Wednesday, December 31, 2008
TAHNIAH IRFAN AND DIANA!
Pastinya semalam menjadi hari paling bahagia buat budak 2 org tu and buat kakak and abang Mader. Kakak kata, dia mmg terkejut...siap sebak dia. Sampai call abg Syukri, dia tk leh cakap..punya sebak. Hehehehe... Abg Mader, biasalah, dia tu..cool aje. Just that, Diana dpt tau lambat dari Irfan.
Both sekolah aliran agama. Lebih 1A utk subjek Bahasa Arab. Hmm, aku respect betoi Arab diaorg boleh A. Hehehe...coz for me, masa SRP dulu, Arab aku le paling teruk sekali..C6, kekekeke. Dulu, time SRP ada A1, A2, C3...and seterusnya. Now tak de dah, utk PMR ni..gred A, B, C... Tapi bagi aku, susah lah Arab tu. Tp, dlm susah2..dlm belajar pun payah..skrg ni, kalau baca Quran tu, ada juga certain2 perkataan Arab tu, teringat balik maknanya. And bila ajar Tisya bahasa Arab utk sekolah agamanya, certain2 words tu mmg pop up dlm kepala. Hmm..itulah ilmu kan. Betoi lah, tk rugi menimba ilmu ini. Ia mcm air mengalir. Tu sebab org kata..menimba ilmu kan? bukan mencari ilmu, mengorek ilmu, membaca ilmu..hmmmm..betoi jugak tu..
Irfan sekolah di sebuah sekolah menengah di Sek 18, Shah Alam. Sekolah tu, separuh duduk asrama, separuh lagi budak harian. Bukan sekolah asrama penuh. Tapi, ada aliran agama. Budak2 boleh pilih nak aliran agama atau sebaliknya. Along (Irfan) terpilih masuk sekolah ni. Utk asrama, mmg diaorg pilih student yg tk dpat masuk ke asrama penuh. Along ni, masa UPSR dpt 4A 1B. Yang B tu, English kot. Aku le plg geram..sbbnya, 'cikgu' English nya, aku...kakakakaka. Mana tak B budak tu, tgk le English mak udanya..kekekekeke. Frust dia masa ni...sbb dia nk msk asrama. Tu bila dpt msk sekolah ni, dia nak pi juga. Tapi, bila kenang dia msk asrama awal2 tu...ish, mmg dugaan mama dia. Sbb minggu pertama, dia nangis nk balik. Kan kena suaikenal. So, dia ni mmg jenis pendiam...so, tension la agaknya dia. Mama nya terpksa lah keraskan hati..walaupun, dh tk tertahan hati dia. Alhamdullillah, msk minggu seterusnya..dia ok. And lepas tu, jadi prefect lagi. So, now...he's one of the best nephew i ever had. Senang mintak tolong...and most 'cool' person among the siblings.
Diana lak sekolah di sekolah agama di Sungkai. Dulu, dia pernah dpt tawaran ke MRSM, sbb dia dapt 5A masa UPSR. Dia tolak. Dia nk msk sekolah agama. And at that time, Abang long nya, iaitu Daniel ada kat situ. So, dia nk juga dengan Abg Long dia tu. Diaorg selang 2 thn aje. Well, dia ni..alhamdullillah, track record abgnya tu, turun ke dia juga. So, bila naik form 4, Daniel dpt tawran ke sekolah integrasi di Ipoh. Daniel pun alhamdullillah, dpt 9A masa tu. Tinggallah dia. Masa form 2 tu, mmg ada juga lah dia mcm tk boleh sekolah kat situ...ada juga lah situasi mcm ingat nak tukar sekolah dah. Mcm Irfan juga. Tapi, lama2..she managed. So, both doing well at their schools.
Smlm kak long cerita, Irfan dpt tau dulu result dia. Diana ni, belum pegi ke sekolah lagi..dia try call. But the teacher tak mau bgtau result. Katanya, kena dtg sekolah amik. So, dia pun..dh start nangis lah..sbb Irfan dh tau. So, Kak long kata...all the way pi ke sungkai tu, dia nangis ni...kakakaka, sbb katanya takut kalah dengan Irfan. Adoii...susah juga kalo ada persaingan dlm family ni...hehehe. Cemana la Tisya dengan Atie nanti eh...uishh..
Itulah cerita utk kisah smlm. Pasal kenduri, will update later...yg pasti, aku kena sakit perut, angin...smapai cirit birit and muntah2. Yesterday aku mc. Hari ni pun, masih tk stable lagi..but gagah ke office. Byk keje menanti...adoii.. Kepala masih lagi mcm melayang2..pelik aku. Tk pernah la seteruk ini. Kenduri tu mmg meriah lah...tp penatnya usah citer lah. Nanti will update picture sekali. Selesai semua...legaaaaaa. Mak and abah pastinya lega abih. Dh tak de kenduri kawen dah..(insyaAllah) except kenduri kawen utk cucu lak...hahahahaha.
till then..
Thursday, December 18, 2008
Zaidi and his surgery

Dengan isteri tercinta...ahaks... Mcm lanun je kan, hehe, nanti dh bukak stiches..sure berparut ala2 lanun Somalia yang dok tahan kapal2 kat Teluk Parsi tu...kekeke
Bunga dari PNS & Staff. Bunga ni tiba elok aje sebelum kitaorg balik. Masa tu masih kat bilik tunggu nurse anta bil. Elok org deliver ni masuk, nurse pun masuk. At the same time...nasib le. Kalo idak dpt kat nurse bunga and buah tu..hehe.
Tengah siap2 nak balik. Tgk lah budak pompuan yang over tu disebalik bunga tu...terlebih excited dia..
'Pirate' nak balik dah...tgh tgk bil, hahahaha.
Kos operation ni around RM7k and above. Fuhhh... Kata doktor, dia buang the tip of it aje. After the surgery dia tjk kat Zaidi, but Zaidi kata masa tu tgh mamai...tk nmpk sgt rupanya. Doktor kata, they sent it to the lab. Doktor kata, a bit hard juga masa he want to 'patah' kan. So, he need to drill it....aiyoooo, drill tu. Aku masa dgr drill, heee, tak leh bayangkan. Dia kata, drill utk rampingkan tulang tu sikit and patahkan, org Peghak kata...kepak ('ke' tu bunyinya e pet pet - e yg bertanda atas tu..).
At first kami ingat, tulang tu terkuar becos of the accident we had 10 years ago. If I'm not mistaken, in 1998. Biar Ija confirmkan.. Accident tu melibatkan a few friends...heee, aku kalo boleh tak mo ingat kan dah. 6 org masa tu...on the way ke Batu Laut, Banting. The accident happened in Dengkil. Alhamdullillah semua survived but the other car yang kami berlanggar tu, the driver passed away at the hospital. Hmm...aku masih skt lagi kaki kiri until today. Bukan boleh terlanggar sikit...sakitnya masih ada. And aku dan Ija ada parut kenangan juga...dkt dahi, Ija dekat mulut. Even tak besar lukanya, tapi darah yg kuar masa tu....hanya Allah yg tau. Habis tudung and dada penuh darah. Ingat kan besar lukanya...rupanya hanya 2 ke 4 stiches aje. Tp parut tu tak berapa nmpk sgt...may be kalo tgk sekrang, mcm parut jerawat. Dulu, nmpk juga...my bro kata mcm bentuk cicak mati...hahaha. Aku rasa Ija and Hana mesti tak boleh lupa kisah ini kan...well, biarlah jadi kisah utk kami kenangkan. Malas nak tulis...bkn sbb apa, malas nak ingat.
Berbalik ke kisah Zaidi, doktor kata not just becos of the accident. Mmg ada simptom tulang tumbuh ni. Some sort like ketumbuhan juga. Ada org tumbuh kat siku...lutut.. So, possibility utk tumbuh lagi tu mmg ada.. So, doktor kata...apa kita boleh buat, monitor ajelah. Hmmph...itulah, kalo sekali dh sakit kan. Allah turunkan semua tu...ada sebabnya. Utk peringatan umatnya... Harap adalah ingatan utk Zaidi dan kami sekeluarga..
Buat kawan2...hargailah kesihatan tau. Sbb sakit ni dtgnya dari Allah and kdg tu bkn bersebab like penyebabnya kuman ke, virus ke..tp ada juga yang Allah beri, bila Dia rasakan perlu and ada alasanNya yang tersembunyi.. Semoga kita semua dilindungi dan terpelihara dari penyakit2 yang membahayakan...aminnn..
Monday, December 8, 2008
SALAM AIDILADHA 1429H
Abang Mader bercerita masa diaorg mengerjakan haji tahun lepas. Waktu Wukuf ni adalah waktu yang penuh ujian. Katanya ibarat berada di Padang Mahsyar, sbb ketika ini seluruh jemaah haji akan berada di situ dan melaksanakan ibadah tersebut. Wukuh adalah satu ibadat wajib disempurnakan oleh jemaah haji dan sekiranya tidak terlaksana, hajinya terbatal. Wukuf lah yang membezakan di antara ibadah Umrah dan Haji. Gitulah...serba sedikit mengenai ibadah ini.
Malam tadi, barbeque kami memang meriah...biasalah, kalo dh berkumpul tu, riuh rendah. Even Fadly not around. Pictures will update later. Kat Sitiawan, hujan aje...redup aje hari. Masa mlm membakar barbeque pun hari ujan...nsb le ada awning. Sitiawan ni, kalo ikutkan susah nak dpt musim ujan cam gini. If not, panas aje...sbb dia kawasan tepi pantai. But this time, mmg musim ujan. Rasanya seMesia sedang dilanda musim ujan. Kita baru je dikejutkan dgn trajedi terbaru di Bukit Antarabangsa, land-slide yang memusnahkan 14 biji banglo....just imagine! And negeri2 di pantai timur mmg sedang dilanda banjir. Hmmm....satu persatu tragedi Allah tunjukkan, semoga hambanya beroleh peringatan dan petunjuk.
Pagi ni mcm biasa, sambutan Raya Haji selalunya...meriah dengan family kami aje. Tak de org ziarah menziarah. Pagi kami pegi solat raya then balik...lepak2 and makan2. Hmm, family aku ni usah citer la bab makan...aduhhh, tu sbb saiz2 XL and above aje. Aku rasa aku ni dh baper kali ke toilet...hahahaha. Ptg ni, mak smpat buat sup tulang hasil daging korban kami sekeluarga. Itu sebenarnya mmg resepi or menu kami setiap kali Raya Korban. Licin habis sup tulang tu...ish...ish...lemak wehhh...kekekekeke.
Oh, lupa bgtau...Fadly balik juga dia. Hahahaha, tak tahan daulat betoii... Diaorg tak jadi balik ke Kelate, sbb sana pun ujan and banjir. Tapi, dgrnya Mimi on call, so tk dpt balik...tp tgh kami makan2 lepas solat raya tu...dia muncul dgn Mimi. Well, complete semua org ada...mak abah surelah org yg paling happy!
Kakak dh nak balik dah...now, diaorg tgh bersiap2. Sbb abg Shukri keje esok. Dia dh lama tak msk ofis..dia baru je balik dari Dubai. 1 week ada kat sana. So, esok harus le dia ke ofis. Tapi...biasalah kami2 ni, time nak balik...dari lepas asar hingga ke lepas mahgrib, baru le jadi bertolak baliknya...kakakaka. Kakak ni dh siap lepas Asar tadi. tapi....dok borak2...akhirnya draggggg to lepas maghrib. Sementelah ada citer Tiga Abdul, P Ramlee kat tv. Rasanya Astro Proma tayang citer P ramlee dari semalam. Diaorg dr mlm tadi tgk Labu Labi lah...lepeh tu bersambung2..hmmm, pueh deme... kekeke. Tapi itulah citer P Ramlee, walau dah tgk berkali2 dari kecik smpai ke tua, tapi tetap gelak terbahak2 tgknya. Memang special dia kan....seorang hamba Allah yang istimewa.
Oklah..till here...aku akan berada di kg smpai Rabu ni, insyaAllah. May be akan pi ke Ipoh kot...tapi tak tau lagi. Apa2pun gambo aku update nanti, lupa bwk cable lerrr...isk..
Salam AidilAdha semua!
Nota Penting: Eh, korang...sorry silap eja kambing boar le pulek dalam last posting...it's actually, BOER GOAT. Boar tu dah lain le pulak, wild boar tu...babi utan...kakakakka. Ish, aku niii....
Saturday, December 6, 2008
Balik kampong...yeay..yeay..
Tapi sedih, Anuar Zain tak terpilih ke akhir...uwaaa.. Tapi, dia nyanyi semalam mmg best. Tak pueh ati lah, kenapa tak menang dia. Lagu sikitnya sedap apa...puitis abih. Ini yang menang si Aizat tu, huk alaaa... Faizal Tahir, satu lagu cukupla...ni dua2 masuk (walau minat juga kat dia ni..sore sedap). Bob menang pun tak pe...isk, bob ni kalo rupa dia mcm Anuar Zain, sure histeria semua org..hahahha, sore power beb. Eh...aku ni dah review pasal Muzik2 lak. Actually tak mengikuti langsung Muzik2 ni, tapi sebab smlm ada Anuar Zain, tu baru tgk...then lagu2 msk separuh akhir ni, mmg kira yg sedap and popular. Ok jgk layan sekali sekala....
Tak sabar juga nak balik raya...tp, tak kemas baju pun lagi. Pagi2 dah ngadap pc ni..hehehe. May be i'll be in Sitiawan until Wednesday, 10th. Kira next week ni, aku msk keje on Friday aje. Tapi tu le.......keje banyak. Until yesterday, aku tak menang tangan rasanya. Byk benda nak catch up...tahapa2 kadang tu rasanya. Nasib MD mood baik semalam. Tapi, aku balik dkt pkl 7 la...ingat nak balik cepat kononnya. Sebab tunggu surat MD sign, terpaksa la 'bertehor' org Peghak kata kat ofis tu.
Balik raya ni, kami nak buat barbeque. Zaidi tukang beli daging kambing. Ada satu kedai kat DU tu, jual daging kambing 'boar' utk panggang. Boleh tempah seekor utk buat daging golek..uishhh. Tapi tak taule nak tempah seekor atau, beli peha aje... Tapi mmg sedap daging kambing ni, bknle macam daging kambing biasa tuuu... Nanti balik Sitiawan, kena beli seafood lak kat Pantai Remis. Terpaksa lah Zaidi and Abiyang pegi beli...sbb kakak and abang balik esok. Abg syukri and abang Mader baru balik dari overseas dua2 nya. Abg syukri ke Dubai, urusan kerja. Abg Mader dari Jepun, tour Amway dia lah... Fadly tak balik, dia kena balik ke Kelantan. Ye lah, pengantin baru le katakan. Kena le jumpa sedara mara belah sana. Eda balik hari ni juga...tp dia tu tak leh amik kisah, dlm pantang. If tak pantang pun...dia mcm dlm pantang juga...hahahaha, makan je. Kakakakkaka....nasib dia tak baca blog.
Well, itu ajelah update ari ni...nanti insyaAllah ada masa kat kampung, aku update with pictures eh... Nak bersiap2 dah. Mandi pun tak lagi ni...daaaaaa..