Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadan 1431H

Walaupun dah masuk hari ke-5 berpuasa...masih awal lagi utk ucapkan salam ramadan kepada semua umat muslimin dan muslimat di muka bumi ini terutama keluarga dan rakan taulan.

Syukur kepada Allah kerana masih di panjangkan usia dan bertemu sekali lagi Ramadan tahun ini. Allah masih memberi peluang utk merebut peluang beribadah di bulan mulia ini. Semoga Ramadan kali ini lebih bermakna dari yang terdahulu.

Tahun ni puasa, zaidi sibuk sikit. Sibuk dengan 'farm'nya and meniaga di bazar ramadan. Weekend ni, aku dgn tisya je berdua2 kat rmh. Zaidi balik banting sbb nk meniaga. Semoga dimurahkan rezki Allah dan diberkati. Yang penting kena ikhlas dan tawakal pada Allah atas segala usaha. InsyaAllah berjaya...! hehe

Daniel baru 1st time puasa di perantauan. Katanya dugaan besar kat sana...ye lah, negeri omputih. Dugaan dari pelbagai sudut. Kena kuat iman duduk di perantauan ni... Aku sentiasa doakan yg baik2 utk dia..

Semoga Ramadan ini, aku dpt menambahkan amal ibadat sedaya mungkin. Harapnya biarlah lebih baik dari dulu...insyaAllah.

Salam Ramadan buat semua!