Thursday, June 5, 2008

Sibuknya aku ya...

Adoii...sibuknya aku ni yeee...dari bulan Mei sampai msk Jun dah ni haaaa, baru nk update..phewww! Kononnya la tu..

Dari last week, mmg sibuk betoi. Dengan segala mcm benda lah kat ofis ni. Alhamdullillah, kitaorg certified juga utk 5S Quality System...setelah penat memerah keringat buat 5S ni, diaorg lah lebih....aku takkkk...elok msk aje, smua dh tersusun, cuma nak kena maintain je, hehehe.

Tapi sebenarnya, keje teruk juga. Sebab aku dpat zon atau kawasan yang agak susah nak maintain sbb melibatkan ahli kumpulan org luar dan bkn pekerja TSG. Satu zon kantin and zon compound. Bayangkan nk menjaganya. Peh tu...org lain satu zon je kena jaga...kitaorg ni kena jaga 2 zon. Agaknya sbb admin kan...hampeh betul kan? Dah le ahli2 kumpulannya, org kantin, tukang kebun and guard. Hmm...tp respek juga kat Hafiz tu..kira lama dia sorang je handle zon2 ni sblm aku masuk.

Actually sepanjang minggu ni, mmg pack betul aktiviti. Dari hari Isnin, sini jadi host utk Performance Review Meeting TNB and anak2 syarikatnya. So, penuh la hari tu. Parking kat visitors parking penuh giler dengan kete2 mewah ni. Kemain lagi org kita...eceh. Pas tu lak, hari yg sama, ada 5 budak baru reporting to work. Memang busy betoi ari tu...

Ari Selasa dh sibuk giler psl 5S lak. Sebenonya dari hari Isnin lagi dh busy...membetulkan mana2 yg patut. Smeua org kan mmg suka keje last minute. Sabo je la. So, aku pun busy la...barulah nak kata kena label la, apala...5S ni satu je, kalo boleh smua kena label...adoii.. Memang mcm sekolah tadika kadang tu, sbb digalakkan penggunaan warna pada apa yg dilabel. Memang le leceh, tapi sebenarnya byk baiknya. Semua in order. Org kata lebih utk kesenangan di masa depan. Nak start tu memang le....

Peh tu, Rabu semalam, 4/6/2008 was the DAY. 5S audit by MPC. Sorang je auditor, En Ismail. It happened le pulak, dia ni kawan lama MD kitaorg, Tn Hj Mat Nor. Kitaorg suka la kan..hahahaa. Tn Hj. siap bgtau masa dia buat opening speech. Peh tu dia kata...bukan nak jek ya..hehehehe, pandai Tn Hj ya...kekeke

Alhamdullillah, dia audit not so strict. Maksudnya pi cek segenap ceruk. Tapi, apa yg dia cek...dia detail. Haaa...jadinya, kitaorg smua tk leh nak predict. Sbb tgk mcm serius, cool je. Tk tau la apa bermain dimindanya..

Tapi, masa closing....dia dh start with puji2an. Kitaorg dlm suka...ada suspennya. Mana la tau, puji sbb nk bagi gembira dulu. Tapi, at the end dia kata...tahniah, LULUS! Wuuhuu...pakat sorak la budak2 tu. And Tn Hj. dengan Encik Hisham Halim...tersengeh. Paling sengeh memanjang En Hisham la.... Kononnya dia nak 4 flat lulus, target dia, 95%. Dia ni memang mcm gitu, suka dia aje...hahaha. Tapi, alhamdullillah 90%. Mana ada company dpt more than 95%. Menurut En Lizuan kitaorg punya MPC consultant, pernah sekali ada satu company dpt 96%, but until now masih dipertikaikan. Sebab takkan ada yg dpt 95 and above, apatah lagi 100%. Maksudnya takkan ada yg perfect gitu...

Ok, enuf pasal 5S ni. Hari ni ada assembly bulanan. Dan menyanyi lagi lagu Negaraku. Peh tu, kek ada dua ari ni....satu birthday, satu 5S. Ari ni lak, Tn Hj. lama speechnya. Satu2 dia baca....isk. Dah la start lmbat. Katanya dia tk dpt msg...pdahal aku dh cakp smlm kat dia. Pkl 9.00 since dianya appointment batal, so, tak delah start lewat. Heeee...sabo je aku Tn Hj. ni. Tak pasei2 kami kena...kami tu, merangkumi, aku, kak zah seketeri dia and pn Sarina, boss aku. Isk..isk..katanya miscommunication, kitaorg tak sampaikan...ish.

So, hari ni...nak relaks sikit. Byk keje tertangguh benarnya. So, today nak tgk balik. Esok cutiiiiii! Yippie! TNB observe cuti public holiday yg fall on Saturday, akan diganti ke depan. Maksudnya ari Jumaat cuti! Dulu aku dengar company abg ipar aku je mcm tu. MISC, abg Syukri mmg selalu cam tu, sabtu public holiday, jumaat diaorg dh cuti. Now, dapat merasa...alhamdullillahhhhh..

Tapi yg best psl cuti Jumaat ni kan...ada lah org tu, salah pemahaman. Tula lelaki kan...suka dgr tak dgr je org pompuan cakap. Tak concentrate sgt...En zaidi tu, dia ingat smua org cuti ari Jumaat ni...hahahahaha. Siap dia call HR dia tanya...kekekekkekee. Org dh kata, companya kitaorg je lah...hahahahahahahaha, aku mmg nak gelak golek2..tp, tak buat je.

Cadangnya nak balik Sitiawan esok...yeahoooo!! Rindu kat mak abah, kampung halaman...ayam itik..eceh..mana ada itik pun haaa.. Tapi, sebelum tu, pagi kena settlekan pembayaran hutang2 ke bank2 berkenaan. Ada ke patut gaji aku byr pakai cek. Dah la tu...tk bgtau. Kitaorg ni terkocoh2 pi bukak account...mmg la diaorg ni. Tak pro langsung. Dh la tu...cek dpt ari Isnin...kena float 3 hari pulak tu. Heeee....tgk ari ni dh clear ke tak...geram..gerammmm

Yg paling tak best hari ni....MINYAK naik lagiiiiiiiiiii!!! uwaaa...banyak lak tu...ada ke patut? Uwaaaaaaaaa. Zaidi thinking of selling our car...tinggal satu, dia nak naik motor. Aku rasa mmg boleh sgt la tu....Tak kisahlah. InsyaAllah, rezki dari Allah....adalah tu nanti tu..dari sumber yang kita tak perasan dan tak tahu nanti tu...yg penting hidup kena penuh dengan keikhlasan!

Wokei..till then..

No comments: