Tuesday, March 24, 2009

Back to work..

Semalam sepatutnya post ni...sbb semalamlah aku start keje balik setelah cuti dari Rabu, 18hb ari tu sampailah ke ahad, 22hb. Aku diserang demam on Tuesday, 17hb tu...tp masih kat ofis. Masa ni, baru rasa tak sedap2 badan. Esoknya, Rabu tu..mmg aku demam lah, dgn batuknya. So the doctor bagi 2 hari mc. Siap dia kata...u take a rest, I gv u 2 days off. If they want clarification, ask them to call me... Wahhh...best Dr Subash ni. Hehehehe...

Tapi mmg aku demam sungguh, dgn tak laratnya. Makan pun tak lalu..(hmm, aku pun tak caya..jarang tak lalu makan ni..hehe). Tisya le paling seronok aku mc, sbb nya dia tak yah ke nursery..sabo jelah si kecik ni. Spjng cuti sekolah ari tu..mmg dia tak ke nursery, dia duduk rmh, sorang! Heee...kalo org mendengo nya, ngeri je kan. Tapi..itulah dia. Setakat ni alhamdullillah. Tapi, kerap le hp aku berbunyi... Tapi, kalo dia tak call, akulak riso. Tengahari mmg aku balik lah menjenguk dia...bawak nasi ayam. Syukurrr rumah dekat.. If jauh, mmg jgn harap le nak duduk rumah sorang si tisya tu.. Dia mmg melepak abih lah, tgk tv and main komputer.

On Friday, 20hb tu...kat ofis ada buat 'Blood Donation Campaign' oleh Pusat Darah Negara. Aku ni, mmg dari dulu...dh lama la simpan hasrat nak derma darah. Nak pi terus ke pusat darah tu..almaklumlah kan, so, mmg tunggu la if ada buat kat mana2. Ari tu, Giant yg baru bukak kat KD ni ada buat...tp aku tak smpat pi. Masa pegi tu...diaorg dh abih. Bila kata TSG mmg every year berkerjasama buat kempen ni....aku teruja lah kan. Tapi, itulah..malang seribu kali malang...tak de rezki aku...on the day, aku mmg amik cuti sbb mulanya kata PNS punya family day di pangkor. Alih2...dibatalkan di saat2 akhir. Kira oklah kan...tapi, disebabkan aku tak sihat...so, mmg tak leh lah derma darah. Aku pun masih tak sihat ari Jumaat tu. So, kami teruskan juga plan balik ke kg - Sitiawan, dah alang2 cuti. Tisya pun dh bising...sbb smua cousins dia balik kg...dia sorang tak...and she cried ada one nite tu...adoii...

Ooo...berbalik ke kisah derma darah tu..aku bkn apa yg buat aku ni eager beno nk derma darah, aku ni kan byk kali undergo operations. Rasanya ada lah dlm 3 kali....so, ada operation tu yang mmg aku dimasukkan darah. So, I shud thank for that...and rasanya kenalah balas balik kan. Now, my turn to help other ppl pulak...yang sama kumpulan darah kami, AB+. So, itulah...yg buat keterujaan aku untuk derma darah tu. Memang lah ada org kata...nanti gemuk bila derma...sdgkan yang elok org tak ckp pulak, katanya darah baru akan diproses which is elok utk kesihatan badan. Gemuk tu...tak pelah..sbbnya sekarang pun dah gemuk...nak buat cemana. Bkn sbb derma darah je boleh gemuk....kekekekeke.

Oklah, kena start keje balik...aku sebenarnya..dh tk baper best keje ni. Sejak aku 'diarahkan' masuk management meeting on last Monday, 16hb. Aku mmg rasa 'bengang' jugaklah dgn HOD aku...ntah really aku dh rasa tak best dh dgn dia. Sbbnya, aku tak sepatutnya masuk mgmt meeting tu...aku bukan HOD. If dia tak de..baru kami ni kena masuk ganti. Ini dia suruh aku update pasal HR...habis tu dia kan HOD. Dia bknnya tak tau...MD tu..mcm hangin je dgn HR ni. Yg buat aku geram tu....apa je yg HR buat, dia mcm tak pueh ati je. MD ni memang...aku mmg rasa geram abih... Bila HOD aku clarify apa2 yg aku ckp..dia mcm dengo, tapi bila aku start ckp balik..dia mcm ada je tk kena...or boleh aku kata, macam dia nk mengena pun ya... Tu bila HOD aku clarify dia dengar...so, tak payah le panggei aku masuk...saja nk malukan aku ke? Yg paling aku sakit ati...MD boleh ckp apa....HR is slow...slow... Aku mmg rasa 'terhina' lah...

Peh tu...dh abih meeting, HOD aku lak...apa lagi...start le nak bambu kami ni. Dia ckp..i dah fed up dgn admin ni aizura...soooo, aku ni tak fed up?? Dia mmg macam buli aku je....arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku gerammmmmm!!!

Ok, itu je citer nya utk ari ni...hehehe

Friday, March 13, 2009

CONGRATS TO DANIEL AZLAN!

Daniel (berspek mata) dgn Raziq.

Semalam result SPM 2008 keluar. One of my nephew was one of the candidate for last year SPM. Siapa lagi...kalo bukan si sulung antara semua2 cucu, Muhd Daniel Azlan Mahadzir. Dia ni boleh dikatakan kayu pengukur or sumber inspirasi semua sepupunya. He starts well in his study. Alhamdullillah, prestasinya mmg maintain dari sekolah rendah up to menengah. Mmg pencetus kegemilangan lah kiranya dia ni...eceh..cehhh...alhamdullillah, bersyukur pada ALLAH S.W.T. Bukan setakat tu je..dia ni kitaorg panggei 'MO', Manja Opah...kekekeke. Wooooo, cucu paling disayangi niiii...yelah, he's number 1, so lain sikit la cucu pertama ni. Dia pun mmg rapat dgn opahnya dari kecik lagi sbb mmg opah jaga masa kecik. Sementelah pulak, dia ni 'bright' child...so, lagi le disayangi oleh opahnya walau dh beso panjang...lebih tinggi dari ayahnya.

Dari last week, lepas tau result SPM will be announced on 12 March, si Daniel ni dah nervous abih. Siap YM aku, suruh doa utk dia. InsyaAllah aku kata... Then baru le bercerita dgn dia. Katanya, if result dia ok, dia nak tukar course..dia nak apply for JPA punya scholarship utk buat bioteknologi and may be dpt ke overseas, Kanada mcm tu..

Daniel ni sebenarnya dh msk UTP (Univ. Teknologi Petronas), dia dpt offer based on his trial SPM result. Dpt biasiswa semua but utk this mgmt course. At first, kami2 ni..mmg mcm rasa naper dia amik mgmt, sbbnya dia ni otak nya lain sikit. Yelah, mgmt...kan tak mencabar sgt..smua org boleh amik. Aku ni mmg le mgmt student. Tu sbb tak mencabar aku ni....kakakakakaka. Tapi ayahnya suka...sbb nak suruh dia jadi businessman like him, hehehe..sabo je lah.

Rupanya, dia ada aim dia. Dia ckp...mgmt ni, bkn setakat belajar mgmt, but ada technical nya sikit...belajar pasal wayar2 ni. And dia tak minat. Actually sblm UTP, dia dh dpt offer buat medic kat Ukraine kot...tapi, mendapat tentangan dari opah dan atuk. Mak abah kalo boleh tak mo dia dok jauh...hahahahah. Mak kata...kalo apa2 jadi kat opah, kamu jauh...adoii, see..see, betapa pentingnya Daniel Azlan ni..hahahahaha.

Alhamdullillah, result dia ok. Dia amik 12 subject. And of course he aimed for straight A1s...tapi, dia dpt 11A1 and 1B. B tu Bahasa Arab. Frust jugak dia. Tapi...dh baguih sgt dah tu, 11A1...adoiii bkn senang. Paling sikit subject is 9. So, dia mmg dh score for that..dah le amik Science stream..ish..ish...tak terjangkau le aku nak dpt A1 semua subject Science. Along...along...

Daniel ni, dh plan awal...patutlah dia tak guna duit biasiswa yg dia dpt dr UTP tu. Abang Mader pernah lah citer abt him, not using the money. Siap tak makan..tunggu ayah bg duit belanja. Duit biasiswa dia simpan. Kami ni ingat dia berjimat cermat habih. Rupanya, if dia berhenti dari UTP dia kena bayar balik smua duit biasiswa tu. So, mmg dia tunggu result dia..if ok, mmg he will change. So, duit tu dia simpan dulu. Hmm..tak sangka juga aku si along ni, pikir panjang jugak dia ni. Bagus along, mak uda bangga dengan along...eceh..

Ok, lastly...mak uda nk ucapkan Tahniah! You've done ur best..tak usahlah frust sgt. Dah ok dah tu. Tak apa...setiap yg berlaku tu...ada sebabnya. Yang penting, u can proceed with ur plan and achieve wht u want to achieve!

Congrats Along Daniel!

*terbayang sengehan abang Mader di sebalik tebal misainya itu..hehehehe

Tuesday, March 10, 2009

A friend that I would never forget...

I'm blessed with a few GOOD friends and I do hope I'll be one..Ya, Allah, please dont make me forget all the kindness tht was given to me by all these friends, thank you Allah!
Bukan senang kita nak cari seorang kawan yang boleh bersama di kala susah dan senang, teman ketawa dan menangis..tapi, bila kita dikurniakan kawan yang sebegitu, sebenarnya kita adalah orang yang bertuah dan terpilih oleh Allah untuk mendapat kurniaan yang tak ternilai itu. Aku bersyukur kerana aku dikurniakan Allah dengan beberapa orang kawan yg i can rely on...tak tahu bagaimana aku nak mengucapkan syukur itu...tapi, ada seorang yang benar2 menyentuh hati aku dan membuatkan hubungan kami amat bermakna...semakin jauh kami, rasa lagi semakin erat..I do hope, hubungan persahabatan kami ini kekal dirahmati Allah selamanya...dan aku mendoakan kebahagiaan dia selamanya di dunia dan di akhirat.....aminn.
Lagu ini sebenarnya dah lama aku nk dedicate to kawan aku ni. (u know who you are...pi google lagu ni, sedap and penuh meaning!)
2 Voices, 1 Song

It's so rare to find a friend like you
Somehow when you're around
The sky is always blue

The way we talk
The things you say
The way you make it all ok
And how you know
All of my jokes
But you laugh anyway...

Chorus:
If I could wish for one thing
I take the smile that you bring
Wherever you go in this world
I'll come along
Together we dream the same dream
Forever I'm here for you, you're here for me
Oh ooh oh
Two voices, one song

And anywhere you are
You know I'll be around
And when you call my name
I'll listen for the sound

*Repeat Chorus*

Oh ooh oh
Two voices, one song

Thank you Fren...I wont forget..

Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul Muhammad S.A.W

12 Rabiulawal Tahun Gajah, nabi Allah dilahirkan. Bermulalah detik kehidupan seorang amirul mukminin kekasih Allah. Adanya kita semua di sini, adalah kerana dia. Kitalah umat yang amat disayanginya. Tiada umat yang sebelumnya yang bertuah seperti kita yang akan mendapat syaafaatnya di hari Akhirat kelak...insyaAllah.

Semalam, History Channel 555 menayangkan kisah nabi kita. "Muhammad" tajuknya. Kami bertiga mcm terpaku jugalah tgk tv tu. Rasa mcm dekat pulak dengan diri nya. Mmg refresh balik apa yg kita pernah tahu dan belajar ttg sejarah nabi dan ada juga pengetahuan baru yang selama hidup ni, barulah tahu pasal nabi kita ni. Betapa alpanya kita ni kan... Rencana mlm tadi ni, citer kisah nabi dari dilahirkan sehinggalah baginda berjaya menjadi pemimpin. Byk kisah keperibadian baginda, perpindahan baginda ke Madinah selepas kena halau dari Mekah. Perang yang pertama baginda pimpin. Memang terkesan jugalah kisahnya semalam. Lebih2 lagi bila sirah nya ini di ceritakan dlm bahasa Inggeris...mmg kita rasa lain kan. Hmm...aku tak tau la org faham atau tak maksud lain aku tu...but for me...it feel different.

Mlm ni lak, History Channel ni tayang kisah 'Inside Islam'. Berkisar tentang Islam dan Nabi Muhammad juga. Bkn apa, yang membuatkan aku rasa terkesan tu, sbb selain rencana, dia selitkan kata-kata or hujah2 dari academician, author2, pengkaji2 sejarah yang di antaranya omputih. Sampai Tisya tanya...ibu, macamana diaorg ni tau pasal nabi Muhammad, sbb dia tgk pompuan omputih bercerita bersemangat psl Nabi ni. Dia ni, is author for the book tajuknya, 'Muhammad'. May be she is muslim. Tapi, cerita2 dari diaorg ni yg buat aku pun tertarik...

Gitulah sikit2 cerita kisah Nabi Muhammad S.A.W..

SALAM MAULUDIRRASUL KEPADA SEMUA! Semoga kita mendapat syafaat darinya.

Not well over the weekend..

Hmm...rugi rasanya cuti 3 hari ni, aku tak baper sihat le pulak. Ptg Jumaat dah rasa mcm tak sedap badan, penat aje rasanya. Pagi Sabtu, aku rasa sengal2 kat blkg...and badan rasa tak sedap. Kepala lak, mcm pening. Tapi, still gagah pi anta Tisya ke piano kelasnya. Kami balik sempat singgah rmh kakak. Mak siap buatkan bubur kacang yang aku teringin nak makan dari ari tu...hehe, aku ni mmg suka bubur kacang, turun dari mak ni.

Dlm pening2 kepala tu, boleh lagilah singgah rmh kakak tu. Mak pun nk balik esoknya, pagi Ahad. Abah lah, kesian tinggei sorang kat kg, tak tentu arah makannya. Pagi tu, mak kata siap dia ckp kat kakak yg dia sakit perut, tak tau le makan apa. Katanya dia makan kuih2 yg ada kat rmh tu, kuih bahulu la...apa la. Ya Allah, tah baper lama usia kuih tu tah le..hahahaha. Abah...abah... Katanya dia pi rmh abgYang, tp tak de org. Tu dia balik...rasa lapo, carik kuih2 yg ada. AbgYang bknnya tak de...tp, dia tidooo mati..langsung tak sedo abah bunyi loceng semua. Haru betoi.

Sedih pulak rasanya mak nak balik..hehehe, kalo idak, tiap pagi, petang..mesti jumpa mak. Bekfast selalu dgn dia and kakak. Hmm...bila nk balik kg ni. Rindu aku kat kg. Last balik masa Fadly kawen ari tu. Bulan 12 tahun lepas tuuu...

Berbalik citer tak sihat aku ni...mmg ptg sabtu tu, aku mcm nk demam dah. Rasa pening, pehtu aku dpt rasa...mcm ada jerawat tumbuh kat kepala. Tu buat sakit kot..lately ni aku selalu ada jerawat tumbuh kat kepala. Sakit lak tu...kenapa eh? Apa petandanya? Ish..ish..

Pagi Ahad aku pi klinik, Tisya pun selesema. Doktor tu siap ckp, kot pregnant kot...aku gelak le, tengah period la doc...kakakaka. Tapi mmg mlmnya aku tk leh tido lena. Blkg rasa sengal2...tu bgn lagi bertambah sakit kepala. Akhirnya, satu benda aku tk dpt buat pun...dok lepak je...mmg rasa tak sedap badan.

Gitulah kisah aku di hari minggu...rugi..rugiii... sbbnya aku siap bwk laptop balik rmh, konon nak buat keje. Keje bkn lah keje wajib kat ofis, but sebagai sidang redaksi buletin TSG yg julung2 kali akan diterbitkan ni...hehe. Punyalah semangat aku...siap bawak balik tu, sbb aku ditugaskan buat liputan utk majlis2 TSG spnjg tahun 2008 lepas. Family Day, Majlis Hari Raya, Bukak puasa dan mcm2 lagi. So, aku ingat sambil2 tgk tv..boleh la tgk2 gambo yang sesuai and boleh la buat artikel sikit2 pasal majlis2 tu. Tapi...hampa seribu kali hampa...aku tak sihat la sepnjg 3 hari cuti ni..uwaaaaaaaaaaa...

Kesimpulannya, weekend baru ni, aku mmg lepak...and rehat habihhhh...

Tataaaa..

Wednesday, March 4, 2009

PUDING DIRAJA

Zaidi sampai around 11pm ke rumah malam tadi. Aku dgn Tisya tak tido lagi...boleh melayan citer MERLIN kat Hallmark Channel 702. Padahei kami dh fllw kat TV3. Tapi nak tgk juga lagi..Hallmark baru nak tayang je citer tu.
Aku ni, mmg suka citer2 magis ni..hehehe. Mcm Harry Potter tu, Narnia..dan apa2 yg magic la. Pelik juga...tapi, mmg i like it. One of my preferred genre. Kalah budak2..tp agaknya tu sbb aku boleh ngam dgn anak2 sedara aku ni, sbb boleh bercerita bab2 ni..kelako betoi. And diaorg pun mcm dh tau...apa2 cuba tanya mak uda, mak uda mesti tau..kekekeke.
Ok, back to the title of the post today. Actually, aku nak citer pasal puding diraja ni. Ada one day, Zaidi citer masa dia pi Kuantan dulu..dia pernah makan this puding. Dia citerlah, puding ni mmg khas dibuat utk sultan Pahang. Bila ada keraian, puding ni one of the main dish. Dan puding ni khas dibuat oleh satu keluarga like ini adalah specialty keluarga ini. Zaidi citerlah, dia dilapis dgn pisang...pisang tu pulak, mesti pisang lemak manis. Setakat itu citer zaidi. Dia pernah la ckp...kalo dia pi sana lagi, dia nk beli. Rasanya sedap..katanya.
So, mlm tadi, selain bawak keropok2...which aku tau, sure org ofis pesan tu..sbb aku ni idakle mkn keropok sgt. Makan tu makan...nk goreng tu kdg maleh..hehehe, zaidi bawaklah puding diraja ni. Masa dia citer dulu...aku mmg tak leh byg how the dish look like. Aku byg like puding caramel tu ajelah. Then smlm masa bukak, aku mcm wahhh...gini rupanya...

Puding Diraja
Hmm...may be ada yang tahu or at least pernah dengar. But seriously, aku tk pernah dengo and masa Zaidi citer tu lah, 1st time i know abt this. Kat bawah dia mmg lapis pisang. Pisang lemak manis, Zaidi kata. Mesti pisang ni...tak boleh pisang lain. Pisang ni pulak mcm dah disira air gula. Atasnya pulak, yang kuning2, mcm tak silap aku...mcm kuih 'Jala Emas' - kuih kelantan tu. Rupanya mcm shredded cheese. Betul ke Ja, jala emas cam tu? hehe.. Then, yang merah, ijau tu..biasalah buah ceri. Yg hitam tu, at first aku ingat buah kurma, rupanya buah prune. Then ada dia bubuh kacang gajus kat tgh2 tu. Tgk dlm gambar mcm kek kan.
Bawah tu lapisan pisang, 2 lapis. Then atas dibubuh 'Jala Emas'.


Close up


Nak makannya, kena dengan 'kuah'nya. Rasanya kuah nya tu, dibuat dari caramel, or susu, tapi pekat. Tapi tak manis kuahnya mcm kuah susu kita makan dengan air gula tu.. Ini idak, tak manis...tp rasa lemak2. Tu Zaidi tgh tuang kuahnya..katanya, sedap dimakan bila sejuk. Kena msk peti ais.

Inilah rupanya, ready to eat.
Rasanya? Hmm...sedap. Aku suka juga rasa pisang tu...sbb pisang tu dh lemak manis, and dia sira dgn air gula tak silapnya. Yg 'Jala Emas' tu...mkn dgn kuah tu mmg kena. Sedappp.. Tisya dia tak suka sgt pisang, dia dok kutip 'Jala Emas' tu...and tambah kuah. But, for me...tk semua org suka kot. Sbbnya, if tak suka pisang...mmg tk jalan lah. And...sesekali makan, ok. Yelah...namanya pun dessert. Utk pemanis mulut aje.
Zaidi kata...skrg yang membuatnya adalah generasi ketiga keluarga tu. Umurnya lebih kurang kitaorg je katanya. Kira muda lagilah...(muda ya umur kita2 ni...hehe). And harga 1 bekas tu...RM50. Ehem...mmg mahei le regenya, sesuai le dgn namanya, Diraja. Nama pun puding Diraja, dh la tu...satu keluarga je yg tau resipinya. So, itulah harga sesuatu yang istimewa...kan?
If ada info yang aku bg ni salah...kalo ada org yg tau, citer lah ya. Apa2 pun ini mmg satu yg istimewa dan amat sukar utk kita jumpa, if kita tak tau dari mana asalnya. Apa2 yang special, mmg seronok utk dikongsi bersama kan?
Daa..
**Ina, hmmph....sahut cabaran ni..dh update dah ni..ko tu jgn lupa kisah 'mimpi' yang tak berkesudahan tu..hehehehe**

Tuesday, March 3, 2009

Tukar lagii..

Hmm...pueh ati sikit dgn lay out baru ni. Nmpak tenang sikit..but nothing much can do, sbb tak sabar and tak savvy sgt, hehehe...

Smlm Zaidi outstation ke Kemaman and Kuantan. Overnite semalam aje..ari ni dh balik. Mula katanya, lewat malam sampai rumah. But dia tepon pagi ni kata, balik may be awal. Sbb one outlet yg kena visit tu, tak bukak kedai le pulak. Hmm..tahapa2 je diaorg ni.

He will go for another site visit on Thursday kat Penang le pulak. So, Thursday ni dia jalan lagi..tinggal lagi kami smlm. But mcm aku, ok je..sbb kekadang bila dia tak de kat rmh..mcm lepak sikit..hahahaha. Boleh nak balik lmbat sikit and tk kelam kabut masak. Dok berdua je...senang nak mkn apa pun kan..hehehe. Bgn pagi pun, baju sepasang tak yah iron, tinggal 3 psg je..keke. Boleh bgn lewat sikit...bekfest tak yah teruk buat, sbb tisya je bekfest kat rmh. Tp itupun dia tk nak bekfest sgt...nk pi sekolah cepat katanya.. So, time for ibu to relaks la kan..muahahahaha.

Ari ni panggei bibik kemas rumah, sbb tikus berleluasa. Adoii...tk larat betoi la. Buat aku mmg tak de mood nk msk. Sbb bau dia..and jadi genyi org peghak kata nak masak tu. Tahap kebersihan tak tau dah. Aku mmg anti betul dgn binatang kecik ni...grrrrr. Dia siap naik atas meja makan tu... Bygkan lah, dok apartment...semi kondo lagaknya, tp ada tikus..ish, tak berpadanan langsung. Nama je semi kondo, apartment...tp, menyesakkan ati...kesian aku kan..
Bukan setakat tikus...anai2 pun ada. Dugaan sungguh bagi aku. Sedih betul la...nk dok rmh dgn selesa pun tak dapat. Hmmph...

Oklah, nk solat and kuar sat..daaa.