Wednesday, December 31, 2008

TAHNIAH IRFAN AND DIANA!

Alhamdullillah should be the first word that came out from both my brother and sister yesterday. Their daughter and son had scored their PMR with flying colours! Irfan dan Diana had scored straight 9As in their PMR.

Pastinya semalam menjadi hari paling bahagia buat budak 2 org tu and buat kakak and abang Mader. Kakak kata, dia mmg terkejut...siap sebak dia. Sampai call abg Syukri, dia tk leh cakap..punya sebak. Hehehehe... Abg Mader, biasalah, dia tu..cool aje. Just that, Diana dpt tau lambat dari Irfan.

Both sekolah aliran agama. Lebih 1A utk subjek Bahasa Arab. Hmm, aku respect betoi Arab diaorg boleh A. Hehehe...coz for me, masa SRP dulu, Arab aku le paling teruk sekali..C6, kekekeke. Dulu, time SRP ada A1, A2, C3...and seterusnya. Now tak de dah, utk PMR ni..gred A, B, C... Tapi bagi aku, susah lah Arab tu. Tp, dlm susah2..dlm belajar pun payah..skrg ni, kalau baca Quran tu, ada juga certain2 perkataan Arab tu, teringat balik maknanya. And bila ajar Tisya bahasa Arab utk sekolah agamanya, certain2 words tu mmg pop up dlm kepala. Hmm..itulah ilmu kan. Betoi lah, tk rugi menimba ilmu ini. Ia mcm air mengalir. Tu sebab org kata..menimba ilmu kan? bukan mencari ilmu, mengorek ilmu, membaca ilmu..hmmmm..betoi jugak tu..

Irfan sekolah di sebuah sekolah menengah di Sek 18, Shah Alam. Sekolah tu, separuh duduk asrama, separuh lagi budak harian. Bukan sekolah asrama penuh. Tapi, ada aliran agama. Budak2 boleh pilih nak aliran agama atau sebaliknya. Along (Irfan) terpilih masuk sekolah ni. Utk asrama, mmg diaorg pilih student yg tk dpat masuk ke asrama penuh. Along ni, masa UPSR dpt 4A 1B. Yang B tu, English kot. Aku le plg geram..sbbnya, 'cikgu' English nya, aku...kakakakaka. Mana tak B budak tu, tgk le English mak udanya..kekekekeke. Frust dia masa ni...sbb dia nk msk asrama. Tu bila dpt msk sekolah ni, dia nak pi juga. Tapi, bila kenang dia msk asrama awal2 tu...ish, mmg dugaan mama dia. Sbb minggu pertama, dia nangis nk balik. Kan kena suaikenal. So, dia ni mmg jenis pendiam...so, tension la agaknya dia. Mama nya terpksa lah keraskan hati..walaupun, dh tk tertahan hati dia. Alhamdullillah, msk minggu seterusnya..dia ok. And lepas tu, jadi prefect lagi. So, now...he's one of the best nephew i ever had. Senang mintak tolong...and most 'cool' person among the siblings.

Diana lak sekolah di sekolah agama di Sungkai. Dulu, dia pernah dpt tawaran ke MRSM, sbb dia dapt 5A masa UPSR. Dia tolak. Dia nk msk sekolah agama. And at that time, Abang long nya, iaitu Daniel ada kat situ. So, dia nk juga dengan Abg Long dia tu. Diaorg selang 2 thn aje. Well, dia ni..alhamdullillah, track record abgnya tu, turun ke dia juga. So, bila naik form 4, Daniel dpt tawran ke sekolah integrasi di Ipoh. Daniel pun alhamdullillah, dpt 9A masa tu. Tinggallah dia. Masa form 2 tu, mmg ada juga lah dia mcm tk boleh sekolah kat situ...ada juga lah situasi mcm ingat nak tukar sekolah dah. Mcm Irfan juga. Tapi, lama2..she managed. So, both doing well at their schools.

Smlm kak long cerita, Irfan dpt tau dulu result dia. Diana ni, belum pegi ke sekolah lagi..dia try call. But the teacher tak mau bgtau result. Katanya, kena dtg sekolah amik. So, dia pun..dh start nangis lah..sbb Irfan dh tau. So, Kak long kata...all the way pi ke sungkai tu, dia nangis ni...kakakaka, sbb katanya takut kalah dengan Irfan. Adoii...susah juga kalo ada persaingan dlm family ni...hehehe. Cemana la Tisya dengan Atie nanti eh...uishh..

Itulah cerita utk kisah smlm. Pasal kenduri, will update later...yg pasti, aku kena sakit perut, angin...smapai cirit birit and muntah2. Yesterday aku mc. Hari ni pun, masih tk stable lagi..but gagah ke office. Byk keje menanti...adoii.. Kepala masih lagi mcm melayang2..pelik aku. Tk pernah la seteruk ini. Kenduri tu mmg meriah lah...tp penatnya usah citer lah. Nanti will update picture sekali. Selesai semua...legaaaaaa. Mak and abah pastinya lega abih. Dh tak de kenduri kawen dah..(insyaAllah) except kenduri kawen utk cucu lak...hahahahaha.

till then..

Thursday, December 18, 2008

Zaidi and his surgery

Last Monday, Zaidi was admitted to Damansara Specialist for one surgery. He admitted to the hospital around 3.45pm but before that in the morning he has done a few check up with the doctor. The surgery was scheduled on the next day, 16th December 2008.
Sakit apa? Hmm...not that serious lah kiranya sakit dia tu. Zaidi ada some sort like ketumbuhan juga lah di dahi dia. Ada bonjolan tulang kat dahi dia. Makin lama makin nampak bonjolan tu. Actually, org pun tk perasan sgt if kita tak bgtau. Tapi according to Zaidi, makin lama bila tulang dh terkeluar, rasa sakit kalo mcm tertekan, like bila sujud semua tu...rasa sakit and tak selesalah. Dia dh jumpa doktor panel dulu and was referred to the specialist. And mmg lah doktor advise suruh buang.
At first we thought only a minor surgery, but rupanya...quite major sbb kena consult dgn plastic surgery semua...sbb bahagian muka. Tapi idakle, buat plastic surgery seluruh muka. Itu lain le pulak citer...hahahaha, baik tukar ke mula ala2 Tom Cruise gitu...isk..hehe
Zaidi menguruskan sendiri semua hal berkaitan ke hospital ni...yelah, bknnya sakit yg tak leh gerak, dia sihat aje. So, pagi Isnin lepas dia pegi dulu ke hospital. Doktor amik darah semua and do some check ups. Kata doktor around 2.30pm admitted. But around 3.45pm baru dpt bilik. Nasib le bkn sakit yg tak leh tahan...hehe. Tapi, petang tu siap dia balik rumah. Yelah, nanti aku kena anto le ke hspital takkan nak biar keter park kat situ a few days kan. Lgpun, dia nk duduk kat ward tu...tanpa ada apa2 sakit...ish, baikle dia balik, mandi makan. Tapi, masa makan dlm pukul 8 lebih tu, nurse called him. Tanya dia kat mana...diaorg agaknya ingat patient hilang tah mana la ni..hehehe. Actually, dia dah fill up form utk kuar, but nurse tukar shift, may be yg night shift kena do some check up. Tgk2 patient tak de...hehehe
Mlm tu, after having dinner, I sent him to the hospital. Lepak sat...until 10pm after the nurse gave him sleeping pill, aku dgn Tisya pun gerak lah balik. Zaidi pun kena start puasa from midnite, minum makan semua tak leh, preparation for the surgery. Operation tu dijadualkan dalam pukul 8-9 pagi. Si Tisya, as usual lah...being daddy's girl la kononnya, mula le sedih. Siap nk tido dgn ayah kat hspital. Dia benonya suka duduk hspital...best katanya, macam hotel. Yelah tu....ingatnya free ke..tak taunya, nak bayo sendiri, jenuh la weeeiiii... Ini pun company bayo, boleh lah kita...hmmph *sigh*. Balik rumah malam tu, dok send sms kat ayahnya 2-3 kali. Aku dh ckp...jangan lah, ayah sure dh tido sbb makan ubat tidur and kena rehat, esok nak operate. Dia dok send le macam2..ada satu sms tu siap tulih, Ayah, Tisya dengar cakap ayah, bagi washa makan esok. Tisya sedih bila ayah tak ada...with icon sad and cry tu. Adoiiii...sabo ajelah. Washa tu nama arnab dia. Selalu pepagi...ayahnya bg makan. Itule..pet dia, tapi ayah yg bagi makan.
On 16th tu, aku kerja pagi macam biasa. Kerja pun byk. Lagipun Zaidi msk operation, kena tunggu juga. Mula tu...tk plan pun nak amik cuti sbb pikir dia bknlah sakit apa..hehehe. Tapi, tk smpai hati lak. Lepas operation tgk tak de sapa tunggu...kesian le pulak kan. So, aku amik half day ptg. Around 1.30pm baru sampai DSH lepas amik Tisya. Masa kat bilik tu, tgk Zaidi dh ada kat dlm. Masih baring, baju pun tk salin...mamai lagi. Baru sejam dia balik ke bilik tu. Bila aku smpai tu baru dia nk makan and salin baju. Hmm...sian juga le kiranya if aku tak amik cuti. Tapi, apa2 pun...itulah isteri. Lain rasa simpatinya...tp tulah kekadang suami ni tak paham..kan..kan..

Zaidi, one hour after they sent him to his ward. Operationnya sekejap je doktor kata, dlm 45 minutes tp monitoring after the operation tu yg lama. Lepas zaidi sedar baru diaorg anta balik ke wad. Memang mcm tu lah selalunya.. Like when I'm having my ectopic. Operationnya doktor kata sejam. Pukul 9pm aku masuk operation theater tu, tapi bila sedar and diaorg anta ke wad, dlm pkl 1 pagi.

Dengan isteri tercinta...ahaks... Mcm lanun je kan, hehe, nanti dh bukak stiches..sure berparut ala2 lanun Somalia yang dok tahan kapal2 kat Teluk Parsi tu...kekeke

Bunga dari PNS & Staff. Bunga ni tiba elok aje sebelum kitaorg balik. Masa tu masih kat bilik tunggu nurse anta bil. Elok org deliver ni masuk, nurse pun masuk. At the same time...nasib le. Kalo idak dpt kat nurse bunga and buah tu..hehe.

Tengah siap2 nak balik. Tgk lah budak pompuan yang over tu disebalik bunga tu...terlebih excited dia..

'Pirate' nak balik dah...tgh tgk bil, hahahaha.

Kos operation ni around RM7k and above. Fuhhh... Kata doktor, dia buang the tip of it aje. After the surgery dia tjk kat Zaidi, but Zaidi kata masa tu tgh mamai...tk nmpk sgt rupanya. Doktor kata, they sent it to the lab. Doktor kata, a bit hard juga masa he want to 'patah' kan. So, he need to drill it....aiyoooo, drill tu. Aku masa dgr drill, heee, tak leh bayangkan. Dia kata, drill utk rampingkan tulang tu sikit and patahkan, org Peghak kata...kepak ('ke' tu bunyinya e pet pet - e yg bertanda atas tu..).

At first kami ingat, tulang tu terkuar becos of the accident we had 10 years ago. If I'm not mistaken, in 1998. Biar Ija confirmkan.. Accident tu melibatkan a few friends...heee, aku kalo boleh tak mo ingat kan dah. 6 org masa tu...on the way ke Batu Laut, Banting. The accident happened in Dengkil. Alhamdullillah semua survived but the other car yang kami berlanggar tu, the driver passed away at the hospital. Hmm...aku masih skt lagi kaki kiri until today. Bukan boleh terlanggar sikit...sakitnya masih ada. And aku dan Ija ada parut kenangan juga...dkt dahi, Ija dekat mulut. Even tak besar lukanya, tapi darah yg kuar masa tu....hanya Allah yg tau. Habis tudung and dada penuh darah. Ingat kan besar lukanya...rupanya hanya 2 ke 4 stiches aje. Tp parut tu tak berapa nmpk sgt...may be kalo tgk sekrang, mcm parut jerawat. Dulu, nmpk juga...my bro kata mcm bentuk cicak mati...hahaha. Aku rasa Ija and Hana mesti tak boleh lupa kisah ini kan...well, biarlah jadi kisah utk kami kenangkan. Malas nak tulis...bkn sbb apa, malas nak ingat.

Berbalik ke kisah Zaidi, doktor kata not just becos of the accident. Mmg ada simptom tulang tumbuh ni. Some sort like ketumbuhan juga. Ada org tumbuh kat siku...lutut.. So, possibility utk tumbuh lagi tu mmg ada.. So, doktor kata...apa kita boleh buat, monitor ajelah. Hmmph...itulah, kalo sekali dh sakit kan. Allah turunkan semua tu...ada sebabnya. Utk peringatan umatnya... Harap adalah ingatan utk Zaidi dan kami sekeluarga..

Buat kawan2...hargailah kesihatan tau. Sbb sakit ni dtgnya dari Allah and kdg tu bkn bersebab like penyebabnya kuman ke, virus ke..tp ada juga yang Allah beri, bila Dia rasakan perlu and ada alasanNya yang tersembunyi.. Semoga kita semua dilindungi dan terpelihara dari penyakit2 yang membahayakan...aminnn..

Monday, December 8, 2008

SALAM AIDILADHA 1429H

Salam Aidiladha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan di Mesia khususnya. Semalam, dari lepas Zuhur tak silapnya sehingga ke pkl 10pm adalah waktu wukuf di Arafah. Semua umat Islam yg sedang mengerjakan haji di Mekah, melakukan wukuf di waktu itu. Dan pada waktu itulah, pintu langit dibuka utk Allah menerima doa2 umatnya. Smlm, sibuk kaklong and abang menyuruh kami solat asar and berdoa. Masa ni semua sibuk buat persiapan utk barbeque malamnya....isk..tulah, selama ni tak kisahkan...rupanya inilah waktu afdal utk mengangkat doa kepada Allah.

Abang Mader bercerita masa diaorg mengerjakan haji tahun lepas. Waktu Wukuf ni adalah waktu yang penuh ujian. Katanya ibarat berada di Padang Mahsyar, sbb ketika ini seluruh jemaah haji akan berada di situ dan melaksanakan ibadah tersebut. Wukuh adalah satu ibadat wajib disempurnakan oleh jemaah haji dan sekiranya tidak terlaksana, hajinya terbatal. Wukuf lah yang membezakan di antara ibadah Umrah dan Haji. Gitulah...serba sedikit mengenai ibadah ini.

Malam tadi, barbeque kami memang meriah...biasalah, kalo dh berkumpul tu, riuh rendah. Even Fadly not around. Pictures will update later. Kat Sitiawan, hujan aje...redup aje hari. Masa mlm membakar barbeque pun hari ujan...nsb le ada awning. Sitiawan ni, kalo ikutkan susah nak dpt musim ujan cam gini. If not, panas aje...sbb dia kawasan tepi pantai. But this time, mmg musim ujan. Rasanya seMesia sedang dilanda musim ujan. Kita baru je dikejutkan dgn trajedi terbaru di Bukit Antarabangsa, land-slide yang memusnahkan 14 biji banglo....just imagine! And negeri2 di pantai timur mmg sedang dilanda banjir. Hmmm....satu persatu tragedi Allah tunjukkan, semoga hambanya beroleh peringatan dan petunjuk.

Pagi ni mcm biasa, sambutan Raya Haji selalunya...meriah dengan family kami aje. Tak de org ziarah menziarah. Pagi kami pegi solat raya then balik...lepak2 and makan2. Hmm, family aku ni usah citer la bab makan...aduhhh, tu sbb saiz2 XL and above aje. Aku rasa aku ni dh baper kali ke toilet...hahahaha. Ptg ni, mak smpat buat sup tulang hasil daging korban kami sekeluarga. Itu sebenarnya mmg resepi or menu kami setiap kali Raya Korban. Licin habis sup tulang tu...ish...ish...lemak wehhh...kekekekeke.

Oh, lupa bgtau...Fadly balik juga dia. Hahahaha, tak tahan daulat betoii... Diaorg tak jadi balik ke Kelate, sbb sana pun ujan and banjir. Tapi, dgrnya Mimi on call, so tk dpt balik...tp tgh kami makan2 lepas solat raya tu...dia muncul dgn Mimi. Well, complete semua org ada...mak abah surelah org yg paling happy!

Kakak dh nak balik dah...now, diaorg tgh bersiap2. Sbb abg Shukri keje esok. Dia dh lama tak msk ofis..dia baru je balik dari Dubai. 1 week ada kat sana. So, esok harus le dia ke ofis. Tapi...biasalah kami2 ni, time nak balik...dari lepas asar hingga ke lepas mahgrib, baru le jadi bertolak baliknya...kakakaka. Kakak ni dh siap lepas Asar tadi. tapi....dok borak2...akhirnya draggggg to lepas maghrib. Sementelah ada citer Tiga Abdul, P Ramlee kat tv. Rasanya Astro Proma tayang citer P ramlee dari semalam. Diaorg dr mlm tadi tgk Labu Labi lah...lepeh tu bersambung2..hmmm, pueh deme... kekeke. Tapi itulah citer P Ramlee, walau dah tgk berkali2 dari kecik smpai ke tua, tapi tetap gelak terbahak2 tgknya. Memang special dia kan....seorang hamba Allah yang istimewa.

Oklah..till here...aku akan berada di kg smpai Rabu ni, insyaAllah. May be akan pi ke Ipoh kot...tapi tak tau lagi. Apa2pun gambo aku update nanti, lupa bwk cable lerrr...isk..

Salam AidilAdha semua!

Nota Penting: Eh, korang...sorry silap eja kambing boar le pulek dalam last posting...it's actually, BOER GOAT. Boar tu dah lain le pulak, wild boar tu...babi utan...kakakakka. Ish, aku niii....

Saturday, December 6, 2008

Balik kampong...yeay..yeay..

Hmmm, today kami akan bertolak balik ke kampung aku...yeay! Cadangnya balik petang2 sikit kot. Pagi ni, nk sambung mengemas dapur lak.. Smlm tgahari siap balik rumah, mengemas, sapu sampah semua. Malam tadi lipat kain sambil tgk Muzik2 Separuh Akhir, Balada. Nak tengok Abg Nuar punya pasal...huhuhuuuu.

Tapi sedih, Anuar Zain tak terpilih ke akhir...uwaaa.. Tapi, dia nyanyi semalam mmg best. Tak pueh ati lah, kenapa tak menang dia. Lagu sikitnya sedap apa...puitis abih. Ini yang menang si Aizat tu, huk alaaa... Faizal Tahir, satu lagu cukupla...ni dua2 masuk (walau minat juga kat dia ni..sore sedap). Bob menang pun tak pe...isk, bob ni kalo rupa dia mcm Anuar Zain, sure histeria semua org..hahahha, sore power beb. Eh...aku ni dah review pasal Muzik2 lak. Actually tak mengikuti langsung Muzik2 ni, tapi sebab smlm ada Anuar Zain, tu baru tgk...then lagu2 msk separuh akhir ni, mmg kira yg sedap and popular. Ok jgk layan sekali sekala....

Tak sabar juga nak balik raya...tp, tak kemas baju pun lagi. Pagi2 dah ngadap pc ni..hehehe. May be i'll be in Sitiawan until Wednesday, 10th. Kira next week ni, aku msk keje on Friday aje. Tapi tu le.......keje banyak. Until yesterday, aku tak menang tangan rasanya. Byk benda nak catch up...tahapa2 kadang tu rasanya. Nasib MD mood baik semalam. Tapi, aku balik dkt pkl 7 la...ingat nak balik cepat kononnya. Sebab tunggu surat MD sign, terpaksa la 'bertehor' org Peghak kata kat ofis tu.

Balik raya ni, kami nak buat barbeque. Zaidi tukang beli daging kambing. Ada satu kedai kat DU tu, jual daging kambing 'boar' utk panggang. Boleh tempah seekor utk buat daging golek..uishhh. Tapi tak taule nak tempah seekor atau, beli peha aje... Tapi mmg sedap daging kambing ni, bknle macam daging kambing biasa tuuu... Nanti balik Sitiawan, kena beli seafood lak kat Pantai Remis. Terpaksa lah Zaidi and Abiyang pegi beli...sbb kakak and abang balik esok. Abg syukri and abang Mader baru balik dari overseas dua2 nya. Abg syukri ke Dubai, urusan kerja. Abg Mader dari Jepun, tour Amway dia lah... Fadly tak balik, dia kena balik ke Kelantan. Ye lah, pengantin baru le katakan. Kena le jumpa sedara mara belah sana. Eda balik hari ni juga...tp dia tu tak leh amik kisah, dlm pantang. If tak pantang pun...dia mcm dlm pantang juga...hahahaha, makan je. Kakakakkaka....nasib dia tak baca blog.

Well, itu ajelah update ari ni...nanti insyaAllah ada masa kat kampung, aku update with pictures eh... Nak bersiap2 dah. Mandi pun tak lagi ni...daaaaaa..

Sunday, November 30, 2008

Kisah hujung minggu...

GIANT baru di KD

Semalam adalah hari yang memenatkan sungguh! Pagi kami keluar...Zaidi ke ofis same as me, yg juga ke ofis. Tisya as usual,my shadow. Aku mmg dh lama plan nk ke ofis on Saturday..sbb waktu tu lah aku dpt buat some housekeeping which I’ve been longing to do it. Tapi, ari sabtu yang lepas2, aku tk dpt nak pi…byk perkara yang muncul bila tiba Sabtu. Bila hari kerja lak mmg tak dpt le, byk benda yg penting yang perlu di dahulukan and plus with the ‘gangguan’ semua kan.

So semalam, aku dgn Tisya went off to my office. Miza promised to come…huh, until 1pm baru muncul… Actually, I really need her and Hafiz to settle a few things which they can’t do it during the working hours. But, Hafiz lak, since last Wed he can’t make it to the office, due to his wife pregnancy complication. Ingat dh nak bersalin dah…but, until today, I’ve haven’t receive any news yet..hmm, sure susah ati juga member tu, dah la 1st timer papa-to-be.

Miza left less than half an hour after she came. I didn’t make any comments. As long as I’ve settled my ‘mission’ and I can start briefly on this coming Monday. Byk dpt di ‘housekeep’ kan. Yg aku geram tu, bilik aku tu…tmpat diaorg simpan brg. And yg satu aku paling pantang….bila bukak kabinet, sure tk tutup balik…biar terbukak. Kalau kata sorang tu..lain lah, ini hampir semua lah. Mmg aku geram...lepas ni, mmg aku akan shoot semua yang careless tu.. Dahla all the craps are there...peh tu, suka2 ati je pegi tanpa pikir keadaan bilik tu... Tapi bukan ke kononnya semua kena buat amalan 5S? Hmmmph..*sigh* Orang kita tetap org kita..nk tukar jadi Jepun...mmg le susah, sementelah Jepun tu bekas penjajah...but still, yg baik jadikan teladan, kan?

Aku balik around 2.30pm. Dlm hati mmg dh niat nak pi sekejap ke The Store, Sg Buloh. Hehehehe, I’ve the ‘niat’ before dpt gaji lagi..utk beli baju kurung siap. Yela, I can’t hassle my sis anymore. She’s now heavily pregnant. So, tk leh nak harap sgt kain2 yg aku ada kat dia utk siap jadi baju...hehhehe. Terpaksa lah kan... Last few weeks aku ada ke The Store tu and tgk diaorg turunkan harga baju2 tu..yela, dh habis raya…diaorg nak hbskan stok la tu. Well, a good bargain juga tu. Ada yg 2 psg, RM100, China silk. And ada yg serendah, RM49. If not…masa raya tu..mana ada harga camtu..vaa..vaa..vaaa..

Aku sampai juga ke sana, despite of searching the parking like hell..eceh, tapi masih ada rezki utk dpt parking. End up, aku dpt la beli sepsg baju kurung pesak and the other one baju kurung riau or some panggil baju kurung pahang and ada juga yg panggei, pesak gantung. Dia like kembang sikit bawahnya and ada fitting sikit kat bawah ketiak. Pehtu, tgh pilih tu…hp bunyi. Aiseh, Zaidi laaaa….he don’t have any idea yg aku kat The store tu..kekeke. He called ajak balik…isk, mcm le ofis sama kan. Dia tanya, nak balik dh ke..aku pun, yes nak balik. Dia pun kata, jom balik...and ajak pi Giant. Mind you...Giant baru bukak kat Kota Dmnsara ni. Aku tak berapa sgt nak pi awal2 pembukaan ni, sure org penuh kat situ.

Kami ke Giant around 3.30pm, tapi...nak parking, MasyaAllah...jenuh! End up, pkl 4 lebih dpt juga parking. Adoiii... Tapi, bila msk dalam..hmmm, rasa bkn mcm kat KD. Memang le banyaaaak kedai. Kami pi makan kat Nachos Nachos, mexican cuisine. Mencuba sesuatu yg baru...Quite oklah, the owner is Malay. Ada Wendy’s, Kenny Rogers, their own food court pun ada...WOW food court namanya. Kami pusing2 lah, sebelum masuk ke Giant supermarket nya. Mmg byk kedai, kedai kasut, tudung, emas, baju, dan mcm2lah. But, kedai baju byk...isk, tempting...tempting...kakakaka. We msk one kedai baju, WRAPZ kot namanya..itupun sbb aku terpandang skrit labuh yg display kat patung. Cantikkk...lain la dari skirt labuh aku ada. And yg ok tu, sbb Zaidi pun setuju...and msk sekali ke kedai tu. Org Pakistan punya...hensem tokeinya, ala2 hero hindustan pun ada...eceh..boleh jadi model mamat tu..grooming sikit. Memang aku dah berkenan abih...hmm, dekat skirt tu ya, bknle mamat pakistan tu...hahahha. And the blouse pun cantik2. Zaidi pun agree. And the guy tu ckp, dia bagi 10% off. Aku ni berbelah bagi ni...ye la, kan ke aku baru beli baju kurung 2 psg...isk...isk... If tak beli baju kurung tu, mmg sah aku beli terus skirt tu sekali dgn blouse. Ye la...budget tight sikit. Now, aku lak...tgh berjimat cermat. Aku tgh target nak selesaikan hutang2 yg ada dgn cepat ni...dugaan betul, uwaaaa. Tak pe..ada rezki, adalah. Tapi balik teringat2....terbayang2...nsb aku tak jadi mcm Becky dlm citer Shopaholic tu...isk..

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Ok, itu citer semalam. Pagi ni lak...aku dgn Tisya ke Perpustakaan Negara. Dah janji dgn dia. Dia lah yg ajak, nak pi ke library sbb everytime lalu dpn library tu dia mesti tanya psl library tu. So, kami pun agree lah nak pegi. Elok juga...sbb aku pun tk pernah jejak kaki ke situ... Zaidi nak pi ofis lagi, so he dropped us at the entrance. Aku ni siap bawak laptop, sbb ingat boleh aku buat kerja ofis yg tak siap lagi.

Sampai kat lobi, aku ke kaunter penerangan. Aku mmg ckp...ni 1st time aku dtg and asked the girl how to go about it. So, kena register if nak pinjam semua. If tak daftar pun tak pe..boleh msk aje and baca. Aku ni...ingat children punya tempat kat dlm juga. Aku pun terus jalan dgn Tisya nak msk....rupanya, itu ruangan dewasa and kanak2 below 12 cannot come in....aiseh. Children punya tmpat...kat blok lagi satu, just beside the cafetaria. Lerrrr.... Aku pun bawak Tisya ke tmpat kanak2 tu.

Hmm...mmg kena makeover PNM ni. Tmpat kanak2nya...mmg le byk buku..but, berterabur. Yelah, budak2 punya tmpt...tp, tak syok la tgk nya. Mana nak cari buku cam tu.. Aku rasa kedai buku boleh aje susun...kenapa ni tak tersusun. But ada bilik, they called Hipermedia Room. Bilik tu, ada komputer, ada bilik tv and bilik muzik. Tapi, aku rasa tk best sgt. Bangku dh le kecik2...masa tu aku tak perasan ada meja kat tepi. So, aku duduklah kat bangku kecik tu sambil habiskan buku Shopaholic & Baby aku. Tisya sibuk cari buku...and lepas tu, dia msk bilik media tu. Habis je baca buku aku tu....aku cari2 lah buku utk Tisya. Masa tu baru nmpk meja kat tepi. But the sign kat depan ckp tak leh pakai laptop...isk biar betul. Penggunaan laptop akan effect mana2 system ke? Tak paham la aku...end up, aku duduk2 aje..baca buku yg bersepah atas meja tu. Ada buku belajar solat...aku baca le buku tu, elok juga...tgk ayat2 bacaan dlm solat..boleh juga betul2kan...hehehehe. Akhirnya Tisya pilih 5 buku utk pinjam. Rupanya satu kad, boleh pinjam maksimum 3 aje. And aku je yg berdaftar, Tisya belum...sbb aku tak bwak salinan surat beranak dia. 3 ajelah yg dpt.

Aku lak, tk puas ati sgt nk cari buku2 kat Library tu. Aku pun ckp kat dia, nanti pi lah ke Popular cari buku cerita ’Magic Kitten’dia. Buku ni, dia dh beli satu...buku magic kitten ni bersiri. Mcm2 kisah pasal anak kucing ajaib ni. So, aku ckp kat dia...buat koleksi. So, kenalah ke Popular lepas ni.

We have our lunch at the cafe. Then, kami naik tunggu Zaidi kat lobi library tu. Ada sofa smua..so, kitaorg lepak situ. Aku lak nmpak ada meja smua...aku pun terus bawak kuar laptop. Tapi sebelum tu dok tgk2 sekeliling, kot ada signage ’no laptop’ ke. Tgk tak de...aku pun bukak lah. But, awal2 tu aku tgk le juga org2 library tu...kot diaorg dtg bg warning ke.. But no, well..oklah kan? Masa tgh tunggu ni...aku perhati lah org2 yg msk ke library ni. Smua bawak buku and alatulis...really reminds me of the good old days. Zaman2 student dulu....ohh, how i miss it! Rasa mcm nak balik ke zaman tu. Msk library, bawak buku, alatulis, walkman. At that time, aku rasa aku nk belajar balik... Aku nak sambung belajar, ok tak? Takkan setakat tgk org msk library...aku pun nak belajar, ye dak? But, jauh di sudut hati teringin juga. Lebih2 lagi kat ofis...ramai yg sambung belajar, baik budak2 technician tu..sampailah ke exec yang ada.

Zaidi lak...masa amik kami tu, aku ckp la kat dia...how i feel when i saw the ppl entering the library and it makes me want to continue studies. Dia lak...baru je sembang dgn one of the bosses kat ofis dia tadi, and dia ckp..dia pun nak sambung. And PNS sponsored! Vaa...vaaa...vaaaaa. Aku pun galakkan dia...belajarlah, lebih2 lagi dpt sponsor. Itu one of the achievement in life. Utk kemajuan diri dan masa depan...just go for it!

As for me, aku diam2 plan dlm hati...if aku dpt capai 50% dari target dlm setahun dua ni, dpt capai ’impian’ aku (impian ni rahsia lah dulu, malu je if tak tercapai)...plus, if aku masih tidak dikurniakan rezki utk anak kedua, I’ll continue study. I really want to go further....yeay!

Hmm...bulan ni, masih tak de rezki. Ingat ke dh ada ke...sbb more than a month aku delayed period, tiba semalam...sakit perut dah. Isk...’kawan’ dh dtg. Hmm...somehow, mmg kdg terpikir...susahnya aku ni nak lekat eh.... Hmm..tak apalah, it means, it’s not the time yet...ada lah sebabnya tu. Tapi tulah...kan dh sebulan delay, sepatutnya heavy la kan...ni tak juga...aiyoooo, what happen to me? Ni yg tak best ni...sumthing is wrong sumwhere. I need to go to the gynae....have to...

Ok, till later..

Tuesday, November 25, 2008

What is actually Meningitis...

Ok, kawan-kawan...sori lambat update pasal meningitis ni.. Ok, here we are, I've got this from some link, if i'm not mistaken, UKM punya link..but, the typing error in that article, was worst..hehehe. But the info is important, right?

Let's read...

Meningitis merupakan infeksi pada bahagian membran yang melindungi otak dan saraf tunjang. Membran tersebut terdiri daripada 3 jenis iaitu:
• Dura matter
• Pia matter
• Aracnoid matter

Infeksi ini biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan orang muda. Ia juga merupakan penyakit yang sering berlaku di kalangan warga tua yang mempunyai penyakit kronik seperti kelemahan sistem imunisasi badan

Meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
1. Virus Meningitis - Jenis meningitis ini adalah lebih kerap dan ia tidak menyebabkan komplikasi yang serius. Bagi kes tertentu, meningitis boleh menyebabkan demam yang berterusan dan sawan.
2. Bakteria Meningitis
Jenis meningitis ini tidak begitu kerap tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi yang agak serius. Maka bakteria meningitis ini perlu dirawat secepat mungkin untuk menghindari kerosakan yang serius di otak dan bagi merendahkan risiko kematian.

Contoh virus menyebabkan meningitis ialah enteroviruses Kedua-dua jenis meningitis di atas akan menunjukkan simptom yang sama, maka adalah penting bagi seseorang itu untuk membuat pemeriksaan doktor bagi menentukan jenis meningitis yang dialami. Terdapat 3 bakteria yang kebiasaannya menyebabkan meningitis iaitu Haemophilus Influenzae, Neisseria Meningitidiis atau Streptococcus Pneumoniae. Meningitis boleh disebabkan oleh organisma yang lain dan sesetengah ubat tetapi ini sangat jarang berlaku.

Meningitis adalah sejenis penyakit yang boleh merebak daripada seorang ke orang lain melalui
1) Batuk
2) Bersin
3) Pergaulan rapat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan meningitis, iaitu bakteria virulence, imunisasi perumah, dan interaksi antara bakteria dan perumah tersebut.

-Bakteria memasuki perumah dan mula tersebar melalui darah
-Melalui darah, bakteria memasuki CSF -Antibodi perumah, bahan komplimen, sel darah putih di CSF menyebabkan pembahagian dan membiakan bakteria semakin banyak.

Dinding sel bacteria yang merangsang imunisasi perumah ini akan menyebabkan 3 komplikasi iaitu
1) BBB ( blood brain barrier) menjadi mudah ditembusi
2) Mengakibatkan cerebral edema
3) Bahan-bahan toksik menembusi BBB ke CSF

Kesemua perkara di atas akan menyebabkan tekanan dalam cranium menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan segala symptom yang dibincang tadi.

Simptom yang paling biasa dialami oleh remaja dan orang muda adalah seperti berikut :
Sakit leher yang terukØ
DemamØ
Sakit kepalaØ
MuntahØ
SawanØ
Hilang selera makanØ
KekeliruanØ
Sukar untuk tidurØ

Simptom adalah berbeza untuk bayi. Antara simptom yang kerap dialami oleh bayi adalah :
DemamØ
Mengantuk dan sentiasa menangisØ
Tidak mahu makanØ
MuntahØ

Di hospital bagi pesakit yang disyaki mengalami meningitis, ‘lumbar puncture' akan dilakukan. Prosedur ini adalah penting untuk mengesahkan jenis meningitis supaya rawatan antibiotik yang sewajarnya dapat diberikan.

Rawatan bagi meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
1. Rawatan paliatif – tujuan rawatan ini adalah untuk mengurangkan sakit dan simptom pesakit. Contohnya, menasihatkan pesakit minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi, antipirasi untuk mengurangkan demam

2. Rawatan antibiotic – tujuan rawatan ini adalah untuk bertindak terhadap bakteria tertentu dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh bakteria tersebut

Penyebaran meningitis boleh dielakkan dengan mempraktikan cara hidup yang bersih dan sihat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti :

1. Membasuh tangan dengan cara yang betul (antiseptic)
2. Menutup mulut dan hidung sewaktu hendak batuk atau bersin dengan mengunakan tisu
3. Tidak berkongsi straw,gelas,botol minuman, alat makanan dan batabg rokok dengan orang lain.
4. Menghalang seseorang itu daripada mencium bayi pada mulut
5. Lebih kerap menukar kain lampin bayi
6. Seseorang yang tinggal bersama dengan pesakit perlu menerima prerawatan seperti rifampin untuk mengelakan infeksi.
7. Menerima vaksin yang sepatutnya.

There guys...please, do take care ok? Eventhough, sakit itu ketentuan Allah...but, sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berusaha mengekalkan kenikmatan yg Dia berikan..

*Hana...thanks for the comments..tu lah, aku tunggu je ko nya komen..rupanya tk boleh eh? hehehe..

Saturday, November 22, 2008

Belasungkawa Nik Zaima, wife to Azizul Rahman

Al Fatihah..

Hari ni, aku sebenarnya bercadang utk ke ofis, sbb ada kerja yang perlu diselesaikan. But, around 7.15am mcm tu, aku dpt sms dari Eline..tanya whether aku nak ziarah Nik Zaima di UH. And dia jugak inform kawan kami, Mar datang juga all the way from Sg Petani. Aku pun mmg dah lamaaaaaaaaaaaaa tk jumpa Mar. Aku pun mmg teringin nak ziarah dia slps tau pasal dia melalui email2 yang dihantar dlm group ex-Jenan 8892. Aku terus sms Leeza, if dia nak pi sekali...so, aku boleh pi dgn dia. No need to hassle Zaidi.

Nik Zaima di serang 'meningitis'. Menurut cerita, selepas dia balik dari Sale Metrojaya di Stadium Melawati Shah Alam somewhere early this month rasanya, dia start demam. (teringat aku, ada ofis mate yang pegi juga sale ni). Ketentuan Allah.. Nanti baca the next post, mengenai meningitis ya. Macamana dia boleh menjangkiti manusia.

Nik Zaima was our junior kami di SMSAH or Jenan. But, her hubby, Azizul Rahman or nama gelarannya 'Chun' was my classmate. Aku actually, tak recall which one is Nik Zaima. But her name sounds familiar, just that the face i can't recall. Aku tanya Leeza tadi, rasanya tak dgr masa sekolah dulu yg Chun bercinta dgn Nik Zaima ni...and Leeza kata, ya..mmg tak ada. Bila dgr diaorg kawen, ramai yg surprise juga...itulah jodoh namanya.

Apa yg aku dgr, almost 2 weeks she has been admitted to the hospital. At first, she was admitted to SJMC. Masa di sini lah, dia disahkan terkena jangkitan ni. But, masa dia mula masuk, she was well...i mean, boleh gerak. Dia msk pun sbb demam and sakit kepala. But she still can bangun and according to her mother tadi...tak de sapa jaga pun masa tu. Which means masa tu, dia masih ok. But then...after 2 days, rasanya..dia dh a bit weak. And she's claiming sakit kepala. At one time, dia dh mskkan ke ICU, but aku tak ingat kenapa. Rasanya sbb dia dh weak sgt..and tk boleh ckp. But her mother kata...then, dia msk balik ke wad biasa..and msh boleh makan. Nurse suap dia makan. And when the nurse asked her, mana mama and papa dia...she can point to them. Meaning at tht time...dia dh tk boleh ckp but still concious.

According to the rest of my friends yang pegi lawat dia masa kat SJMC tu, diaorg kata masa tu dia masih sedar...just tht dia nmpk mcm blur. Tak berapa kenal sgt org... Then, selepas tu lah...mother dia kata, dia terus tk sedarkan diri. And bergantung kepada life support. Doctors had to run a few test. There were series of test for this meningitis. Ada 6 test mengikut kata emaknya...nak tgk respond dia. She failed all the test except the last test, iaitu diaorg cabut life support tu, to see whether she can breath or not. Masa ni emak dia kata, dia boleh breath...but slow. Then...the doctor still keep her monitored, maksudnya ada chance walaupun agak tipis.

But, yesterday her mother said...jantung dia berhenti 2 kali. Masa ni, doktor terpaksa guna alat yang punch kat dada tu, utk detapkan balik jantung dia. Masa ni, all family have gathered utk sebarang kemungkinan. Masa kami melawat dia tadi, mak dia kata...dia mmg bergantung pada life support tu and jantung dia bergantung pada ubat yang membuatkan jantungnya masih berdetak. Fully on life support and medication.

Sedih memang sedih...aku sempat msk ICU and look at her dari luar pintu kaca. Ini 2nd time aku melawat isteri kepada seorng kawan yang berada di ICU and dalam keadaan koma. Teringat arwah Azimah isteri Nash. Dia pun mcm tu...koma and pergi without any last word. Aku agak sayu juga tadi...

Nik Zaima dgn Chun dikurniakan 2 cahayamata. Yang perempuan, 6 tahun and boy, 1 year old. Maknya kata, yg kecik tu masih menyusu badan. And yg sulung tu...bijak pulak tu. Bila sepupunya kata mak dia sakit...dia marah, jgn ckp mak dia sakit...mak dia tak sakit... Aku sedih betul masa dgr citer mak dia ni. Katanya, smlm bawak juga dia ke hospital...sbb smlm kan jantung Nik Zaima mcm berhenti...so, smua family dipanggil. And mak dia kata, masa ni...anaknya menangis..sbb they have to tell her. *mata aku dh tergenang*

Elok kami smpai Shah Alam, aku tumpang rumah Leeza utk solat. Masa tu dh pkl 3.30pm. Elok kami selesai solat...kami bersembang sekejap kat meja makan Leeza, masa tu, around 4 something, both of our sms berbunyi. And the sad news has been delivered by Eline. Nik Zaima telah kembali ke rahmatullah...Al Fatihah.

Actually masa kami lunch ramai2 kat cafe bawah PPUM tu, Mat Zul, one of our schoolmate masih kat atas. Sbb dia lewat sikit sampai dari kami...so, kami semua dh turun, dia stay lagi. Masa kami nak balik, he came and told us wht happened selepas kami turun. Doktor dh panggei family Nik Zaima and bgtau...all the tests have been made. Kali ni, she failed all. And the doctor confirmed, now dia dh totally disabled and bergantung sepenuhnya pada mesin. Menurut kata doktor, if dia survive pun...dia may be bkn mcm dulu. May be lumpuh... Hmm, just like what they said masa arwah Azimah dulu. Same case, bila brain dh damaged. If survive pun, dia may be hidup dlm dunia dia...kami yang dgr dah dpt agak situasi nya di atas. Now, bergantung pada keputusan family dia...and i guess we know what is their decision. Menurut kata wife Mat Zul, dia tk sanggup dudulk lama kat atas...sedih sgt katanya...

Hati aku benar2 terusik. Sepjg aku drive balik...hati aku agak sayu. Aku letakkan diri pada Nik Zaima...dia pergi tanpa sempat melihat anaknya membesar. Mungkin masih byk impian yang ingin dilaluinya...namun, itu dh janjinya pada Allah. Aku bygkan anak2 yg tinggal... Dan aku letak pula diri pada tmpat Chun....apa perasaan dia ketika ini agaknya... Dugaan ini hebat buat dia dan keluarga... Aku benar2 terusik kali ni..

Manusia akan pergi apabila janjinya telah sampai. Tapi...kita tak tau bila, bila agaknya tarikh tamat tempoh kehidupan kita di dunia ini. Dan yg penting...keadaan kita masa tu..smpat tak kita mengucapkan kata2 yng sepatutnya kita ucap pada mereka yang kita sayang sebelum kita pergi, sempat tak kita memaafkan org2 yang mengguris hati kita...smpat tak kita berpesan2 kepada semua...sempat tak kita menatap wajah2 yang kita syg...

Ini email Eline kepada semua Ex Jenan 8892 selepas berita ini diterima:

"salam kawan-kawan...nik zaima telah pulang ke rahmatullah hari ini, sabtu, lbh kurang 4++ ptg td. before that, masa waktu melawat pukul 12 ke atas ramai antara rakan2 88-92 ada di hospital dan sempat ziarah... antaranya me n hubby, azy, mar n hubby, azrail n dzie, liza, aizura, nieza n hubby, mat zul n wife, yazri, imran... sori kalau aku termiss sapa2...namun, Allah lebih menyayangi zaima bila berita pemergiannya diterima pula dlm jam 4++ ptg td. aku dan azrail sempat berpatah balik ke hosp sbb kebetulan masih ada kat area sana. sedih pilu hati hanya tuhan yang tahu...sama-samalah kita doakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan antara golongan org2 yang beriman dan dikasihinya.arwah akan dibawa pulang ke kediamannya di no.21, jln putra permai, 10/1G, seks. 10, putra heights dlm pukul 9 pg esok. kemudian akan disembahyangkan di masjid al falah usj 20(dekat sate vs piza tu), lebih kurang pukul 10.30-11.00 pg. dan insyallah akan disemadikan sebelum zohor.salam takziah buat chun dan seluruh ahli keluarga.... semoga tabah menerima takdir ini....buat kawan2 8892... aku sayang korang semua!!! pls take care..."

Buat kawan2 semua, enjoy every bit of your life...cherish the moment, ingat pada Allah, taat padaNya..because we never know the 'expired date' of our life....

Al-Fatihah buat Nik Zaima. Innanillah..

Badminton & Me and hook up with 'Shopaholic Saga'..

Today, I shall make 2 postings.

First...my blog has a new look. Saja tukar...mula tu aku tukar warna. But, mcm tak kena...then just now, tukar template. I just edit the colour of the font and the type of the font.

Ok, actually...aku sepatutnya post utk cerita badminton ni smlm. Tapi balik smlm...seperti biasa, sakit kaki, pinggang, urat tegang2...tu le penangan lama meninggalkan senaman. Smlm aku kalah wehhh...hahahha. Hmm, as usual..i'm a bit frustrated. Aku tgk org lain ok je.. May be, ni cuma alaaa...game biasa. Main2, suka2... Tapi, aku ni mcm biasala...bila main, I tk it seriously...mcm le lawan piala dunia ke apa. Dah biasa cam tu dulu. Bila kalah, mmg le aku a bit down.

Peh tu smlm lak...aku lawan bos aku and adik dia. Deme ni adik badik keja satu company. Kakak dah senior manager, adik secretary. Yg geram tu, bos aku tu tk bersedia nak main. Tak bawak baju sukan pun...and dia turun dgn baju kurung and berkaki ayam. Still, kami kalah...uwaaaaaaaaaaa! Aku pun bertukar partner smlm. Sebelum tu, masa main hari Selasa tu...aku dgn CT. Well, dh ada keserasian juga...eh, game tu menang tau! kekekeke...tapi sengit... Then smlm bila kata tukar partner...and N volunteer to play replace CT, aku pun agak...dia boleh main kot... End up, dia yg diaorg attack. Aku lak tak ter'cover'...sedih..

But, the feeling of playing back the game...uish..really I can't tell in words. Aku pun tk sangka macam tu perasaannya. May be, betul aku suka sgt sukan ni...badminton. Tu aku boleh sepjg minggu ni, balik lewat sikit...pi amik Tisya dulu, and brought her along to the court to watch the game. I just...love it! Until one day, Akmar ckp, Kak zura ni rajin betoi.. maksud dia aku rajin tgk game ni.. Aku lak, dont want to look so obvious and i gv reason, Tisya yg nak tgk..hahahhaha. Tisya yg kena.. Tapi aku pelik...salah ke aku nk tgk pun. Diaorg tu mmg cam tu...suka pelik2 gitu. Bkn boleh tgk org lain sikit... hahahha, bergosssip aku.

Ok...ok..ni citer lagi satu. Ohhh....I'm hook up with the 'Shopaholic' series....!!! It's all Mazwin fault...hahahha. Ok, actually this story, have been recommended by Mint to me quite some time ago. Masa aku masih di TCB. But masa tu, aku addicted to Malay novels more... So, I wont bother sgt masa tu...

Then, baru2 ni...aku start baca MB (Mills & Boons), ni pun semua salah Kak Zah. Dia ni mmg hook up with all the MB series ni. Mmg selalu nmpk dia tgh baca..but dulu, mcm tk kisah sgt. Just akhir2 ni, aku teringin lak nk baca. Baca buku citer ni, dia ada mood2 nya tau... Ada masa, tak de rasa nk baca apa2 pun...but dtg angin nak baca tu...mulalah, kalo boleh, nak duduk bacaaaaa aje...tanpa buat apa2..which is impossible la kan. Aku lak...bila nk baca tu, mula le rajin siapkan keje cepat2...sbb nk baca buku punya pasal. Elok juga kan...keje tetap beres, and enjoy the leisure of reading the book.

Nak tau tak...MB tu, masa aku study dulu, kawan aku pun rajin baca. Hayat, Ija...hehehehe. Tapi aku tak suka...sbbnya, aku mcm malu baca buku tu, kan ke MB tu citernya penuh dgn adegan XXX...hahhahaha. And i'm more to novel like, Judith McNaught's, Jude Deveraux's. Yang cerita berplot ni.. Hmm...how i miss Judith's novels, Always, Whitney My Love... Lepas baca Shopaholic series ni, aku ingat nak carik balik novel Judith ni... Aku ada dulu buku2 ni, tp org pinjam...end up, tak pulangkan...geram aje aku..

Tapi, baru ni bila aku baca MB, aku amik yg mana kak zah recommend best aje.. Bila baca kan...hmm, MB ni mmg seronok baca utk relaks. Sbb jalan citernya...straight forward. Tak byk plot, no conflict...tk yah pikir.. Relaks..sbb citernya is what we wanted in the real life..happy ever after. Ada yg tak byk xxx nya. Ada lak..yg separuh buku tu, pasei xxx ajelah....adoiiii...kakakakaka. But still...ada jalan citernya. Idak le pasei itu aje...itu dah jadi buku porno la pulak..hahahahha.

Then...dtg lah Mazwin and recommend the Shopaholic tu. Aku lak...terus 'ting!' teringat Mint pernah ckp dulu. Esoknya, Awin bawaklah...the first one 'Confessions of a Shopaholic'. Well...baca aje, aku terus hook up! I love it!! Itupun masa dpt, aku tak baca terus...aku baca MB dulu..buku tu tinggal kat ofis dlm beberapa hari jugalah..

Then baru aku baca... Hehehehe, aku suka...aku suka! Aku mmg suka jalan citer yg kelako2 ni. Dlm kelako nya...ada banyakkkkk mesej. Weiii...byk pengajarannyaaaa..hahahhahaha. And aku spt biasa jiwang le dgn karakter hero and heroin nya. Mmg pandai Sophie Kinsella ni buat citer...so sweet! Dlm gila bershopping Becky tu, and kelam kabut dia...dia bijak orgnya. Itu yg istimewa ttg watak ni.

Ok, now...aku dh msk buku ketiga. Mlm tadi buku keduanya, 'Shopaholic takes Manhattan'..best juga..hahahaha. Ni buku ketiga, 'Shopaholic ties the knot'. Dlm buku kedua, dia dgn Luke pegi ke US, (diaorg ni British) and buku kedua tu...ada juga kisah2 sayunya...but end up with a really sweet moment...hehehe. Then buku ketiga dia nak kawen dah.. Buku ke-4 lak, Shopalic & sister, and buku ke-5 (last one) is Shopaholic & baby. Now, aku nk habiskan dlm masa 2 hari ni...hehehhehe..

And guys...guess what? Next year, cerita ni...dh dijadikan filem! hahahahah...pi google Shopaholic movie..and dah ada trailer! Tapi..bila tgk dia mcm compile kan smua citer ni ke dlm satu filem..so it;s all together, i guess.... Kita tgk lah nanti, best ke tak...ok or not ok...but reading the books is not the same with watching the movie..only now, boleh bygkan rupa Becky and Luke ni..lepas tgk trailer tu..hehehehe

Ok, guys..i shall post the next posting after this... Citer sedih utk kami, ex-jenan. The next post shall be...Belasungkawa.

Saturday, November 15, 2008

Sakit-sakit badan dan lutut, apa tandanya...

Minggu ni, agak pack jugaklah hari2 aku. Selasa, Rabu ada workshop..msk Khamis baru nak tgk kerja2. Byklah benda yg kena settle kan. Aku senaraikan semua...ada lah dekat 10 benda aku kena selesaikan. Next week, aku cadang amik cuti ari Isnin. Yelah...Tisya dah start cuti, tak pelah, teman dia sehari kat rmh. Aku pun mcm nak merehatkan diri kekdahnya. Tapi kalo tgk dlm planner utk minggu depan...hampir penuh jugalah hari2 yg ada dgn pelbagai perkara yg perlu di attend. Pheww...kerja di TSG ni mmg penuh betoi. Tapi, aku...alhamdullillah masih ok. Kdg2 tu mmg le rasa pressurenya, tapi 'tensi' nya masih boleh ditahannnn....buat masa inilah..risau bila kenangkan hari2 yg mendatang, eceh..ceh.

Kelab sukan TSG dah start balik liga2 perlawanan2 sukan. Hari Khamis, 13hb hari tu..start lawan bowling. Aku ni dh lama tak main...mmg idak le pandai main pun. Setakat baling or leretkan bola...pehtu, tah mana2 bola tu pi..kejap msk longkang, kejap tepat kena..kejap2 tu dh dekat2 nak kena, boleh dia melencong ke tepi..mmg tak berskil sungguh! hahahahha..

First time aku ke Pin Junction kat Cineleisure tu. Pusat bowling milik Shahlin Zulkifli, bowler Malaysia tu. Aku seperti biasa bawak Tisya. Zaidi ke pahang on that day. Aku dgn Nurul satu grup...so, kami ni gilir2 baling bola keras tu..still, tak banyak pun pin jatuh...kekekekeke, buat malu je kan. Jeles aku tgk2 diaorg yg lain. Fida, Kak Zah...hebat juga. Diaorg dh biasa agaknya. Every year, aktiviti sukan ni ada... Aku ni lak, mana pernah company2 yg aku pernah keje sebelum ni, ada aktiviti2 mcm ni..hmm, rezki aku lah kiranya utk merasai suasana bersukan ni..
Ada 3 game lak tu...jenuh juga le..masa tu rasa le lenguh2 dah kaki and tgn ni. Dah le esok nya sibuk ajak org main badminton...hehehe Dekat pukul 11 juga lah, game tak abis lagi. Dlm 10 minti ke sebelas tu, aku mintak diri dululah. Tisya pun esoknya sekolah...last day of school lak tu. Aku mmg tak bagi Tisya ponteng walau dh last2 hari sekolah. Yelah, kalo tak pi sekolah pun...dia nak duduk mana, bknnya aku dkt rumah pun. Elok lah pi sekolah...tak de ruginya.

Selain boling, badminton pun akan dipertandingkan. Dgrnya Selasa depan gamenya. Aku agak teruja juga nk main badminton ni. Memang dah lamaaaaaaaaaaa aku tak main. Sejak lepas belajar tu usah citerlah...then aku kena slip disc. Lepas that surgery, doktor tak bagi aktif main, katanya...jgn lompat2. Even berlari jogging pun tk boleh, sbb terentak2 kan. Hanya boleh breeze walk...isk. Tapi itupun tak buat..aku rasa tu yg buat aku makinlah bulat...adoiii.

But, aku rasa now dah ok kot.. Aku mmg tak berani nak main apa2, until lately bila balik kg ramai2, aktiviti sukan kami mmg badminton and ping pong. Bila tgk diaorg main..mmg le teringin. Aku pun cuba lah ping pong...then lama sikit baru aku try badminton. Rasa mcm ok...tak de rasa sakit dah. Hmm....it's almost 5 years after the surgery. Aku hrp dah sembuh sepenuhnya...insyaAllahh.

So, sehari sebelum smlm, aku sibuk mengajak yg pompuan2 kat TSG tu utk turun main badminton. Itupun sbb dgr diaorg buat court kat belakang kilang, dlm loading bay. So, tak yah lah nk kena ke luar. Convenient la juga... So, aku mmg dh lama kepinginnya. And aku pun nk bersukan yg benarnya. Memang aku rasa aku dh terlampau gemuknya. Tumit kanan aku masih sakit. Dh lama ni sakit, mau 3-4 bulan lepas. And aku pelik...tak tau sebab apa. Now, aku rasa tulang depan betis (panggil apa eh...hehe) aku dh mula rasa lenguh. Like kalo pijak kaki tu, esp masa naik tangga, aku rasa mcm tk kuat. Ish...jgnlah sakit yg bukan2. Sbb tk pernah2 aku kena camni...menurut doktor homeopati aku, katanya angin....but lama sgt anginnya. Masih tak de perubahan...I'm worried actually. If pegi jumpa doktor, sure kata sbb badan dh overweight. But seriously, berat aku tak le naik...maintain je spt biasa. Doktor ni kadang2 is not being helpful la... Asalkan kita ckp, kaki sakit or tumit sakit...and dia tgk kita ni gemuk, itu je lah alasannya. Geram betul...bkn bagi solution sgt. Suruh turunkan berat aje tau nya...senang sgt lah keje doktor mcm tu. Menyampah betul kdg tu. Kalo turunkan berat tu senang...mmg tak kisah lah. Now, sakitnya tgh ada...bagi lah ubat ke apa ke..cek lah betul2, dibuatnya sakit lain..heeeeeee...

Ok, enuf lepaskan kekesalan sekejap. Then, smlm aku main lah badminton...seronok betul rasanya. Awal2 main tu...aku main dgn Su. Su kata aku pukul bola lemah lembut katanya...alahai, lembutnya pukulan... Isk, aku mcm...ye ke? Patutlah aku tak terpilih masa sukan matriks dulu2 tu...hahahha. Sdgkan aku wakil sekolah dulu and wakil kolej masa tu. Hmm, mmg aku idakle terror beno pun....lebihnya dulu, kot aku tinggi and boleh le pukul2 shuttle tu. Tak kisahlah...aku rasa diaorg may be ramai yg terror. Sbb aktiviti tu selalu ada kat TSG. Sikit sebyk dh biasa main. Aku ni haaa...dh lah tak terror, peh tu...baper tahun eh dh tak main. Mau dekat 10 tahun dahh....isk...lama tuuu..

And.....this morning, adoiiiii...tumit aku makin sakit. Bila duduk ke, baring ke...nk start jalan tu, adoiiii...sakit betoi tumit ni. Then, ditambah lak, lutut2 aku ni haaa...tegang rasanya. Nak bend tu...ish..mcm org tua pun ya. Paling seksa, nak rukuk and sujud tuuu...kekekekek, teruk betoi kan. Well, itulah hasilnya....sekian lama 'manja'kan diri, peh tu baru nk 'dera'. Rasakan...

Aku harap, aku tak de masalah kesihatan yg lain...aku nak aktif balik bersukan ni. At least, aku suka main badminton...so, aku boleh aktif main balik. Dari buat aktiviti yg aku tak minat...like jogging ke..apa ke.. Tak boleh lah, aku rasa aku susah nk conceive pun, may be becoz of the weight. Kesian kan..

Period aku tak betul balik ke ni...suppose dh datang, but tak de until today. And not pregnant...hmmph *sigh*. Kalo ikut frust...mmg frust aje. But, now mcm dh biasa...sedih tu mmg sedih, tapi tk lah mengikut perasaan. Aku pegang satu je, belum masa nya lagi. Adalah sebabnya Allah takdirkan begitu... Mmg teringin nak jumpa doktor lagi and try IUI ke, or apa2 yg doktor suggest, tapi...aku tak begitu mendpt kerjasama. So, I guess...biarlah dulu. Ada rezki, ada lah...but doa takkan putus walau apa pun yg Allah turunkan. Now, aku on homeopathy medication. Dari bulan 8 tak silapnya sehingga ke hari ni... So, aku akan teruskan tanpa putus asa...insyaAllah.

Another good news for us this week, Tisya still no 1 in her class. Alhamdullillah..... Sepupunya pun sama. No. 1 in her class. But utk keseluruhan stdrd 1, cikgu kata masih tak tau kedudukannya. Tak kisahlah nombor tu...yg penting markah2 yg dia dpt utk subject2nya. Maths turun sikit dlm 93% , salah 3. Apa yg dia salah tu...mmg yang masa latihan dia agak confuse iaitu tang garisan nombor. Sains yg dia minat dia salah satu. Hehehe, dia silap buat 'lizard' kat forest bkn house. At first dah tulih betul kat ruangan house, boleh dia padam bubuh kat forest...sabo je lah.. No wonder lepas paper tu sains tu dia ada tanya aku...'ibu, lizard ada juga kat forest kan?' aku ni not knowing apa halnya, aku ckp ya lah. Rupanya dia dh jwb tu lah masa exam. Kakak aku kata, susah juga budak yg dh advance ni...kalo budak lain, ckp cicak, ingat kat rumah lah... Ini agaknya dia ingat, family lizard...biawak ke...sesumpah ke...yg ada kat hutan nun.. Aku pun terpikir, ya le agaknya tu.. Itulah, suka sgt tgk animal planet. Tisya...Tisya...

Sekolah agama, she's no 3. Yg ni aku puas hati, sebab semua markah dia naik, alhamdullillah..all 90+. Ada yang markah penuh. Keep it up baby! Aku bersyukur pada Allah...mungkin inilah hikmahnya, aku ada dia seorang. Dan yg Allah kurniakan ini...mungkin yg terbaik. Agaknya itulah timbal balik buat aku. Aku bersyukur sungguh2... Kami berdua bukanlah yang jenis, paksa dia study...kdg2 bila tgk dia main, mmg rasa nk marah. Suruh dia baca buku...tp bila nk suruh baca buku, mcm apa lah sgt buku dia nak baca..dia baru darjah 1. Teruk betul pulak rasanya, mak bapak sekrg kan...hehehe. Then...kami bersederhana sahaja.

Nk dekat exam hari tu, aku amik pendekatan suruh dia buat latihan. Buku2 latihan aku dah beli masa pesta buku hari tu. Masa tu, mmg offer...aku rasa mmg a good deal lah! Then...itulah yg aku guna. Malam2, ada juga aku suruh dia buat satu latihan. Tapi tak setiap malam pun...kdg dia tido awal, ibu pun tido sama..hahaha. Tp alhamdullillah dia kdg rajin buat sendiri. Terutama buku sains...itu yg habis semua dibuatnya. Tapi tisya ni ada malasnya juga....kdg tu, byk bersabar jugalah aku. Dia kalau bab buat homework teruk sungguh. Masa tu lah penat lah...hapa lah...geram aje aku. Mmg masa jumpa cikgu, komen diaorg about her work. Mmg kdg tu tak siap. Cikgu kata, dia mcm malas nk buat...aku pun naik risau. Then cikgu kata, or may be...dia dh tau..dia boring. Lagi la aku risauuuu..then cikgu dia yg ckp, dia ni tak payah tmbah apa2 lagi. Tak yah anta tuisyen ke apa ke...biar je dia ikut flow. Takut dia boring nanti... Mmg kami pun tak tau nak komen apa. Sbb tisya, bagi kawan2 aku yg dh kenal dia...dia ni plain aje. Tgk mcm ordinary girl je. Dengan malunya, dengan muka tak senyumnya, berat mulut kadang tu..so, tk nmpak lah dia ni outstanding. May be, she's special in her own style... Hmmph, tisya...tisya...

Ok, cukup setakat tu.. Aku bkn nak bangga or riak dgn Tisya, nauzubillah...but ingin berkongsi kebanggaan kami yg sedikit ni dengan semua kawan2. Hmm...dia baru je cium pipi aku ni, tiba2 je...lepas dia simpan congkak nya. Tadi dh beli 2 buah buku cerita utk dia. Cuti ni, aku suka dia membaca and aku pun dh janji nk pi bookshop dgn dia. Dpt lah 2 buah buku cerita, satu english, satu BM. Dia tgh baca yg english tu. And aku beli juga 2 buah buku citer utk Faiz dan Fatihah. Dua2 pun dpt keputusan yg cemerlang, hadiah daripada mak uda.

Ok, till here...

Saturday, November 8, 2008

A MEMORABLE REUNION AFTER 18 YEARS - SERATA

Wow...it almost 18 years, I've left my school days at Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. This is the 1st reunion (for me, I guess...) that we had arranged for our batch, class of 1988 - 1992. But for me is 1988 - 1990. I left the school in the year of 1991 after I was accepted to one boarding school in Jitra, Kedah which is Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

But, the memories and the friendship that we had still left in my heart. But sometimes I do feel guilty when I can't recall some of them and it even bad when they still remember me and the worst is when I dont! Isk...isk.. I'm known as 'WAZURA' kat sana. Hehehe, mcm ganas je bunyi nama ni..kakakaka. Ganas tuh...sure Lela kutuk aku ni, ahaks..

The reunion has been planned during the 'puasa' month, if I'm not mistaken. At first, it was planned for Aidilfitri Open House, but due to the dates, which some can make it and some don't, it was dragged until today, 8 November 2008. Still, they are few who can't make it. But, the plan still proceed... Bukan senang nak kumpul semua...tapi, mana yg ada, and janji ramai. Akhirnya, majlis ini berjalan dengan jayanya..wuhuuuu!

Aku datang sekali dengan Laila and Jasmi. Kami ni dh duduk 'sekampung' le katakan..KDrian, hehehe...mcm buah durian je. Kami ni rombongan Kota Damansara. Around 11.30 bertolak dari rumah aku. Jasmi drive, aku dgn Lela, hop in aje..hehehe.

Zita bermurah hati jadikan rumahnya sebagai tempat reunion. Jadinya semua ke Saujana Impian, Kajang. Ni lah 1st time aku jauh ke sana. Memang unfamiliar place lah bagi aku ni...hehhe.Kami semua pakat buat pot luck. Mula tu nak tempah catering, tapi tgk2 takat 20 org aje yang dpt dtg. Mana catering nak buat. Jadinya, kami pakat pot luck better. Lagi byk food sebenarnya, and pelbagai.

Apa yang mengharukan tu, ada 4 orang kawan yang datang dari jauh, semata utk bertemu dengan kawan-kawan lama nih. Azlin Hudri yang kecoh dari dulu hingga saat ini, walau dah anak 3 datang dari Ipoh. Haryati Khairuddin yang dulu senyap aje, sampai jadi Ketua Pengawas Perpustakaan lah...now dah jadi Penasihat Undang-Undang di Majlis Perbandaran Taiping. She came along from Taiping with hubby and 2 kids. Wahh...time flies huh.

Ada sorang kawan, Hadi (Hadijah) aku tak ingat dari mana. Rasanya dari jauh juga. So, kebanyakan yg jauh datang bersama hubby lah. Yanti pulak datang dari Tanjung Malim. Dia dengan anaknya yang comel, putih melepak. Yang kami2 dekat KL ni....semua berlagak 'single'. Ramai yang 'single' benolah tuu...sampai anak pun tinggei..kekeke. Aku tetaplah di iringi oleh puteri kesayangan cuma Hulubalang aje tinggei kat rumah...kakakka hulubalang bukan raja eh...kekekke

Dari belakang kiri, Aida Zamali, Zita (host), Syano, Eiah, Putri, yg tersorok kat depan tu, Azlin Hudri, depan dari kiri, Laila, Kak Cik (aku tak tau nama dia sebenar...sbb dia masuk masa form 4, waktu aku dh tak de) Haryati, Anis dan me! Ini antara yang hadir dari tengahari sehingga ke pukul 3. Lepas pukul 3 ada lagi yg lain datang. Memang really happening la for me...meriah sungguh! At this time, Hadi ,Yanti , Yati and Liza tak smpai lagi.

Banyak lagi gambar ramai2 lepas ni. Tapi aku tk dpt snap dah...ye le pakei hp kecik tu..jenuh nak suruh org snap..hehe


Tengok tu Laila, ada le tu benda yang diusiknya...haaa, itu le namanya gelak terkekek...sampai tertunduk. Putri dengen Haryati, sabo je la... Laila ni memang, suka menyakat org. Dari zaman sekolah smpai le ke hari ni...Kalo katalah dia tetiba2 senyap, memang dah insaf le tu..hahaha. Laila sekarang dh keje dgn TV3 selepas SIRIM. Baru sebulan dgn TV3...kawan baik NurFarahin Jamsari nih..hehhe. Dia ni aku tak sangka akan dpt close balik cam gini... Dulu masa form 1, aku ketua kelas dia penolong. Hmm..we're quite close juga dulu. Tak sangka dah meningkat dewasa ni, kami duduk 'sekampung'.

Tengok tu...ada le tu apa yang dibuatnya, sampai Eiah bercekak pinggang tuu... Zita pun berkerut kening dibuatnya. Eiah sekarang keje dengan insurance company. Dia ex-Uitm. Not sure apa dia amik dulu masa study. But lama dia dgn company ni...tak ingat lak, which insurance company. Zita now, Ustazah. Dia ni pun...tak sangka jadi ustazah. Budak nakei jugak dia tu... Kawen lak dengan diplomat...hehehe, hubby dia PTD. Dia duduk lama juga di Dubai dulu. Eh, ye ke Dubai...isk...apa hei tak ingat dah ni.. hahaha. Jasmi lak, secretary di MISC. Pun tak sangka leh jadi secretary..hehe

Ada je benda yang disembang...sesekali aje 'malaikat lalu'.

Apa lagi la Laila tuu..hahahhaha

Haryati dengan Kak Cik

Kek marble khas dari Taiping. Haryati buat mlm tadi katanya. Dia bertolak pagi2 lagi ke sini.

Antara juadah

Aida Zamali with her kids. Aida ni dorm mate aku di Rumah Merah Bilik C. Memang lama tak jumpa dia...tapi, byk tak berubah Aida ni, dari badan yang 'maintain' je dari dulu...sehinggalah ke pitching nya masih tak berjaya di kawal...hahahahha. Aida ni dh jadi cikgu, tapikan...Aida, ko ni buat aku susah ati la..bila tgk cikgu cam gini...kakakkakaa

Eiah, Laila, Jasmi, Azlin, Ustazah Zita...hehe
Gambar ni cun kan...sebab nmpk aku kat cermin tgh amik gambo...kekekke. Jadinya aku masih adalah di dalam gambar ni...
Eiah dan Laila...auww..seksi gitu, ammmmppunnn ye Eiah, aku nk bubuh juga gambo ni utk tatapan semua..hehehhee

Masih kami yg tadi, cuma tambah Siti Awanis je...

Me & Syanorida

Me & Siti Awanis
Siti Awanis ni, masuk UPM after STPM if I'm not mistaken. And bertemu jodoh di sana juga. Dia sama kolej dengan aku. Its just that, we're not so close masa kat UPM. May be due to different course. Dia ni aku suka...penuh sifat keibuan, dari dulu lagi and sikap dia yang malu2 bila tang, dia dah cakap...peh tu dia sendiri malu..hahaha. Dia kawen dengan our senior kat kolej tu, Abg Zaini...hehehe. But I dont think Zaini remember me...
Haaa...ini ada yang geng dtg selepas pkl 3. Yati Nordin and Hadi yang kat belakang sekali tu. Aku tak sure profesion Hadi. Tapi, bagus2 juga le rasanya. Yati pulak lawyer. Friendly and lively as always! Bukan calang2 juga budak Taayah ni.

Masa nak balik..

Liza (tudung biru) dtg lewat sikit dlm pkl 4 lebih. Dia dtg dari Desa Waterpark ada family day. But she managed to come just to meet us. Semangat bebudak Taayah ni..

Posing dulu...sebelum balik. Dari kiri, Shikin, Liza, Eiah, Jasmi, Syano. Laila, Putri, Har, Anis, belakang aku dgn Zita. Gambo ni Tisya snap...tu yang dari tepi tu.
I guess, everyone is enjoyed and cherished the moment. End up, kami bertolak balik dah dekat2 pukul 7 gitu. Ada yang hsband dah call 2-3 kali...kekekeke. Aku rasa lepas ni, kena organise lagi. Sbb ramai yg tak dpt dtg. Memang happy dpt jumpa semua balik.
Terus terang aku kata, bila dikenang2kan, antara kawan2 di SMSAH, Jitra dan SERATA Ipoh ni, rasanya ex-Taayah ni lagi hebat kerjayanya. Boleh dikatakan kebanyakannya berjaya dan menjawat jawatan yang bagus. Pasti cikgu2 dan ustazah2 di Taayah berbangga dengan 'hasil' mereka. Alhamdullillah..
Taayah is not bad at all...if Tisya boleh menyambung legasi aku di sana, ok jugak kan...hahahhaha

Friday, October 31, 2008

Kek hari jadi dan hadiah

Haaa...dh 2 hari lepas harijadi tu, baru le dapat update, hehehehe. Aku tau ada org yg tak sabo nak tau ni.. Tapikan Ja, tak de yg spesel pun haaa...

Inilah kek hari jadinya yang dibeli oleh kami petang tu.. Tisya ada panggilan manja utk ayahnya, 'Yayah'. Kek ni sedap juga...aku benonya lupa langsung nk tmpah kat kawan aku, Kak Nab. Padahalnya selalu berurusan kek dgn kak nab. Every month utk assembly aku mesti order kek dia. Hatta utk kakak pun, kakak selalu order utk birthday anak2 dia and husband dia. Aku juga jadi org tengahnya...boleh lak utk harijadi si Yayah ni, aku lupaaaaaaa....hehehehe. Kalo tak, dpt kek lagi sedapppp...tak pe next time eh knab.

Hmm...kiut benarla tuuu... Benonya nk tutup badannya yg tanpa seurat benang..kekeke. Badan je ye, bukan keseluruhan badan, bahagian pinggang ke bawah berkain pelikat. Tapi, Tisya tetap comei and kiut...ayahnya, hmmm....alahai..kakakaka

Haaaa....inilah hadiah2 yang kami belikan. Eh, kami ke....aku le jatuhnya belikan. Memang le dari Tisya, tapi fulusnya ibulah. Tak pe..harap dh beso nanti, masih ingat birthday ibu ayah ye sayang intan payung emas juita ibu...hehehehe.

Word 'Emas juita' tu, aku dapat dari novel terbaru Noor Suraya, 'Panggil aku Dahlia'. Ok gak citernya...tpkan, yg buat tak best tu...sbb heroinnya di describe oleh Kak Su, plain sangat. Like tak lah cantik...tak de yg istimewa rupa dia. Tapi hero hensem, minat dia....kerana diri dia. Bkn rupa ke apa...peh tu lak, 11 tahun kemudian baru diaorg kawen. Diaorg boleh bercinta selama 11 tahun tu, just sbb janji hero ni akan kawen bila ayah dia meninggal. Sebab ayah dia....jeng..jeng..jeng.. Ehhhhhhhhhhhhh, melalut dah aku ni...kakakakaa. Boleh lak buat review citer pulak kat sini..kekekeke. Utk tahu kisah selanjutnya, sila beli di kedai2 buku berhampiran yeee...

Ok, ni kad Tisya utk ayahnya. Dia kata dia buat kat sekolah agama. Sempat tu... Katanya, masa ustazah nak bagi buku kerja, panggei sorang2. So, smntara tunggu tu dia buat...kiut kadnya, walaupun hanya dgn kertas dari buku nota kecik dia. Tisya..Tisya...harap kekallah sifat kasih syg yg ada dlm diri dia hingga ke akhir hayat.

For Ayah, From Tisya


Bahagian dalamnya. Siap ada tempat utk ayah sign selepas terima dan baca.

This is what she wrote: " Ayah i really love you. And when you go somewhere i really miss you. Even know this may make you happy i must give it to you. This card i made myself. I made it at school. Well, i may make you happy. The present i give to you is a very special give."

Walaupun ada salah silap dalam bahasanya, but the message is there...kan? How she love her dad..

Ok, ini hadiah Tisya pilih utk yayah dia..

Belt and wallet. Wallet Zaidi dah mcm ala2 uzur gitu...so, aku kata belilah ayah wallet. Masa mula2 tanya dia nak beli ayah apa, dia kata apa ke tah...peh tu aku mcm takkan nak beli tu. Peh tu dia kata...susahlah, sbb ayah lelaki. Lelaki tak banyak hadiah..gitulah katanya. Aku gelak jelah. And this one, dia pilih....bkn sbb apa, dia minat kan bekas tu. Katanya mcm cupboard la ibu. Ada drawer...Yg dlm ni utk ayah, yg bekas ni Tisya punya. Ini almari utk Mishi....katanya. Mishi tu, tikus soft toy dia. Sabo jelah aku... Ate ke, itu je kawannya.

Murah je wallet and belt ni. Bekas pun nampak le presentable. Ada sale dekat The Store. Jadi harganya agak berpatutan, kurang dr yg di bajetkan...alhamdullillah. Ada brand juga tu, Polo. Cantik wallet and beltnya. Jadilah, utk Zaidi pakai.


Ok, ni lak hadiah aku bagi....haaa, jgn ingat apa2...murah saja.

Handphone Nokia, yg murah je. Itu je yg mampu.. Berapa tah code dia. Tak ingat lak. Haaaa....bknlah aku nk menunjuk ke apa..mmg tak mahal harga hp ni. Itulah sekrang kan, hp semakin murah. Basic hp cam gini pun dh cukup. Ada kamera, gigi biru and mp3, cukuplah tu.

Bkn apa aku beli utk dia, hp nya skrg...mmg dh tak nampak keypadnya. Nombor pun dh hilang. And bateri pun dh tk ok sgt. Mmg lah, bila nk tukar hp...Zaidi mcm malas. Mmg tau, sumtimes tu ada berkenan and teringin nk beli lain, tapi pikir...nk spend duit for hp banyak2, tak baloi rasanya. Dia lak pakai utk ckp je... So, I know him. Then...aku pun simpan lah hasrat utk belikan dia waktu hari jadi dia. So, duit simpan lah sikit2. Lagipun yg murah je ni...dlm 2 kali simpan duit je. Sekali sekala kan...mmg puas hati if dpt menggembirakan hati org lain.

Dapat casing free lagi...yg orange tu. Hmm..ringan dan nipis. Nampak lah sleek sikit...

Harap dia sukalah dengan hp ni....setakat itu yg mampu. InsyaAllah, mana tau...esok2 dpt rezki bergolek dari Allah, kita tukar PDA ya...aminn...hehehehe

Kad Tisya, dia letak kat fridge. Tapi ayah nya nak bawak ke ofis nanti...

Itulah hapdet setakat ni...have a great weekend everyone!

Wednesday, October 29, 2008

Zaidi's 35th birthday

Happy Birthday dear! Eceh..ceh..ceh..

Today is his birthday. Nothing special though..hahahaha. Just that her little girl insist of buying him present. Me? Ada la jugak nak buy him something...dh lama nak belikan dia, but yg murah je lah. Tapikan, smlm kasik hint..dia mcm tk bagi, katanya..tk usahlah..apa lah..mcm marah je (biasalah tu, typical him...) a bit down aku..hmmph *sigh* Yg aku pi bgtau tu, buat apa...satu hal la pulak aku ni..tk surprise langsung...kekekeke

Kadangkan, bila kita ni ikhlas nak berikan sumthing yg kita rasa org mesti suka, tp bila di'halang' mcm tu, sedihkan rasanya... Sedangkan kdg tu, kita pun tk pernah dpt yg sebegitu dari org, tp kita suka nk gembirakan hati org, tapi sebaliknya pulak lah yg kita dapat.. Well, itulah realitinya, ada org suka...ada org tak..yg penting kita ikhlas.

But, me and Tisya end up, bought him present each. Hmm...nak tau apa dia? Nanti malam ni..or esok aku update eh..hehehehe..

Best kan dapat hadiah birthday ni...tak kira apa hadiahnya, tapi mmg seronok terima hadiah di hari jadi. *macam t-shirt khas datangnya jauh dari Australia...hehehehe

"Happy Birthday Zaidi bin Dali, semoga dirahmati Allah selalu!"~ Wa

Wednesday, October 22, 2008

FADLY'S WEDDING - 4 OCTOBER 2008

Ok, inilah gambar2 di hari pernikahan adik aku yg lelaki ni...hmm, kuat jodohnya kalau dikenangkan dugaan dan rintangan yang dia lalui.. Semoga lebih tabah menghadapi hari2 mendatang. Bukanlah maksudnya dh kawen ni, that's it...sebenarnya inilah baru permulaan hidup dalam ertikata sebenar...hmmm, welcome to the club!



Dr Fadly and Dr Mimi, Selamat Pengantin Baru, semoga diberkati Allah selalu..


Bawah ni gambar2 sebelum kami bergerak ke Masjid Paya Jaras, errr..lupa lak nama masjid tu. Bkn masjid yg besar tu..



Raziq (ex-bf kecik Ija..hehehe) and Darwis, both form one

Haa..ni gambo pengantin sebelum dinikahkan dengan adik bongsu si Eda, yg tgh memboyot tuuu..kira Eda bergambo dgn 'tunggul' yang dia langkah dulu..hehehe, bkn bendul...


Haaa....gambo selepas ni, khas buat IJA. Ija...nah, yang ditunggu2...kekekekekee Ko tgk le Ja...tk hensem mana dah..perut dia sama je besonya dgn perut Eda, cuma dia tk bersalin aje..keke


Pengantin dengan abang Yang or aku panggei abiyang. Dia abang ateh aku...so kira dia ni pasangan aku..sbb kami berenam beradik ni, selang bunga, like 3 pasang. Abang and kakak, abiyang and aku, Fadly dgn Eda.

Pengantin dengan abang sulung...hehehe, tgk abg Mahadzir nya songkok, kununnya ala2 P Ramlee..mcm nak menari Zapin je..

Gambar2 di bawah ni, masa kitaorg kat masjid. Hmmph, ada ke patut rombongan lelaki sampe dulu kan? Masa sampe tu..masjid tu masih bertutup. Semua macam, aikk..bior betoi..silap masjid ke? Semua mcm suspen je benonya...tp buat cool. Abg Mahadzir 'kurung' abah dlm keter, tk bagi abah kuar..katanya, bior dok dlm keter...sejukkkkk, ada aircon. Kekekeke..benonya takut abah naik lak darahnya...tgk pihak pompuan tak de lagi...huhuhuuu..macam2 kisah..

Sempat posing dua Mak Buyung ni tau...si Eda yang dh nak 'due' and kakak yg masih comei perutnya.. Ramly's Angels..hehehe, kakak tu dia nak duk belakang sbb nk nmpk kecik katanya..nyampes..nmpk aku jugale yg beso...kekeke

Mak dengan adik2nya. Mak yg pakei baju gold tu...mak pengantin, kilat le baju nya sikit. Dari kiri, Andak, Yang, Pak Ngah, Mak and Teh. Kurang sorang aje...Ucu. Dia kat kampung, tk dpt join. Yg lain smua kat KL, kecuali Pak Ngah dok Ipoh.

Ini masa nak bergerak dari rumah 'bertanggak' org Peghak kata. Rumah tempat bertanggak is rumah kakak. Ini gambo Kak Long and anak2 daranya. Tgk muka...mmg acuan yg sama.

Pengantin bergambo dengan Tok Kadi dan dua saksi nya. Hehehehe...tgk le pengantin tu, saling lengkap melengkapi...kecik lawannya beso...kekekeke


Abah wakilkan abang sebagai jurucakap keluarga. Abang Syukri yg kat blkg tu as 'back up' kalo abang tak dapat menjalankan tugas..hehehe. Pagi tu abang mcm sakit kepala, abg Syukri dah suspen dah..hahahahha.

Tapi ada kenangan kelako masa ni...abang Mahadzir ni, nmpk mcm cool je..tp rupanya nervous juga dia. Boleh dia tersalah ckp, katanya dia adik kepada pengantin...hahahahaha. Org smua terkejut dan tergelak abih lahhh... Then sebut nama abah pun silap, katanya Ramly Hj Md Isa....hahahaha, patutnya Hj Ramly Md Isa. Hmm..tak pasei2 atuk dh ke Mekah..heehehe..

Upacara batalkan air sembahyang. Lepas nikah, Fadly buat solat sunat. Then baru dia sarung cincin. Mimi pun sarungkan dia sebentuk cincin. Yg baju merah tu, ayah Mimi.

Salammm..

Sori, patutnya gambo2 yg kat bawah ni dulu...tp dh tak tersusun. Maleh nak alih2 kan gambo..hehe

Ini di sekitar pernikahan...
Tengah dengar tazkirah dari Tok Kadi. Tapi, ok Tok Kadi ni...dia buat lawak2..jadi smua org enjoy dengar. Banyak pengajarannya...

Sori, gambo tak terang...Fadly yang tengah berdebor2..


Lepas majlis nikah di masjid ni, family Mimi buat majlis makannya di sebuah dewan MBSA kat area rmh dia di paya jaras tu. Masa ni hp aku dh kong baterinya, so tk dpt le snap gambo diaorg bersanding. Pakaian masa bersanding ni cantik juga, combination pink and biru. Cantik! Hmm..nak tunggu dari sapa la gambo tu ya... Then ada lah nyanyi karaoke...rupanya family si Mimi ni suka nyanyi. Masa kitaorg nak balik tu...bapaknya tgh nyanyi, hehehehe...sabo je lah. Nasib le tak berduet dgn abah..yg boleh tahan juga sore nya...

Tapi masa kat dewan ni, family kitaorg yg kecoh abih or yg memeriahkan suasana. Masa tepung tawar tu...abih kami semua naik menepung tawar...kekekekke. Ye la, family sebelah sana, tk nmpk mana satu... Jadinya kitaorg buat mcm majlis sendiri. Yg best, Abg Mahadzir dia jadi tukang amik lauk pengantin yg tak abih, di serve nya kat meja kami2 ni. Ya Allah....abah kata malu aku...kakakkakaa.

Esoknya, family mimi jemput kami ke rumahnya di Paya Jaras, dia kata more for family. So, kat situ...byk bendalah yg diperkatakan. Her parents admit of their 'mistakes' before and said that actually they are greatful that can be part of our big and happy family. Alhamdullillah...if org tgk our family mcm tu.. Itulah kami...ada up and down nya. Ada masa2 kami pun bermasalah, ada masa2 kami mmg happy. Tapi, yg pasti..kami mmg rapat sesama kami. Bila semua berkumpul...itulah saat2 manis family yg takkan kami lupakan. Semakin lama, semakin membesar family Hj Ramly and Hajah Ramlah ni...alhamdullillah. Apa yang penting mak and abah bahagia hingga ke akhir hayat mereka..aminnn.

Malam lepeh majlis kenduri tu, kami makan kat Tupai-tupai. Abah belanjaaaaa...wuuuhuuu! Seronok bila kumpul ramai2 ni. Memang penuh dgn gelak ketawa la...terutama ada abang aku yg sulung tu. Mmg pecah perut aje...kalo tak de dia, mmg hilang seri lah kiranyaaaa...





Oklah , that's all i guess....so, to my fren, enjoy my corat coret kali ni. Hmm, kadang merapu juga. Apa2pun...till then..