Sunday, February 20, 2011

Tisya menguji kedua ibu dan ayahnya...

Sesungguhnya setiap kejadian yang Allah jadikan ada maksud dan hikmahnya yang tersendiri. RahsiaNya hanya Allah yang tahu... Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana dengan dugaan ini, menandakan Engkau menyayangi diriku walaupun aku bukanlah hambaMu yang baik...banyak dosa2 yang aku lakukan...namun Kau tetap mengingati diri insan yang kerdil ini...MasyaAllah...

Petang semalam, dlm pukul 7 lebih...Tisya telah mengejutkan kami apabila dia diserang sawan secara tiba-tiba ketika bermain laptop. Subhanallah..... Allah tetap memberi peluang kepada kami, apabila kejadian tu disedari oleh zaidi yang masih tidur di bilik akibat penat balik dari Swak. Aku pulak....sebaik sampai membuka pintu gril..terdengar zaidi seolah berlari dan menjerit nama tisya...
Aku ni ingat diaorg nak menyorok... selalu mcm tu. Tetapi sebaik masuk rumah...tgk zaidi merangkul tisya dan jarinya di dalam mulut Tisya...sambil menjerit mengarahkan aku cepat2...
Aku panik..tanya kenapa??? Zaidi kata tisya sawan...di saat itu hanya Allah yg tahu hati dan perasaan aku....hati aku bagai terjerut...lebih2 lagi tgk tisya pandang ke atas dan tak respon langsunggg...

Fadly di telefon, dan dia suruh iringkan kepala tisya...alhamdullillah masa mengiring tu, dia batuk dan muntah...masa tu baru dia mcm sedar, namun dlm keadaan drowsy. Kami bergegas ke hospital Tropicana (TMC). Ya Allah...syukur telah ada hospital yang dkt...tak smpai 5 minit tisya telah dirawat... Dia mcm lemah...and drowsy. Keep on falling asleep tp dh start respon.

Alhamdullillah keputusan ujian darah dia semuanya positif and normal. Doktor kata..maybe due to prolong to the laptop and main game. Trigger her fit. Tisya mmg ada history febrile fit dari kecik. Last sekali dia kena when she's 3. Lepas tu tak de dah... But kejadian ini menyedarkan aku and nampaknya dia tk boleh dibiarkan berseorangan...

Ya Allah...mungkin ini petunjukMu.. Lepas ni buat aku terfikir, boleh ke lepas dia pegi camping and rombongan? Banyak pulak tu aktiviti dia... Oh Allah, berilah petunjuk mu...

Pagi ni, tisya buat CT scan. Doktor nk scan otaknya...biar confirm betul2 yang sememangnya tiada apa pada diri dia. Hanya fit dia being trigger... Aku mengharapkan yang baik2 utk dia. Dan tiada lain tempat utk ku melainkan Allah. Semoga doa ku ini dimakhbul Allah dan Tisya sentiasa di bawah lembayung kebesaran Allah s.w.t.

Pagi ini, dia ceria as usual. Harapnya itulah tanda kesihatannya dah pulih and tiada apa2. Cuma kami yg perlu berhati2 dan memantau aktivitinya. Hanya dia permata hatiku dan dialah sumber kekuatan hidupku. Harap dia selamanya di sisi dan berjaya mencapai cita2nya...aminnn..

Hanya padaMu ya Allah...aku berserah...aminnn....

Tuesday, February 1, 2011

Post pertama di tahun 2011!

Begitu lamanya la aku ni 'bercuti' dari menulis blog. InsyaAllah nak jadi lebih istiqamah selepas ini dlm menulis blog ni. Banyak benda boleh dinukilankan untuk menjadi tatapan masa depan and kawan-kawan yang sudi nak membaca kisah seorang insan yang biasa2 je ni....eceh..

So, today is the first day in the month of February in 2011. Jadi, eloklah utk sebuah permulaan bagi tahun ini. Cepat betul masa berlalu, dah sebulan berlalu di 2011. Hmm...dlm sebulan ni mcm2 kisah ada. Dengan kesibukan kerja...yelah hujung tahun dan awal tahun adalah waktu sibuk bagi HR...so, there was it. Memang busy sungguh...

Ingat dlm bulan ni, dpt slow down sikit dgn keje2. Tahun ni azamnya, nak susun keje elok2...and nk lebihkan time utk diri sendiri. Dh lama tk bersenggang dgn kawan2. But....aku ni dlm plan utk mengurangkan berat badan...so, kalo boleh nk jumpa dgn kawan2 dlm keadaan yang ada bezanya.

So, tahun 2011 ni...adalah tahun utk berubah! Change...change...change for a better me!

For this year bonus, mmg tak ada utk enjoy..sbb byk benda nak kena settlekan. Takpelah, rezki dari Allah...yg mana penting, dahulukan.Tahun ni pun...tk dpt gemilang, sedih juga..seksyen aku ratingnya rendah. Sian anak2 buah aku yang rasanya keje teruk juga yelah mana nak jaga orang...nak jaga bangunan...tp sekadar itu sajalah yang diberi. Syukur dan redho. InsyaAllah...adalah rezki lagi nanti. Cuma nak utk bonus tahun ni, nak beli kamera digital sbg tanda 2011. Kamera ni utk ganti yg dihilangkan oleh Zaidi dulu...my sony camera digital. Hmm..tunggu jugak kot dpt ganti...tp dkt 3 tahun gak le..tk berkamera, dok tik tik tik le dgn hp...sabo je le.

So, for this year, nk beli tu je utk diri sndiri. So, boleh la blogging penuh dengan gambar2...yeay!

To my best fren Ija, welcome back to Mesia! Miss you ja...