Sunday, November 30, 2008

Kisah hujung minggu...

GIANT baru di KD

Semalam adalah hari yang memenatkan sungguh! Pagi kami keluar...Zaidi ke ofis same as me, yg juga ke ofis. Tisya as usual,my shadow. Aku mmg dh lama plan nk ke ofis on Saturday..sbb waktu tu lah aku dpt buat some housekeeping which I’ve been longing to do it. Tapi, ari sabtu yang lepas2, aku tk dpt nak pi…byk perkara yang muncul bila tiba Sabtu. Bila hari kerja lak mmg tak dpt le, byk benda yg penting yang perlu di dahulukan and plus with the ‘gangguan’ semua kan.

So semalam, aku dgn Tisya went off to my office. Miza promised to come…huh, until 1pm baru muncul… Actually, I really need her and Hafiz to settle a few things which they can’t do it during the working hours. But, Hafiz lak, since last Wed he can’t make it to the office, due to his wife pregnancy complication. Ingat dh nak bersalin dah…but, until today, I’ve haven’t receive any news yet..hmm, sure susah ati juga member tu, dah la 1st timer papa-to-be.

Miza left less than half an hour after she came. I didn’t make any comments. As long as I’ve settled my ‘mission’ and I can start briefly on this coming Monday. Byk dpt di ‘housekeep’ kan. Yg aku geram tu, bilik aku tu…tmpat diaorg simpan brg. And yg satu aku paling pantang….bila bukak kabinet, sure tk tutup balik…biar terbukak. Kalau kata sorang tu..lain lah, ini hampir semua lah. Mmg aku geram...lepas ni, mmg aku akan shoot semua yang careless tu.. Dahla all the craps are there...peh tu, suka2 ati je pegi tanpa pikir keadaan bilik tu... Tapi bukan ke kononnya semua kena buat amalan 5S? Hmmmph..*sigh* Orang kita tetap org kita..nk tukar jadi Jepun...mmg le susah, sementelah Jepun tu bekas penjajah...but still, yg baik jadikan teladan, kan?

Aku balik around 2.30pm. Dlm hati mmg dh niat nak pi sekejap ke The Store, Sg Buloh. Hehehehe, I’ve the ‘niat’ before dpt gaji lagi..utk beli baju kurung siap. Yela, I can’t hassle my sis anymore. She’s now heavily pregnant. So, tk leh nak harap sgt kain2 yg aku ada kat dia utk siap jadi baju...hehhehe. Terpaksa lah kan... Last few weeks aku ada ke The Store tu and tgk diaorg turunkan harga baju2 tu..yela, dh habis raya…diaorg nak hbskan stok la tu. Well, a good bargain juga tu. Ada yg 2 psg, RM100, China silk. And ada yg serendah, RM49. If not…masa raya tu..mana ada harga camtu..vaa..vaa..vaaa..

Aku sampai juga ke sana, despite of searching the parking like hell..eceh, tapi masih ada rezki utk dpt parking. End up, aku dpt la beli sepsg baju kurung pesak and the other one baju kurung riau or some panggil baju kurung pahang and ada juga yg panggei, pesak gantung. Dia like kembang sikit bawahnya and ada fitting sikit kat bawah ketiak. Pehtu, tgh pilih tu…hp bunyi. Aiseh, Zaidi laaaa….he don’t have any idea yg aku kat The store tu..kekeke. He called ajak balik…isk, mcm le ofis sama kan. Dia tanya, nak balik dh ke..aku pun, yes nak balik. Dia pun kata, jom balik...and ajak pi Giant. Mind you...Giant baru bukak kat Kota Dmnsara ni. Aku tak berapa sgt nak pi awal2 pembukaan ni, sure org penuh kat situ.

Kami ke Giant around 3.30pm, tapi...nak parking, MasyaAllah...jenuh! End up, pkl 4 lebih dpt juga parking. Adoiii... Tapi, bila msk dalam..hmmm, rasa bkn mcm kat KD. Memang le banyaaaak kedai. Kami pi makan kat Nachos Nachos, mexican cuisine. Mencuba sesuatu yg baru...Quite oklah, the owner is Malay. Ada Wendy’s, Kenny Rogers, their own food court pun ada...WOW food court namanya. Kami pusing2 lah, sebelum masuk ke Giant supermarket nya. Mmg byk kedai, kedai kasut, tudung, emas, baju, dan mcm2lah. But, kedai baju byk...isk, tempting...tempting...kakakaka. We msk one kedai baju, WRAPZ kot namanya..itupun sbb aku terpandang skrit labuh yg display kat patung. Cantikkk...lain la dari skirt labuh aku ada. And yg ok tu, sbb Zaidi pun setuju...and msk sekali ke kedai tu. Org Pakistan punya...hensem tokeinya, ala2 hero hindustan pun ada...eceh..boleh jadi model mamat tu..grooming sikit. Memang aku dah berkenan abih...hmm, dekat skirt tu ya, bknle mamat pakistan tu...hahahha. And the blouse pun cantik2. Zaidi pun agree. And the guy tu ckp, dia bagi 10% off. Aku ni berbelah bagi ni...ye la, kan ke aku baru beli baju kurung 2 psg...isk...isk... If tak beli baju kurung tu, mmg sah aku beli terus skirt tu sekali dgn blouse. Ye la...budget tight sikit. Now, aku lak...tgh berjimat cermat. Aku tgh target nak selesaikan hutang2 yg ada dgn cepat ni...dugaan betul, uwaaaa. Tak pe..ada rezki, adalah. Tapi balik teringat2....terbayang2...nsb aku tak jadi mcm Becky dlm citer Shopaholic tu...isk..

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Ok, itu citer semalam. Pagi ni lak...aku dgn Tisya ke Perpustakaan Negara. Dah janji dgn dia. Dia lah yg ajak, nak pi ke library sbb everytime lalu dpn library tu dia mesti tanya psl library tu. So, kami pun agree lah nak pegi. Elok juga...sbb aku pun tk pernah jejak kaki ke situ... Zaidi nak pi ofis lagi, so he dropped us at the entrance. Aku ni siap bawak laptop, sbb ingat boleh aku buat kerja ofis yg tak siap lagi.

Sampai kat lobi, aku ke kaunter penerangan. Aku mmg ckp...ni 1st time aku dtg and asked the girl how to go about it. So, kena register if nak pinjam semua. If tak daftar pun tak pe..boleh msk aje and baca. Aku ni...ingat children punya tempat kat dlm juga. Aku pun terus jalan dgn Tisya nak msk....rupanya, itu ruangan dewasa and kanak2 below 12 cannot come in....aiseh. Children punya tmpat...kat blok lagi satu, just beside the cafetaria. Lerrrr.... Aku pun bawak Tisya ke tmpat kanak2 tu.

Hmm...mmg kena makeover PNM ni. Tmpat kanak2nya...mmg le byk buku..but, berterabur. Yelah, budak2 punya tmpt...tp, tak syok la tgk nya. Mana nak cari buku cam tu.. Aku rasa kedai buku boleh aje susun...kenapa ni tak tersusun. But ada bilik, they called Hipermedia Room. Bilik tu, ada komputer, ada bilik tv and bilik muzik. Tapi, aku rasa tk best sgt. Bangku dh le kecik2...masa tu aku tak perasan ada meja kat tepi. So, aku duduklah kat bangku kecik tu sambil habiskan buku Shopaholic & Baby aku. Tisya sibuk cari buku...and lepas tu, dia msk bilik media tu. Habis je baca buku aku tu....aku cari2 lah buku utk Tisya. Masa tu baru nmpk meja kat tepi. But the sign kat depan ckp tak leh pakai laptop...isk biar betul. Penggunaan laptop akan effect mana2 system ke? Tak paham la aku...end up, aku duduk2 aje..baca buku yg bersepah atas meja tu. Ada buku belajar solat...aku baca le buku tu, elok juga...tgk ayat2 bacaan dlm solat..boleh juga betul2kan...hehehehe. Akhirnya Tisya pilih 5 buku utk pinjam. Rupanya satu kad, boleh pinjam maksimum 3 aje. And aku je yg berdaftar, Tisya belum...sbb aku tak bwak salinan surat beranak dia. 3 ajelah yg dpt.

Aku lak, tk puas ati sgt nk cari buku2 kat Library tu. Aku pun ckp kat dia, nanti pi lah ke Popular cari buku cerita ’Magic Kitten’dia. Buku ni, dia dh beli satu...buku magic kitten ni bersiri. Mcm2 kisah pasal anak kucing ajaib ni. So, aku ckp kat dia...buat koleksi. So, kenalah ke Popular lepas ni.

We have our lunch at the cafe. Then, kami naik tunggu Zaidi kat lobi library tu. Ada sofa smua..so, kitaorg lepak situ. Aku lak nmpak ada meja smua...aku pun terus bawak kuar laptop. Tapi sebelum tu dok tgk2 sekeliling, kot ada signage ’no laptop’ ke. Tgk tak de...aku pun bukak lah. But, awal2 tu aku tgk le juga org2 library tu...kot diaorg dtg bg warning ke.. But no, well..oklah kan? Masa tgh tunggu ni...aku perhati lah org2 yg msk ke library ni. Smua bawak buku and alatulis...really reminds me of the good old days. Zaman2 student dulu....ohh, how i miss it! Rasa mcm nak balik ke zaman tu. Msk library, bawak buku, alatulis, walkman. At that time, aku rasa aku nk belajar balik... Aku nak sambung belajar, ok tak? Takkan setakat tgk org msk library...aku pun nak belajar, ye dak? But, jauh di sudut hati teringin juga. Lebih2 lagi kat ofis...ramai yg sambung belajar, baik budak2 technician tu..sampailah ke exec yang ada.

Zaidi lak...masa amik kami tu, aku ckp la kat dia...how i feel when i saw the ppl entering the library and it makes me want to continue studies. Dia lak...baru je sembang dgn one of the bosses kat ofis dia tadi, and dia ckp..dia pun nak sambung. And PNS sponsored! Vaa...vaaa...vaaaaa. Aku pun galakkan dia...belajarlah, lebih2 lagi dpt sponsor. Itu one of the achievement in life. Utk kemajuan diri dan masa depan...just go for it!

As for me, aku diam2 plan dlm hati...if aku dpt capai 50% dari target dlm setahun dua ni, dpt capai ’impian’ aku (impian ni rahsia lah dulu, malu je if tak tercapai)...plus, if aku masih tidak dikurniakan rezki utk anak kedua, I’ll continue study. I really want to go further....yeay!

Hmm...bulan ni, masih tak de rezki. Ingat ke dh ada ke...sbb more than a month aku delayed period, tiba semalam...sakit perut dah. Isk...’kawan’ dh dtg. Hmm...somehow, mmg kdg terpikir...susahnya aku ni nak lekat eh.... Hmm..tak apalah, it means, it’s not the time yet...ada lah sebabnya tu. Tapi tulah...kan dh sebulan delay, sepatutnya heavy la kan...ni tak juga...aiyoooo, what happen to me? Ni yg tak best ni...sumthing is wrong sumwhere. I need to go to the gynae....have to...

Ok, till later..

Tuesday, November 25, 2008

What is actually Meningitis...

Ok, kawan-kawan...sori lambat update pasal meningitis ni.. Ok, here we are, I've got this from some link, if i'm not mistaken, UKM punya link..but, the typing error in that article, was worst..hehehe. But the info is important, right?

Let's read...

Meningitis merupakan infeksi pada bahagian membran yang melindungi otak dan saraf tunjang. Membran tersebut terdiri daripada 3 jenis iaitu:
• Dura matter
• Pia matter
• Aracnoid matter

Infeksi ini biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan orang muda. Ia juga merupakan penyakit yang sering berlaku di kalangan warga tua yang mempunyai penyakit kronik seperti kelemahan sistem imunisasi badan

Meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
1. Virus Meningitis - Jenis meningitis ini adalah lebih kerap dan ia tidak menyebabkan komplikasi yang serius. Bagi kes tertentu, meningitis boleh menyebabkan demam yang berterusan dan sawan.
2. Bakteria Meningitis
Jenis meningitis ini tidak begitu kerap tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi yang agak serius. Maka bakteria meningitis ini perlu dirawat secepat mungkin untuk menghindari kerosakan yang serius di otak dan bagi merendahkan risiko kematian.

Contoh virus menyebabkan meningitis ialah enteroviruses Kedua-dua jenis meningitis di atas akan menunjukkan simptom yang sama, maka adalah penting bagi seseorang itu untuk membuat pemeriksaan doktor bagi menentukan jenis meningitis yang dialami. Terdapat 3 bakteria yang kebiasaannya menyebabkan meningitis iaitu Haemophilus Influenzae, Neisseria Meningitidiis atau Streptococcus Pneumoniae. Meningitis boleh disebabkan oleh organisma yang lain dan sesetengah ubat tetapi ini sangat jarang berlaku.

Meningitis adalah sejenis penyakit yang boleh merebak daripada seorang ke orang lain melalui
1) Batuk
2) Bersin
3) Pergaulan rapat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan meningitis, iaitu bakteria virulence, imunisasi perumah, dan interaksi antara bakteria dan perumah tersebut.

-Bakteria memasuki perumah dan mula tersebar melalui darah
-Melalui darah, bakteria memasuki CSF -Antibodi perumah, bahan komplimen, sel darah putih di CSF menyebabkan pembahagian dan membiakan bakteria semakin banyak.

Dinding sel bacteria yang merangsang imunisasi perumah ini akan menyebabkan 3 komplikasi iaitu
1) BBB ( blood brain barrier) menjadi mudah ditembusi
2) Mengakibatkan cerebral edema
3) Bahan-bahan toksik menembusi BBB ke CSF

Kesemua perkara di atas akan menyebabkan tekanan dalam cranium menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan segala symptom yang dibincang tadi.

Simptom yang paling biasa dialami oleh remaja dan orang muda adalah seperti berikut :
Sakit leher yang terukØ
DemamØ
Sakit kepalaØ
MuntahØ
SawanØ
Hilang selera makanØ
KekeliruanØ
Sukar untuk tidurØ

Simptom adalah berbeza untuk bayi. Antara simptom yang kerap dialami oleh bayi adalah :
DemamØ
Mengantuk dan sentiasa menangisØ
Tidak mahu makanØ
MuntahØ

Di hospital bagi pesakit yang disyaki mengalami meningitis, ‘lumbar puncture' akan dilakukan. Prosedur ini adalah penting untuk mengesahkan jenis meningitis supaya rawatan antibiotik yang sewajarnya dapat diberikan.

Rawatan bagi meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
1. Rawatan paliatif – tujuan rawatan ini adalah untuk mengurangkan sakit dan simptom pesakit. Contohnya, menasihatkan pesakit minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi, antipirasi untuk mengurangkan demam

2. Rawatan antibiotic – tujuan rawatan ini adalah untuk bertindak terhadap bakteria tertentu dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh bakteria tersebut

Penyebaran meningitis boleh dielakkan dengan mempraktikan cara hidup yang bersih dan sihat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti :

1. Membasuh tangan dengan cara yang betul (antiseptic)
2. Menutup mulut dan hidung sewaktu hendak batuk atau bersin dengan mengunakan tisu
3. Tidak berkongsi straw,gelas,botol minuman, alat makanan dan batabg rokok dengan orang lain.
4. Menghalang seseorang itu daripada mencium bayi pada mulut
5. Lebih kerap menukar kain lampin bayi
6. Seseorang yang tinggal bersama dengan pesakit perlu menerima prerawatan seperti rifampin untuk mengelakan infeksi.
7. Menerima vaksin yang sepatutnya.

There guys...please, do take care ok? Eventhough, sakit itu ketentuan Allah...but, sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berusaha mengekalkan kenikmatan yg Dia berikan..

*Hana...thanks for the comments..tu lah, aku tunggu je ko nya komen..rupanya tk boleh eh? hehehe..

Saturday, November 22, 2008

Belasungkawa Nik Zaima, wife to Azizul Rahman

Al Fatihah..

Hari ni, aku sebenarnya bercadang utk ke ofis, sbb ada kerja yang perlu diselesaikan. But, around 7.15am mcm tu, aku dpt sms dari Eline..tanya whether aku nak ziarah Nik Zaima di UH. And dia jugak inform kawan kami, Mar datang juga all the way from Sg Petani. Aku pun mmg dah lamaaaaaaaaaaaaa tk jumpa Mar. Aku pun mmg teringin nak ziarah dia slps tau pasal dia melalui email2 yang dihantar dlm group ex-Jenan 8892. Aku terus sms Leeza, if dia nak pi sekali...so, aku boleh pi dgn dia. No need to hassle Zaidi.

Nik Zaima di serang 'meningitis'. Menurut cerita, selepas dia balik dari Sale Metrojaya di Stadium Melawati Shah Alam somewhere early this month rasanya, dia start demam. (teringat aku, ada ofis mate yang pegi juga sale ni). Ketentuan Allah.. Nanti baca the next post, mengenai meningitis ya. Macamana dia boleh menjangkiti manusia.

Nik Zaima was our junior kami di SMSAH or Jenan. But, her hubby, Azizul Rahman or nama gelarannya 'Chun' was my classmate. Aku actually, tak recall which one is Nik Zaima. But her name sounds familiar, just that the face i can't recall. Aku tanya Leeza tadi, rasanya tak dgr masa sekolah dulu yg Chun bercinta dgn Nik Zaima ni...and Leeza kata, ya..mmg tak ada. Bila dgr diaorg kawen, ramai yg surprise juga...itulah jodoh namanya.

Apa yg aku dgr, almost 2 weeks she has been admitted to the hospital. At first, she was admitted to SJMC. Masa di sini lah, dia disahkan terkena jangkitan ni. But, masa dia mula masuk, she was well...i mean, boleh gerak. Dia msk pun sbb demam and sakit kepala. But she still can bangun and according to her mother tadi...tak de sapa jaga pun masa tu. Which means masa tu, dia masih ok. But then...after 2 days, rasanya..dia dh a bit weak. And she's claiming sakit kepala. At one time, dia dh mskkan ke ICU, but aku tak ingat kenapa. Rasanya sbb dia dh weak sgt..and tk boleh ckp. But her mother kata...then, dia msk balik ke wad biasa..and msh boleh makan. Nurse suap dia makan. And when the nurse asked her, mana mama and papa dia...she can point to them. Meaning at tht time...dia dh tk boleh ckp but still concious.

According to the rest of my friends yang pegi lawat dia masa kat SJMC tu, diaorg kata masa tu dia masih sedar...just tht dia nmpk mcm blur. Tak berapa kenal sgt org... Then, selepas tu lah...mother dia kata, dia terus tk sedarkan diri. And bergantung kepada life support. Doctors had to run a few test. There were series of test for this meningitis. Ada 6 test mengikut kata emaknya...nak tgk respond dia. She failed all the test except the last test, iaitu diaorg cabut life support tu, to see whether she can breath or not. Masa ni emak dia kata, dia boleh breath...but slow. Then...the doctor still keep her monitored, maksudnya ada chance walaupun agak tipis.

But, yesterday her mother said...jantung dia berhenti 2 kali. Masa ni, doktor terpaksa guna alat yang punch kat dada tu, utk detapkan balik jantung dia. Masa ni, all family have gathered utk sebarang kemungkinan. Masa kami melawat dia tadi, mak dia kata...dia mmg bergantung pada life support tu and jantung dia bergantung pada ubat yang membuatkan jantungnya masih berdetak. Fully on life support and medication.

Sedih memang sedih...aku sempat msk ICU and look at her dari luar pintu kaca. Ini 2nd time aku melawat isteri kepada seorng kawan yang berada di ICU and dalam keadaan koma. Teringat arwah Azimah isteri Nash. Dia pun mcm tu...koma and pergi without any last word. Aku agak sayu juga tadi...

Nik Zaima dgn Chun dikurniakan 2 cahayamata. Yang perempuan, 6 tahun and boy, 1 year old. Maknya kata, yg kecik tu masih menyusu badan. And yg sulung tu...bijak pulak tu. Bila sepupunya kata mak dia sakit...dia marah, jgn ckp mak dia sakit...mak dia tak sakit... Aku sedih betul masa dgr citer mak dia ni. Katanya, smlm bawak juga dia ke hospital...sbb smlm kan jantung Nik Zaima mcm berhenti...so, smua family dipanggil. And mak dia kata, masa ni...anaknya menangis..sbb they have to tell her. *mata aku dh tergenang*

Elok kami smpai Shah Alam, aku tumpang rumah Leeza utk solat. Masa tu dh pkl 3.30pm. Elok kami selesai solat...kami bersembang sekejap kat meja makan Leeza, masa tu, around 4 something, both of our sms berbunyi. And the sad news has been delivered by Eline. Nik Zaima telah kembali ke rahmatullah...Al Fatihah.

Actually masa kami lunch ramai2 kat cafe bawah PPUM tu, Mat Zul, one of our schoolmate masih kat atas. Sbb dia lewat sikit sampai dari kami...so, kami semua dh turun, dia stay lagi. Masa kami nak balik, he came and told us wht happened selepas kami turun. Doktor dh panggei family Nik Zaima and bgtau...all the tests have been made. Kali ni, she failed all. And the doctor confirmed, now dia dh totally disabled and bergantung sepenuhnya pada mesin. Menurut kata doktor, if dia survive pun...dia may be bkn mcm dulu. May be lumpuh... Hmm, just like what they said masa arwah Azimah dulu. Same case, bila brain dh damaged. If survive pun, dia may be hidup dlm dunia dia...kami yang dgr dah dpt agak situasi nya di atas. Now, bergantung pada keputusan family dia...and i guess we know what is their decision. Menurut kata wife Mat Zul, dia tk sanggup dudulk lama kat atas...sedih sgt katanya...

Hati aku benar2 terusik. Sepjg aku drive balik...hati aku agak sayu. Aku letakkan diri pada Nik Zaima...dia pergi tanpa sempat melihat anaknya membesar. Mungkin masih byk impian yang ingin dilaluinya...namun, itu dh janjinya pada Allah. Aku bygkan anak2 yg tinggal... Dan aku letak pula diri pada tmpat Chun....apa perasaan dia ketika ini agaknya... Dugaan ini hebat buat dia dan keluarga... Aku benar2 terusik kali ni..

Manusia akan pergi apabila janjinya telah sampai. Tapi...kita tak tau bila, bila agaknya tarikh tamat tempoh kehidupan kita di dunia ini. Dan yg penting...keadaan kita masa tu..smpat tak kita mengucapkan kata2 yng sepatutnya kita ucap pada mereka yang kita sayang sebelum kita pergi, sempat tak kita memaafkan org2 yang mengguris hati kita...smpat tak kita berpesan2 kepada semua...sempat tak kita menatap wajah2 yang kita syg...

Ini email Eline kepada semua Ex Jenan 8892 selepas berita ini diterima:

"salam kawan-kawan...nik zaima telah pulang ke rahmatullah hari ini, sabtu, lbh kurang 4++ ptg td. before that, masa waktu melawat pukul 12 ke atas ramai antara rakan2 88-92 ada di hospital dan sempat ziarah... antaranya me n hubby, azy, mar n hubby, azrail n dzie, liza, aizura, nieza n hubby, mat zul n wife, yazri, imran... sori kalau aku termiss sapa2...namun, Allah lebih menyayangi zaima bila berita pemergiannya diterima pula dlm jam 4++ ptg td. aku dan azrail sempat berpatah balik ke hosp sbb kebetulan masih ada kat area sana. sedih pilu hati hanya tuhan yang tahu...sama-samalah kita doakan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan antara golongan org2 yang beriman dan dikasihinya.arwah akan dibawa pulang ke kediamannya di no.21, jln putra permai, 10/1G, seks. 10, putra heights dlm pukul 9 pg esok. kemudian akan disembahyangkan di masjid al falah usj 20(dekat sate vs piza tu), lebih kurang pukul 10.30-11.00 pg. dan insyallah akan disemadikan sebelum zohor.salam takziah buat chun dan seluruh ahli keluarga.... semoga tabah menerima takdir ini....buat kawan2 8892... aku sayang korang semua!!! pls take care..."

Buat kawan2 semua, enjoy every bit of your life...cherish the moment, ingat pada Allah, taat padaNya..because we never know the 'expired date' of our life....

Al-Fatihah buat Nik Zaima. Innanillah..

Badminton & Me and hook up with 'Shopaholic Saga'..

Today, I shall make 2 postings.

First...my blog has a new look. Saja tukar...mula tu aku tukar warna. But, mcm tak kena...then just now, tukar template. I just edit the colour of the font and the type of the font.

Ok, actually...aku sepatutnya post utk cerita badminton ni smlm. Tapi balik smlm...seperti biasa, sakit kaki, pinggang, urat tegang2...tu le penangan lama meninggalkan senaman. Smlm aku kalah wehhh...hahahha. Hmm, as usual..i'm a bit frustrated. Aku tgk org lain ok je.. May be, ni cuma alaaa...game biasa. Main2, suka2... Tapi, aku ni mcm biasala...bila main, I tk it seriously...mcm le lawan piala dunia ke apa. Dah biasa cam tu dulu. Bila kalah, mmg le aku a bit down.

Peh tu smlm lak...aku lawan bos aku and adik dia. Deme ni adik badik keja satu company. Kakak dah senior manager, adik secretary. Yg geram tu, bos aku tu tk bersedia nak main. Tak bawak baju sukan pun...and dia turun dgn baju kurung and berkaki ayam. Still, kami kalah...uwaaaaaaaaaaa! Aku pun bertukar partner smlm. Sebelum tu, masa main hari Selasa tu...aku dgn CT. Well, dh ada keserasian juga...eh, game tu menang tau! kekekeke...tapi sengit... Then smlm bila kata tukar partner...and N volunteer to play replace CT, aku pun agak...dia boleh main kot... End up, dia yg diaorg attack. Aku lak tak ter'cover'...sedih..

But, the feeling of playing back the game...uish..really I can't tell in words. Aku pun tk sangka macam tu perasaannya. May be, betul aku suka sgt sukan ni...badminton. Tu aku boleh sepjg minggu ni, balik lewat sikit...pi amik Tisya dulu, and brought her along to the court to watch the game. I just...love it! Until one day, Akmar ckp, Kak zura ni rajin betoi.. maksud dia aku rajin tgk game ni.. Aku lak, dont want to look so obvious and i gv reason, Tisya yg nak tgk..hahahhaha. Tisya yg kena.. Tapi aku pelik...salah ke aku nk tgk pun. Diaorg tu mmg cam tu...suka pelik2 gitu. Bkn boleh tgk org lain sikit... hahahha, bergosssip aku.

Ok...ok..ni citer lagi satu. Ohhh....I'm hook up with the 'Shopaholic' series....!!! It's all Mazwin fault...hahahha. Ok, actually this story, have been recommended by Mint to me quite some time ago. Masa aku masih di TCB. But masa tu, aku addicted to Malay novels more... So, I wont bother sgt masa tu...

Then, baru2 ni...aku start baca MB (Mills & Boons), ni pun semua salah Kak Zah. Dia ni mmg hook up with all the MB series ni. Mmg selalu nmpk dia tgh baca..but dulu, mcm tk kisah sgt. Just akhir2 ni, aku teringin lak nk baca. Baca buku citer ni, dia ada mood2 nya tau... Ada masa, tak de rasa nk baca apa2 pun...but dtg angin nak baca tu...mulalah, kalo boleh, nak duduk bacaaaaa aje...tanpa buat apa2..which is impossible la kan. Aku lak...bila nk baca tu, mula le rajin siapkan keje cepat2...sbb nk baca buku punya pasal. Elok juga kan...keje tetap beres, and enjoy the leisure of reading the book.

Nak tau tak...MB tu, masa aku study dulu, kawan aku pun rajin baca. Hayat, Ija...hehehehe. Tapi aku tak suka...sbbnya, aku mcm malu baca buku tu, kan ke MB tu citernya penuh dgn adegan XXX...hahhahaha. And i'm more to novel like, Judith McNaught's, Jude Deveraux's. Yang cerita berplot ni.. Hmm...how i miss Judith's novels, Always, Whitney My Love... Lepas baca Shopaholic series ni, aku ingat nak carik balik novel Judith ni... Aku ada dulu buku2 ni, tp org pinjam...end up, tak pulangkan...geram aje aku..

Tapi, baru ni bila aku baca MB, aku amik yg mana kak zah recommend best aje.. Bila baca kan...hmm, MB ni mmg seronok baca utk relaks. Sbb jalan citernya...straight forward. Tak byk plot, no conflict...tk yah pikir.. Relaks..sbb citernya is what we wanted in the real life..happy ever after. Ada yg tak byk xxx nya. Ada lak..yg separuh buku tu, pasei xxx ajelah....adoiiii...kakakakaka. But still...ada jalan citernya. Idak le pasei itu aje...itu dah jadi buku porno la pulak..hahahahha.

Then...dtg lah Mazwin and recommend the Shopaholic tu. Aku lak...terus 'ting!' teringat Mint pernah ckp dulu. Esoknya, Awin bawaklah...the first one 'Confessions of a Shopaholic'. Well...baca aje, aku terus hook up! I love it!! Itupun masa dpt, aku tak baca terus...aku baca MB dulu..buku tu tinggal kat ofis dlm beberapa hari jugalah..

Then baru aku baca... Hehehehe, aku suka...aku suka! Aku mmg suka jalan citer yg kelako2 ni. Dlm kelako nya...ada banyakkkkk mesej. Weiii...byk pengajarannyaaaa..hahahhahaha. And aku spt biasa jiwang le dgn karakter hero and heroin nya. Mmg pandai Sophie Kinsella ni buat citer...so sweet! Dlm gila bershopping Becky tu, and kelam kabut dia...dia bijak orgnya. Itu yg istimewa ttg watak ni.

Ok, now...aku dh msk buku ketiga. Mlm tadi buku keduanya, 'Shopaholic takes Manhattan'..best juga..hahahaha. Ni buku ketiga, 'Shopaholic ties the knot'. Dlm buku kedua, dia dgn Luke pegi ke US, (diaorg ni British) and buku kedua tu...ada juga kisah2 sayunya...but end up with a really sweet moment...hehehe. Then buku ketiga dia nak kawen dah.. Buku ke-4 lak, Shopalic & sister, and buku ke-5 (last one) is Shopaholic & baby. Now, aku nk habiskan dlm masa 2 hari ni...hehehhehe..

And guys...guess what? Next year, cerita ni...dh dijadikan filem! hahahahah...pi google Shopaholic movie..and dah ada trailer! Tapi..bila tgk dia mcm compile kan smua citer ni ke dlm satu filem..so it;s all together, i guess.... Kita tgk lah nanti, best ke tak...ok or not ok...but reading the books is not the same with watching the movie..only now, boleh bygkan rupa Becky and Luke ni..lepas tgk trailer tu..hehehehe

Ok, guys..i shall post the next posting after this... Citer sedih utk kami, ex-jenan. The next post shall be...Belasungkawa.

Saturday, November 15, 2008

Sakit-sakit badan dan lutut, apa tandanya...

Minggu ni, agak pack jugaklah hari2 aku. Selasa, Rabu ada workshop..msk Khamis baru nak tgk kerja2. Byklah benda yg kena settle kan. Aku senaraikan semua...ada lah dekat 10 benda aku kena selesaikan. Next week, aku cadang amik cuti ari Isnin. Yelah...Tisya dah start cuti, tak pelah, teman dia sehari kat rmh. Aku pun mcm nak merehatkan diri kekdahnya. Tapi kalo tgk dlm planner utk minggu depan...hampir penuh jugalah hari2 yg ada dgn pelbagai perkara yg perlu di attend. Pheww...kerja di TSG ni mmg penuh betoi. Tapi, aku...alhamdullillah masih ok. Kdg2 tu mmg le rasa pressurenya, tapi 'tensi' nya masih boleh ditahannnn....buat masa inilah..risau bila kenangkan hari2 yg mendatang, eceh..ceh.

Kelab sukan TSG dah start balik liga2 perlawanan2 sukan. Hari Khamis, 13hb hari tu..start lawan bowling. Aku ni dh lama tak main...mmg idak le pandai main pun. Setakat baling or leretkan bola...pehtu, tah mana2 bola tu pi..kejap msk longkang, kejap tepat kena..kejap2 tu dh dekat2 nak kena, boleh dia melencong ke tepi..mmg tak berskil sungguh! hahahahha..

First time aku ke Pin Junction kat Cineleisure tu. Pusat bowling milik Shahlin Zulkifli, bowler Malaysia tu. Aku seperti biasa bawak Tisya. Zaidi ke pahang on that day. Aku dgn Nurul satu grup...so, kami ni gilir2 baling bola keras tu..still, tak banyak pun pin jatuh...kekekekeke, buat malu je kan. Jeles aku tgk2 diaorg yg lain. Fida, Kak Zah...hebat juga. Diaorg dh biasa agaknya. Every year, aktiviti sukan ni ada... Aku ni lak, mana pernah company2 yg aku pernah keje sebelum ni, ada aktiviti2 mcm ni..hmm, rezki aku lah kiranya utk merasai suasana bersukan ni..
Ada 3 game lak tu...jenuh juga le..masa tu rasa le lenguh2 dah kaki and tgn ni. Dah le esok nya sibuk ajak org main badminton...hehehe Dekat pukul 11 juga lah, game tak abis lagi. Dlm 10 minti ke sebelas tu, aku mintak diri dululah. Tisya pun esoknya sekolah...last day of school lak tu. Aku mmg tak bagi Tisya ponteng walau dh last2 hari sekolah. Yelah, kalo tak pi sekolah pun...dia nak duduk mana, bknnya aku dkt rumah pun. Elok lah pi sekolah...tak de ruginya.

Selain boling, badminton pun akan dipertandingkan. Dgrnya Selasa depan gamenya. Aku agak teruja juga nk main badminton ni. Memang dah lamaaaaaaaaaaa aku tak main. Sejak lepas belajar tu usah citerlah...then aku kena slip disc. Lepas that surgery, doktor tak bagi aktif main, katanya...jgn lompat2. Even berlari jogging pun tk boleh, sbb terentak2 kan. Hanya boleh breeze walk...isk. Tapi itupun tak buat..aku rasa tu yg buat aku makinlah bulat...adoiii.

But, aku rasa now dah ok kot.. Aku mmg tak berani nak main apa2, until lately bila balik kg ramai2, aktiviti sukan kami mmg badminton and ping pong. Bila tgk diaorg main..mmg le teringin. Aku pun cuba lah ping pong...then lama sikit baru aku try badminton. Rasa mcm ok...tak de rasa sakit dah. Hmm....it's almost 5 years after the surgery. Aku hrp dah sembuh sepenuhnya...insyaAllahh.

So, sehari sebelum smlm, aku sibuk mengajak yg pompuan2 kat TSG tu utk turun main badminton. Itupun sbb dgr diaorg buat court kat belakang kilang, dlm loading bay. So, tak yah lah nk kena ke luar. Convenient la juga... So, aku mmg dh lama kepinginnya. And aku pun nk bersukan yg benarnya. Memang aku rasa aku dh terlampau gemuknya. Tumit kanan aku masih sakit. Dh lama ni sakit, mau 3-4 bulan lepas. And aku pelik...tak tau sebab apa. Now, aku rasa tulang depan betis (panggil apa eh...hehe) aku dh mula rasa lenguh. Like kalo pijak kaki tu, esp masa naik tangga, aku rasa mcm tk kuat. Ish...jgnlah sakit yg bukan2. Sbb tk pernah2 aku kena camni...menurut doktor homeopati aku, katanya angin....but lama sgt anginnya. Masih tak de perubahan...I'm worried actually. If pegi jumpa doktor, sure kata sbb badan dh overweight. But seriously, berat aku tak le naik...maintain je spt biasa. Doktor ni kadang2 is not being helpful la... Asalkan kita ckp, kaki sakit or tumit sakit...and dia tgk kita ni gemuk, itu je lah alasannya. Geram betul...bkn bagi solution sgt. Suruh turunkan berat aje tau nya...senang sgt lah keje doktor mcm tu. Menyampah betul kdg tu. Kalo turunkan berat tu senang...mmg tak kisah lah. Now, sakitnya tgh ada...bagi lah ubat ke apa ke..cek lah betul2, dibuatnya sakit lain..heeeeeee...

Ok, enuf lepaskan kekesalan sekejap. Then, smlm aku main lah badminton...seronok betul rasanya. Awal2 main tu...aku main dgn Su. Su kata aku pukul bola lemah lembut katanya...alahai, lembutnya pukulan... Isk, aku mcm...ye ke? Patutlah aku tak terpilih masa sukan matriks dulu2 tu...hahahha. Sdgkan aku wakil sekolah dulu and wakil kolej masa tu. Hmm, mmg aku idakle terror beno pun....lebihnya dulu, kot aku tinggi and boleh le pukul2 shuttle tu. Tak kisahlah...aku rasa diaorg may be ramai yg terror. Sbb aktiviti tu selalu ada kat TSG. Sikit sebyk dh biasa main. Aku ni haaa...dh lah tak terror, peh tu...baper tahun eh dh tak main. Mau dekat 10 tahun dahh....isk...lama tuuu..

And.....this morning, adoiiiii...tumit aku makin sakit. Bila duduk ke, baring ke...nk start jalan tu, adoiiii...sakit betoi tumit ni. Then, ditambah lak, lutut2 aku ni haaa...tegang rasanya. Nak bend tu...ish..mcm org tua pun ya. Paling seksa, nak rukuk and sujud tuuu...kekekekek, teruk betoi kan. Well, itulah hasilnya....sekian lama 'manja'kan diri, peh tu baru nk 'dera'. Rasakan...

Aku harap, aku tak de masalah kesihatan yg lain...aku nak aktif balik bersukan ni. At least, aku suka main badminton...so, aku boleh aktif main balik. Dari buat aktiviti yg aku tak minat...like jogging ke..apa ke.. Tak boleh lah, aku rasa aku susah nk conceive pun, may be becoz of the weight. Kesian kan..

Period aku tak betul balik ke ni...suppose dh datang, but tak de until today. And not pregnant...hmmph *sigh*. Kalo ikut frust...mmg frust aje. But, now mcm dh biasa...sedih tu mmg sedih, tapi tk lah mengikut perasaan. Aku pegang satu je, belum masa nya lagi. Adalah sebabnya Allah takdirkan begitu... Mmg teringin nak jumpa doktor lagi and try IUI ke, or apa2 yg doktor suggest, tapi...aku tak begitu mendpt kerjasama. So, I guess...biarlah dulu. Ada rezki, ada lah...but doa takkan putus walau apa pun yg Allah turunkan. Now, aku on homeopathy medication. Dari bulan 8 tak silapnya sehingga ke hari ni... So, aku akan teruskan tanpa putus asa...insyaAllah.

Another good news for us this week, Tisya still no 1 in her class. Alhamdullillah..... Sepupunya pun sama. No. 1 in her class. But utk keseluruhan stdrd 1, cikgu kata masih tak tau kedudukannya. Tak kisahlah nombor tu...yg penting markah2 yg dia dpt utk subject2nya. Maths turun sikit dlm 93% , salah 3. Apa yg dia salah tu...mmg yang masa latihan dia agak confuse iaitu tang garisan nombor. Sains yg dia minat dia salah satu. Hehehe, dia silap buat 'lizard' kat forest bkn house. At first dah tulih betul kat ruangan house, boleh dia padam bubuh kat forest...sabo je lah.. No wonder lepas paper tu sains tu dia ada tanya aku...'ibu, lizard ada juga kat forest kan?' aku ni not knowing apa halnya, aku ckp ya lah. Rupanya dia dh jwb tu lah masa exam. Kakak aku kata, susah juga budak yg dh advance ni...kalo budak lain, ckp cicak, ingat kat rumah lah... Ini agaknya dia ingat, family lizard...biawak ke...sesumpah ke...yg ada kat hutan nun.. Aku pun terpikir, ya le agaknya tu.. Itulah, suka sgt tgk animal planet. Tisya...Tisya...

Sekolah agama, she's no 3. Yg ni aku puas hati, sebab semua markah dia naik, alhamdullillah..all 90+. Ada yang markah penuh. Keep it up baby! Aku bersyukur pada Allah...mungkin inilah hikmahnya, aku ada dia seorang. Dan yg Allah kurniakan ini...mungkin yg terbaik. Agaknya itulah timbal balik buat aku. Aku bersyukur sungguh2... Kami berdua bukanlah yang jenis, paksa dia study...kdg2 bila tgk dia main, mmg rasa nk marah. Suruh dia baca buku...tp bila nk suruh baca buku, mcm apa lah sgt buku dia nak baca..dia baru darjah 1. Teruk betul pulak rasanya, mak bapak sekrg kan...hehehe. Then...kami bersederhana sahaja.

Nk dekat exam hari tu, aku amik pendekatan suruh dia buat latihan. Buku2 latihan aku dah beli masa pesta buku hari tu. Masa tu, mmg offer...aku rasa mmg a good deal lah! Then...itulah yg aku guna. Malam2, ada juga aku suruh dia buat satu latihan. Tapi tak setiap malam pun...kdg dia tido awal, ibu pun tido sama..hahaha. Tp alhamdullillah dia kdg rajin buat sendiri. Terutama buku sains...itu yg habis semua dibuatnya. Tapi tisya ni ada malasnya juga....kdg tu, byk bersabar jugalah aku. Dia kalau bab buat homework teruk sungguh. Masa tu lah penat lah...hapa lah...geram aje aku. Mmg masa jumpa cikgu, komen diaorg about her work. Mmg kdg tu tak siap. Cikgu kata, dia mcm malas nk buat...aku pun naik risau. Then cikgu kata, or may be...dia dh tau..dia boring. Lagi la aku risauuuu..then cikgu dia yg ckp, dia ni tak payah tmbah apa2 lagi. Tak yah anta tuisyen ke apa ke...biar je dia ikut flow. Takut dia boring nanti... Mmg kami pun tak tau nak komen apa. Sbb tisya, bagi kawan2 aku yg dh kenal dia...dia ni plain aje. Tgk mcm ordinary girl je. Dengan malunya, dengan muka tak senyumnya, berat mulut kadang tu..so, tk nmpak lah dia ni outstanding. May be, she's special in her own style... Hmmph, tisya...tisya...

Ok, cukup setakat tu.. Aku bkn nak bangga or riak dgn Tisya, nauzubillah...but ingin berkongsi kebanggaan kami yg sedikit ni dengan semua kawan2. Hmm...dia baru je cium pipi aku ni, tiba2 je...lepas dia simpan congkak nya. Tadi dh beli 2 buah buku cerita utk dia. Cuti ni, aku suka dia membaca and aku pun dh janji nk pi bookshop dgn dia. Dpt lah 2 buah buku cerita, satu english, satu BM. Dia tgh baca yg english tu. And aku beli juga 2 buah buku citer utk Faiz dan Fatihah. Dua2 pun dpt keputusan yg cemerlang, hadiah daripada mak uda.

Ok, till here...

Saturday, November 8, 2008

A MEMORABLE REUNION AFTER 18 YEARS - SERATA

Wow...it almost 18 years, I've left my school days at Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh. This is the 1st reunion (for me, I guess...) that we had arranged for our batch, class of 1988 - 1992. But for me is 1988 - 1990. I left the school in the year of 1991 after I was accepted to one boarding school in Jitra, Kedah which is Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

But, the memories and the friendship that we had still left in my heart. But sometimes I do feel guilty when I can't recall some of them and it even bad when they still remember me and the worst is when I dont! Isk...isk.. I'm known as 'WAZURA' kat sana. Hehehe, mcm ganas je bunyi nama ni..kakakaka. Ganas tuh...sure Lela kutuk aku ni, ahaks..

The reunion has been planned during the 'puasa' month, if I'm not mistaken. At first, it was planned for Aidilfitri Open House, but due to the dates, which some can make it and some don't, it was dragged until today, 8 November 2008. Still, they are few who can't make it. But, the plan still proceed... Bukan senang nak kumpul semua...tapi, mana yg ada, and janji ramai. Akhirnya, majlis ini berjalan dengan jayanya..wuhuuuu!

Aku datang sekali dengan Laila and Jasmi. Kami ni dh duduk 'sekampung' le katakan..KDrian, hehehe...mcm buah durian je. Kami ni rombongan Kota Damansara. Around 11.30 bertolak dari rumah aku. Jasmi drive, aku dgn Lela, hop in aje..hehehe.

Zita bermurah hati jadikan rumahnya sebagai tempat reunion. Jadinya semua ke Saujana Impian, Kajang. Ni lah 1st time aku jauh ke sana. Memang unfamiliar place lah bagi aku ni...hehhe.Kami semua pakat buat pot luck. Mula tu nak tempah catering, tapi tgk2 takat 20 org aje yang dpt dtg. Mana catering nak buat. Jadinya, kami pakat pot luck better. Lagi byk food sebenarnya, and pelbagai.

Apa yang mengharukan tu, ada 4 orang kawan yang datang dari jauh, semata utk bertemu dengan kawan-kawan lama nih. Azlin Hudri yang kecoh dari dulu hingga saat ini, walau dah anak 3 datang dari Ipoh. Haryati Khairuddin yang dulu senyap aje, sampai jadi Ketua Pengawas Perpustakaan lah...now dah jadi Penasihat Undang-Undang di Majlis Perbandaran Taiping. She came along from Taiping with hubby and 2 kids. Wahh...time flies huh.

Ada sorang kawan, Hadi (Hadijah) aku tak ingat dari mana. Rasanya dari jauh juga. So, kebanyakan yg jauh datang bersama hubby lah. Yanti pulak datang dari Tanjung Malim. Dia dengan anaknya yang comel, putih melepak. Yang kami2 dekat KL ni....semua berlagak 'single'. Ramai yang 'single' benolah tuu...sampai anak pun tinggei..kekeke. Aku tetaplah di iringi oleh puteri kesayangan cuma Hulubalang aje tinggei kat rumah...kakakka hulubalang bukan raja eh...kekekke

Dari belakang kiri, Aida Zamali, Zita (host), Syano, Eiah, Putri, yg tersorok kat depan tu, Azlin Hudri, depan dari kiri, Laila, Kak Cik (aku tak tau nama dia sebenar...sbb dia masuk masa form 4, waktu aku dh tak de) Haryati, Anis dan me! Ini antara yang hadir dari tengahari sehingga ke pukul 3. Lepas pukul 3 ada lagi yg lain datang. Memang really happening la for me...meriah sungguh! At this time, Hadi ,Yanti , Yati and Liza tak smpai lagi.

Banyak lagi gambar ramai2 lepas ni. Tapi aku tk dpt snap dah...ye le pakei hp kecik tu..jenuh nak suruh org snap..hehe


Tengok tu Laila, ada le tu benda yang diusiknya...haaa, itu le namanya gelak terkekek...sampai tertunduk. Putri dengen Haryati, sabo je la... Laila ni memang, suka menyakat org. Dari zaman sekolah smpai le ke hari ni...Kalo katalah dia tetiba2 senyap, memang dah insaf le tu..hahaha. Laila sekarang dh keje dgn TV3 selepas SIRIM. Baru sebulan dgn TV3...kawan baik NurFarahin Jamsari nih..hehhe. Dia ni aku tak sangka akan dpt close balik cam gini... Dulu masa form 1, aku ketua kelas dia penolong. Hmm..we're quite close juga dulu. Tak sangka dah meningkat dewasa ni, kami duduk 'sekampung'.

Tengok tu...ada le tu apa yang dibuatnya, sampai Eiah bercekak pinggang tuu... Zita pun berkerut kening dibuatnya. Eiah sekarang keje dengan insurance company. Dia ex-Uitm. Not sure apa dia amik dulu masa study. But lama dia dgn company ni...tak ingat lak, which insurance company. Zita now, Ustazah. Dia ni pun...tak sangka jadi ustazah. Budak nakei jugak dia tu... Kawen lak dengan diplomat...hehehe, hubby dia PTD. Dia duduk lama juga di Dubai dulu. Eh, ye ke Dubai...isk...apa hei tak ingat dah ni.. hahaha. Jasmi lak, secretary di MISC. Pun tak sangka leh jadi secretary..hehe

Ada je benda yang disembang...sesekali aje 'malaikat lalu'.

Apa lagi la Laila tuu..hahahhaha

Haryati dengan Kak Cik

Kek marble khas dari Taiping. Haryati buat mlm tadi katanya. Dia bertolak pagi2 lagi ke sini.

Antara juadah

Aida Zamali with her kids. Aida ni dorm mate aku di Rumah Merah Bilik C. Memang lama tak jumpa dia...tapi, byk tak berubah Aida ni, dari badan yang 'maintain' je dari dulu...sehinggalah ke pitching nya masih tak berjaya di kawal...hahahahha. Aida ni dh jadi cikgu, tapikan...Aida, ko ni buat aku susah ati la..bila tgk cikgu cam gini...kakakkakaa

Eiah, Laila, Jasmi, Azlin, Ustazah Zita...hehe
Gambar ni cun kan...sebab nmpk aku kat cermin tgh amik gambo...kekekke. Jadinya aku masih adalah di dalam gambar ni...
Eiah dan Laila...auww..seksi gitu, ammmmppunnn ye Eiah, aku nk bubuh juga gambo ni utk tatapan semua..hehehhee

Masih kami yg tadi, cuma tambah Siti Awanis je...

Me & Syanorida

Me & Siti Awanis
Siti Awanis ni, masuk UPM after STPM if I'm not mistaken. And bertemu jodoh di sana juga. Dia sama kolej dengan aku. Its just that, we're not so close masa kat UPM. May be due to different course. Dia ni aku suka...penuh sifat keibuan, dari dulu lagi and sikap dia yang malu2 bila tang, dia dah cakap...peh tu dia sendiri malu..hahaha. Dia kawen dengan our senior kat kolej tu, Abg Zaini...hehehe. But I dont think Zaini remember me...
Haaa...ini ada yang geng dtg selepas pkl 3. Yati Nordin and Hadi yang kat belakang sekali tu. Aku tak sure profesion Hadi. Tapi, bagus2 juga le rasanya. Yati pulak lawyer. Friendly and lively as always! Bukan calang2 juga budak Taayah ni.

Masa nak balik..

Liza (tudung biru) dtg lewat sikit dlm pkl 4 lebih. Dia dtg dari Desa Waterpark ada family day. But she managed to come just to meet us. Semangat bebudak Taayah ni..

Posing dulu...sebelum balik. Dari kiri, Shikin, Liza, Eiah, Jasmi, Syano. Laila, Putri, Har, Anis, belakang aku dgn Zita. Gambo ni Tisya snap...tu yang dari tepi tu.
I guess, everyone is enjoyed and cherished the moment. End up, kami bertolak balik dah dekat2 pukul 7 gitu. Ada yang hsband dah call 2-3 kali...kekekeke. Aku rasa lepas ni, kena organise lagi. Sbb ramai yg tak dpt dtg. Memang happy dpt jumpa semua balik.
Terus terang aku kata, bila dikenang2kan, antara kawan2 di SMSAH, Jitra dan SERATA Ipoh ni, rasanya ex-Taayah ni lagi hebat kerjayanya. Boleh dikatakan kebanyakannya berjaya dan menjawat jawatan yang bagus. Pasti cikgu2 dan ustazah2 di Taayah berbangga dengan 'hasil' mereka. Alhamdullillah..
Taayah is not bad at all...if Tisya boleh menyambung legasi aku di sana, ok jugak kan...hahahhaha