Tuesday, February 11, 2014

Mencari mood menulis...

Memang rasa byk dh buang masa... Tapi bila dikenangkan balik, bukan buang masa, it just...siang bekerja and malam mmg masa utk berehat. Now, mmg I've got so many task to do. Balik...mmg rasa mcm x dpt nak buat apa dah...brain drain rasanya... I just need a rest.

Today, I'm in the 3rd week of dieting program. Alhamdullillah so far so good. Self control makin improved and I do hope, I can achieve the target. It's not easy....but it is not impossible. Its all depend on us. Nak atau tak nak? Itu aje... and alhamdullillah, Allah kurniakan kekuatan ini. This time, no turning back...no half way...it must be all the way. I should think about my heatlh, about my appearance to sempurnakan hijab menutup aurat dan self confident. Dengan kurniaan kesihatan yg baik...I do hope dapat menjalan kan ibadah dengan sempurna kerana banyak nikmat dan bantuan dr Allah yang aku perlukan dlm menjalani hidup ini. Jadinya kenalah bertaqwa sepenuh jiwa...kita mengharapkan sesuatu dari seseorg pun kita akan berusaha memenangi hatinya kan? apatah lagi dengan Allah...

Hari ni hari ke-4 ke gym. Pheww...tapi mcm ok je exercise ni. Alhamdullillah..hopefully ini akan membantu proses mengurangkan berat badan. InsyaAllah..semoga Allah berkati dan rahmati usaha ini.

Tisya dah form 1. Sedih..terkilan...mmg ada bila tak ada rezki dia utk dapat masuk sekolah asrama. Rasa mcm pelik, dia tak dpt...tp, itu tak mustahil. Persaingan mmg kuat...dia pulak perempuan,, sekolah bandar, anak tunggal...mmg slim chances... Tak perlah, semuanya ada hikmahnya.

Emm...salah ke, if kita tak dapat nak decide nak bercuti di mana? Entahlah...menjadi sebab dan isu pulak perkara ni yang menjadi punca tak puas hati suami. Bukan tak dapat nk decide...aku tak boleh nk pikir. Aku tak pandai nak arrange2 cuti. Dan sesungguhnya aku tak de masa untuk browse semua tu. Ya Allah, byk keje nak difikirkan...I just can't think!

Oklah, dah ngantuk...sebelum tu kita layan Arianna Rose dulu naa...release tension.. :)


Oh my...oh my...2012 to 2014?

Wahh....what actually happened to me? Tak update langsung blog...pemalas sungguh! Katakan suka menulis...tp blog sendiri pun tak tertulis...hmmm, rasanya sebab ada FB la...so blame it to FB! : p

Rasanya nk menulis balik lah. Sementelah 1st masterpiece dah jadi novel alam maya di KOBO, so...nak cari idea dan citer yang lebih menarik dan tertarik! Hmm..ke ni penangan Arianna Rose? Aduhaii...but I do love the storyline..the mesaage in it for the novel and the drama, of coz the hero and heroin...jiwang seh! and they really done a great job..bravo to Keith Foo and Fathiya!

Ok, ini permulaan...insyaAllah I will update my blog, not just about my journey, tapi..mestila Gerobok Cekputeh. Perfumes, the inner scarf, telekung...macam2 lagiii...

Till then...


Tuesday, May 1, 2012

Bismillahirrahmannirrahim...Dengan nama Allah yang maha pemurah dan maha penyayang..

Dengan lafaz Bismillah, saya memulakan kembali post di blog ni pada 1 Mei 2012. Semoga blog ini akan dirahmati dan di'update' selalu oleh diriku insan yang selalu diserang penyakit "M"..hehe.

InsyaAllah, try to update sbb banyak kenangan dan perkara yang boleh dikongsi bersama. InsyaAllah will try to discipline myself in updating the blog!

Enough for this first entry...till then..

Monday, February 13, 2012

Me? Updating blog? 1st post in 2012

Lamaaaanya tak update blog! Tiba-tiba ari ni terasa nak update blog. Macam2 cerita utk dikongsi dan dirakamkan...tp malasnya nk start meng'update'!

I'm still working at Tenaga Switchgear. Let's see, it's almost 4 years. Dlm tension2 dgn MD and such...still standing and sitting at my place...huhuhuuu.. Promote? Hmm...tk de rezki lagi. Nak buat gi mana...not MD feberet...so, sabar ajelah. Rezki dari Allah. Bukan rezki lagi lah tu..insyaAllah, ada yg lebih besar.

Tisya is in Standard 5 this year. Setahun lagi, periksa UPSR. She still in the first class. Alhamdullillah...but worried dgn Maths dia. Last year, drop and she only got 3A 2B, but still amik hadiah. No 5 in class and 7 in the whole standard 4 and best subject in Kajian Tempatan. Hopefully this year she will excel like she used to be. Tapi tulah...smpai la ni, aku masih tk enroll dia kat mana2 tuition class. This year ingat nak try other center...since Sinaran last year not so good. The Brain Box is the center that I want to try. Katanya, approach diaorg one to one..dlm kelas hanya 5 org ajer. Just call up the center..hmmm, fee agak high. But if its good...i dont mind. May be focus to one subject. Maths. Tgk cemana esok. Nak gi survey the place pulak.

Sometimes, I feel that I'm not good enough. Especially in my work. Entahlah...i dont think i'm good HR practitioner. Sometimes, aku rasa mcm aku tak tau apa2...walau dah hampir 12 tahun in this line. May be, my experience not much... TSG has exposed me a lot to the real 'HR' field. I mean in corporate way. Well, working with GLC...so, byk benda yg kena ikut prosedur and system nya...which is sometimes, hectic and stressful. But I do love my job...meeting with ppl, bermcm ragam...and its really open my eyes.

But, I do have my dream. I want to further my study. Nak amik MBA, nak mengajar...tp tk taula. Mcm sukar buat masa ini...money contraint terutamanya. I wish, ada rezki dari Allah...yg dtg tanpa sedar, that i can clear all the debts yg dr hujung rambut ke hujung kaki ni...and being financial free. Susun balik kehidupan...and hidup dlm keadaan tenang and dpt buat benda yg disukai dan buat kerja2 yg memberi manfaat kepada semua. Oh, I wish....

That's all for the first entry of the year.. Harapnya, tahun ni, ada rahmat dan limpah kurnia dariNya. Walaupun a bad start in 2012 where i'm infected with Rotavirus, severe food poisoining and inlufnza A...but I do take it positively. Utk Allah menghapuskan dosa and this is time for me to take care of my health. Hmm...something mengejutkan after done scoping. Ya Allah, inilah hikmahnya...Aku pasti dan tahu, setiap apa yg engkau jadikan, ada sebab dan maksudnyaaa...

Now, puasa kopi dan seangkatanya dan no more daging. InsyaAllah I will hold to it...and hopefully, I can managed!

MashaAllah!

Monday, October 10, 2011

Kelas Mandarin, final exam fever, busy..busy..

I'm in mandarin class again! After about 15 years I left my mandarin class during our first year in UPM...wahhhhh, that long! Tapi tulah, ilmu kan...bila start belajar balik, mmg semua yg dipelajari dahulu...refresh dlm memory...huishh...kira terer juga ya.. ;)

Actually kelas mandarin ni free and sebagai salah satu effort TSG utk memberi peluang kepada staff utk belajar mandarin since our partner in business dari sana, Xian. Ms Ma Wenting dari China diambil bekerja as translator and liason with China partner. So, salah satu functionnya is to teach us Mandarin. Ok jugak...not just dpt ilmu, but as salah satu stress reliever... And I do enjoy it!

Final exam fever ni is not for me...but of coz the little school girl.. Semalam, dok tuisyen dgn sepupunya kat rumah ni, english and science. Alhamdullillah syukur pada Allah...tisya nmpk ok cara jawab, ya Allah syukurnya aku pada Mu, ya Allah. Fatihah...hmm, need to polish her. Saja je dia tu...tk serius.., otak bergeliga... Cuma risaukan tisya tentang Maths dia..sifir tk nak hafal sgt. So, lemah bab bahagi. Hmm...kena bg byk latihan.

Bukan senang sebenarnya ngajor diaorg ni...maths and science in english! Sbb diaorg ni batch yg english for those 2 subjects. So, diaorg lebih familiar with the english terms....ibu? jenuh lerrrr.....ibu terms org2 lama...muahahaha..

Busy...busy...yes, i'm busy with my works.Selagi masih bekerja dgn orang....and makan gaji, so sibuk tu adalah sebahagian dari hidup la kan...InsyaAllah will do my work diligently and want to be hardworking staff...sbb itulah sumber rezki ku ketika ini....berkatNya di situ...

My first novel? Will be produced? Hmm...dh tulis..now at 41 chapters, tp terstop sbb dok kemaruk tgk citer korea, haru aku ni.. But lepas Diana baca komen diana at fb...jadi bersemangat! and sementelah di 'tegur' disebabkan kekurangan aku... buatkan aku bersemangat! Well itu bakat ku...its time to serlahkan....ya Allah, permudahkan ya Allah...smeoga ada rezkiku di lapangan ini.....aminnn...aminnnn....

Aja aja huaiting Wa!

Tuesday, September 6, 2011

Trying to start again...

Lamaaanya tk menulis di blog ni. Inipun boleh tgk balik sbb En Zaidi mintak buat blog utk dia. So, akhirnya menjengah juga ke blog cekputeh ini.

InsyaAllah, I will try to write again and update about my life. Bila tgk balik posting yang terakhir was bulan feb ari tu. Hmm..not so bad lah kan, ingat ke tahun 2010. Bila ada fb ni, malas je nak tgk blog. But I think blog sebenarnya lagi ok utk meluahkan cerita. Fb tu, statusnya nanti menjadi tatapan semua. Nanti org kata poyo lak...

Bila tgk balik entry sebelumnya, laaa...ada yg ramadhan 1431H..tahun lepas. Hmm...ni sebenarnya dah ari ke-6 syawal utk tahun 2011. Uihh...byk kenangan sungguh di tahun 2011 ni. Ramdhan yg byk dugaan dan cabaran, tp alhamdullillah aku berjaya tunaikan niat walaupun not exactly 100% berjaya, but i can say...90% insyaAllah berjaya. Dpt buat tarawih...ditolak yg ABC, kiranya aku tinggal satu hari jer, and satu hari buat kat rumah...and the rest at Masjid Kuning. Dn yg malam akhir di rumah mak abah...alhamdullillah. Irfan dah mampu bawak solat tarawih satu keluarga...alhamdullillahhh...syukur rahmat Allah.

Tpi memang betullah, jika kita niat dgn ikhlas dan bersungguh, Allah lorongkan dan lapangkan. Alhamdullillah, tarawih kali ni, tak rasa berat hati...malas ke...setiap malam mcm tak sabar nak menghabiskan malam dgn bersolat tarawih. Seriously, mmg i'm looking forward to the nite...ya Allah, syukurnya rahmatMu...terima kasih Ya Allah, tuhanku...

Di malam2 terakhir juga...alhamdullillah dpt tunaikan solat tahajjud, hajat...ya Allah moga ada rezki ku menerima ganjaran mu dan utk malam Qadr...aku berserah padamu Allah..

Sebenarnya ada dugaan di Ramadhan kali ini...dan aku berserah sungguh2 pada Allah, kerana yakin hanya Dia yang tahu apa yang terbaik buat ku. Aku benar2 pasrah dan redho seandainya, itu takdirnya...

Actually now, i want to further my study...sungguh2. Tgh buat perancangan...I really want my Master and change my career to teaching. May be, it suits me...so, insyaAllah, dgn izin Allah...semoga dipermudahkan semua.

Till then... ;)

Sunday, February 20, 2011

Tisya menguji kedua ibu dan ayahnya...

Sesungguhnya setiap kejadian yang Allah jadikan ada maksud dan hikmahnya yang tersendiri. RahsiaNya hanya Allah yang tahu... Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana dengan dugaan ini, menandakan Engkau menyayangi diriku walaupun aku bukanlah hambaMu yang baik...banyak dosa2 yang aku lakukan...namun Kau tetap mengingati diri insan yang kerdil ini...MasyaAllah...

Petang semalam, dlm pukul 7 lebih...Tisya telah mengejutkan kami apabila dia diserang sawan secara tiba-tiba ketika bermain laptop. Subhanallah..... Allah tetap memberi peluang kepada kami, apabila kejadian tu disedari oleh zaidi yang masih tidur di bilik akibat penat balik dari Swak. Aku pulak....sebaik sampai membuka pintu gril..terdengar zaidi seolah berlari dan menjerit nama tisya...
Aku ni ingat diaorg nak menyorok... selalu mcm tu. Tetapi sebaik masuk rumah...tgk zaidi merangkul tisya dan jarinya di dalam mulut Tisya...sambil menjerit mengarahkan aku cepat2...
Aku panik..tanya kenapa??? Zaidi kata tisya sawan...di saat itu hanya Allah yg tahu hati dan perasaan aku....hati aku bagai terjerut...lebih2 lagi tgk tisya pandang ke atas dan tak respon langsunggg...

Fadly di telefon, dan dia suruh iringkan kepala tisya...alhamdullillah masa mengiring tu, dia batuk dan muntah...masa tu baru dia mcm sedar, namun dlm keadaan drowsy. Kami bergegas ke hospital Tropicana (TMC). Ya Allah...syukur telah ada hospital yang dkt...tak smpai 5 minit tisya telah dirawat... Dia mcm lemah...and drowsy. Keep on falling asleep tp dh start respon.

Alhamdullillah keputusan ujian darah dia semuanya positif and normal. Doktor kata..maybe due to prolong to the laptop and main game. Trigger her fit. Tisya mmg ada history febrile fit dari kecik. Last sekali dia kena when she's 3. Lepas tu tak de dah... But kejadian ini menyedarkan aku and nampaknya dia tk boleh dibiarkan berseorangan...

Ya Allah...mungkin ini petunjukMu.. Lepas ni buat aku terfikir, boleh ke lepas dia pegi camping and rombongan? Banyak pulak tu aktiviti dia... Oh Allah, berilah petunjuk mu...

Pagi ni, tisya buat CT scan. Doktor nk scan otaknya...biar confirm betul2 yang sememangnya tiada apa pada diri dia. Hanya fit dia being trigger... Aku mengharapkan yang baik2 utk dia. Dan tiada lain tempat utk ku melainkan Allah. Semoga doa ku ini dimakhbul Allah dan Tisya sentiasa di bawah lembayung kebesaran Allah s.w.t.

Pagi ini, dia ceria as usual. Harapnya itulah tanda kesihatannya dah pulih and tiada apa2. Cuma kami yg perlu berhati2 dan memantau aktivitinya. Hanya dia permata hatiku dan dialah sumber kekuatan hidupku. Harap dia selamanya di sisi dan berjaya mencapai cita2nya...aminnn..

Hanya padaMu ya Allah...aku berserah...aminnn....