Thursday, July 10, 2008

Tak ada tajuk..hehe

Sepatutnya ari Isnin 7 Julai aku tulih blog. Sebab ari tu ada kisah assembly. As usual, monthly assembly...nynyi Negaraku lagi. Now dh bulan kedua order kek birthday for staff yg lahir dlm bulan Julai dari Kak Nab, my ex colleague kat Dialog dulu. But still frens. Kak Nab ni, selain selalu order kek dia, dia juga tempat rujukan aku. If ada apa2 psl HR issue, dia org pertama aku cari. Sebabnya, dia ni...cepat betul dia reply and siap ada bahan rujukan. Memang internet savvy. I guess it is the nature and practice of her job. Ye lah, Deloitte tuuu...multi national company. Staff dpt laptop. Sebab diaorg kena bekerja di mana mereka berada. Gitule pulak kan...hehehe


Ok, kak nab dari last month mintak gambo masa assembly. Sorry kak nab, tk dpt tangkap gambo byk. Sebab selalunya, assembly dh start baru teringat. Nk ke depan tangkap gambo segan la pulak. But kali ni, aku lupa betul nak tngkap gambo kek. Bulan ni kek tiramisu and blueberry cheese. Cantik lak tuuuu....ish..cemana boleh lupa. Congrats kaknab! Makin improve kek2nya.


Ni ada sikit gambo...tapi last monthnya assembly, June 2008.

Kek yang ditempah dari kak nab. Carrot cake for birthday, chocolate cake for celebrating 5S certification. Masa ni, MD - Ir. Hj Mohammad Noor Mohd Sidin nak potong kek congratulation tu.

Ada nampak En Fadzil, GM for Project Dept. and Hafez as an Emcee. Sori le gambo goyang.

Tn Haji ajak Zainudin or well known as 'Wak' utk potong kek tu. Sebab Wak mendapat pujian dari auditor.

Itu je, dari last month punya assembly. Aku akan cuba snap gambo next assembly, ok. Patutnya, this month nya assembly aku snap...sbb birthday aku. Siap sekali dgn MD lagi...rupanya dia pun lahir bulan 7. Dia sepatutnya dah pencen this coming birthday dia. Genap 55. Tapi dia sambung contract lagi. Dgrnya, another 2 years. Hmmm...gitula, kiranya tak dpt MD baru la TSG hehhee.

Masa assembly bulan 7 ni juga kami launch program Mentor Mentee. Hmm...teringat masa sekolah dulu kan. Tak sangka masuk keje pun ada. Objektif program ni...is more abt to get to know staff. And aku one of the mentor. Terkejut benonya aku...being new comer, aku rasa aku perlukan mentor. Tapi diaorg suruh sbb katanya, this programme is more like from HR. MEaning byk isu berkaitan HR, so tk boleh lah aku jadi mentee. Hmm..aku benarnya masih tak puas ati. Then, aku tau...akan jadi bahan mulut org punya. ala2 konflik la nanti... sbb one of the acting HOD tk jadi...malah dia diarah diletakkan sebagai mentee pada Tn Hj. Hmph, lantak la...aku sekadar menjalankan tugas.

Smlm baru tampal nama2 mentor mentee... Masa dptkan tandatangan MD tu, dia baca la proposal aku which i need him to sign, sekali dengan list nama. Lepas dia sign, to my surprise, he said...ok good job...i'm waiting for the terms & condition, next month ya.. Aku like, terkejut pun ada..aku sengeh, and jawab in progress Tn Hj...aku rasa, bkn le apa sgt keje aku. I'm just doing what they inspired during their management meeting. So, aku tak rasa sgt keje aku...eventho, aku merangka kertas kerja tu. But anyway....yes, i do feel proud. Sebab tak sangka kan.... Alhamdullillah, kiranya nmpk le sikit MD ni appreciate things. Now aku tgh berusaha habiskan a few proposal yang Senior GM mintak. And terms & conditions, of coz! Now, nak memantau implementation nya aje...harap semua berjalan lancar.

Hari ni mmg sibuk ya amat. Byk benda aku kena settlekan. Alhamdullillah, Allah mudahkan dengan adanya dua assistant tu. Memang mudah sikit keje aku. A few things can be delegated. So, keje jadi cepat. And aku mula belajar being boss...ahaks! Baru tau cemana rasanya. Now aku do more checking on their works and I'm in more doing the paper works. Lega...tapi memang penat. Balik rasa pening lalat. Ari ni byk guna otak. Aku rasa Pn Sarina pun senang tuu...sbb everything cepat je jalan. Harap keje aku ok.

Masuk bulan ke3 aku keje kat TSG ni, aku byk dh nampak rentak dan corak org2 kat sini. Satu pengajaran paling penting, dont trust anyone! Baik dengan semua org...but dont spill any words esp HR matters....wahhhhhhhhhhh...things being spread wildly. Sekejap aje. Mengalahkan internet. Then..yg paling tak tahan....spekulasi and perceptions. Isk...mmg like barah! Bila kita tau hal sebenar and then dgr lak persepsi org yg tak tahu hal sebenar, at that time u know. Mana boleh jadi kawan , lawan...no wonder ada yg tak bergaul sgt. Dia buat hal sendiri. Kurang2 dia kutip pahala. Sbb diaorg keje ngumpat dia la becoz of her being 'alone' tu.... Well, now aku tau, itu sebenarnya lebih baik. But mcm aku....my job tak mengizinkan cam tu... I need or have to 'blend' with others. Have to be sumone yang senang utk di approach, friendly, helpful but yet...need to be FIRM. I'm ok with that...just that, kena berhati2..and dont trust anyone. Itu key words yang paling penting. DOnt trust anyone!

Oh, ya....hjg bulan ni kami smua akan ke Cherating. Family day at Legend. First family day I'll have setelah 8 tahun di alam pekerjaan. Company2 dulu...smua tak pernah. Aku merasa pegi family day last year ikut ofis zaidi. Itulah pengalaman pertama join family day. Seronoknyaaa ya. Now, it;s my turn. Now, I'm bringing Zaidi and Tisya pulak. Like last year, aku tgk hadiahnya gah2..utk lucky draw. Handphone, tv 29", digital camera, laptop, home theater. Tp, tahun ni dgrnya tk byk sponsor.....hmmmmm....tak apalah. Yg penting enjoy! Tapi ada tema la pulek dinner nanti. Merah putih or merah hitam. Ish...ni aku maleh ni.

Ok, nanti kita citer lagi...now nak tido dah. Esok rutin berjalan mcm biasa. Mlm ni dh solat setelah seminggu 'cuti'..hehehe, so tak leh lah bgn lambat sikit mcm seminggu tu. Kena awal...utk solat, iron baju, siap bekfast.

Hmm...being a wife and a mother kan.....

Sunday, July 6, 2008

33 yesterday, beautiful number actually...


Selamat menyambut ulangtahun ke 33 buat aku..hehe. Yesterday was my birthday. Nothing special on the day...cuma rasa sibuk ke sana ke mari.

Awal pagi pegi ke TTDI. Jumpa kak Safiyah, ambil a few tudung(s) utk dibawa balik ke Mai. As usual ada juga la beli 2 helai...ish aku ni. Tak tahan daulat...kdg rasa membazir aje..bkn pakai selalu pun, tapi tu lah...tgk kat pelbagai corak and warna tu, ish..tak tahan teman. Tapi tu la aku, balik je...tgk baju, tak de pulak yg kena...isk...

Mula ingat nak pi ofis, sbb nk siapkan keje. Rajin aku ya ke ofis. Mentang2 le ofis dekat je. Hmm...tp tak jadi. Bila Hafez call kata dia tk sihat, sakit perut. Aku pun mengenangkan byk benda nak buat...maleh le nk ke opis tu. Balik singgah Cosway beli apa yg patut, then balik rmh...singgah rmh kakak, amik 3 org budak nakal tu. Angah kata dia nak buat keje sekolah. Tapi yg berdua tu nak juga ikut. Buat sardin je diaorg msk keter, walaupun mamanya tak bagi.

Balik rmh, Mai datang seelok je aku dh mop lantai, kemas rmh gitu. Dia as usual 4 tudung di belinya. hehehehe...laku jual tudung ni dgn Mai. Haaa...sure ramai tanya tudung cemana kan? Nantilah aku tjk gambo. Memang tudung 5 saat. Tapi bukan yg cam Indon gitu. Ini dari Dubai. Like tudung Munawwarah bagi siapa yg biasa pi beli tudung kat sana. Just that, depannya tak keras macam tu. Harga pun murah lah sikit dari Munawwarah tu.

Ok, berbalik ke citer sambutan birthday....hehe, mcm le budak kecik. Yg best tu, Fatihah petang tu tanya....mlm nanti, birthday mak uda ada belon tak? Aku gelak le....kekekekeke, tak de aihhh...tp dok pikir kalo aku gantung belon, sure gelak golek2 abg kakak aku. Tapi tak sempat deeee nk buat smua tu.

Birthday Cake dari abang's family - Secret Recipe's Brownies




Happy Birthday to me!

Aku masak nasi siap2, petang dah masak kari ayam and sayur. Kek, kaklong kata dia bawak. Kakak lak, goreng mihun. Mula aku mmg mintak dia buat...tapi pikir dia sakit kaki lak...so, tk jadi. Aleh2 dia call, kata dia goreng....sbb tak de apa nak bwak ke rmh aku nanti...heheheheh, seronottttt...kakakaka. Kakaknya mihun goreng mmg sedap. Memang aku suka betoi kalo dia goreng mihun. Dia pun tau...kadang goreng mihun, dia sms bgtau. Tak nak singgah ke...ada mihun goreng. Hehehehe....sayang betoi kat kakak sorang ni. Mana nk dpt kakak lain dah. Inilah satu2nya kakak dunia akhirat yg aku ada. Kakak, love you so much! (dia tak de nya baca blog ni pun....hehehe, nanti nak ajar dia) Then aku order pizza utk bebudak kecik tu.

My beloved sis and Faiz, the 3rd one


Diaorg dtg pkl 9 lebih. Sabo je aku. Aku ni dah ngantuk..ye la penat agaknya. Ke sana sini, then mengemas, mengemop, memasak, menyiapkan pnggan segala. Tapi, memang pueh ati la.....meriah kami adik beradik mlm tu. Smua org enjoy je...abang and kaklong usah citer la. Diaorg tu mmg makin lama makin kecoh. Riuh je diaorg tu....ada je benda nak citer. Abang Mader tu usah citerla....kalo menyakat nombor satu. Kelako je apa yg kuar dari mulut dia. Fadly pun ada join. Dia tu...anak2 sedara smua suka. Walaupun kadang tu garang.

Food sebelum datang kek and bihun (lupa nak snap gambo selepas ada smua tu..kekeke)
Tgkla pizza tu ada yg dah hilang, Tisya and Zaidi cilok dulu, dah lapar dahhh...hahaha.


Abang Mader and Kak Long - Happy je diaorg ni...hehe


Diana, Daniel - 1st and 2nd in abang's family (haaaa...tu ada gambo mihun sedap!)

Sweet bestfriend - Tisya & Fatihah (holding her gift for me...tabung Hippo...hehehe)

Fadly with the 2 - comei le konon mukanya tuuu..

Darwis, Raziq, Irfan dengan Pandaknya.

Itu je gambo sempat snap. Lupa snap pic Zaidi and Abg Syukri sibuk bersembang. Yati pun tak de in picture, sibuk main dlm bilik Tisya. Gambo birthday girl, (girl ke?hahahha) tak ada la...sbb tak pakai tudung...hehehe, then tak bersiap cantik. Kakakakakaka....

Hmm...being 33, there's not much different. Just that the age is one year older. But rasa 'tua'nya tu bila smua panggei kak...sbb yg lahir tahun 70an dh bukan dlm 20an dahhhh....

Aku rasa this year, mcm byk benda berlaku. Selain tukar keje and dpt ramai lagi kawan, aku jumpa balik kekawan dari Jenan. Tak sangka dari Ina nya facebook aku jumpa balik one of ex schoolmate. Dia kata, kali ni punya bukak poser aku kena join. Meaning sebelum ni, diaorg dh selalu la ada majlis tu. InsyaAllah aku akan join....tapi malu juga. Sebab sure ramai tak kenal dah ni...hahahahhaa. Bentuk dah lain...tak leh jadi ni. Kena pi gym hari2 nampaknyaaa...hahahhaa

Ok, kena tido dah ni...esok keje. Hmm...another busy day. Kat tmpat keje kali ni, mmg aku sibuk. Rasanya every week ada je benda or ada je program. Setakat ni, aku suka juga dnegan keadaan ni. May be semangat tu masih ada...belum terpadam. InsyaAllah harapnya smua berjalan lancar.

Di usia 33 ni, doa ku...semoga dimurahkan rezki Allah yang halal dan juga ada rezki utk tambah zuriat. Semoga karier aku bertambah kukuh dan segala impian dapat dilaksanakan dengan sempurna. Semoga kasih sayang yg ada di sekeliling aku berkekalan hingga ke akhirat. Dikuatkan iman, dilimpahi kasih sayang dan tergolong di dalam golongan yang Allah berkati selamanya....aminnnn.

*Abah wish juga, last sekali bila dia ckp, semoga Allah selamatkanlah hidup anak aku ni dunia akhirat...dan bunyi suara abah sebak. He cried...

*Mak pun wish. Mak...being a mother, really she made my day. Dia call dh petang, katanya nak call pagi. Sebab dia tau aku lahir waktu pagi, pkl 8 tepat, waktu org sibuk nak ke pesta. Tapi sibuk buat sos, dia terlupa. But she called petang. Aku tak sangka juga...sbb ingat abah dah call, sekali la utk mak. Rupanya tak...mak call juga, personally, hehehe. Mak...begitu juga ucapannya. Dlm gembira suara dia, ada dukanya bila dia mengenangkan juga, aku ni byk dugaannya. Hehehe..mak...mak... But I told her, wa tak rasa pun wa banyak dugaannya. Sebab bila diduga memang rasa, aku lah yg paling teruk diuji. Tapi...bila tgk pada dugaan org lain, hmm...apalah sgt dugaan yg aku lalui itu sbb masih ada hikmah dan yg manisnya. InsyaAllah....aku harap aku terus diberi kekuatan iman! Aminnn...

Apa2pun, tima kasih mak abah kerana melahirkan Wa ke dunia ni. 33 tahun lamanya Wa telah berada di dunia ni. Banyak salah dan silap pada mak abah...harap diampunkan. Rasa kasih dan sayang pada mak abah tak terucap. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Selamat Hari Lahir Wa!

Friday, July 4, 2008

Countdown to 33


Hehehehe...lagi beberapa jam lagi, aku naik setahun lagi hidup di muka bumi ni. Alhamdullillah, msh lagi diberi peluang menghirup udara dan yg sebenarnya, masih lagi diberi peluang untuk beramal, membetulkan segala kekurangan dan kesilapan...or in other words, peluang utk bertaubat dari segala dosa, masih ada diberi Allah.

Ok, ari ni...pagi2 lagi aku sudah diberi ucapan istimewa pertama oleh seorang kawan baik yg sekarang ni berada jauh di mata...dipisah oleh lautan Hindi...eh, ye ke Hindi Ja? Kekekeke, suka2 ati je ya.. Thanks Ja for making the special entry for me. Glamer le sekejap kat blog dia tu....dah le blog dia tu ramai tetamu. Bukan mcm blog aku ni, tah sapa le baca..hahahha. Ni link blog dia, http://hazeliza08.blogspot.com/ memang ramai peminat dia ni.

Semalam, Hana telefon. Hmm...kalo tak de sebab tak call le dia..kakakaka. Aku pun sama. Anak dia yg boy tu pun aku tak pernah tgk. Kitaorg ni, near yet so far....haaa, gitula. Dia tulih dlam email dia, terimbau kenangan masa kami duduk rmh sewa kat Desa Serdang tu. Katanya, everytime lalu highway depan UPM tu...mesti toleh tgk rmh tu. Samaaaaa la Na. And yg buat kitaorg nak ketawa, aircon buruk masih ada kat situ! Hmm...pesanan Hana utk Tisya benonya..katanya jgn jadi mcm kami yg gatei bercinta masa belajo. Masing2 berbf dah masa final year tu...gatei kan? Tak sabo2 nk tunggu smapai keje. Ish...ish..ish...

Ok, citer pasal tghari tadi. Aku pi lunch dgn Mint. My another best friend cum sister cum ex colleague. Mint ni mmg aku tau, dia jenis ingat kekawan dia ni. She enjoy making ppl happy and made us feel appreciated. Itu sebab agaknya rezki dia murah. Sebab dia suka meraikan kawan2. May Allah bless u always Mint!

Kitaorg makan Vicchuda, DU. As usual, kami ni...kalo ke situ, air order apa lagi yg favorite, Teh Tak. Hehehehe...Teh Tak tu, teh tarik. Mint la....suka bagi nama pendek2 gitu. Tapi comel bunyinya. Hmm...sblm tu aku dah agak, dia turun dgn a few plastic bags and paper bag. Hadiah2 dari dia for my birthday. Bukan setakat dia...sure selalunya dari anak2nya sekali. And this time, dpt juga dari maknya yg we all bagi nick name, Mas Mona. Nama makcik yg sebenar Muna, sengaja je Mint bagi nick name Mas Mona. Terharu sungguh dgn diaorg ni. Kadang2 risau, if we can't be that good as what they have offered us. Memang aku rasa aku ni tak terbalas budi diaorg ni. Ni hadiah2 nya. Mint bagi lilin aroma. Suruh bubuh dlm bilik, kasi wangi2...romantik. Kekekeke... Mas Mona bagi cupcakes 6 biji. Cute betul! Then the children bagi BEAR. Cute! Bear ni aku dah letak kat meja ofis. Bkn boleh bawak balik...nanti ada org jadikan hakmilik dia abadi...hehehe.






Hadiah dari Mint. Yg key chain Po tu utk Tisya..hehe (Dia jeles hadiah dia kecik...sabo je la)

Cupcakes dari Mas Mona and bear dari anak2 Mint - Fab Four!

Petang tadi, first time pi gym ofis tu setelah lama asik tertangguh je. Ari ni sepatutnya balik pukul 5.30pm. Tapi dlm 5.15 tu, En Jai call...nk buat juga meeting yg sepatutnya pukul 4 jadi pukul 5.15. Sabo je aku. Nearly 5.20pm, baru start discussion nya. Akhirnya dlm pkl 6.10 minit baru abih. Aku naik ke ofis, tgk ada Akmar and Kak Zura tgh bergym. Tanya diaorg lama lagi...so, aku pun tukar baju and mula lah aktiviti gym. Aku buat mesin goyang Gintell tu dulu. Uishhh...terasa bergegar seluruh badan. Bergetar lebihan yg ada. Then pakai threadmill. Mula jalan, mcm breeze walking tu. Then sengaja kak zura cepatkan suruh aku lari. Adoiiiii....belum 2 minit aku dah mengah abih. Tak larat dahhh...hahaha. Berpeluh usah citerla.. Memang stamina dh tahap yg rendah sekali. Ish...ish...lepas ni, ada je masa mmg aku nk ke gym tu. Yess! *puh..puh...jgnle sekejap jeeee...

Bila balik, tanya Zaidi, nak makan apa ya? Aku nk beli je la...sbb tak masak. But he said, dah beli dah. So, aku pun pi fetch Tisya kat rmh kakak and terus balik. Tgk2 dh ada kek and piza atas meja. Wahhhhhhhh.....really lain sikit birthday 2008 ni. Selalunya tk pernah secepat ni sambut. And kadang kek beli sndiri...hahahaha. Alhamdullillah...itulah hikmah perang dingin beberapa hari lalu....hahahhahahaha. Thanks abang, I do appreciate it. I'm touched. Love u and Tisya..muah!



Kek bercahaya lilin. Tiga lilin besar, tiga lilin kecik - a symbol for 33


Nyum...nyum..

Rasa terharu juga kali ni. Then....tadi kakak bgtau, kaklong and abang ada kat sini dgn anak2 nya. And kak long nk celebrate bday aku esok...yeay! Wah...betoi meriah kali ni. Dia nk beli kek...and kakak kata, hmmm, kenale siap makan ya. Aku sengehhh...dlm kepala apa aku nak masak ni, eh...masak ke...ke beli..hahahha.

Kak long call kemudiannya masa aku baru smpai rmh. And ckp psl celebration tu. Aku ckp petang, sbb pagi aku kena ke ofis. Ada keje kena habiskan. Terms & Condition tk siap lagi. Then she kata, baik le malam. Aku pun setuju! Yeay....sukanyaaaaaaaaaa! Diaorg dtg rmh aku nanti. Dia tanya kek apa nak? Tiramisu pilihan ku! Hahahaha...

Eh.....baru je ke gym tadi....kek? Isk....2 hari berturut lak tu...kakakakka

*Abang...thanks for the thought. May Allah bless us always! - tp tak leh dpt hadiah, cuti la pulak..kakakkakaka *gatei*









Thursday, July 3, 2008

Apa ke he nya la aku nii...

Malas betul ya nk update blog? Apa la nk jadi kat aku ni...kekeke

Actually byk benda nak citer...dari hari amik report card Tisya, ke main paintball kat 'Tanamera', Sg Buloh, then...apa lagi ya...hmm..teruknya...

On, 20th June...tu dia...20June tu, aku pi amik report card Tisya. Alhamdullillah, she's no 1 in the class as well as in Standard 1. Alhamdullillahhh...bersyukur pada Allah s.w.t. Harapnya dia dpt kekalkan prestasi dia. Cikgunya cakap...she's ok. She seems to know everything and above the level of her classmates. Aku mmg le terkejut dengonya. Sbb dia mmg biasa je rupa budaknya. Kadang sifat pemalunya yg buat aku riso...takut dia tak berckp dlm kelas, malu, lembik...heee...mmg riso. Tapi alhamdullillah cikgunya kata, she's ok. Dia dah cukup, tak perlu push...tak perlu tambah apa2. Just let her follow the flow...sbb cikgu takut dia boring. Aku dengan Zaidi, mmg nganga dgr...sbb dia nmpk biasa je...pada aku she just a plain little girl. But, of coz she's special to me, she's my princess...

Ok, on 21 June lak....aku ada teambuilding. And diaorg buat kat Sg buloh main paintball. Hehehe...takutnya nak mula main tu. Mengenangkan sakit woooooo..... kalo kena peluru tu. Aku dh agak, aku ni sure le lebam2, bengkak bengkil mengenangkan aku ni mmg jenis cam tu. Bukan boleh terlanggar bucu ke apa ke...sure lebammmm...tahapa2 je. Hehe..

Tu la, masa kat sana, diaorg form la group. Mula kata nk suruh berbaris and bilang nombor. Tapi end up...diaorg go thru list nama and select ppl. Mcm tak fair je kan...lantak le. Aku mmg tak kisah deeee... Peh tu, tgk2 grup 1 mcm org kuat2...diaorg le kata. Tapi mmg tgk mcm org yg aktif2 belaka. Pompuan pulak, diaorg kira ikut nombor. Sbb lelaki dah form 5 groups and pompuan yg seciput ni, kena kira la ikut nombor.

Aku ni lak...terkena le ke kumpulan 5. Nak tergelak tu, dlm grup ni, smua2 yg bulat2 belaka. Hahahhahaha....diaorg lain dok ngata la kitaorg. Kata kami ni sasaran yg nampak...jelas, nyata, tak leh nyorok. Hampeh betul... Siap ckp, dlm hutan tu, pokok2 getah semua kurus2. Nampaknya pokok getah tu yg nyorok bknnya kitaorg. Cehhhh... Tapi aku pun, idak le menaruh apa2 harapan pun. Tapi, dlm grup kitaorg ni....idak le smua bulat2, mcm kombinasi pun ada. Dari sekurus2nya hingga lah ke sebulat2nya. Kekekekke...

Akhirnya kami namakan grup kami, Skuad Elit uuuuu.....hahahhaha. Tapi kome nak tau tak...end up sapa jadi juaranya...Skuad Elitttt!!! Yeahooooooo! Smua org tak sangka le kan. Final kitaorg lawan grup 1 yg nmpak penuh dgn org yg terer2 tuuuu.....tapi masa lawan final tu, dh bkn dlm hutan, kat padang. Kami seri...sama byk jumlah org yg hidup. Aku antara yg hidup ehhhh....kekekekeke, terer tak terernya..hehehe, kira amik badi isteri seorang bekas ROTU kan, muahahahhaha. Ish, tak de kena mengena....hahahaha Akhirnya, kena lawan 1 to 1. Aku teurs le pilih sorang budak baru tu. Sbb antara ramai2 nampak dia bertenaga lagi. Rupanya tak salah pilihan aku tuuuu....dia pantas, cepat dn akhirnya dia lagi pantas dari yg grup satu tu, dan apalagi kami menjuaraiiiiinya!! Muahahahhahahha....*gelak Demang Lebar Daun. Terkulat2 grup lain...huh! *bangga...Nanti aku upload gambar2 masa paintball tu ya...tunggguuuuu

Ok, apa citer menarik lagi ya...let see, hmmm...hmmm...macam tak ingat apa dah. Actually, byk...nanti lah, bila kat ofis boleh le ingat sikit kot.

Haaaaaaaaaaaa....I see some lights towards my dream! On 1st July, my new assistant joined in. Dia ni akan tolong bab HR. Whereas Hafez will handle more on Admin side. Hmm..lega juga ada diaorg ni. Things can be moved...yeay! Aku boleh focus...now tgh sibuk ni.

Yg buat aku lagi suka tu....rupanya dia ni, anak sedara one novelist. Yeay! katanya mmg mak sedara dia tu, tgh cari penulis2 baru ni. Dia kata, jgn segan2 just bagi je manuskrip kat mak sedara dia tu. Sbb dia akan help to develop. InsyaAllah, aku akan berusaha!!! By the way, mak sedara dia tu is Liana Afiera Malik. Terus terang aku kata, she's not in my fav list. Tapi nama dia dh mmg popular, cuma aku ni...susah sikit kalo nak start baca novelis yg lain dari NB. Unless, being recommend by frens. Now, dh byk juga favor. Lepas ni, aku kena fokus. Mungkin ini jalan yg Allah berikan...sekarang smuanya terpulang pada aku.

Thank you Allah...thank you Allah...for all the best that u have given me!