Thursday, June 19, 2008

Abah tak sihat and Tisya's report card esok.

Hari ni, aku dikejutkan dengan berita abah admitted to hospital Manjung. Mmg terkejut giler. Abah mengadu sakit dada mlm tadi mengikut kata mak. Dia tak boleh tidur. Pkl 3 pagi...diaorg berdua2 pegi cari klinik 24 jam. Mak drive....pusing2 la cari. Abah tak mau ke hospital. Takut kena tahan katanya....hmm, abah...abah. Mak kata, cari area Seri Manjung tu tak ada. Sampai ke pekan Sitiawan la diaorg. Akhirnya patah balik ke Seri Manjung, baru terjumpa satu klinik. Tp, klinik tu mmg terkenal dengan tak bagusnya. So, balik pun abah tak improve. Mak kata, abah bertahan smpai ke Subuh. Lepas tu, dia ajak ke hospital terus. Mak baru call abangyang. But, still my mom brought abah ke hospital. Abangyang dtg kemudian. Akhirnya abah ditahan juga. Dahla katil penuh mak kata...diaorg bubuh extra bed kat tepi laluan ke toilet. Adoiii...then, Fadly mintak abah kuar siang tadi. Now he's at home.

Tapi mengenangkan mak abah berdua2 dlm kereta cari klinik, buat hati aku tersentuh. Sedih rasa hati....Yelah, anak2 ada yg jauh dan dekat...tapi may be tak nak ganggu abgyang. Alhamdullillah tak ada apa2 keduanya.

Lega dengar abah tak apa2. Tak de yg serius. Doktor kata, abah kena gastrik and angin tu tolak ke dada. Kesian abah. Kami mmg risau sbb abah mmg kuat merokok sejarahnya. Sejak dua menjak ni baru dia kurang and hampir berenti. Tapi abah mmg lately ni katanya dia tak selera sgt makan. Agaknya tu ada yg skip makan. Tapi ye la...dah usia menginjak ni, ketahanan badan pun dah tak seberapa.

Berita ni mmg mengejutkan. Buatkan aku terfikir bukan2. Well, seriously, selalunya tak pikir sgt hal2 ni...sbb alhamdullilah setakat ni mak abah nmpk sihat banding mereka yg sama usia. Kami benar2 bersyukur. Tapi berita ni...buatkan aku terpikir, ya...aku mmg tak pernah bersedia if ada apa2 berlaku. Tadi baca Yassin, buat aku terfikir ttg abah....if sampai masa dia, aku rasa aku masih tak boleh menerima keadaan tu....sbb aku mmg tak bersedia. Mungkin dlm hati mengharapkan mereka sentiasa ada di sisi sehingga ke akhir hayat kita....sedangkan mereka juga ada janjinya pada Allah. Ya, Allah...semoga bukanlah dlm masa ini...kerana kami masih memerlukan kehadiran mereka. Tak boleh aku bayangkan.....oh tuhan....

Tadi berckp dgn abah...lemah bunyi sore dia. If not...dia ceria selalu. Tapi, tadi dh boleh ketawa. Dia kata...sakit dada dh hilang, cuma dia rasa penat. Sebab tak dpt tido semalaman. Itu mungkin kena qada balik tido tu. Abah, Wa doakan abah sihat selalu. Abah sekarang ni pun...makin sensitif. Hati dia mudah tersentuh. Ari tu demam, kami telefon, dia boleh nangis dgr sore kami.

Adik badik lain smua ada balik ke rumah ari ni. Aku dgn kakak aje tak balik. Hati aku mmg nak balik ya amat. Hmm....tak tau lagi cemana..

~~~

Lamanya aku tak menulis kan...meneruskan karya2. Tak tau la kenapa. Idea? Kdg2 idea tu ada...tp tak taula kenapa lambat nk ke pc mencurahkannya. Hmm...entahla. I guess...i need sumthing to boost me up. New inspiration....new story...new...new...new apa eh... Mcm gini, berangan la nak kuar novel...hmm alahaiiii


Esok hari amik report card kat sekolah Tisya. My first experience! Hmm...kena take picture ni..hehe. Selalu dengar kekawan je msk lambat ofis, kena pi sekolah amik report card. Mcm Ms Teng, Nor, Mint... Now, my turn. Zaidi excited to come along. Actually, Tisya done well in her exam. She said, she's the number one in her class. Hehehe...masa dia bagitau tu, was last week. Masa tu aku tgh sidai baju balik dari kerja. Zaidi baca paper. Suddenly she said, "Haaa...ibu, Pn Yuhaniz kata...Tisya nombor satu kat sekolah kebangsaan" Aku dengan Zaidi serentak, "Haaaa?!!" . Actually, kitaorg tak sangka...and tak adalah harap nombor satu, we care more abt her marks. Alhamdullillah, dia scored 100% in BM, English, Pendidikan Islam, Science. Maths she scored 99% but highest in class katanya. Bahasa Arab and Jawi dlm 98% and 96%. Hmm...standard 1. Harap dia akan kekal prestasi dia sampai ke seterusnya. Alhamdullillah syukur pd Allah.

Kat sekolah agama, nombor 4. Dia score Fekah 100%, the rest dlm 90% above rasanya....dia byk buat careless mistakes. But really, aku tk expect...sbbnya dia tak baca buku apa pun. Yg bestnya masa dia exam sekolah agama ni, aku tak tau pun. Rupanya ustazah sekalikan jadual peksa dgn yg 1st test dulu. Yg aku ni dah buang jadual tu lepas abih 1st test dulu. Masa 1st test tu, dia nombor 5. Ni naik satu tangga kiranya...alhamdullillah. Dah dia balik dari sekolah baru tau dia peksa. Mmg dok terpikir...selalunya sebelum cuti, peksa. And sekolah kebangsaan dh dpt jadual peksa. Rupanyaaaaaaaaaaa.....mmg le peksa. Tapi dia mmg selamba je.. Suruh baca buku lepas tu, buat tak tau je. Aku pun nak paksa....tak leh jugak. Pikirkan budak drjah satu....isk...

But.....yes, we do proud of her...alhamdullilah, syukur pada Allah.

Aku sebenarnya, rasa terharu sgt. Sbb 2-3 hari sebelum dapat result2 peksa ni, kakak bercerita pasal Tisya. Principal di nurserynya bercerita pasal Tisya pada kakak. She know my sister and one day they met at one gathering. Ada Elken talk masa tu. Kakak kata, kak Ma tu ckp...Tisya ni pelik. Suka cakap sorang2...and tk bercampur sgt masa kat nurseri or tempat dia transit. Mcm tak de kawan. Dia buat hal dia je.... And ikut mood. Ada masa byk cakap, bercerita itu ini. Ada masa diam aje.... Yes, I do feel sad. Especially bila dia kata Tisya pelik. Pelik.....? hmmm...what a strong word to be said to a little girl. I know her....dia mmg dlm lasak dia, dia pemalu. Memang dari dulu. But.....tak nmpak like dia tak ada kawan.

Kakak pun ckp...dia terfikir, mmg everytime Tisya balik dari sekolah ke nurseri, dia jalan sorang2. If not jalan with Fatihah, her cousin tu...she will jalan sorang2 and not with the nursery's pal. Tapi, ada a few times, aku amik dia masa tghari....mmg ramai budak2 nurseri jalan sorang2....rather than tunggu kekawan lain...sbbnya, nurseri tu dekat je...diaorg just cross the road tu je..and the teacher pun ada tunggu. Well....may be I'm trying to denied it. As a mother kan...tp ntahla.

Mmg rasa mcm pedih bila dengar tu... Tp dari pemerhatian aku, masa dia tadika dia duduk nurseri...byk kawan dia. Even bila hantar dia ke depan tadika tu...kawan2 ramai tunggu. Nampak je dia smpai...diaorg panggey2 nama dia and come to the gate tunggu. Memang masuk nurseri baru ni...and actually just 'transit' utk ke sekolah petangnya, dia mmg dari awal...sendiri2. Dia mcm malas nak bercampur. May be sbb most of the budak, dah besar2. Tapi, lately ni tak la dia sorang2...ada dia main dgn budak2 tu...hmm...

Tapi bab dia ckp sorang2 tu...mmg ya. Dia mmg suka main sorang2...well may be, dari dulu dia main sorang2...dia mana ada adik badik lain pun. And she loves animals. So dia selalu bercakap sendiri berangan dlm dunia dia. If ada animals...insects ke..dia akan bercakap2 la. Weird ke tu? Actually, kalo ckp sorang2 ni....aku pun masa kecik mcm tu. Semua adik badik ckp, aku ni suka ckp sorang2. Berangan aje kata diaorg.. Abang aku selalu usik, aku ni cakap dgn Wak Agus...hahahaha. Wak Agus tu, ada watak dlm drama dulu2. Ada sorang budak tu mmg bercakap dgn Wak Agus. Wak Agus tu dia punya tukang kebun kot....then Wak tu dh meninggal. But budak tu still kata dia bercakap dgn Wak tu. Kira mcm dia nmpak la Wak tu lagi....heee...serem le pulek...kekekeke

Tisya, if tanya...dia kata dia ada kawan. Bila dia sebut nama2 kawan2 dia....ramai. Then bila balik dia citer abt them...so, aku tau, she's not that weird. Hmmph....sedihkan, bila anak kita dikatakan mcm tu.

Tak apalah...yg penting, I know her well. She's my princess.

Thursday, June 12, 2008

Kungfu Panda and kisah Puyuh lari...

Banyaknya nak citer. Tapi tak sempatnya nak blog..selalunya balik rmh dh penat. Nak blog kat ofis...tak sempat le pulek. Tp ari ni sempat, since boss smua tak de.....wuhuuu! Ahak..ahak.. Jgn tak caya, mmg smua tak de...

Ok, mula nak citer psl tengok wayang dengan Tisya, 'Kungfu Panda'. Hahahahaha...adoii..kelako giler, mmg kalo tgk kat rmh, mau gelak golek2...guling2...tapi mesti la screen beso cam kat panggung tu, itu lagi syok gelak...hehehe. Kitaorg pegi ari ahad ari tu. Balik dari Sitiawan, ptg tu kitaorg ke Cineleisure pulak. Tapi Zaidi tak mo join, katanya ada report kena buat..well, sorry to say la...hahahaha, u missed the 'kelako' moment. Masa kat rumah mak lagi, aku dah call Fadly suruh belikan tiket...hehehehe, duit tiket pun tak bayo lagi. Belanja kokde ye Li..kekeke

Rupanya Fadly pun nak bawak anak2 kakak tgk citer tu on the same day. So, just nice la kan.... Aku bertolak balik lebih kurang pkl 9 lebih. Then singgah rmh abangyang sat...around 11 baru le gerak terus ke KL ikut Kuala Selangor. Now, En Zaidi tak mo dah ikut highway katanya...jimatttt, asik kuar duit je katanya. Bawak keter pun tak leh pecut dah..kena maintain je 80, 100. Jimat petrol you....kekekekeke. Gitule kekdahnya...tapi elok pun, if not..dia tu, ala2 Kimi Raikonen kononnya...hahahaha, so, adalah hikmah kenaikan harga petrol kan.

Kungfu Panda tu, memang best habih! Fully recommended to all....! Tisya sampai hari ni bercerita...ada je scene2 yang best dlm citer tu yg terlintas kat kepala dia, dia terus citer. Then kami tergelak2 la... Actually, the main character of the story tu, reminds me to sumone...kekekekeke. Memang ada gaya2 nya....tu sebab suruh sgt Mint tengok. Nanti nak ckp dekat Nor and Rose pulak. But for Tisya, Po tu reminds her to her uncle....Pandak dia, who is Fadly. Hahahahaha...sian pandaknya. Siap dia nak tukar nama Fadly dlm hp aku. Dia kata nak change to Pondak instead of Pandak. Adoii.....ari tu tgk Shrekk, kata pandaknya. Sian adik aku sorang ni...tp walau apa2 pun Pandak nya tu....hatinya baik, sayang kat anak2 buahnya. Harap dia bertemu la dgn jodoh yang baik utknya. Hmm...ada juga kisah Fadly ni, nantilah kita citer di lain kali.

Ok, on Tuesday, 10th, Zaidi outstation to Alor Setar. So, as usual...I've to do his routine job, feeding his pets. Phewww.....pagi2 dh terkocoh2 siapkan Tisya. Breakfast dia, bekal dia...then..ada lak keje tmbahan, pi bagi ikan makan and burung puyuh makan. Burung puyuh tu aku suruh Tisya bagi...sbb burung2 tu suka dok kat pintu bila nk bagi makan. Tau je diaorg tu bila org dtg nak bagi makan. Then patuk2... Tisya being borned with the skills, looked used to the feeding thing. She will greet the pets...like, "Hello...Hello...how are you today?" "Are you hungry...?" Then yang buat aku tergelak tu...dia halau le burung2 tu dari pintu cage tu...'shuuhh...shuuhh...' Lepeh tu dia boleh buat bunyi kucing....siap tgn dia buat gaya aksi kucing nak cakar tu...'meowwww....meowwww'. Kononnya nak takutkan burung2 tu.....kekekekeke, sabo je la aku.

Ada le sekor burung puyuh ni, mmg mcm aktif semacam dari yg lain...hyper active sikit le kot. Mcm orang juga...ada yg hyper active. Dia ni dh di halau...buat tak reti juga. Masih kat pintu...siap patuk2 pintu. Tisya dh halau2...dengan sore kucingnya...pun dia derk je. Peh tu aku ni hilang sabo le kan. Sebabnya, nk pi sekolah dh ni...dh pkl 7.20 dah...heeee, burung ni. Aku pun ckp Tisya, bukak sikit je pintu...sebab tgn dia pun halus...boleh le celus msk bubuh dedak tu dlm bekas. Elok aku bukak pintu...Tisya hulur tgn dia, si burung nakal tu...terus meloloskan dirinya kuar. Pup..dia lompat ke luar. Aku dgn Tisya ni, teragak2 nk tngkap....actually boleh aje, aku cekup badan dia tu. Tapi....aku ni mmg penakutttttttttttttttttttt....kakakakakaka. Aku ngeri sikit nk tngkap binatang2 ni...aku ni penggeli, kalo benda gerak2 ni. Tu yg Tisya selalu ketawa tu. Tisya tu pun....dlm berani2 dia, tak berani le juga. Akhirnya...burung tu berjalan ke luar pagar. Aku ni...amik jug plastik kosong kat situ..aku pi kat burung tu, aku serkup dgn jag tu...kakakakaka. Then panggei Tisya, suruh pegang burung tu.... Tisya juga yg kena, bukannya aku nak pegang sendiri. Kakakakakakaka. Elok aku bukak jag tu...dia terus lariii...siap2 terbang2.. Terbang rendah je tapinya...kitaorg kejar juga..dia lari, terbang2. Akhirnya...aku dgn Tisya gv up. Kang tak ke sekolah le pulak. Aku kata biarlah...nanti bgtau ayah. Biar dia beli sekor lagi..hehehe. Tisya pun ckp...biarlah ibu. Biar kucing tngkap dia. Baru dia tau..padan muka dia. Hahahaha, aku gelak je dengo si Tisya ni. Then Tisya citer, yg burung tu...memang noti katanya. Dari kedai lagi...dia mmg aktif and suka gaduh dgn burung lain. Oooooooo...memang nakal la burung tu, hehehehe.

Aku pun sms Zaidi ckp burung tu lari. Then, his reply was, it's ok. Nasibbbb...if dia kata, cari juga burung tu smpai dapat...naya. Hahahahaha...tapi En Zaidi tu bkn le camtu.

Lepas tu, pagi ni Zaidi seperti biasa bagi burung and fish nya makan. Entah cemana aku sengaja pi jenguk dia. Then aku nmpk sekor burung puyuh mcm termangu2 kat bawah ampaian. Dengan bulunya yg kusut masai...aku terus, ehhh...bang, ni burung puyuh tu. Zaidi terus toleh. Haaa...tau balik rumah eh, tu lapar le tu...kata Zaidi. Then Zaidi terus amik dia msk cage. Aku tergelak la...haaaa, kusut masai ko....kekekeke.

Tisya tu ada a few pets yg dia kena ingat bagi makan setiap hari. Tortoise sekor, sekor lagi mati. Then ada 4 ekor anak kelah dlm aquarium dalam bilik dia. Setiap hari...bgn pagi, dia bagi makan dulu. Then balik rmh..dia bagi lagi. Tpi yg geram tu...tortoise tu, asik le dia nk bg makan. Pantang nmpk je...bagi makan. Mlm tadi balik lewat malam, sbb aku ada kelas mengaji, dia kena tinggal rmh kakak since Zaidi tak smpai lagi dari Alor Setar. Balik dkt pkl 12 malam. Dia nk bagi kura2 tu makan. Aku kata...heiii...tadi kan dh bagi makan. Ye la ni, midnite punya... Aku kata, eh, nooo...ingat dia Tisya ke, ada midnite snack. Geram aku...nanti bkn mati kelaparan kura2 tu, mati terlebih makan...

Midnite punya makan...sabo je la aku....



Ibu & Ayah tgh bercerita psl sorang artis nak bercerai, siap mintak itu ini utk mutaah.
Ibu: Abang tau, **** siap mintak, banglo sebijik, keter dua bijik...
Tisya: Ibu....banglo bukan sebijik, sebuah... keter pun bukan dua bijik...dua buah...
Ibu: ??!!**
Ayah: Hahahahhha....tu la ibu ni kan....
Tisya sengeh.

Saturday, June 7, 2008

Bercuti di kampung dan kenangan lama terimbau...

Semalam Jumaat, 6 Jun aku balik ke kampung, Sitiawan Perak. Suka je rasanya...ye la, kampung halaman tempat tumpah darah, ada mak abah....walaupun tak de apa sgt sini, tapi being in our own hometown...different....the feeling is hard to describe..

Masa ari kamis malam tu, call mak...utk bgtau aku balik lepas solat Jumaat, sebabnya byk hal pagi nk disettlekan. Mak ada bgtau, abang sepupu or lebih tepat dua pupu nk kawen. Hari Sabtu which is today...dia terus akad nikah. Tak de bertunang terus nikah je. Itu pun nikah gantung, sbb wife dia tu masih kat maktab, bakal cikgu. So, biasalah, utk elak kena hantar ke Sabah Sarawak....cepat le kawen kan. Hmm...kalo akukan, rasa mcm nak je pi tmpat2 camtu...yela, luaskan pemandangan...jauh perjalanan. Tapi tulah...tk jadi cikgu pun...hehehhe.

Ni kisah abg sepupu aku tu...aku benonya, tak tau lak dia tak kawen lagi. Kitaorg dah lamaaaaaaaaaaaaaaaaa tk jumpa or in other words, tak bersua muka. Dah tk ingat rupa dia cemana...rasanya dia pun tak ingat rupa aku lagu mana dah. Selalu dengo citer2 dia dari mak sembang2 gitu...tp tak amik pot sgt. Until la dengar dia nak kawen ni....so, aku being seorang yang melankolik..kekekeke, teringat la balik kisah2 dulu...ala2, "Kenangan manis kau dan aku...takkan terluput..." ecehhh...cehhh....

Dia ni, tua setahun dari abgyang aku. Which maksudnya dia 3 tahun lebih tua dari aku. And dulu2...dia satu sekolah dengan abgyang. And aku di sekolah rendah tu. Masa aku darjah 6, abgyang form 2 and dia form 3 la kan... Nama dia, Ahmad Niza tp kitaorg panggei, 'Secu' hehehehe....actually Cu, tapi biasalah org kg...ada se..se.. Jadilah nama dia Se-cu.

Masa aku sekolah dulu....bila balik naik basikal tu, dia akan muncul dari simpang sekolah menengah tu and saing dengan aku. So, balik la kami beriringan. Masa tu mmg tak tau naper dia selalu saing. Sbb arah yg sama...and dia tau aku ni adik sedara dia kot. Dia akan singgah rumah opah dia, which was my 'Opah Ngah'. So, gitulah kaitan kami. Opah dia opah sedara aku. So it made us, dua pupu..eh?

Dia ni dulu, prefect. Quite good looking orgnya. Hensem le juga.. Kurus tinggi. Selalu tersenyum tapi tak byk cakap. Masa dia selalu saing dgn aku tu...tk ingat dia byk ckp ke tak. Ada time kitaorg diam je..tp ada time, sembang2 juga. Tapi tak ingat dh. Sbbnya itu semua citer 21 tahun yg lalu.....21 tahun?? Mak aiiii....

Dia naik basikal besar, aku naik basikal chopper. Hahahahaha....really mengimbau kenangan sungguh. Basikal besar tu was basikal yg hitam tu. Ada carrier kat belakang. Chopper tu...yg ada warna merah, biru...ada palang kat tgh and size nya kecik dari basikal hitam tu. Dia ada bakul, ada carrier blkg...and mmg feminin sikit. Mcam citer Sembilu la pulak eh...kakakakakkaa, tapi kami idak lah sampai melibatkan perasaan. Sbb dia lebih aku rasa mcm abang. Sebab sedara kot....

Tapi, bila skrg buat aku terkenang2 kisah dulu....dia memang akan tunggu aku kat simpang parit tu. Kdg dgn kawan2....kdg dia sorang. Aku dari jauh akan nmpak dia tunggu. Once aku sampai situ....he will cycled to me and saing balik. Kdg, if with his friends, which ada yg kekawan abgyang, mula la lagu 'Azura' berkumandang....eceh. Then he will came to me sambil tersenyum...walaupun org lain bersorak bagai.... Wehhh....masa tu, kemain lagi aku ni...bila lalu je kat budak2 sekolah menengah lepak2 tepi tu, mula la diaorg nyanyi lagu Azura. Kekekke...dulu, masih muda ya amat...kulit masih mulus, muka masih cerah...ada freckles sikit2 je, tak de pigmentation ni, badan kurus murus...baru nak meningkat remaja....12 tahun baru haaaa....hahahhahaa...ce kalo diaorg tgk skrg....sure gelak golek2...tapi diaorg pun sama...kakakakaka

So, after 21 years...aku attend to his wedding. But actually malam tadi....abgyang bercerita balik psl kisah kami lama2...buatkan aku teringat sungguh kisah masa sekolah ni. Aku kata...aku tak sangka lak se-cu tak kawen lagi. Tu abgyang kata...rupanya dia pernah bertunang dengan Maizura. Yes, I remember this Maizura...mmg budak sekolah tu juga. Classmate se-cu ni. So, kira dia mmg benar2 becinta le masa sekolah tu....tp, jodoh tak ada. Diaorg putus tunang. So, agaknya frust le kot....lambat dia kawen. Aku ingat masa aku dh msk menengah, msk U smua...aku dgr se-cu ni dia jadi kelasi. Tu sbb bila raya aku pi beraya rumah dia...dia tk ada. Aku pun dh le dari form 1 dok asrama...so, msk U semua...jarang ada kat kg. Then...tu sbb tak pernah jumpa dia...and citer psl dia...hilang mcm tu je dlm kisah hidup aku ni.

Abgyang ada gak citer pasal Muazzi. Hehehehe...buat aku teringat kat Muazzi ni. Dia ni pun prefect....dia dgn se-cu ni were prefects yang di pecat. Kakakkaka...diaorg ni geng budak nakal. Tapi dilantik jadi prefect....tapi tak berubah2....tu agaknya di pecat akhirnya....kakakakkaka.

Tadi, akhirnya aku jumpa Se-cu....dia mmg tengok aku antara ingat dn tidak...then he tersenyum, Zura..kata dia. Masa tu aku tgh makan. Meja tepi sekali. So, he came and berdiri...makan...makan, dia kata. Then aku tgk dia....dia tgk aku. Mak la ckp....akhirnya dapat dia jumpa kamu cu... Se-Cu pun angguk. Then kitaorg mcm tgk each other and smile, adalah dlm 4-5 saat. Mcm kitaorg tgk je each other, apa la dia pikir agaknya. Aku mmg pikir, lama betoi tak tgk dia ni.....aku kata...lama tak jumpa kan cu....dia pun dengan senyumannya, dia kata...ha ah...lamaaa tk jumpa...then he looked at me...and spt biasa...org akan komen badan aku ni lah kan...aku gelak jelah, aku kata...hei...people change eh...dia gelak.

Masa nak balik...jumpa dia. Aku ni ingat nk snap his picture...tpi malu wehhh...bodohkan? Dia tak byk berubah...cuma gelap. Mak kata..ye la, dia dh jadi usahawan. Dia usahakan tanah org kg...tanam sawit. Smentara tunggu sawit tu..dia tanam pisang. Rupanya dh bertan2 pisang dia eksport ke luar negara....wahhhhhhhhh! Aku ternganga barang sesaat dua....kekekkee

Tadi bila tengok dia tersenyum...baru aku ingat balik senyuman dia. Yes...senyuman itulah yang selalu mengiringi aku balik sekolah. Dia tak byk cakap....tapi dia selalu tersenyummmmm. Hmmph...kenangan mengusik jiwa.

Cuma aku nak tau...mana abg angkat aku dulu eh....kawan abgyang juga. Abang Lan...nama dia Roslan Abdullah. Aku ingat...dia pandai melukis...dia pernah lukiskan aku bunga rose dengan tertera nama aku...Zura. Mana pegi lukisan tu tah...ada dlm buku rasanya. Buku apa pun tak ingat dah.... Dia pun prefect. Tapi dia ni cerdik sikit. He's doing well in schools..bkn cam diaorg yg lain..hahahahahha.

Bila ingat smua ni...teringat mana kawan2 aku masa sekolah dulu eh...Marlina, Zilla, Zuriaty, Norliyati, Lolita, Jun, Uji... Haslinda aku tau, abgyang kata sama ofis abgyang. Abgyang selalu ckp kat dia...kitaorg ni sama, dua2 dah jadi 3G. Sabo je haku....hahahahhaha. tapi masih tak berkesempatan jumpa dia. Yg aku ada contact is Aziah. Kawan aku dari tadika smpai le skrg. Pun lately jarang contact. Jumpa tak juga...padahal nya kampung dekat dah tu....Hmm...time flies kan...

Byk kenangan masa sekolah rendah tu...sekolah rendah yang bersebelahan dengan sekolah menengah. Jadi byk kisah antara budak sekolah rendah and menengah ni...kelako kan...kecik2 dah pandai admire2....itu belum aku cerita psl Zuriaty yang kitaorg nak kenen dia dgn sorang kawan abgyang. Zuriaty ni cun...mata dia cantik, rambut pjg...lebat, lurus. Mmg cun...lembut je orgnya. Jadi nya boleh aku dgn geng ni kenen dia dgn Jai, nama betulnya Shahrul. Adik dia Shahril, kawan kelas kitaorg...so, adiknya nilah posmen. Tolong anta surat dari Zuriaty and Jai...tapi, aleh2 aku yg dpt surat dari Jai ni....nak jadi teman istimewa....walllamak!! Kakakakkakakaka....aku tak boleh ingat kisah ni....aku punya gelak. Siap ckp kat emak....hahahahahahahahaha. Mak tak marah...cuma mak kata...bagitau dia, masih kecik, kena belajar dulu. Abgyang pun terkejut. Abgyang setakat jadi posmen Roslan....sbb abg angkat kan. Yg ni lak....nak jadi teman istimewa....adoiiii...kelako...kelako.... Tapi now, Jai tu dh kawen...antara yg terawal kawen. Anak dah 4 kot abgyang kata...dia masih ada di Sitiawan ni. Tapi aku mmg tak pernah jumpa.

Hehehehe...those were the days...kan?

Thursday, June 5, 2008

Sibuknya aku ya...

Adoii...sibuknya aku ni yeee...dari bulan Mei sampai msk Jun dah ni haaaa, baru nk update..phewww! Kononnya la tu..

Dari last week, mmg sibuk betoi. Dengan segala mcm benda lah kat ofis ni. Alhamdullillah, kitaorg certified juga utk 5S Quality System...setelah penat memerah keringat buat 5S ni, diaorg lah lebih....aku takkkk...elok msk aje, smua dh tersusun, cuma nak kena maintain je, hehehe.

Tapi sebenarnya, keje teruk juga. Sebab aku dpat zon atau kawasan yang agak susah nak maintain sbb melibatkan ahli kumpulan org luar dan bkn pekerja TSG. Satu zon kantin and zon compound. Bayangkan nk menjaganya. Peh tu...org lain satu zon je kena jaga...kitaorg ni kena jaga 2 zon. Agaknya sbb admin kan...hampeh betul kan? Dah le ahli2 kumpulannya, org kantin, tukang kebun and guard. Hmm...tp respek juga kat Hafiz tu..kira lama dia sorang je handle zon2 ni sblm aku masuk.

Actually sepanjang minggu ni, mmg pack betul aktiviti. Dari hari Isnin, sini jadi host utk Performance Review Meeting TNB and anak2 syarikatnya. So, penuh la hari tu. Parking kat visitors parking penuh giler dengan kete2 mewah ni. Kemain lagi org kita...eceh. Pas tu lak, hari yg sama, ada 5 budak baru reporting to work. Memang busy betoi ari tu...

Ari Selasa dh sibuk giler psl 5S lak. Sebenonya dari hari Isnin lagi dh busy...membetulkan mana2 yg patut. Smeua org kan mmg suka keje last minute. Sabo je la. So, aku pun busy la...barulah nak kata kena label la, apala...5S ni satu je, kalo boleh smua kena label...adoii.. Memang mcm sekolah tadika kadang tu, sbb digalakkan penggunaan warna pada apa yg dilabel. Memang le leceh, tapi sebenarnya byk baiknya. Semua in order. Org kata lebih utk kesenangan di masa depan. Nak start tu memang le....

Peh tu, Rabu semalam, 4/6/2008 was the DAY. 5S audit by MPC. Sorang je auditor, En Ismail. It happened le pulak, dia ni kawan lama MD kitaorg, Tn Hj Mat Nor. Kitaorg suka la kan..hahahaa. Tn Hj. siap bgtau masa dia buat opening speech. Peh tu dia kata...bukan nak jek ya..hehehehe, pandai Tn Hj ya...kekeke

Alhamdullillah, dia audit not so strict. Maksudnya pi cek segenap ceruk. Tapi, apa yg dia cek...dia detail. Haaa...jadinya, kitaorg smua tk leh nak predict. Sbb tgk mcm serius, cool je. Tk tau la apa bermain dimindanya..

Tapi, masa closing....dia dh start with puji2an. Kitaorg dlm suka...ada suspennya. Mana la tau, puji sbb nk bagi gembira dulu. Tapi, at the end dia kata...tahniah, LULUS! Wuuhuu...pakat sorak la budak2 tu. And Tn Hj. dengan Encik Hisham Halim...tersengeh. Paling sengeh memanjang En Hisham la.... Kononnya dia nak 4 flat lulus, target dia, 95%. Dia ni memang mcm gitu, suka dia aje...hahaha. Tapi, alhamdullillah 90%. Mana ada company dpt more than 95%. Menurut En Lizuan kitaorg punya MPC consultant, pernah sekali ada satu company dpt 96%, but until now masih dipertikaikan. Sebab takkan ada yg dpt 95 and above, apatah lagi 100%. Maksudnya takkan ada yg perfect gitu...

Ok, enuf pasal 5S ni. Hari ni ada assembly bulanan. Dan menyanyi lagi lagu Negaraku. Peh tu, kek ada dua ari ni....satu birthday, satu 5S. Ari ni lak, Tn Hj. lama speechnya. Satu2 dia baca....isk. Dah la start lmbat. Katanya dia tk dpt msg...pdahal aku dh cakp smlm kat dia. Pkl 9.00 since dianya appointment batal, so, tak delah start lewat. Heeee...sabo je aku Tn Hj. ni. Tak pasei2 kami kena...kami tu, merangkumi, aku, kak zah seketeri dia and pn Sarina, boss aku. Isk..isk..katanya miscommunication, kitaorg tak sampaikan...ish.

So, hari ni...nak relaks sikit. Byk keje tertangguh benarnya. So, today nak tgk balik. Esok cutiiiiii! Yippie! TNB observe cuti public holiday yg fall on Saturday, akan diganti ke depan. Maksudnya ari Jumaat cuti! Dulu aku dengar company abg ipar aku je mcm tu. MISC, abg Syukri mmg selalu cam tu, sabtu public holiday, jumaat diaorg dh cuti. Now, dapat merasa...alhamdullillahhhhh..

Tapi yg best psl cuti Jumaat ni kan...ada lah org tu, salah pemahaman. Tula lelaki kan...suka dgr tak dgr je org pompuan cakap. Tak concentrate sgt...En zaidi tu, dia ingat smua org cuti ari Jumaat ni...hahahahaha. Siap dia call HR dia tanya...kekekekkekee. Org dh kata, companya kitaorg je lah...hahahahahahahaha, aku mmg nak gelak golek2..tp, tak buat je.

Cadangnya nak balik Sitiawan esok...yeahoooo!! Rindu kat mak abah, kampung halaman...ayam itik..eceh..mana ada itik pun haaa.. Tapi, sebelum tu, pagi kena settlekan pembayaran hutang2 ke bank2 berkenaan. Ada ke patut gaji aku byr pakai cek. Dah la tu...tk bgtau. Kitaorg ni terkocoh2 pi bukak account...mmg la diaorg ni. Tak pro langsung. Dh la tu...cek dpt ari Isnin...kena float 3 hari pulak tu. Heeee....tgk ari ni dh clear ke tak...geram..gerammmm

Yg paling tak best hari ni....MINYAK naik lagiiiiiiiiiii!!! uwaaa...banyak lak tu...ada ke patut? Uwaaaaaaaaa. Zaidi thinking of selling our car...tinggal satu, dia nak naik motor. Aku rasa mmg boleh sgt la tu....Tak kisahlah. InsyaAllah, rezki dari Allah....adalah tu nanti tu..dari sumber yang kita tak perasan dan tak tahu nanti tu...yg penting hidup kena penuh dengan keikhlasan!

Wokei..till then..