Saturday, August 30, 2008

Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Ramadan 1429H

Esok hari kemerdekaan bagi negaraku Malaysia. Yang ke 51. Cepat masa berlalu...rasanya baru je sambut yang ke 50. Banyak perubahan Malaysia, itu semua kita tak nafikan. Pembangunan yang pesat datang bersama pengaruh2 luar. Ada yang baik...dan ada juga sebaliknya. Dunia semakin mencabar...itu juga yang dijanjikan oleh Allah kan? Dunia semakin akhirnya, semakin luar biasa dugaannya. Semuanya termaktub dlm Al-Quran.

Apa2 pun aku bangga dengan Malaysia. Walau apapun keadaan politiknya, Malaysia berjaya menyerlahkan dirinya, walaupun ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan. Apa yang penting, agama masih dijunjung, bangsa masih dihormati dan negara masih dalam keadaan aman. Allah masih tidak menurunkan ujian2 yang berat ke atas negara kita. Mungkin kerana ramai yang beriman dan beringat..alhamdullillah. Namun kini sedikit sebanyak Malaysia telah diuji. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh mereka yang 'terleka', Allah telah tunjukkan. Semoga kita semua terlindung dari bencana besar...nauzubillah.

Ok, Ramadan yang mulia telah kembali menampakkan dirinya....alhamdullillah, kita masih bertemu dengan Ramadan kali ini, insyaAllahhhh... Tahun ini, 1 Ramadan 1429H jatuh tepat pada 1 September 2008. Tahun ini, harapnya aku dapat buat Terawih di surau. Macam tahun lepas, tak berkesempatan....sbb Tisya malam dh tido awal. Tapi, dapat juga buat sendiri di rumah....alhamdullillah. Harap mendapat keberkatan..

Malam ni, aku tinggal berdua dengan Tisya. Zaidi dari hari Rabu malam, dia ke Kenyir, memancing. Hmm...dia dah jumpa 'kaki' pancing nya. Well...in a way, i'm ok with it. Sebab itu hobby dia...eloklah dia beriadah mcm tu. Dari dia buat perkara2 yang tak berfaedah... Just that, aku riso...nanti addicted. Byk pengalaman org2 kaki pancing ni. Ada yang lupa keluarga dah...I'm not being negative thinker, tapi ada yang dah terkena...itu yang buat kita berjaga2. Nanti hari cuti aje...ada je plan sana sini pegi mancing. Sedangkan kita ni..byk hal yang perlu diisi. Harap dia beringat2..aminn. Cuma yang tak best dia ke kenyir ni, dh dekat bulan puasa. Dia akan balik esok...which aku pun tak tau..mlm ke, siang ke. Sebab dia kata sana....unreachable. Tak de line...doakan yang baik2 ajelah... Kan dah terlepas Terawih pertama...

Oklah, till then. Nak berehat2...

Tuesday, August 19, 2008

Sambungan wedding @ Saujana Utama

Ok, bersambung...



Muka dua org flower girl...tgk le tu, tak mo berdiri rapat...


Tak sempat snap masa diaorg kat pintu...keadaan mcm kelam kabut. Flower girl tk smpat prepare....tak paham temannn.. Nasib la sempat snap masa nk msk ni...



Nampak sikit muka Fatihah..


Floer girl mcm kena paksa je...hahahhaha

Tisya, tah apa kena...susah beno nak senyum...nervous agaknya...kekeke



Flower girl sorang lagi tu, tk sempat sampai masa pengantin sampai tadi...dh naik pelamin, baru diaorg ada...hmmm...agak kelam kabut sikit tadi. Sebenarnya bersanding tu di cepatkan, sbb Nadia, adik pengantin tu yg jadi pengapit tu ada exam at 2.30pm. So, bersanding dicepatkan ke 12.30...ate ke mana tak kelam kelibutnya...


Mak tengah menepung tawar...hehehe, 'Chor' pengantin. Tunjuk gambo mak ajelah, ada yg lain, tapi tak berkenaan...kekeke

Ada kugiran you....uish, tapi very entertaining! Terutama yang pony tail tu, yg main gendang tu...siap menari2 dia...ceria betoii mamat ni...

Masa potong kek..
Suap...acara wajib..


Ni gambo kami...hehehe, my younger sister dengan anaknya Iman, yg tudung pink hitam tu my niece, Yatie..kitaorg pun ceria gitu..

Me and my flower girl...


Ok, setakat tu je review nya...tu lah, pemalas. Kalau on the day update..sure byk reviewnyaaa...adoii..kekeke





Monday, August 18, 2008

Nikah ceremony on 8.8.08 and wedding!

Hmm...tarikh, 080808 ni...ramai yg pilih utk bernikah kan? Termasuk lah my cousin. Hari ni juga tarikh sukan Olimpik di Beijing bermula. Tau ajelah cina ni dengan kepercayaannya utk nombor 8 ni...manyak ongggg maa..gitula. Bagi kita umat Islam, cukuplah sekadar nombor tu cantik di pandangan mata.


Eh, ari ni pun cantik apa...180808...byk juga lapan tu kan. Ok, back to the story, bertempat di Saujana Utama, haaa, dekat dengan rumah Emma kan? Rumah mak sedara kak zura ni kat Sg Buloh Country Resort, dekat dengan kandang kuda tu...atas bukit.


So, mlm tu...bermulalah majlis akad nikahnya. Kami pun smua berkampunglah malam tu kat situ. Mak dari siang dah ke sana. Yelah, sapa lagi mak sedara diaorg tu...mak pun, mak Yang tulah adik pompuannya sorang. Deme berdua beradik je pompuan. Then, it makes this cousin, is memang cousin yang rapatlah kiranya kan....hehehhe. Kalo dah cousin tu cousin la...tahapa2 aku ni.


Ok, tak byk citer....sbb malas sikit mlm ni. So. tgk gambo2 ya...hehehe Dia kawen dgn org Kedah. Hmm...sangkut juga org kedah. Sebab family mak sedara aku ni mmg lama dok kedah. Pak Yang lak org Penang. So, diaorg ni ckp utara pekat la... Aku masa belajar kat Jitra, rumah Mak Yang aku nilah jadi tmpt persinggahan. Rumah nya di Alor Setaq, dekat dengan Stadium.



Ni pelaminnya...cantik. Kerusi tu hak milik pengantin, memang dia beli utk rumahnya gitu..



The bride-to-be, Erni Nerina Awang Salleh



With her sister, pengapit, Erna Nadia



Rombongan masuk, hantaran di susun..



Upacara nikah bermula..


Sarung cincin...batal air sembahyang.



Salam..sah dah...


Upacara wajib...cium dahi...




My aunty's family - Depan: Pak Yang, Fareez, Nadia, Mak Yang. Belakang: Faizal, Nerin, Zool, Feroz


The girls on the wedding's nite - 3rd generation cousins : Fatihah, Tisya, Nabila, Shamina

Ok, esok sambung utk majlis kawen esoknya....tema: Gold colour. Jgn terkejut tgk pengantin...hehehhehee









Saturday, August 16, 2008

Tak abih2 citer Cherating ni..

Ok, ni kisah malam dinner. Temanya adalah red and white or red and black...so, rata2 semua mengikut tema....

Ibu dan anak - Tisya dh lapo tu...

Amboi garanggggnyaa...

Main-main jeeeee.....



3 couples, Filda, Hafez, teman, Zaidi, Nizam, Mazwin. Tukang tangkap gambo adalah Tisya...hehe, boleh harap dah... Ni kat entrance...tp ni gambo nk balik dah. Masa sampai tadi..ada profesional photographer tngkap gambo satu family...hmm, dh dpt gambo nanti, aku upload.



Tisya at lobby...nak balik bilik dah, dh habis party dah..


Datuk Mohamad, Chairman TSG berduet dengan wife nya...Datin apatah...kakakaka.. Suka menyanyi datuk ni..ish..ish.. Tapi, boleh la tahan sore nya...sore org lama2...ala2 P Ramlee.

Me, announcing the Long Service Award. On the stage, the MD and SGM

Hmm...if still at TCB, I dont think I will be at the rostrum (betoi ke ejaan ni...hehehe), announcing the award for long service and Best Employee... What a opportunity for me, alhamdullillah, really build me up.

All 'Pekerja Cemerlang' from various Dept. berbaris kat atas pentas. Syarulazrin, Rafidah, Ramzul, Saiful and Salman.

Masa ni tengah nak announce Best Employee antara yang Cemerlang tu.... Tak sangka lak, Tisya pi ke belakang aku, dok menangkap gambo. Kemain lagi dia... Tapi, bagus juga, ada gambar waktu ni... Credit to Tisya!

The Best Employee for 2008 adalah milik Salman (yg pakai cap merah). Dia ni memang org semua tau...ada good record. Org Sabah, jenis yang rajin bekerja, ringan tulang, jenis berinisiatif. Dia dh bekerja kat TSG hampir 10 tahun juga. Hanya dengan SPM aje...tapi now, dia antara skilled worker kat TSG. Dia yg train all new staff yg rata2 ada sijil electrical. Itulah kan.....attitude...

Zulhisham, Adlina, teman, anak teman, Rafidah, Nurul (Liya), Mazwin, Siti

Dah abis majlis. Kami bergambo le kan.Rafidah salah seorang yang cemerlang. Kira untuk Pekerja Cemerlang ni, diaorg smua tk tau. Kira surprise giler la malam tu...yg tau hanyalah commitee terdiri dari HODs. Aku selaku pemegang amanah. Tu Rafidah ckp....tak sangkanyaaa...and dia kata, kak zura ni simpan rahsia betoi...tak de clue langsung. Aku kata, terpksa le...pemegang mohor2 besar. Kalo ikut hati..menggeletek2 nak bgtau..kakakaka.

Tapi seronok tengok muka diaorg yang terpilih tu.... Bila sebut nama, semua mcm...haaah? Memang terkejut... And sure bangga, sbb smua dtg dgn family kan. Bangga anak isteri tengok... Tapi untuk award ni, hanya utk Non Exec. Executive melepeh laaaaaaaaaaa.....hahahahhaa

Bergambo dengan Azli Senario. Dia jadi Emcee Jemputan. Memang kelako dia ni... Kira cerialah malam tu, pandai dia menguruskan majlis. Yele...berpengalaman.

Ok, cukuplah tu gambo2 nya... Akan disambung kemudian. Aku memang sibuk ya amat dengan kerja2...mmg tak smpat nk update. Memang kalo ikut aku tgh geram dengan MD aku tu...heeee, nanti le kita story mory....grrrrrr...

Friday, August 1, 2008

Cherating's Memories

Ok, now it's time to update the blog...hehehehe
Aduhh..kalo aku ni ada peminat tetap blog, sure dh bosan gilerrrrr....lama beno tunggu updatenya. Nasib le blog ni syok sendirik jeeee....hehehehe Ok, kita mulakan satu2..
Aku ni kan...masih tak expert2 lagi pasal blog ni, tula...jarang2 browse. Now aku mmg sibuk gilerr...mcm2 aku kena buat. Tu yg bila balik penat...noooo pc. Nampak katil je. Aku nak siapkan smua projek2 yg diberi..lepeh tu aku boleh bernapeh sikit. Aku ni kira tahap riso juga keje2 tak siap2...aduhaiii..
Ok, lupakan kisah keje yang takkan abih punya....kita susuri kenangan2 di Cherating pada 25 - 27 Julai lepeh. Benonya bukan nak ckp pasei keje tak habih tu...aku nak ckp, tak expert lagi psl blog. Sbb kalo betoi blogger tegar...dari mula nk pegi tu, persiapan2, dh ada gambo2nya. Aku bygkan mcm blogger tegar yang aku baca blognya...mau gambo beg baju, gambo keter, brg di bawa...abih semua di tangkap gambo di upload...sure punya...but aku masih amatur...gambo2 yg sempat je lah...lebih pada simpanan peribodi..hehehe
Ok, ni petang ari pertama...Jumaat, 25 Julai 2008. Kami bertolak pkl 10 lebih kurang. Aku singgah Kuantan dulu, sbb ada urusan yg aku kena selesaikan. Pasal bunga utk anugerah pekerja2 cemerlang, aku kena collect. Thanks Kak Ima!! Really helpful...aku mintak tolong kak ima perihal kedai bunga di Kuantan. Aku maleh la nak bawak dari KL. So, gedebak gedebuk dengan Kak Ima...Kak ima terus buat tempahan kat kedai 'Pretty Blooms' yg kdeainya dkt dgn Megamall Kuantan. Terima kasih kak ima...jasamu akan kukenang, insyaAllah. Semoga Allah membalas kebaikan kak ima...aminnn. Cantik gubahan bunga tgn tu, ada 5 bouquets utk 5 Pekerja Cemerlang 2008...hmm, mcm bunga hidup. Tapi bunga tipuuuu...hehehe. Sebab bagi bunga tipu..Pn Sarina kata, biar boleh simpan, at least diaorg boleh buat gubahan. Kalo bunga hidup, matii...walau ada nilai keasliannya. Tapi tula...tk sempat nak snap gambo bunga....soriiiii kak Ima. Tapi pueh hati gubahannya, cantik. Sebab ada a few warna. Light Orange, Light Pink, Light Yellow and Maroon ada rona putih2 sikit. Yg syok tu cina kedai tu pun tersengeh tgk aku. Mula tgk yg Oren, aku dah...eee, cantik. Tgk yg pink....eh, cantiknyaaaa. Bila tgk yg kuning, ehhh...ni cantikkk... hahahahhahaha. Memang aksi spontan lerrr... Tapi silap juga aku...patutnya adalah gambar kan....hmmmph...tu la amatur blogger..
Ok, enuf membebel....(aku sebenonya berjanji pada diri tadi...aku tak nak tulih pjg, nak bubuh gambo je...hmm, hampeh...pjg jugaaaaaaa..)

Ok, ni gambo Tisya, ptg Jumaat. Kami sampe kat The Legend Cherating around 3 sumthing. Then check in, aku siap kemas2. Benda pertama aku call, housekeeping mintak iron. Then katanya kena guna stgh jam je. Aku maleh le sekejap je. Then, dok pikir...sbb Tisya mandi. Kira nk rehat2 dulu...then, ptg sikit baru nak kuar mulakan aktiviti. So, smntara tunggu aku pun pikir, baiklah iron smua baju, termasuk yg dinner. Senang tak yah pikir dah...then mula aku meng iron. Smabil Tisya mandi dlm bath tub (tah apa kena dia ni...suka beno bath tub...) then Zaidi lepak baring2 baca paper. Syok je diaorg kan...relaks je. Aku ni...being aku and as a wife and mother...tak duduk diam la...hmmmph *sigh
Then Tisya and Zaidi kuar dulu....Tisya dh nk mandi pool and laut... Heee, tak pueh ke mandi bath tub tuu? Hmm...aku suruh diaorg pi dululah, sambil aku selesai kan keje2. Mazwin dah call aku sebelum tu, ajak pi pool. So, kami berjanji at 5pm sama2 kuar.
Tisya jumpa bunga purple, katanya cantik dan comel...so, snap la pic.
Tisya pose di tepi pantai...
Ehh...seksi dah...mana suar?

Tisya enjoy!

Dah masuk pool...sekejap je mandi laut..lepas air masin, air klorin pulak..

Bestnya swimming

The Legend's swimming pool. Ini pool side boleh mandi pakai baju. Yg sebelah sana, baru for baju2 yg tutup mana perlu....isk..byknya foreigner and Chinese.
Melayan Tisya yang baru naik...dia enjoy mandi with aunty Awin (yg tgh pegang tuala juga tu..) Me and Filda (Hafez's wife) just looked on...

Dah pueh mandi...nak naik bilik dah, nak siap2 for BBQ nite! Behind is the apartment.


Wanita2 Melayu Terakhir di tepi kolam.. Me, Nurul, Lina. Duduk - Awin, Fida, Siti

Ok, citer BBQ Nite lak...makan? Huiiii...sedappp. Memang pueh ati dengan F&B Legend ni. Bravo!



BBQ nite ni sekali dengan pertandingan karaoke. Hmm...juara bertahun2 adalah Kamal. Tapi tahun ni dia di cabar oleh Manap...hahahaha. Tahun ni ada juri awam iaitu kitaorg, staff TSG. So, ramai le vote Manap. Dia lak bawak lagu Cek Mek Molek, Daud Kilau. Suka la org tgk dia goyang...hahaha. Sori tak de gambo deme...


Aku meja 10. Rupanya sekali dgn family Rodzi. Oklah tu...wife dia pun ok, ramah. Anak dia 3 org. So, selesaaaa makan2.....

Tisya and aku tunggu makan nak start....bila ni? Perut lapooo...


Tisya snap gambo ayahnya..


Makann..

Ok, ini lak...gambo sukaneka esok harinya...Sabtu, 26 Julai 2008. Best..sbb smua enjoy bersukan. Memang le kena sporting if we want to enjoy the moment...

Aku msk acara pertama, kepala keretapi namanya...Ya Allah, teruknya, aku tersembam ke pasir..kakakaka. Sure buruk habih...tenggelam dalam pasir tu kot...adoiiii


Gambo aku...Zaidi snap...eeee, bulatnyaa weiii...*aku tak suka betoi bergambo sekarang...like it was not me! Dulu tak mcm ni...hahahhaha


Tisya pun join...she's enjoying herself with new frens! Yg twin tu kawan dia masa tadika- Farhana, Farhani, anak kak zah. Tapi the twin younger one year. Tapi kenal rapat...lepeh tu tk ingat ibu ayah le...

Tgh berbaris nak start game

Tisya tgh isi air pakai span dlm botol...her grup got 2nd place!


Game kedua, getah and straw...dapat 1st!

Gambar2 snap using my hp - Panorama shoot mode. Cantik kan...mcm edited.

Haaa...ni lah kepala ketapi. Tgk gambo last tu...ada tersungkur beberapa org...hahahha, aku antaranya..adoiiiii....

Ok, nanti sambung lagi, with more pics! Kisah dinner and Santuari Penyu.