Friday, February 26, 2010

12 RabiulAwal, tahun Gajah

Salam Maulidurrasul buat semua kawan2. Semoga kisah perjuangan dan keperibadian Rasullullah menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua! aminnn...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

Wednesday, February 24, 2010

Follow-up with Dr. Awal

Alhamdullillah....mulai malam Isnin 22/2, mula rasa batuk beransur kurang. Malam boleh tidur, walaupun tetap terjaga sbb batuk, tp boleh tidur. Memang terasa sungguh la kan bila boleh tidur tu, sbb kalo tak...mmg aku tak leh tidur, dgn batuknya, dgn sakit dadanya, dgn sengal badannya...fuhh, begitulah ujian dari Allah. Sikit je tu...tp dah rasa teruk sungguh. Ish..ish...astargfirullah.

Smlm follow-up appointment dengan Dr Awal. As usual, pegi sendiri je. Appointment set at 11.15am. Tp biasalah, dkt 12.15 baru dpt masuk sbb ada 3 patient before tu...and agak lama juga tiap kali diaorg jumpa doktor. But i guess, doktor yang bagus...selalunya mcm tu. Dia check thoroughly and consultationnya sure lama...yg boleh kan patient ni nak tanya mcm2 kat dia. And Dr Awal ni mmg doktor yg mcm tu. Dah le ckp lembut, polite lak tu...every time buat procedure, dia mesti mintak maaf...'mintak maaf ya puan...saya nk check hidung..' and every time, procedure dia nak buat, dia mintak maaf...kalo dia terpaksa angkat call masuk, dia mintak maaf...ish, bagus doktor ni.

Aku pun smlm berceritalah kat dia...yg lepas kuar hospital, aku masih teruk batuk. Aku tak leh tido...and ada time aku rasa nk jumpa balik dia, but aku tahan...sbb mengenangkan antibiotik tak abih lagi and its for 7 days...so may be tk cukup 'haul' nya org kata. And alhamdullillah, ari ahad abih antibiotik...and malam tu aku baru aku rasa kurangnya batuk tu...

Dia check balik hidung aku and tekak. Dia tgk tekak, ok...mmg tak de apa...cuma merah sikit..kesan batuk. And hidung, belah kiri...kahak dh tak de..but belah kanan masih ada. Dan itu yg masih tk hilang batuk tu. So, dia kata...Puan, kena jaga dah sekarang ni, tak boleh sejuk especially time tido, no aircond katanya.. Nasib le aku ni bkn jenis pakai aircond...and aku ni, dari dulu mmg tak tahan sejuk. Aku tak leh byg aku ke luar negeri yang ada musim sejuk, aku rasa aku tk leh gerak kot.. Mmg aku jenis tak tahan sejuk, walaupun badan ku ini, gebu2an...mmg aku tk leh tahan. Lemak yg ada ni bkn utk penahan sejuk kot...jadi perhiasan 'tambahan' kat badan aku ni je...ish..ish..ish..

Lg satu doktor yg bagus, adalah doktor yg mendengar apa patient nya 'citer' and he will comment and consult. Dr Awal ni mmg cam tu....so, aku pun rasa senang nak citer..apa yg aku rasa, sakit yg mcmana..how to avoid dari sakit lagi, wht shud i do... dia mmg tenang dan sabar. And yg best tu, dia kata...Puan tak usah risau, bkn penyakit yg serius. Katanya dia, aku mmg dh kena bacteria...and bacteria mmg degil. Mmg it will takes time to cure...degil katanya, banding dgn virus. Alhamdullillah dia kata...kira treatment yang dia buat tu, mmg kena pada sakitnya.

Aku bkn lah nk komen Dr Nazim yang sebelum ni. Aku pun tak tau...mmg tak best la dia. Dia tak dgr apa kita nk ckp. Dia terus dgn assumption dia je.. Aku paling ingat, bila aku kata...batuk plg teruk bila baring. Tu dia kata...u shud mengiring, sbb bila u tido terlentang, kahak tu masuk tekak. U kena mengiring, so kahak tu tk direct ke tekak. Aku ckp kata dia, mengiring lagi teruk sebenarnya...sbb dada jadi sempit and kahak tu lagi tickle the throat. Dia boleh tak terima...dia kata, ehhh...tk de, cuba u tido mengiring. Laaaa doktor ni, aku yg sakit ke...dia yg sakit?? Aku ckp, sbb aku yg mengalaminya kan...ish, tk pueh ati betoi aku dgn doktor sorang ni...

Aku dok pikir kenapa diaorg assigned dia utk kes aku....aku baru teringat, dulu masa aku buat medical check up, aku dgn mint la pilih dia, sbb tgk dia speacilist utk perut ni, gastro...apatah. Tp mmg kami tk berkenan sgt...sbb mint pilih dia sbb mint mmg selalu kena angin. Bkn boleh salah makan sikit, mulalah dia burping. Which aku pun byk angin gak...selalu sakit sana sini, angin cucuk tp kurang burping, selalu kentut je..hehehe. Yg buat kami tk berkenan tu, dia tak caya angin ni...dia kata, in medical term, there's no such thing of angin. Itu org2 dulu punya ckp...angin. Alaaa...nk ckp org2 kampung nya ckp le tu... Yes, i really remember the words he said. Tu sbb diaorg tgk rekod and assigned aku kat dia...aku rasa lah, and aku positive abt it. Lain kali kena ingat....mintak doktor yg pakar utk apa sakit yang kita kena tu. Dah le masuk hospital pakar...and sepatutnya kita di treat oleh yg pakar....isk..

Tapi, apa2 pun...alhamdullillah, nmpk beransur pulih. Walau masih batuk, and abdomen aku masih sakit...nmpklah 'kepulihan'nya. Dr Awal bagi cuti lagi 2 hari. Dia kata, rehat lah utk minggu ni. Dia suruh start keje, 1/3/2010. Sbb batuk masih ada...dia takut nanti pi keje, kena aircond, batuk tu menjadi balik. Aku pun terima ajelah kan....walau dlm ati serba salah juga, sbb rasa cuti dahhhhhh lamaaaaaa....tau jelah MD ku itu. But atas nasihat kawan2 and family...smeua kata...cuti ajelah. Start with the new week. Lagipun, badan aku masih sakit lagi ni. Belah rusuk kiri paling rasa. May be sbb batuk teruk...and angin msk. Mmg sampai ari ni, masih terasa..bila batuk, seksa rasanya. And baring pun sakit...aduhai.

Kesimpulannya, sakit aku ini adalah bacteria infection and lendir blkg hidung (ada medical term dia...aku tak ingat apa..) tu adalah akibat allergy pada satu benda and kena infection dek bakteria. Itulah dugaan dan ujian Allah utk aku di tahun 2010 ni. Tk pernah terpikir and terasa akan mengalami sakit yg mcm ini. And mmg ada time, aku terfikir2 juga....may be sampai sini je hayat aku. Mana tau, sakit ni sebagai penyebabnya..? Aku byk berfikir juga...terasa amalan mmg kurang, tak tau apa nk bwk if hayat ini sampai di sini aje....hanya mohon keredhoan suami ajelah...if dia redho...baru nak insafkan. If tak di uji, tk de nak insaf...isk..

Teringat Abg Yang kata....'Allah ingat tu...tu yg dia uji tu...bkn senang Allah nk ingat kat kita...' mmg buat aku terfikir...sbb sebelum ni, aku dok ingat, aku ni byk dosa...tu sbb Allah marah, and turunkan musibah ni...biar beringat sikit. But words AbgYang tu, buat aku tenang and rasa sayu juga...'Allah ingat kan aku?' Aku ni lak...ingat tak kat Dia?

Ya Allah, ampunilah segala dosa2 hambaMu yang hina ini....aminnn...

*buat kawan2, family...terima kasih atas doa kalian buat aku...hanya Allah yg dpt membalasnya..terasa disayangi sungguh, bila kawan2 call tanya kabar, family pulak tak putus2 call..mak, abah terima kasih byk2, wa tau mak abah risau sungguh. Abang, kakak, Abiyang, Li, Eda...tiada kata yg dpt diucapkan dan diluahkan, betapa bersyukurnya dilahirkan di dalam keluarga ini..semoga hubungan kita diberkati Allah selalu dan sentiasa ada rahmatNya..aminn..

Thursday, February 18, 2010

Masuk hospital...

Buat semua kawan2...mintak maaf byk2 sbb tak bgtau yg aku admitted last Thursday, 11 Feb ari tu...kira 3 hari sebelum CNY. Aku masuk DSH (Dmnsara Specialist) setelah dmm on and off and batuk yang semakin melampau. Was discharged on Monday, 15 Feb and dpt mc till 23rd. Kena fllw up on 23rd tu..tk tau le kot sambung mc lagi...wahhhh, mmg 'cuti' sakan..tp aku risau benarnya, sbb tak sihat lagi sepenuhnya ni....sakit apa ni?

Aku start dmm dari ari sabtu, 6 feb. Dmm but bila makan ubat, kebah balik...pas tu demam balik, makan ubat..ok balik. Cam tulah..tp sabtu tu dh rasa tekak lain mcm je. Ari Ahad dmm tu mcm tu gak. Temp naik bila tghari...and mahgrib. Bila makan ubat ok..tp lepas tu dmm balik. Ari Isnin, pagi tu bgn cam biasa...iron baju semua, siap mandi, solat...tp tiba rasa badan tak ok. Mcm nk dmm balik...at last, aku mcm menggigil kesejukan. Tak leh jadi ni...aku ke klinik and dpt mc for tht day. Masa tu batuk dh mula beriya. Esoknya, masih tak sihat...pi jumpa doktor yg aku dh biasa tu...and dia bg antibiotik segala, ubat batuk..mc lagi.

Hari Rabu pi ofis jugak. Rasa macam dah ok...but org ofis semua kata, nampak pucat and tk sihatnya. Mmg masa tu, batuk mmg dh beriya sungguh. Siapkan keja mana ada...then, esoknya, aku tk sihat balik...rasa mcm nk dmm sungguh ni.. Malam tu, batuk semakin menjadi2...aku tak leh tido. Sakit satu badan, sbb batuk tu tekan perut...belakang pun rasa sakit...kepala rasa pening, sbb bila batuk, rsa tarik kepala sekali...aduhhh....

Zaidi suruh pi klinik and mintak rujuk hospital. Doktor pun bagi reference letter..and aku pi hospital, amik darah sekali lagi..(kat klinik, ari Isnin dah buat blood test, doktor suspect dengue..but -ve) Sekali lagi keputusan darah aku, -ve denggi but....bacteria high! Bkn virus tau...bacteria. Dktor kata, virus senang treat...bg antibiotik, insyaAllah hilang. But bacteria ni susah sikit...sbb byk jenis bacteria..and tak tau mana satu treatment dia. And dia takes time. Aduhhh....bacteria amenda la yg serang aku ni, uwaaaaa..

Masa mula admit tu, doktor yg diaorg assigned kes aku ni...ckp, tgk aku 'too good to be in the hospital'...cehh...ye la, dia expect aku terlantar kot...aku batuk je la doktor and dmm sekali sekala.. dlm hati aku, wait till u see i'm coughing..baru tau aku main2 ke apa..geram gak dgn doktor ni..dah le bkn specialist dlm bidang batuk ni...

Hari kedua lagi buat aku sakit ati dgn doktor ni, dia mcm tak caya je aku sakit. Sdgkan mlm tu, aku batuk beriya, tk leh tido...kepala aku pening. Aku rasa nk dmm pagi tu...dia boleh kata, ye ke, u nak dmm...aku mcm, eh doktor ni...mmg aku tak puas ati. Dia kata, i rasa u ni asthma ni...i start treatment asthma la... BOleh cam tu?? Tp dia hantar aku utk xtray kepala..utk cek sinus pulak..

Mlm kedua tu, aku batuk mmg separuh nyawa dah...aku panggil nurse. Biar doktor tu tau...ingat aku main2. Nurse naik risau...masa tu dh pkl 2-3 pagi. Aku batuk teruk yg amat...rasa mcm nk tercabut tekak..dada sakit, perut sakit, pinggang sakit...mata dh merah saga... Dia bg ubat asthma pun tak kurang batuk tu...aku geram dan pelik..

Esoknya, diaorg amik darah lagi...result sama, bacteria masih tinggi. Dia terus kata, refer tu pakar ENT. Sinus clear...abih tu mana datang batuk ni?? Pi ENT, doktor tu masukkan kamera kat dlm tekak...tgk2 tekak..dia kata ok, tekak aku elok je. Aku mcm haaaa?? sdgkan batuk tu, aku rasa mcm tekak aku dah luka parah dah...peh tu dia kata, cek hidung pulak.

Bila cek hidung dia kata....nmpk ada lendir blkg hidung. And dia rasa lendir tu lah yg mengakibatkan batuk tu...mmg aku bgtau, bila nk batuk tu...like sumthing tickle my throat. Itupun kira dia rasa lah kan... Doktor mmg tanya samada aku ada running nose tak...mmg aku tak selesema langsung, dmm and batuk. Aku rasa kalo aku selesema...mmg aku kena kuarantin ni, H1N1 ni...

So, mlm tu mulalah treatment ENT pulak. Aku tanya doktor, since dh nmpk lendir tu..sedut je la kan..buat apa nk biar and tunggu mkn ubat. And to tell the truth....tak kurang sgt pun! Doktor nk tahan aku lagi semalam...sbb dia nk complete kan antibiotik tu...but aku ckp, nak balik. Biar rehat kat rmh...sbb aku tak selesa batuk teruk...nasib baik lah sepanjang dok hspital, katil sebelah tak de org...if not...kesian org tu.

So, akhirnya aku discharged on Monday, 15 feb. And doktor suruh rehat and minum air byk2. Mmg rehat sungguh smpai 23 feb rupanya. But......ofis tgh sibuk nk bg bonus ni. Rasanya esok mcm kena msk ofis ni..buat surat bonus...hmmmph, entahlah.

Sehingga hari ni, aku masih tk leh tido malam dgn lena. Batuk beriya bila malam..tak taulah. Aku naik risau gak ni...sakit apa le pulak ni. Masih tk baik2 ni...

Buat kawan2 yg smpat menziarah blog ni, doakan aku sembuh ya....mintak maaf sbb tk bgtau, bkn apa...masa tu nak cuti panjang. Malas nak kacau org....lepas tu, masa masuk tu, rasa mcm bkn sakit teruk sgt pun..batuk je. Tapi masuk hospital...so, segan je org dtg lawat..hehehe

Apa2 pun, doakan kesihatan teman ya...aminn