Sunday, February 20, 2011

Tisya menguji kedua ibu dan ayahnya...

Sesungguhnya setiap kejadian yang Allah jadikan ada maksud dan hikmahnya yang tersendiri. RahsiaNya hanya Allah yang tahu... Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur kerana dengan dugaan ini, menandakan Engkau menyayangi diriku walaupun aku bukanlah hambaMu yang baik...banyak dosa2 yang aku lakukan...namun Kau tetap mengingati diri insan yang kerdil ini...MasyaAllah...

Petang semalam, dlm pukul 7 lebih...Tisya telah mengejutkan kami apabila dia diserang sawan secara tiba-tiba ketika bermain laptop. Subhanallah..... Allah tetap memberi peluang kepada kami, apabila kejadian tu disedari oleh zaidi yang masih tidur di bilik akibat penat balik dari Swak. Aku pulak....sebaik sampai membuka pintu gril..terdengar zaidi seolah berlari dan menjerit nama tisya...
Aku ni ingat diaorg nak menyorok... selalu mcm tu. Tetapi sebaik masuk rumah...tgk zaidi merangkul tisya dan jarinya di dalam mulut Tisya...sambil menjerit mengarahkan aku cepat2...
Aku panik..tanya kenapa??? Zaidi kata tisya sawan...di saat itu hanya Allah yg tahu hati dan perasaan aku....hati aku bagai terjerut...lebih2 lagi tgk tisya pandang ke atas dan tak respon langsunggg...

Fadly di telefon, dan dia suruh iringkan kepala tisya...alhamdullillah masa mengiring tu, dia batuk dan muntah...masa tu baru dia mcm sedar, namun dlm keadaan drowsy. Kami bergegas ke hospital Tropicana (TMC). Ya Allah...syukur telah ada hospital yang dkt...tak smpai 5 minit tisya telah dirawat... Dia mcm lemah...and drowsy. Keep on falling asleep tp dh start respon.

Alhamdullillah keputusan ujian darah dia semuanya positif and normal. Doktor kata..maybe due to prolong to the laptop and main game. Trigger her fit. Tisya mmg ada history febrile fit dari kecik. Last sekali dia kena when she's 3. Lepas tu tak de dah... But kejadian ini menyedarkan aku and nampaknya dia tk boleh dibiarkan berseorangan...

Ya Allah...mungkin ini petunjukMu.. Lepas ni buat aku terfikir, boleh ke lepas dia pegi camping and rombongan? Banyak pulak tu aktiviti dia... Oh Allah, berilah petunjuk mu...

Pagi ni, tisya buat CT scan. Doktor nk scan otaknya...biar confirm betul2 yang sememangnya tiada apa pada diri dia. Hanya fit dia being trigger... Aku mengharapkan yang baik2 utk dia. Dan tiada lain tempat utk ku melainkan Allah. Semoga doa ku ini dimakhbul Allah dan Tisya sentiasa di bawah lembayung kebesaran Allah s.w.t.

Pagi ini, dia ceria as usual. Harapnya itulah tanda kesihatannya dah pulih and tiada apa2. Cuma kami yg perlu berhati2 dan memantau aktivitinya. Hanya dia permata hatiku dan dialah sumber kekuatan hidupku. Harap dia selamanya di sisi dan berjaya mencapai cita2nya...aminnn..

Hanya padaMu ya Allah...aku berserah...aminnn....

1 comment:

Nur68 said...

Assalamualaikum CP, kak Ann doakan moga segalanya dipermudahkan ye utk Tisya dan CP sekeluarga, bersabar dan tabah hendaknya.

Take care n hugs...