Monday, March 9, 2009

Maulidurrasul Muhammad S.A.W

12 Rabiulawal Tahun Gajah, nabi Allah dilahirkan. Bermulalah detik kehidupan seorang amirul mukminin kekasih Allah. Adanya kita semua di sini, adalah kerana dia. Kitalah umat yang amat disayanginya. Tiada umat yang sebelumnya yang bertuah seperti kita yang akan mendapat syaafaatnya di hari Akhirat kelak...insyaAllah.

Semalam, History Channel 555 menayangkan kisah nabi kita. "Muhammad" tajuknya. Kami bertiga mcm terpaku jugalah tgk tv tu. Rasa mcm dekat pulak dengan diri nya. Mmg refresh balik apa yg kita pernah tahu dan belajar ttg sejarah nabi dan ada juga pengetahuan baru yang selama hidup ni, barulah tahu pasal nabi kita ni. Betapa alpanya kita ni kan... Rencana mlm tadi ni, citer kisah nabi dari dilahirkan sehinggalah baginda berjaya menjadi pemimpin. Byk kisah keperibadian baginda, perpindahan baginda ke Madinah selepas kena halau dari Mekah. Perang yang pertama baginda pimpin. Memang terkesan jugalah kisahnya semalam. Lebih2 lagi bila sirah nya ini di ceritakan dlm bahasa Inggeris...mmg kita rasa lain kan. Hmm...aku tak tau la org faham atau tak maksud lain aku tu...but for me...it feel different.

Mlm ni lak, History Channel ni tayang kisah 'Inside Islam'. Berkisar tentang Islam dan Nabi Muhammad juga. Bkn apa, yang membuatkan aku rasa terkesan tu, sbb selain rencana, dia selitkan kata-kata or hujah2 dari academician, author2, pengkaji2 sejarah yang di antaranya omputih. Sampai Tisya tanya...ibu, macamana diaorg ni tau pasal nabi Muhammad, sbb dia tgk pompuan omputih bercerita bersemangat psl Nabi ni. Dia ni, is author for the book tajuknya, 'Muhammad'. May be she is muslim. Tapi, cerita2 dari diaorg ni yg buat aku pun tertarik...

Gitulah sikit2 cerita kisah Nabi Muhammad S.A.W..

SALAM MAULUDIRRASUL KEPADA SEMUA! Semoga kita mendapat syafaat darinya.

1 comment:

Hazelsyd said...

Wa,

alhamdulillah...rugi la aku tak dapat tgk citer tu...aku dok ngadap komputer jer buat keje skolah..huhuu