Wednesday, March 26, 2008

Cerita yang masih tertangguh..

Muahahahahaha...lamanya tak update blog, lalalalala

Itulah, kalau nak ikut, bkn tak ada masa...ada. Tapi, dia sebenarnya macam ni..bila rasa nak update sgt..timing tak betul. Adalah perkara dan kerja2 yang berbangkit. Bila tak ada buat apa tu...mood nak update lak tak datang..hmmph. *sigh

Citer yang tertangguh ni sebenarnya dari kisah mengundi ke pilihanraya dan perkara2 yang berlaku selepas itu. Rasanya yang buat tertangguh lama tu..sbb nk update pasal pilihanraya. Memang pilihanraya kali ke 12 ni, sungguh2 mencatatkan sesuatu dalam sejarah Malaysia amnya dan sejarah BN khususnya.

Aku ni kira kali ke 3 mengundi. Tak pernah miss lagi la kiranya selepas mendaftar bila umur mengundi dah layak. Kali ni juga masih di tempat yang sama, Sekolah Keb Muhammad Saman, Pasir Panjang Laut. Memang kenal benarlah kiranya tmpat ni. Memang tmpat bermain2 walaupun bukan bersekolah di sini. Mak nya sekolah tadika pun sebelah sekolah ni. Pehtu, Fadly and Eda (adik2) semua sekolah sini. Sekolah kampung orang panggei...kitaorg 4 org yang di atas, sekolah bandar...ngeh..ngeh..ngeh..sekolah ACS Sitiawan.


Pondok SPR - tempat cek nama and amik nombor siri @ Sek Keb Muhd Saman

Pilihanraya kali ni, masih lagi mengekalkan calon dari MIC utk BN melawan parti PAS. So, boleh agakkan la kan..siapa menang bagi kawasan Pasir Panjang disebabkan tsunami yang melanda. So, I won't comment anything...memandangkan ia sensitif sbb ramai kawan-kawan dari pelbagai parti..betulkan? Utk parlimen, masih calon yang sama dari MCA melawan PKR. Parlimen, BN masih pegang lagi..but, majoriti berkurang sgt2.

Mak and abah memang ahli parti UMNO dari dulu dan kini. Masih memegang jawatan dalam parti. Aku menilai keduanya sebagai pejuang dan penyokong yang setia dan betul2 pure and truly penyokong. Orang2 generasi inilah yang masih dengan semangat perjuangan bangsa yang tk pernah padam. But, sad to say...orang2 mcm nilah yang dimanipulasi oleh orang2 atas yang berkepentingan. Tapi, mereka tetap dengan kesetiaan dlm perjuangan.

Masa keputusan pilihanraya hari tu..sedih pulak tengok mak abah. Nampak kesedihan dan kesayuan yang ketara. Hmm...tgk keadaan itu, buat aku terpikir. Bezanya generasi dulu berbanding generasi sekrang.Mungkin arah perjuangan sudah berbeza. Dulu, orang memperjuangkan hak dan mempertahankan agama dan bangsa, sekrang perjuangan lebih kepada mempertahankan kehidupan yang seterusnya.

Kita mungkin tak rasa apa yang diaorg rasa satu ketika dulu. Perit mereka lain dari perit yang kita lalui sekrang. Semangat perjuangan mereka lain dari semangat perjuangan kita sekarang. Kita tak rasa apa yang diaorg rasa..dan mungkin kerana itu, keputusan pilihanraya lalu tidak memberi impak kesedihan kesayuan ketara kepada kita. Kebanyakan dari kita ada yang merasa lega, kerana satu perubahan akan mula berlaku. Namun ada juga yang marah dengan smua ini kerana mengharapkan biarlah keadaan seperti sediakala sbb perubahan yang akan berlaku melibatkan banyak perkara yang kita dah sebati. Itulah manusia. Allah ciptakan kita penuh variasi dan citarasa.

Walauapa pun terjadi, kita masih perlu bersyukur kerana, Malaysia masih lagi aman. Walaupun impak besar berlaku...tapi kita takde bom mengebom. Kalau ikut negara yang bergolak tu, tak puas hati aje...dh lama berkecai smua orang. Harapnya kita janganlah smapai ke situ. Apa yang kita harapkan, hak orang Melayu masih dipertahankan dan yang paling penting AGAMA perlu dijunjung lebih tinggi!


Pondok PAS di depan sekolah tempat mengundi - uishh..pedih tu BN baca..kekeke


Poster di jambatan nak menghala ke sekolah - meriahhh..


Rumah abah...eh, ada terselit bendera PKR, hehehehe

Oklah enough about pilihanraya. Tak nak ulas banyak2...sbb banyak dah ulasan2 yang ada. Lagi satu..sbb dh 18 hari pun..lupaaa dah. Semangat yang ada pun, dah ilang..kekeke. Aku undi apa eh...? Opss..undi adalah rahsiaaaa.. Bila ada yang tanya, ada yang aku jawab betul, ada yang tak...apa2pun..biarlah ia jadi rahsia peribadi dengan alasan2 yang aku sendiri aje tau.

Petang lepas mengundi tu, kitaorg termasuk abang Mader sekeluarga, abang yang sekeluarga, Fadly pi main bowling kat PERNAMA dalam TLDM punya base. Wahh...best betul! Aku pun tengah 'bujang' kan. Zaidi masih di Banting. Sapa suruh balik Sitiawan esoknya. Dah lepas mengundi, balik je le ke Sitiawan. Tapi dia takut 'panas' je nanti bila tgk keputusan pilihanraya..sabo je aku. Tapi, family kitaorg oke aje...tk kisah lah apa ideologi apa2 pun. Masing2 tak la ekstrem walaupun kebanyakannya BN tegar..kekekeke

Rupanya dlm family kitaorg, ada rupanya bowler! Dienna anak abang Mader yang nombor 2 rupanya wakil Perak utk peringkat sekolah. Wahh wahh...member rupanya sebelum balik cuti, pi lawan kat Taiping. Hmm..tk sangka mak uda. Dia sekrang sekolah agama di Slim River. So, bila main...dia cerita, she's the only yg bertudung labuh. Siap t-shirt lengan panjang. Dia kata, selalu kena usik and perli dek budak2 laki. Hmm...itulah manusia kan. Yang pelik tu beragama yang sama, bangsa yang sama. Dok perli2..kata, tak tau la pulak budak sekolah agama main boling... Habis tu, yang main boling kena pompuan seksi2 ajelah ya dikk ooii...ish,ish..nampak sgt tak matangnya bebudak sekrang. Dienna kata, dia diam aje...well, elok lah Dienna. The more you speak, the more u look stupid..so elok beno diam. Buang kudrat je lawan2 cakap dengan org2 sebegitu.

Abang Mader rupanya tk pernah main..kekekeke. So, juara longkang is him la.. Aku kira oklah, hahaha..walau jauh di belakang Dienna, tapi compete dengan Darwis adik dia. Muahahahahaha...strike juga 3 kali, wooohooo!

Tapi memang we really enjoy ourselves! Best dapat kumpul2 camni and bergelak ketawa. Yang riuh kitaorg la kan. Orang lain dok tengok2..ate ke, kami paling ramai.


Super Bowl at PERNAMA, Lumut


Happy Girls - Dienna dengan adik2nya, Yati, Tisya, Nabila


Hmm...naperlah tak kena pin tu? - Fadly, Abang Mader, Abang Yang

Haaa...tengok la gambar ni, abang yang sulung is yang kecik sekali antara 3 tu. Hahaha...adik yang kecik jadi paling besar. Tapi semua tu, size keluarga Tok Yasin, sihat dan semangat!



Adha nak main sama ke? - Muhammad Adha, so far this is the youngest in Hj. Ramly's family.


Gaya wakil sekolah


Serius nya citer pasal bowling - Nur Dienna binti Mahadzir


Sibuk main


Lepak kat cafe

Habis je semua ni, the score, of coz la lead by Dienna. Tapi tak ingat dh baper kejatuhan pin dia..hehe

Ok, enuf utk posting kali ni. Akan bersambung lagi..

Tuesday, March 18, 2008

Cerita ceriti yang tertangguh..

Hmm, hari ni barulah ada masa terluang utk update blog. 'Sifu' dah kasi warning, ngape tak update, update..sifu tgh stress buat PHD, hehehe. Menurut kata seorang kawan, yang bakal mendapat gelaran 'Dr.' tak lama lagi...if buat PHD memang confirm kurus! Hmm...agaknya betul la tu Ja. Tapi, tak leh jadi ni..nanti ko kurus, tinggal lah aku gemuk sesorang. Kena buat PHD la macam ni..hehe

Ok, let's start with a journey to Ipoh by train. Petang 7 Mac, masih ada masa tu pegi jumpa Mai (yang bakal mendapat gelaran 'Dr.' tu)dengan Kak Mona. Betul buat bisnes ni, good service sungguh. Pegi jumpa customer tu. Tapi berbaloi, laku tudung2 yg ada. Balik terkocoh2 la kemas beg. Kononnya amik half day, to settle the packing. Tapi, melekat pulak ke tmpat lain..hehehehe.

By 8.15pm smapai kat KL Sentral. Tak pernah ke KL Sentral ni...dok terpinga-pinga juga. Besar juga KL Sentral ni. Well, dah namanya sentral...smua pengangkutan awam ada kat situ. Zaidi just dropped us at the entrance. Tisya really excited. Aku ni lak...dok anxious sbb tak tau mana terminal KTM. Dah le masa beli tiket, siap dipesan kena berada di terminal stgh jam sebelum waktu bertolak. The departure was at 8.45pm. Akhirnya utk kesenangan fikiran, terus pi ke kaunter pertanyaan. Rupanya tepi tu je terminal KTM. Masa tu ramai la org kat situ. Then nmpk la 2-3 officers KTM. Aku ni pun dengan segera ke arah officer tu...seelok dia tgk tiket tu, dia kata..ooo, ni nanti dulu ya. Sekrang Ekspress Wau dulu. Aku pun, oooooo...

Rupanya Ekpress Wau, ketapi ke Pantai Timur atau gelaran lain ketapi ke Tumpat. Agaknya Tumpat is the last station kot for the train. Kitaorg pun tunggu ke tepi. Dalam masa tunggu tu, Zaidi call. Tanya whether jumpa tak terminal tu. Ramai juga org balik ke kg naik train. Yela, dah cuti sekolah and esoknya lak hari mengundi. Balik bercuti and mengundi...like me, hehehe.

Tk lama lepas tu, Ekpress Langkawi di panggil. Haa..Ekpress Langkawi utk ketapi perjalanan ke utara. Atau diaorg panggil, Ketapi butterworth...butterworth... Confuse je pakcik2 ni...


Tisya tengok tiket sementara tunggu, riso beno orang tu lupa panggey dia..

Our coach was Q2. Elok je tunjuk tiket kat org KTM tu, we were heading to the escalator to go down. Then, ada another officer showed us, the butterworth train was on the right. Tisya jalan laju...takut train tu tinggal dia. Tengok muka Tisya, nampak la nervous nya bercampur excited. Rupanya, coach Q2 jauh ke depan. So jalan laju la kami berdua ni.


Tisya infront of the Q2 coach - excited tu nak naik...

Dalam train tu, mcm naik bas je...dah la tu malam. So, tak nmpk nak tengok apa pun...Tisya a bit boring. Bila ajak pi makan, tak nak pulak. Agaknya mcm takut2 juga.. Train bertolak lambat dari waktunya. Dekat pukul 9 baru jalan. Taklah laju sgt..hahahhaha. Tapi ramai juga dlm train malam tu. Yg best tu...dlm setengah jam, ketapi stop kat hentian pertamanya. Dok tengok la hentian apa...laaaa, mcm kenal je stesen ni. Tgk2 Sg Buloh. Kekekekeke...rasa mcm dh lama perjalanannya, rupanya baru kat sg buloh. Cakap kat Tisya, 'Sya nak balik tak? Ni dekat dengan rumah kita...'. She geleng kepala...hehehe 15 minit kemudian, stesen Rawang. Hmm...tak la laju mana kan. Slow jugak naik train ni benarnya. Tapi, inilah pengalaman. Selesa...selesa juga. Relaks ajelah kan. Just enjoy!



Tisya at our place - H1 and H2


Excited Tisya

Masa tengah duduk tu...ada lah officer dtg cek tiket. Dia bawak pengetip tiket tu dengan sekeping kertas. Everytime cek tiket orang, he will ketip and catit at the paper. Then sampai kat selang satu tmpat sebelah kitaorg he checked and tanya, Sungkai? The person angguk je. Hmm..dengan yang sebelum ni, dia tak tanya pun. Smpai at my place, he looked at the ticket and said, Ipoh? Aku angguk. Dia senyum. Then, I just know, dia tanya to the ppl yang turun di stesen2 sepanjang perjalanan. But mana yang mmg turun di Buuterworth, he tak tanya. Maybe they takut terlepas agaknya. Ye la, malam...kot ada yg tido mati..jenuh.

Then pi la ke cafe nya yang terletak di coach yang keberapa tah. Yang pastinya, kena lalu coach2 org lain. Degan keadaan yang bergoyang....Woooo, kena jalan hati2 jugak. Nanti tak pasei2 jatuh atas riba org uuu...auwww! Yg best tu tgk Tisya jalan steady je..yg aku terhoyong hayang. Rasanya kan, org2 yg tgh duduk tu..ngeri je tgk aku..kot ada yg teriba kakak 'comei' ni...muahahahaha.

Hmm..cafe nya kecik je. Adalah meja2 utk tmpat makan. Rupanya ada juga yang duduk kat meja2 situ and not in the coach. Time kat situ, the ticket officer came and checked the ticket from the rest at the cafe. Hmm...ada yang baru naik dari stesen yang train berhenti tadi and buy the ticket from the ticket officer. Mcm dlm bas je.. The ticket officer mcm kenal je kami. He didnt asked for our ticket. Yg aku ni siap kuarkan dah ni. Sbb tgk smua org kuarkan.

Heeee...kalo dh namanya makanan dalam pengangkutan awam, memangla mahal. Sama je, baik kapal trbg, ketapi...fuhhh. Cisss...malam tu je makan dkt RM20. Makan maggi in cup - 2, sandwich - 1, air mineral - 2. Aiyooo...silap tak beli apa2 sebelum naik. Yela tak tau cemana kan... budak kat sebelah aku, siap beli KFC. Makan dlm ketapi...selesa je. Yang kat depan lak..beli Dunkin Donuts. Tapi Dunkin ni...tak terliur sgt..sbb sedap lagi Big Apple nya donuts..heehehe


Tisya at the cafe

Then, lepas balik ke tmpat, Tisya makan sandwich and tak lama lepas tu, she fall asleep soundly. Tapi sian merengkok je..yelah bukan katil. Tapi nampak she selesa aje. Aku pulak...mmg penat. Dalam tunggu tu, I read a novel. Aa +Bb tajuknya. Hmm...not bad the storyline. Nak tidur, riso lak terlepas sbbnya dia tak announce hentian yang dia berhenti mcm komuter tu. So, pandai2lah tengok signboard kat stesen2 tu. Haruuu...

Tpi lepas Rawang, train agak laju sikit. Rawang dia stop lama sikit around 10 minutes banding dgn Sg Buloh. Tak lama lepas tu smpai Tjg Malim. So, bila dh smpai Tjg Malim...meaning dh masuk Perak. But tgk jam baru nak pukul 11pm. So, lambat lagi nak smpainya. Jangka waktu smpai was 12.10am.

Elok sampai Tapah Road, aku dh bersedia. May be after this station, Ipoh. Mata mengantuk, dah siap tersengguk2 sesekali. Masa kat Perak ni, perjalanan dari stesen ke stesen mmg rasa lama sikit. Elok lepas Tapah Road, bkn Ipoh juga. Kampar pulak. Ooooo...may be lepas Kampar. Masa tu jam dah pukul 12 dah. Kira nk dekat dah tu...Dlm 10 - 15 minutes train stop lagi. Aku ni pun bersedia. Tapi nmpak mcm stesen kecik aje. Tengok2...laaaa, Batu Gajah la pulek.. Masa tu dah nearly 12.30am. Hmm..tk leh pakai time ketapi ni. Masa tu dah sms abang dah, cakap nak smpai dah. Then after 10 minutes perjalanan, ketapi mcm semakin slow. Bila tgk2 kat luar..nmpk mcm the train enter kawasan bandar. Ingatkan nak smapai ke stesen Ipoh dah, rupanya mmg the train tu start jalan slow aje. Kira amik masa juga once the train entered the bandar. Slow aje...dekat 10 minit jugalah...baru lah smpai ke Stesen Ipoh. Wahhh...baru lah nmpk stesen ketapi sebenar...hehehehe, yg lain bkn stesen sebenar ya..kekekeke. Besarnya stesen IPoh ni..cantik lak tu. Masa tu dah 12.50. Kejut Tisya and we hop out. Lama juga the train stop at Ipoh tu. Ramai juga yg turun. Stesen macam meriah sekejap.

Then called my eldest bro. Dia main2, ckp diaorg dh balik Sitiawan, hampeh tul...kekekeke. He ada meeting Amway, so just nice for him to pick me up. Tau jelah, Amway ni, lepas meeting lepak pulak. Nearly 1am, he arrived and sampai rumah dia, lepak2 lagi pulak. Makan kacang, minum kopi, makan biskut. Mcm nak balik raya je...

Hmm...till here, ngantuk dah ni.Actually waiting for Zaidi coming back from Penang. Flight at 10pm tadi. Hmm...may be sekejap lagi sampai. Now he's quite busy. Pegi Penang, Terengganu, Johor to check the outlet which are under PNS franchise scheme. Oklah tu..janji buat kerja. This is the carreer that suit him most rather than before. This is his line. Doakan yang baik2 utk dia.

Oklah, time to log off. Esok citer pasal mengundi pulak. Till then..

Me and mine only...

Friday, March 14, 2008

Dinner semalam - Ikan Jaket Sambal Rose

Lamanya tak post ni. Sebenarnya banyak benda nk citer ni...
1. Perjalanan ke Ipoh menaiki ketapi.
2. Pilihanraya...huuish, mmg terkujat smua orang.
3. Citer2 di kampung bersama2 abang, kakak, adik, anak2 buah.

Tapi, untuk mulakan post ari ni..kita start with the dinner last nite. Semalam memang zat-zat rajin dlm badan agak aktif. Jadinya smlm masaklah utk dinner. Lagipun ikan jaket tu...hmmm, kalo smapi ahad ni, mmg genaplah 2 minggu dia menghuni peti ais tu. Jadinya, sebelum rekod 2 minggu tu sampai..smlm masak lah. Apa lagi masakan yg boleh dibuat dgn ikan jaket tu..selain belah belakang dia sumbat sambal. Cuma nya, jenis sambal yang disumbat tu berbeza. Ada yang bubuh sambal belacan and ada yang bubuh sambal kelapa. Macam aku lebih kenal sambal kelapa, sbb mak selalu buat mcm tu. Dulu pernah la buat..tp mcm tak jadi je sambal nya. Tah rasa apatah...

So, semalam call le sifu di kampung. Hehehehe...Masa call masih di ofis, jadinya adalah sorang kawan tu..dengar. Uishh..siap telan airliur dah tu...heheheheh, sedap rose, kzra buat... Dan kerana itulah, nama Ikan jaket sambal ni ada nama Rose...kekekekeke. Ditujukan untuk Rose...hehehehe

Rasanya menjadi kot...sebab Encik Zaidi makan sehingga hilang smua isi2 ikan tu..tinggal lah benda pada ikan yang tak boleh dimakan je..tulang. Sedap le tu gamaknya, ataupun...sebab laparrrr sgt dah..kakakaka

Meh kita kongsi sama resepi ni...

Utk sambal kelapa

Kelapa parut (amik yg putih sahaja) - kalo pi kedai suruh org tu parut nak yg putih saja ya...dia pahamla. Dia mesti pikir, oooo...akak ni nak buat buah melaka kot, takpun...kuih lopes..takpun kuih kaswi...hehe

utk sambalnya - cili, bawang kecik, serai, halia (sikit je..sepotong kecil, mak kata..if dah bubuh halia tak yah bubuh belacan, air asam jawa or perahan limau pun boleh, gula dan garam.

Ok, utk bahan2 tu...agak2lah. Mengikut saiz ikan and bilangan ikan.

Dah sumbat tu...samada nak bakar or nak goreng pun boleh. Semalam aku goreng je. Maleh bakar ni..sbb tak de daun pisang, hehehe kononnya. Ada microwave, tapi mcm tak tau guna je...kekekeke.

Ok, inilah gambar 2 ekor ikan jaket yang selamat di makan malam tadi. Rose, jgn telan air liur ya...hehe


Bersedia utk di goreng...cerengggggg



Bersedia utk di makan....nyummm nyummm

Sedappp wooo...*perasan. Hidangan ini di iringi oleh satu hidangan lain, Sup Udang Cendawan. Bunyinya macam sedap je eh....hehehehe. Idakla sesedap mana pun.

Ok, cukup utk posting ini. Lepas ni akan sambung utk citer2 seterusnya. Nantikan gambar2 utk citer2 tu. Gambar tak clear sgt...biasalah, guna hp aje. Kamera digital ku hanya tinggal kenangan...sob..sob..sob

Mak: Halia sikit...dalam sepotong kecik aje. Kalau dah bubuh halia, tak payah bubuh belacan.

Waa: Halia mak? Jarang ada halia dlm sambal kan mak?

Mak: Haaa...tu la, bubuh halia, barulah lazaaaaattt....

Waa: Hehehehe...lazaaatttt...*sambil telan air liyor.

Lama tak dengar mak cakap lazat tu. Bila dia sebut lazat..mmg rasa macam lazat dan sedap sungguh..hehehe.

Friday, March 7, 2008

What a day...

Hari ni, kemain sungguh sibuknya. Pagi lagi dpt email dari Encik Ching dlm bilik tu, finance dept need some info. Siap dia stated tu, 'please complete it before you go on leave'. Ish..ish...ish..apa lagi, ke hulu ke hilir pi 'visit' finance dept yang selang beberapa pintu dari ofis sini. Dah le tingkat ateh sekali...hmm, turun beberapa kilo ni...abih lemak2 simpanan yg ada.

Peh tu...ari ni recruitment advertisement utk personal drive kuar, apa lagi bertalu2 lah telefon. Kena screen dulu thru phone.....aduhh.. Yg geram dengan En Ching ni, dah le org fix kan interview at 3pm and 4pm. Dlm org sibuk2 menyiapkan keje yang diberinya...disuruhnya attend interview tu dulu. If ok, baru panggey dia. Dah le org ni ke sana ke mari. Tapi suruh siapkan cepat...grrrr. Tapi tak pe lah...esok half day cuti..pehtu cuti sampe ari selasa, wuhuuuuu!! balik kampung...oooo..balik kampung..

Malam ni...siap kemas rumah, mop lantai, lap2 abuk...aduhh, isteri mithali gituuu.. Jadinya esok kemas beg aje. Ye le takkan nak tinggei rmh mcm tu je. Baru selesai semua dkt pukul 11. Baru lah selesa utk mengupdate blog.

Esok sekolah cuti. Yeay! Ibu tak yah le bangun pagiii sangat. Boleh golek2 lama sikit...hehehe. Yang penting rumah dh diuruskan.

Tisya dah selesai ujian bulanan. Bila tanya, ok aje...semua betul katanya. Hmm...harapnya begitulah..kekeke

Sembang hari Selasa.
Ibu: How's your test today?

Tisya: Fine..alhamdullillah. Semua betul ibu....

Ibu: Ye ke? sure ke..

Tisya: Shu werrrrr..

Ibu: How's your Fekah? (Sekolah agama)

Tisya: Hmm...a little bit harder...but I can do it! Tisya think...think...think hard, peh tu Tisya dapat jawab!

Ibu: Uwahhhhh......*nganga mulut sikit.


Tisya..Tisya...ibu tunggu result je lah. Doakan yg baik2. Aminnn....

Mata dh makin ngantuk, siang tadi, rasa byk nak citer...nak tulih. Tapi macam blur la pulak skrg ni. Anyway...kena sambung esok. Mengantuk bangat!

Tuesday, March 4, 2008

Mint and Mika visiting

Semalam tak sempat nak update. Rasa penat dan mengantuk malam tadi...tak tau la kenapanya. Pagi ni pun sama...my colleague, Ms Teng pun cakap, ur face look tired. Hmm..tak tau la nape tired ya amat. Bawak keter pun terkebil2 mata. Kalau dapat baring kat katil kat rumah ni, bestnyaaaaaaaaaa

Ok, nak update citer semalam. Semalam my colleague cum good fren cum sister, Mint drop by to the office. She's still on maternity after giving birth to her 4th child cum 2nd son - Muhammad Fariz Mikail bin Khairul Anuar. What a beautiful name to a beautiful little baby boy! Comelnya budak kecik ni...masa visit dia on CNY dulu, dia baru 5 hari, halus je orangnya. Tu sebab perut mummynya cute miut. Kecik aje, mummy pun relaks je masa preggy tu. Lahir on 2 Feb 2008. So last Sunday, 2 March, genap sebulan, katanya dah naik sekilo...mmg pun muka bulat dah. Cute betul..happy la papa, mummy, abang maman, kak jaja and kak yaya ada adik baru Mika. I'm happy for you, Mint!


Little Mika


Cutenyaa....Muhammad Fariz Mikail


Boring juga Mint tak ada ni..if not, ada kawan gosip. Partner in crime orang kata...hehehe. Eventho different office, tapi sebab different ofislah banyak benda boleh gosip..kekeke. If same ofis..benda yg sama je..

Sekarang ni di Mesia, tengah hangat dengan pilihanraya. But, for me..mcm tak sehangat mana kempen pilihanraya sekarang ni. I thought I'm the only one felt that way...rupanya, mmg smua rasa macam tu. Dan pelbagai pihak mengeluarkan pendapat masing2 kenapa keadaan tu dirasai. Pihak kerajaan dengan alasannya, pihak pembangkang dengan alasannya. Pelik juga..ari tu semua kecoh, bila pilihanraya..bila pilihanraya.. Bila dah time..mcm suam2 kuku je pulak. Ke may be sbb aku tak involve in the 'jentera'. Well, mungkin juga...

I'm going back to my hometown to 'mengundi'. Memang tak terlintas nak tukar lagi ke sini...hehehe, ada alasan utk balik kampung. Itupun bknnya setiap tahun...selang 4-5 thn sekali. This time, I'm going back with Tisya by KTM. Wuhuu..dh lama tak naik ketapi ni. Rasanya naik ketapi ni last sekali masa belajar kat Jenan, Jitra tu...wahhh, baper tahun lamanya dah tu. So, this time...bawak si kecik tu. Actually dia yg teruja naik train. Tak taunya..ibunya pun, kekekeke. Ye la..mcmana balik naik ketapi ni..malam2 lak tu. We all balik ari Jumaat, 7 mac pukul 8.45 mlm. Di jangka smapai ke Ipoh 12 tgh malam. Haiii...naperlah Sitiawan tk ada stesen ketapi, kalo tak kan senang. Lepas tu, shall wait for my eldest brother to fetch us. Wuuhuuu...tetiba lak rasa excited. Tisya terlebih ke...aku yang terlebih sebenonya..

Zaidi (hubby) will elect at his hometown, Banting. Then he will join us in Sitiawan. Kiranya masa pengiraan keputusan undi he will be in Sitiawan. So, bang...kat Sitiawan kena sokong BN lah..kawasan tegar tu..kekekekekeke. We shall be in Sitiawan until Monday or Tuesday. Dua2 dh amik cuti until Tuesday. Yelah..cuti sekolah. Sekarang appreciate more la dgn cuti sekolah ni...sbb anak dh sekolah, if not..cuti sekolah, tak de apa sgt..hehe. Tisya pulak katanya nak tinggal kat Sitiawan dgn opah and atuk. Heee...betoi ke Titot?? Tak percaya ibu rasanya...alangkan dulu kat Banting, baru ari pertama..malam dh call, nak ibuuu...nak ibuu.. Tk pasei2 malam2 kami meredah ke sana. Malam je lak tu yg merengek...siang tak hengat dahhh mana ibu ayah. Ni kat Sitiawan wooo..mana lak nak ke sana memalam. Sabo je lah budak kecik ni... Tak tau le kot dh beso skrg, dah sekolah katanya..'nak jadi veterinar, kenalah berani...'kata si Tisya. Hmmph, apa kena mengena veterinar dengan berani ni..? Konpius aku... Tisya..Tisya..

Tadi berbual dengan business fren, one of our advertising agent. Hmm...betul dengan apa yang dia kata. We all in business, so tak boleh nak terang2 ckp..sokong mana2. We all kawan dengan smua. That's the good thing about being in the business. Then..he conclude, yang mana betul kita sokong. Yang mana salah kita tak sokong. Yang betul, tetap betul...yang salah tetap salah. Jangan yang salah dikatakan betul...yang betul dikatakan salah. Hmm...betul tu.

As for me...tergolong dalam 'atas pagar' ke..hmm, entahlah. Tapi ada juga org kata..atas pagar ni, tak ada pendirian? Betul ke..? Apa yang dimaksudkan pendirian? Sebab tak membuat pengakuan menyokong mana2...so, itu tak ada pendirian. Nehhh...for me, pendirian is..apa yang kita pilih. Like what En Ariffin cakap, yang salah tetap salah..yang betul tetap betul.... Hanya Allah yang tahu segalanya..

Sapa yang saya pilih? Undi adalah rahsia....*wink*

Sunday, March 2, 2008

Kisah Hitea Seri Pacific and citer pagi Ahad


Semalam ada hitea dengan kekawan kamceng yang dikenali kerana meminati dua org budak yang baru nak menyanyi..kekeke, malu pulak nak sebut eh. Bukan apa...budak 2 org tu pun dah tak tau apa jadi...terutama yang seorang tuuuu. Rasanya kan...kena ada nama 'ikatan' or 'pakatan' baru ni. Ada cadangan nama yang sesuai tak kekawan?

Lapan orang pakatan diam-diam (credit to kl)


Tudung Ungu untuk Zura...dari kak na, hehe

Ok, yang datang semalam...seperti biasa memang muka-muka yang biasalah...atau pun sebenarnya tak boleh juga kata muka2 biasa, perkataan yang lebih tepat, yang memang akrab lah sebab sekepala dan sejiwa dan sebab tu close ya amat. Yang ada, kak liza, kak mona, mai UK (tapi dah tak duduk UK, duduk TM), kakna (tima kasih ye kakna tudung tu..*wink*)malu benarnya dengan kakna ni..dia tak pernah lupa buah tangan utk semua org. Hehehehe...bukan macam aku ni eh..ish, ish. Ada Suh (yang sure akan join if tak keje), Kak ima (yang dah lama tak jumpa)and diana (org kampung CT Datuk K). Diana tu tak sihat...risau betul tgk dia, pi cek diana, Dr. CP dah diagnose dah semalam kan..


Tiga - Diana, Kak Liza, Suh



Tiga - Kak Ima, Kak Mona, Kak Na

Dua - Mai & me


Hiitea semalam seperti biasa meriah tak hengat dunia walaupun 8 org je. Kak Ann yang bersemangat nak dtg dari awal...tak dpt dtg. Pakciknya meninggal, Al Fatihah utk pak cik Kak Ann. Tak de rezki kak Ann. Shikin pulak ada hal. Hmm..tak pelah, ada masa lagi...kita jumpa. Panjang umur hendaknya.


4 anak kandung, sorang anak tiri..hehe (credit to KL)

Dah ada gambar-gambar hitea, credit tu Kak Sweet mmmm..... Lepas ni kena lah belajar2 amik2 pics pegi memana. Utk blog...eceh. Macam2 citer kuar semalam. Semuanya penuh dengan hilai tawa. Dan pemenang hilaian tawa paling tinggi pic, siapa lagi kan...kekekeke.Tapi happy tengok kak liza...tak terjejas selepas di'guna'kan..hehehe..opps! Sori kl..but am glad to see you yesterday. We really enjoyed ourselves! Mula dari berebut penanda buku dari Manila yang KL bawak. Mai la...abih 'mary had a little lamb' org punya. Tapi apa2 pun...kitaorg dpt dua, kekekeke. Kan Mai kan...


Ni nak amik jugak I punya la tu...hehe

Lepas tu...hujan la pulak, so tak leh nak terus balik. Lepak kat lobi. Berposing la...berborak la. Then balik pi Shah Alam pulak. Tgk rumah baru Kak Mona. Wahhh...kak mona, cantiknya rumah. Tukar rumah nak? hehehee

Posing kat lobi...sakannn (credit to KL)


Sekali tgk mcm kat stesen ketapi pun ada.. (credit to KL)

Balik rumah dekat pukul 9 malam...huuu, suspen jugak kot ada 'org' sound ke apa...rupanya tak de. Ok je..fuhhh. Masa balik yang melambatkan tu, salah msk simpang nak ke NKVE. Termasuk ke Bukit Jelutong. Tak pasei2 amik angin malam di Bukit Jelutong. Last2 bukannya penunjuk arah utk Mai...Mai yang menunjuk arah akhirnya..haruuuu. Pehtu, sempat singgah One Utama lagi tu...Tisya la pulak merengek nak Pony. Suara dah nangisss...kang tak beli kang, terjangkit mood tak baik Tisya tu kat org lain la pulak kang.Adoiii...rosak bajet bulan ni. Heee...kenapalah minat pony yg mahei tu...uwaaaa! Terlalu memanjakan ke aku ni? Ish..kena pikir balik dalam2 ni.


Ok, itu kisah hitea smalam. Hari ni, pegi pasar dengan kakak. Kakak tu, tak de abg Shukri...kena la ke pasar. Ari ni ada lak si padli tu. Padli tu...adik lelaki paling kecik tetapi besar, hehehe. So, pergilah bertiga dan 2 kanak2 perempuan. Sapa lagi kan...Tisya and Atie. Masa nk pegi tu...wahhh kakak and Padli bersemangat ni bercerita pasei politik. Deme tu BN tegar tau...so, diam2 jgn bangkang apa2...kekekekeke. Yelah...darah Hj Ramly mengalir deras dlm urat2 tubuh badan anak2nya. Well, me...as usual, senyap je. Maleh la nak citer2 hal ni...smua orang ada flaws nya. Jgn mengutuk sesapa...lebih baik la senyap. Kan diam tu lebih baik. Org bijak2 ni...diam je. So, aku kira bijak la kan..hehehe

Ok, tghari kakak ajak pi kedai spek. Dah lama nak beli sunglasses katanya. Selalu bawak keter, mata dia pedih2 kena matahari...eceh..sian kakak aku tu. Dia ajak aku...sbb aku lebih tahu hal2 ni katanya...wahhh, kembang le semangkuk sekejap. End up...pi sana, cek mata Angah and Achik...rupanya si Achik yang dah rabun. Kitaorg suspect Angah sebab selalu sakit kepala. Rupanya cute boy kesayangan mak uda tu...si Faiz tu. Pakai spek nanti lagi cute mukanya. Ish..ish...anak angkat mak uda ni. Akhirnya kakak dpt lah sunglass nya yang sesuai betoi dgn dia. Aku..ingat nak le beli, 50% tu potongan...tapi..tak boleh lah sesuka ati kan...bajet tu ada. Dah le semlam terbang ke Pony..uwaaaa!

Lepas dari kedai spek...pi kedai buku. Cari buku latihan utk Tisya. Esok bermulalah ujian bulanan sekolah kebangsaan and sekolah agama. Well, this is my first ever ada anak yang akan sit for the test. Fuhh...so, petang dok mengajar dia lah. Alhamdullillah...dia suka buat smua tu. Harapnya anak ibu akan terus cemerlang...gemilang dan terbilang...ehhh...mcm biasa ku dengar je ni...hehehehhehehe


Ok, guys...it's time to sign off. Esok mula balik rutin hari sekolah dan bekerja. Bangun pagi pukul 5 lebih...iron baju, siap beg, prepare breakfast, kejut orang bangun...lepas dua2 pergi, kemas rumah, siap2...and pegi keje. My routine of the day.

Well, me and mine only....daaaaa











P/s, sorilah...kalo keadaan tulisan yang pelbagai ragam, budak baru belajar le katakan..