Sunday, August 23, 2009

SALAM RAMADAN AL MUBARAK 1430H

Memang lama sungguh aku tinggalkan blog ni.... Memang selalu tak de masa nak update..lately ni mmg sibuk sungguh kat ofis. Bulan Ogos ni..mmg bulan audit. Mcm2 audit ada.. Ari jumaat ari tu, last audit utk AKP (Anugerah Kualiti Presiden, TNB). Abih dah audit2...dari audit 5S, audit SEMS and akhir sekali audit AKP. Mmg rasa lega abih...masa audit tu..mmg rasa pressure nya...phewww! Keje pun byk tertangguh...well tomorrow will start to look on the pending tasks/job/work yang ada...
Hari ni dh hari kedua Ramadan. Salam Ramadan untuk semua... Semoga Ramadan kali ini memberi seribu makna dan keberkatan buat semua. Bila masuk bulan Ramadan ni, mmg buat aku sering teringat bait2 lagu nasyid tu,
"Ku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna...agar dapat ku tempuhi dengan sempurna...."
Aku rasa Man Bai nyanyi lagu ni...sedap and penuh bermakna, rentaknya pun ada le syahdunya..eceh.
Aku harap Ramadan kali ni pun, dapat dijalani dengan sempurna oleh kita semua. Hari pertama Ramadan ni, kami tak balik kg mana2...mula plan nak balik Banting, tapi tak jadi. InsyaAllah next week. So, hari pertama Ramadan, kami sambut sekeluarga...bertiga aje. Which aku rasa lebih terisi pulak tahun ni...syukurrr...berbuka pun aku msk, walaupun ala kadar lauknya..tp mmg rasa pueh ati and itu sebenarnya kan, tak perlu lebih2.
Malam pertama Ramadan kami pi terawih kat Masjid Kota Damansara or masjid kuning kata Tisya. Masjid ni baru siap tahun lepas. Tapak masjid ni berubah2 byk kali. Bayangkan dkt 10 tahun KD ni dibangunkan, masjid tak ada. Sedangkan tmpat lain...masjid la dulu org bina. INi tak...terlampau mengejar untung, gitulah PKNS. And terlalu menuntut permintaan bangsa asing yang bagi diaorg, pembeli terbesar hartanah kan....so, tapaknya berubah2...sbb if majoriti bangsa asing kat seksyen tu...boleh tak bagi bina masjid. Biadap tak? And mana pegi istilah, agama rasmi Mesia?
Akhirnya terbina juga setelah banyk kontroversinya..itulah sebenarnya, dlm Al Quran ada menyebut...bukan senang nak menegak agama Allah kan. Inilah satu contoh, yang penting ada kesbaran dan keimanan yang tinggi...dugaan semua ni.
So, mlm pertama tu...itulah pertama kali kami ke sana. Tmpat wanita nya selesa...tak le sempit..walaupun ramai. Tmpat lelaki mmg penuh lah. Cuma panassss...walaupun penuh kipas. Tp kalo tak duduk kat kipas tu...uiiii panasnya. Spt biasa aku ni, mcm mandi le kekdahnya. Peluh minitik2...mcm pi sauna. Zaidi kata...uish, baguih tu...30 hari tu mau kurus...yeahhhh...right..
Malam kedua, kami pi surau dkt sini je. Mcm tahun2 dulu...surau ni je kami pi. Surau ni, walaupun tk sebesar masjid, tp luas juga. SUrau ni byk dpt sumbangan. Siap aircond lagi. And mlm tadi pi tmpat pompuan dh lain sikit...dh besar sikit. (nmpak beno pi surau waktu ramadan je ye...isk..isk..isk) Surau ni, terawih 8 rakaat, tp ada tazkirah selepas 4 rakaat. Terawihnya lajuuu...banding kat masjid, terawihnya lama, sbb imam baca surah panjang. Yg ni, laju beno le pulak...org tua jenuh ikut ni. Tapi...sbb ada tazkirah tu, kira bagus juga tu. tu yg laju kot. Ingat tazkirah setgh jam je...rupanya dkt 45 minit. Merah2 mata juga le org menunggunya. Ye le...nk sambung solat terawih balik kan...dh nguap2 dah...hahahaha.
Apa2 pun...alhamdullillah setakat ni utk kami dlm menjalani ibadah puasa. Tisya, alhamdullillah tgk dia tak de masalah abih kan puasa dia. Bila dh pukul 6 lebih tu, lepas mandi...dia mcm terkelepek. Agknya baru rasa penat kot...if not, kami berdua je yg pulun tido tghari tu...dia asik main je. Hmmm...mmg bless sungguh le, Ramadan kali ni start ari sabtu and ahad, ari cuti. Mmg rehat abihhhh....heaven! hehehehehe....alhamdullillah ada hikmahnya.. Hujan lak tu tghari tu...tu yg tido sungguh tu...tp dh lari le pulak berkatnya. Berkat tido sekejap sebelum Zuhur, ni mau abih zuhur tidonya....adoiii...
Oklah, utk semua muslimin dan muslimat, semoga Ramadan tahun ini penuh dengan seribu keberkatan dan kemanisan buat kita semua di muka bumi Allah ini...aminnn.
Selamat berpuasa semua!

Tuesday, August 4, 2009

Macam-macam kisah utk di update..huhuhuuuu

Adoii...lamanya tak update blog ni...dh dkt sebulan la kan. Well, dlm masa sebulan ni baaaaaaanyakkk kisah yg nak diciterkan dlm blog ni.

Antaranya :

1. On 17 - 19 Julai 2009 - family day TSG di Kota Kinabalu Sabah. Ish...mmg best lah! Puas hati la kiranya...program mmg padat, tu sbb balik sini....mmg ramai tak sihat. Smpai ke tarikh hari ni pun, ramai tak sihat lah. And mmg ada yg di suspect H1N1, tp alhamdullillah, semua negatif. Nanti aku akan upload the pics, utk kenangan. Byk kenangan manis utk FD tahun ni, 1st flight for Tisya, 1st time bg aku sampai ke Sabah, stay kat hotel 5 bintang which tak tau le berkemampuan ke tak if nk duduk saja2..hehe

2. On 28 and 29 July pulak, ada 2 farewell functions utk MD, Tn Hj Mohd Noor Mohd Sidin. Farewell Hj! Function2 ni mmg byk kenangan nya...and citer utk dikongsi kan bersama. Mmg best la kalo tgk komitmen staff TSG ni. Ramai berbakat...cayalah! Nanti aku akan update for this story pulak.

3. Ogos ni pulak, 3 - 7hb ni....kami ada audit SEMS. SEMS ni adalah audit keselamatan and kesihatan di tmpat kerja. As one of TNB's subsidiary....mmg pentinglah OSHA ni. So, mmg TSG nak capai standard keselamatan lah...utk meningkatkan lagi imej kan. Tp yg jenuhnya....kami2 ni le...adoii. AKu mmg sibuk giler utk audit2 ni. Tu yg mmg balik rmh....tk jenguk le pc ni. Nak update blog apatah lagi...mmg balik, nak rehat. Ogos ni...mmg bulan audit, sblm puasa nanti ada audit utk Anugerah Kualiti Presiden (AKP) le pulakk....phewwww~

Mmg sibuk skrg...dgn kerja. Tu aku tak sempat nk jenguk bapa mertua sorang kawan yg kat IJN. Hmmm....lately hubungan kitaorg pun dh lamaaa tk berhai2... Dia pun sibuk agaknya...tak taulah. InsyaAllah, yg penting bertanya kaba. Esok aku akan tegur2...

Mmg ramai kawan yg aku tak dpt nk bertegur sapa..insyaAllah, bila dh tenang semua, boleh lah borak2...

Mmg ramai yg komen sejak keje dgn TSG ni, aku kemain busy....hmmm, memang! aku tak nafikan tuh....mmg tension kdg tu..but still the environment is good and enjoyable. And byk yg aku belajar kat sini...harap rezki bertambah lah, insyaAllah...aminn..

Till then...