmm..after the lunch, I know the reality that I'm going to leave behind all the friends. Things wud be different after this, yes we still friends, still keep in touch...but it wont be the same. We're not working together anymore. The environment will be different. Well...that's life. I have to face it.

Kami makan kat Seri Melaka. Dalam 9 orang, suppose nya ada 10 dengan Mus. Sian member...ada meeting last minute. Padahalnya dia lah yg beriya pesan dia nak join. Tak pelah tak de rezki. Among Malay colleague tu..ada la terselit 2 org yang bukan Malay. Helen and Ms Wong. Biasalah berdua ni...tak ngam dgn geng lain, so join la grup kecik ni. But, I'm ok with it. Apa-apa pun, I'm touched from what they have done for me.

Ada lauk rendang ayam, ikan steam, tauhu apa tah masakannya, pucuk paku, popia goreng. Tapi makan ramai2 mmg seronok la kan. Nanti esok kita upload gambo2 nya.

Rose, Nor, Kak Jem, Kak Piah, Tina, Ain...terima kasih byk2. I wont forget. Helen and Ms Wong, it's fun to know both of u....memang fun pun. Hanya org yg keje Taliworks yg tau sejauh mana tahap 'fun' diaorg ni. Antara sabo dan tak sabo je dgn diaorg ni...kekekeke. Helen dgn me, quite close sebab masa mula masuk, HR kat ground floor. So, dia ni...cubicle depan aku. So, quite close la kan. Until HR dept kena pindah atas, even tak sama floor....still baik lah. Ada juga gaduh2...itu biasa. Helen and Ms Wong ni customer tetap kakak. Kalo pasal nak alter baju, seluar...mmg diaorg le regular customer kakak. Tu sedih sbb nanti susah nak anta alter....sabo je aku.

Nor has been my gud fren masa mula masuk lagi. Kitaorg pernah mcm belangkas ke sana ke mari. Lunch time partner. Cuma, bila aku start busy....we're fall apart. Tapi idak le...tak tegur sapa ke, cuma tk jadi belangkas dah. But still baik. Bergosip tu masihh..kekeke. And hubungan kawan kitaorg ni a bit special, sbb kelas ngaji pun sama. Then, ada a few things tht we can share together. Lepas ni...tak jumpa kat ofis...jumpa kat kelas ngaji. Memang le akan lain...tp, masih boleh bertemu seminggu sekali. Itupun kalo salah sorang tk ponteng la kan...hehehe.

Kak Jem...mmg le baik dgn dia ni. Sebab pernah satu floor. And dia kononnya 'reporting' to me. Leave form dia, I'm the one who signing. Hmm...tang tu je. Bab keje...she hv to assist dua mak tiri dlm akuarium. Byk benda kongsi dgn kjem ni....suka duka, macam2 hal la kan. Kjem, jgn sedih2 dah...katanya sayu aje rasa sejak aku tender surat berenti. Ye le tu kjem...smpai kata nmpk tmpt parking pun rasa sayu....lebih le tuuuu. InsyaAllah kita akan berhubungan. Cuma dlm keadaan berbeza. Nanti Wa pi kenduri adik ya...hehehhe, insyaAllah.

Rose...hmmm, ini panjang citernya. Sejak naik ke tingkat atas, mmg close betul dgn mak cik sorang ni. Hujung tahun 2004, mula HR pindah ke atas. Start tu...mmg close la. Dulu, masa kat bwh...jarang jumpa dia ni. Kdg satu hari...tk terserempak pun. Cuma kalo dia cari kjem nak ajak lunch. Tu baru borak2 manja aje. Byk kenangan dengan Rose ni... Rose, u have been such a good friend and sister. Byk benda dah dikongsi dengan dia ni....and she's a good listener. Rose, keep it tht way. Cuma tak dpat la kzra tgk transformasi tu....nanti jgn lupa tjk kzra ya...hehe.

Kak Piah...mungkin kita berjarak sikit. Tapi, tetap rapat. Walau jarang borak...tp kalo jumpa, Ya Allah, smpai lupa boss ada....kekekeke. Tambah pulak ada Rose. Kak Piah, dah jauh pengalamannya. Dah jadi Hajah dah tahun lepas. Byk kata nasihat diberinya disamping cubitan2 geram dia kat badan aku yg molek ni...hahahahha

Tina, Ain...baru aje nk kenal kan. Tina, i'm the one who interviewed her for the post. Masa tu aku dh start cari keje lain. Nak tergelak bila kenang...dok sibuk recruit org utk company. At the same time, aku ni nak blah from the company...kekekeke. Tapi, apa2 pun kita rapat juga..cuma jarang sembang. Tapi selesa bila bersembang bersama.

Ain tu mula kenal rapat bila ofis dia ditempatkan di Lot 12 bersama TCB construction. Baru je nak kenal lebih mesra katanya...dah ko nak blah. Hehehe..nak buat cemana, hidup perlu diteruskan. Rezki dari Allah. Ain ko tu jaga kesihatan....

Mus pulak...dia ni, hmm..kena satu hari citer psl dia ni. Hahhaha...sori la Mus. Kita mmg le close. Aku tau ko sunyi kat bawah tak de kawan yg se level nak sembang. Selalu juga intercom bergosip, melepaskan tension... sama2 sibuk cari keje lain. Tapi, rezki aku dulu...aku pergi dulu ya Mus... Aku doakan ko menyusul pulak, aminnn....


Esok dengan kekawan Chinese pulak. They want to eat at Japanese Restaurant. Bukan sebab apa...ada separate function pulak Malay, Chinese. Tak de apa..just that, selesa la bila pecah grup2 kecik ni. Actually, terharu juga...sbb grup Chinese ni, ramai nak join. Mula Ms Teng and Ms Neoh aje yang awal2 dh booked aku for this Friday. Akhirnya ramai join...hampir 20 org lah juga. Segan la jugak kan....mcm tak sangka la diaorg sanggup buat private function camtu dari poket sendri tanpa libatkan company.

Ptg tadi, ada lagi yg nak join...Ms Teng sempat cakap, 'ramai suka kat u....lagi ramai join..' Wahhh...shud i flattered? Dah jgn nak riak...ke diaorg suka ko tu blah...hahahahaha.

Semalam, my boss Mr Ching baru panggei utk discuss abt me resigning. Bygkan dari time aku tender...until le semalam baru dia ada kesempatan panggei aku. Tapi smlm...being a good boss, he advised me. Macam2 pesanannya. I really appreciate it. He's a good boss actually. Bab understanding, memang he's the one. Cuma biasalah flaws tu tetap ada....kadang tu terlampau relaks...Byk sgt ke keje dia...agaknya le kot. Tapi kalo keje2 harian...bkn dia yg buat pun. I know, dia akan 'susah' utk seketika. Sebab byk benda, dia tak tau kat mana and how to do. Especially bab HR system. Tapi...kadang, kita ni je pikir camtu..teruklah diaorg nanti, tak de org handle itu, ini....tapi benonya, tak denya sgt camtu. Cuma 2-3 minggu pertama la benda pending, lepeh tu ok je.... Kita ni punya rasa...tutup kot company ni agaknya sbb tak de org buat keje kita tu. Kononnya......hahahaha. The Company wont close down lah...

He being the boss, he said he wont stop me. Hmm...tp kan, kalo aku bagus, sure dia tka lepeh kan...hahahaha. Tapi, kalo dia counter offer..ko nak terima ke Wa oi? hahahhaha...tak kot. I need change..need new challenges. He seems to understand. I just told him abt my job unsatisfaction and so on....it;s not because you or anyone else treat me bad. No...it;s merely about my career advancement. Yes, that's the reason.

Ok esok kita update lagi. Akan ada satu posting pasal Mint and the rest. Thanks mint for the cute mug! I wont forget u sis! I'm not going to forgive myself if I ever forget u....

Ya Allah, kekalkanlah hubungan silaturrahim antara kami semua hingga ke akhir hayat...aminnnn.

*baru dapat sms dari kakak, mak sedara aku, 'mak uda' - kakak pada abah meninggal dunia mlm ni setelah lama menderita sakit tua. Seorang kakak yg sayang sungguh pada adiknya iaitu abah. Masa abah diberi pada org sebagai anak angkat, dia yg paling teruk menangis mengenangkan adiknya. Semoga roh mak uda dicucuri rahmat dn ditempatkan bersama org2 yg soleh. ~Al-Fatihah~

Bila pula 'janji' kita? Hanya Allah yang tahu...

Wednesday, April 16, 2008

Dapat kerja baru..

Dialog pagi semalam..

Tisya tengah terjenguk-jenguk ke dalam kabinet tupperware..

Ibu: Haaa...jenguk apa tu? Cari apa?

Tisya: Nak cari tupperware kecik...

Ibu: Nak buat apa?

Tisya: Nak bawak cekodok pegi sekolah..

Ibu: Kan ibu dah buat roti strawberi utk sekolah

Tisya: Ni utk sekolah petang..

Ibu pun tengah masukkan cekodok dlm 'tak apa ware' kecik.

Tisya: Hmm..sapa nak makan satu bijik, 20 sen

Ibu: Haaa? Nak charge kawan ke..?

Tisya: Ye la...nak kumpul duit. Nak pegi Mekahhhh.....

Ibu: ????...*huk alah...sabo je aku anak aku ni..nk pegi Mekah rupanya..

Kekekeke...itulah Tisya. Mukanya selamba je..walaupun ibu dh tergelak2.

Aku masih batuk..hmmm, dekat seminggu lebih dah ni. Malam tadi pegi lagi jumpa doktor. Malam tk boleh tido. Batuk sampai sakit dada. Doktor bagi antibiotik, tukar ubat batuk lain, siap dapat ubat batuk jenis pil. Batuk pun bunyi kering semacam. Siap hidung pun sumbat and jadi selesema. Aduhh...dugaan tuhan. Tak apa, sakit tu kan penghapus dosa....terhapus lah dosa hendaknya.

Tisya smlm pun dh mula batuk. Siap bagitau..dia terjangkit dari aku.

Tisya : Tisya rasa, germs batuk ibu dah kena dekat Sya...

Ibu: Hmm..ye la tu

Tisya: Tengok ibu, Tisya batuk sampai eye tisya macam menangis...*lepas dia batuk sampai berair mata

Ibu: Hmm...ibu pun macam tu. Germs tu buat...

Tisya: Naughty germs!

Ok, nak update pasal interview ari tu. Alhamdullillah....ada rezki kat tmpt tu. Semalam amik offer letter and dah tender resignation letter dah. Boss mcm ok je...terkejut sikit je, then cool aje.. Macam tak sayang kat aku jek....kekekeke. Tu le..ingat boss sayang sgt..rupanya idak..ooh, reality really bites..! hahahahaha

Tapi dia kata...if you've got better chances elsewhere, I wont stop you. Ye la..tak kannya nak counter offer. Sebb nak naikkan ke jawatan apa pun. Rasanya may be diaorg rasa wht i've been paid for sekrang ni dh cukup byk. Well, if hire new one...the pay will be much, much lower. And diaorg rasa keje pun tak banyak mana..tk stress kot. Hmm..ye la..nanti tgk le cemana. Dah le sorang2 handle smua. Tak pe...may be org yg baru more capable.

Harapnya tmpat baru ni, ok. Itu aje. Tempat yang senang nak bekerja, environment ok...tak de org 'gila' yang mengganggu keje...bos pun tk 'weng'. Kdg2 bkn apa...faktor2 org yang mengganggu ni yang kadang buat tak seronok nak keje. Apa2pun, there will always be first time. So, kena lah harung dan laluinya walau apa pun yang ada kat depan...yg nampak, yg tak nampak...itulah nama nya kehidupannnnn..

So, start bulan May, I'm no longer in Taliworks. Sedih juga. Dekat 5 tahun dah kat sini. Semua dah serasi. Boss pun ok. Cuma boss atas2 lagi yg kdg tu bosan je. Tapi, life must go on... Ada benda yang kita perlu lepaskan. Kehidupan ni satu perjalanan. Kawan-kawan yang ada skrg, adalah org2 yang kita temui sepanjang perjalanan. So, dalam meneruskan perjalanan, ada yang perlu kita tinggalkan dan kita akan bertemu orang yang baru pulak di perjalanan seterusnya. Begitulah...cuma kita mungkin tak bertemu lagi dengan orang yang sebaik yang dulu...or org jahat sejahat yg dulu..gitulah.

Ada seronok...ada sedihnya. Tapi yang pasti...masuk sana, banyak benda nak kena catch up ni. Yela, vacant dari bulan November last year. Bygkan keje yg pending byk mana. Fuhhhh.....

Ok, itu citer ari ni. Nanti smabung...

Saturday, April 12, 2008

Sawang...sawangggg

Wooooooooooooo....banyaknyaaaa sawang...*sambil amik penyapu sawang. Fuhh...fuhhh...penuh habuk blog ni, kekekeke.

Bukan apa tk update, sibuk betoi. Keadaan tk mengizinkan. Hari ni tak sihat...batukkk! Malam tadi tk boleh tido, nak lena aje...batuk. Aduhh duhh...ditambahkan lagi tgk org sebelah lena ya amat. Hmmph...geram je gue.

Hari ni, kerja....uwaaaaa! Bila la Sabtu nak cuti ni? Org lain mana ada keje sabtu ni. Gomen pun dh 5 days. Apalah agaknya yg difikirkan oleh boss company ni ya...dengki tau. Diaorg bkn dtg ofis pun Sabtu. Sabo je le..bila nak jadi boss..

Today, Tisya got Kem Bestari Solat at her school. Bagus kan..alhamdullillah. Semoga memberi manafaat. Terfikir juga if dulu anta dia sekolah cina, she wont get this type of programme rasanya. And tak tau la dpt anta ke sekolah agama KAFA ke tak ptg2...sbbnya sekolah cina ni selalunya smpai ptg. Well, I guess, I've made a good decision. Dulu terfikir nak hantar kindy yang ada subject mandarin tu prepare her for Chinese School. Last2 fikir, better send her to Islamic Kindy. Sebab tak sure can get placement at Chinese School. Sebenarnya itu lebih baik. Dia dah ada basic pelajaran agama. Bila masuk Std 1 and KAFA, nampak she dont have any problem in Jawi reading and writing and the most important is reading Quran. She akan naik Quran dlm beberapa hari lagi...Yeay! Alhamdullillahhh.... Nampak terang hatinya dlm membaca Quran. Alhamdullillah, syukur pada Allah yang beri kelebihan itu. Semoga kami tak terleka..aminn.

Zaidi pulak today katanya ada perjumpaan bekas2 intake ROTU nya. Hmmm...dulu ROTU Zaidi ni. Pernah jadi YDP (Yang DiPertua) utk Young Officers ni masa kat UPM dulu. Masa tu baru nak berkawan dengan dia. Haram tak tau dia YDP. Tahu dia dari 7th College yang merupakan tempat bebudak ROTU ni. Tapi sbb dia tak pakai uniform ROTU every Wednesday, so ingat bkn le. Tak amik pot sgt pun masa tu. Rupanya dah jadi Leftenan Muda, tak de nya nak pakai uniform2 ni...Kalo ku tahu masa tu dia ROTU, agaknya tak layan kot..emmm..may be. Tapi now bukan ROTU dah....ROTI daaaa...perut tak leh simpan dah.

Sejarahnya, aku tak suka budak ROTU!! Masa belajar dulu, menyampes nengoknya. Aku rasa sbb aku tak suka org beruniform ni. Ada org sukakan org beruniform ni. Nmapak segak... Bagi aku ada yg aku suka tgk, mcm uniform Navy yang putih tu, oklah kot. Tapi yg hijau ni...emmmm, alahai. Macam katak ijo aje..kekekeke Lepas tu yg buat tak suka tu, setiap rabu pagi...pkl 5 dah dengo diaorg ni berkawat la, bersenam la kat padang tu...memang tak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Pehtu kan...diaorg ni mcm belagak sikit. Lebih2 lagi bila pakai baju ijo tu. Mcm kononnya ek...yele, diaorg pasukan beruniform. Hmm..nyampes tau. Lagi satu aku tak suka tgk org rambut pendek pehtu itam berkilat...sbb kena jemur kan. Berjelaga lahh...hahahahaha Mati aku kalo ada budak ROTU baca entry ni. Zaidi tu tak pe...kekekeke, ntah dia baca ntah idaknya dia tu. Tak minat dia nak tau hal2 isterinya ni...apa nak buat kan, tapi bebas le sikit..muahahahahaha

Ok, talk abt me pulak...last Wednesday dpt 2nd interview kat Tenaga Swicthgear. Tipulah kalo aku kata tak mengharap...yes, I really looking forward to join such organisation. Yela...subsidiari TNB. Benefits much better. Well, may be the environment will be a bit different. Tapi, biasalah kan. If sama je..bknlah kehidupan namanya. During the interview, it was fine. Interviewed by the MD and the Finance & Admin Manager yang interview aku masa 1st interview dulu. Mula tu nmpk garang je MD tu. Muka serius..tanya pun, what makes u think that TSG can offer u this..can give u this...do you think u can handle it..do u think u can do it..i need that kind of ppl, do u think u like tht... Mak aiii, aku pun apa lagi...bantai je la, redah jeeeeeeeee.... Dlm hati, haaa, lantak la, ckp ajelah. Then sambil doa2...ada rezki adalah. Dah lama, baru MD dia cam relaks sikit. Agaknya baru dia ada keyakinan sikit kot lepas aku redah je cakap.

Then during the interview, he asked the manager to take job description for the post of Senior HR tu. Then, dia kata...I'll read thru these...and if u can do the job, u are hired.. Wahhh...aku pun penuh debaran. The first one was about the policy..so aku pun citer la abt pengalaman kat sini. Then apa lagi tah...tak ingat dah. Tapi dari apa yg dia baca...lebih kurang aje dekat sini. Well, apa sgt HR pun...basically sama je kan? Dealing with people...so apa2 yg berkenaan dengan people, itulah kerja HR. Just that...depends on the company juga, how they view their workforce. Ada yang pentingkan pekerja...kebajikan smua jaga. Sebab dia tau, without employee..mana company nk jalan. Tapi, realitinya....sikit aje company yang view mcm tu. Yg lain anggap employee ni just org suruhan yg keje utk duit. Kalo company tk amik keje...tak makanla. So, just take it what we gv u...jgn byk soal. Begitulah kebanyakan realitinya...pedih dan pahitkan? Dan kerana itu jugalah, kita sebagai manusia akan cari yang lebih baik. Memandangkan manusia ini tidak pernah puas. Kehidupan semakin mencabar, dan sememangnya kita mahu satu peningkatan dalam hidup kan?

Towards the end of the interview, they urged me to join them early May. At least 2nd May. Aiyooo...u all interview I pun on 9th April. One month notice kan...but I can try to ask for early release. Tapinya....kenalah ada black & white kan? So, nak aku msk cepat..surat kena cepat la kan. Takkanlah nak tender resignation tanpa apa2. Tapikan...until to date, tak ada call dari diaorg. I've tried to call them, Pn Sarina tu meeting. Then I just sent an email. Tak mau le nmpk deperado sgt kan. So, just tunggu ajelah...ada rezki adalah. Kalo tak de...mesti ada sebabkan. Allah saja yg tahu...pastinya itu bukan yang terbaik utk aku. Redhooo..

Tpkan...MD tu bagi 'false statement' tau..last2 dia ckp, if u can join us on 2 May, so, I wish you, welcome to TSG... Heee...harapan palsu ni. Nasib baik le aku senyum aje and said, thank you. Kalo dibuatnya aku melompat..yippie! Haruuuuuuuuu

Oklah, till here..sbbnya kena buat keje, kekeke. Bukan hari cuti ni tau..kat ofis lagi. Nanti akan bersambung. Bukan tak byk citer nk citer, in fact macam2. Tapi, betul2 need time to spend infront of the PC.

Kakliza tanya semalam kenapa tak update blog pasal birthday 2 people yang menyatukan JU...teka sapa? Hahahahhaa...Felix Akma la kan. Hmm..benarnya tk terpikir sungguh pasal tu...muahahahahaha. Nanti kita update psl diaorg ya...

Haaa...last Sunday pi pesta buku kat PWTC. Bought 2 novels, sbb nk dptkan tandatgn author nya kan..hehehehe. Malam tadi baru habis baca satu, 'HAK CINTA TERPELIHARA' by Lynn Dayana. Ok, not bad....mmg kelako Lynn ni agaknya. Penuh dgn loyar buruknya...mmg byk idea sungguh dia ni. Jalan citer pun ok! Kak Na, nanti zra review kat site bacanovel tu ya...tungguuu...

Ok,hari ni aku nk buat satu perjanjian utk diri sendiri...nak serius menulis. And I'll find time to write, to update and to review! Perubahan itu perlu dilakukan. I need to change and get started!! You can do it Zura!!

Aja Aja Huating!!!

notes: Esok may be nak pi PWTC nak jumpa Kak Ruby, Kak Su...my favor author. And mana tau ada 'cahaya menanti di sana'. Kakna, nanti zura call ya..