Saturday, November 15, 2008

Sakit-sakit badan dan lutut, apa tandanya...

Minggu ni, agak pack jugaklah hari2 aku. Selasa, Rabu ada workshop..msk Khamis baru nak tgk kerja2. Byklah benda yg kena settle kan. Aku senaraikan semua...ada lah dekat 10 benda aku kena selesaikan. Next week, aku cadang amik cuti ari Isnin. Yelah...Tisya dah start cuti, tak pelah, teman dia sehari kat rmh. Aku pun mcm nak merehatkan diri kekdahnya. Tapi kalo tgk dlm planner utk minggu depan...hampir penuh jugalah hari2 yg ada dgn pelbagai perkara yg perlu di attend. Pheww...kerja di TSG ni mmg penuh betoi. Tapi, aku...alhamdullillah masih ok. Kdg2 tu mmg le rasa pressurenya, tapi 'tensi' nya masih boleh ditahannnn....buat masa inilah..risau bila kenangkan hari2 yg mendatang, eceh..ceh.

Kelab sukan TSG dah start balik liga2 perlawanan2 sukan. Hari Khamis, 13hb hari tu..start lawan bowling. Aku ni dh lama tak main...mmg idak le pandai main pun. Setakat baling or leretkan bola...pehtu, tah mana2 bola tu pi..kejap msk longkang, kejap tepat kena..kejap2 tu dh dekat2 nak kena, boleh dia melencong ke tepi..mmg tak berskil sungguh! hahahahha..

First time aku ke Pin Junction kat Cineleisure tu. Pusat bowling milik Shahlin Zulkifli, bowler Malaysia tu. Aku seperti biasa bawak Tisya. Zaidi ke pahang on that day. Aku dgn Nurul satu grup...so, kami ni gilir2 baling bola keras tu..still, tak banyak pun pin jatuh...kekekekeke, buat malu je kan. Jeles aku tgk2 diaorg yg lain. Fida, Kak Zah...hebat juga. Diaorg dh biasa agaknya. Every year, aktiviti sukan ni ada... Aku ni lak, mana pernah company2 yg aku pernah keje sebelum ni, ada aktiviti2 mcm ni..hmm, rezki aku lah kiranya utk merasai suasana bersukan ni..
Ada 3 game lak tu...jenuh juga le..masa tu rasa le lenguh2 dah kaki and tgn ni. Dah le esok nya sibuk ajak org main badminton...hehehe Dekat pukul 11 juga lah, game tak abis lagi. Dlm 10 minti ke sebelas tu, aku mintak diri dululah. Tisya pun esoknya sekolah...last day of school lak tu. Aku mmg tak bagi Tisya ponteng walau dh last2 hari sekolah. Yelah, kalo tak pi sekolah pun...dia nak duduk mana, bknnya aku dkt rumah pun. Elok lah pi sekolah...tak de ruginya.

Selain boling, badminton pun akan dipertandingkan. Dgrnya Selasa depan gamenya. Aku agak teruja juga nk main badminton ni. Memang dah lamaaaaaaaaaaa aku tak main. Sejak lepas belajar tu usah citerlah...then aku kena slip disc. Lepas that surgery, doktor tak bagi aktif main, katanya...jgn lompat2. Even berlari jogging pun tk boleh, sbb terentak2 kan. Hanya boleh breeze walk...isk. Tapi itupun tak buat..aku rasa tu yg buat aku makinlah bulat...adoiii.

But, aku rasa now dah ok kot.. Aku mmg tak berani nak main apa2, until lately bila balik kg ramai2, aktiviti sukan kami mmg badminton and ping pong. Bila tgk diaorg main..mmg le teringin. Aku pun cuba lah ping pong...then lama sikit baru aku try badminton. Rasa mcm ok...tak de rasa sakit dah. Hmm....it's almost 5 years after the surgery. Aku hrp dah sembuh sepenuhnya...insyaAllahh.

So, sehari sebelum smlm, aku sibuk mengajak yg pompuan2 kat TSG tu utk turun main badminton. Itupun sbb dgr diaorg buat court kat belakang kilang, dlm loading bay. So, tak yah lah nk kena ke luar. Convenient la juga... So, aku mmg dh lama kepinginnya. And aku pun nk bersukan yg benarnya. Memang aku rasa aku dh terlampau gemuknya. Tumit kanan aku masih sakit. Dh lama ni sakit, mau 3-4 bulan lepas. And aku pelik...tak tau sebab apa. Now, aku rasa tulang depan betis (panggil apa eh...hehe) aku dh mula rasa lenguh. Like kalo pijak kaki tu, esp masa naik tangga, aku rasa mcm tk kuat. Ish...jgnlah sakit yg bukan2. Sbb tk pernah2 aku kena camni...menurut doktor homeopati aku, katanya angin....but lama sgt anginnya. Masih tak de perubahan...I'm worried actually. If pegi jumpa doktor, sure kata sbb badan dh overweight. But seriously, berat aku tak le naik...maintain je spt biasa. Doktor ni kadang2 is not being helpful la... Asalkan kita ckp, kaki sakit or tumit sakit...and dia tgk kita ni gemuk, itu je lah alasannya. Geram betul...bkn bagi solution sgt. Suruh turunkan berat aje tau nya...senang sgt lah keje doktor mcm tu. Menyampah betul kdg tu. Kalo turunkan berat tu senang...mmg tak kisah lah. Now, sakitnya tgh ada...bagi lah ubat ke apa ke..cek lah betul2, dibuatnya sakit lain..heeeeeee...

Ok, enuf lepaskan kekesalan sekejap. Then, smlm aku main lah badminton...seronok betul rasanya. Awal2 main tu...aku main dgn Su. Su kata aku pukul bola lemah lembut katanya...alahai, lembutnya pukulan... Isk, aku mcm...ye ke? Patutlah aku tak terpilih masa sukan matriks dulu2 tu...hahahha. Sdgkan aku wakil sekolah dulu and wakil kolej masa tu. Hmm, mmg aku idakle terror beno pun....lebihnya dulu, kot aku tinggi and boleh le pukul2 shuttle tu. Tak kisahlah...aku rasa diaorg may be ramai yg terror. Sbb aktiviti tu selalu ada kat TSG. Sikit sebyk dh biasa main. Aku ni haaa...dh lah tak terror, peh tu...baper tahun eh dh tak main. Mau dekat 10 tahun dahh....isk...lama tuuu..

And.....this morning, adoiiiii...tumit aku makin sakit. Bila duduk ke, baring ke...nk start jalan tu, adoiiii...sakit betoi tumit ni. Then, ditambah lak, lutut2 aku ni haaa...tegang rasanya. Nak bend tu...ish..mcm org tua pun ya. Paling seksa, nak rukuk and sujud tuuu...kekekekek, teruk betoi kan. Well, itulah hasilnya....sekian lama 'manja'kan diri, peh tu baru nk 'dera'. Rasakan...

Aku harap, aku tak de masalah kesihatan yg lain...aku nak aktif balik bersukan ni. At least, aku suka main badminton...so, aku boleh aktif main balik. Dari buat aktiviti yg aku tak minat...like jogging ke..apa ke.. Tak boleh lah, aku rasa aku susah nk conceive pun, may be becoz of the weight. Kesian kan..

Period aku tak betul balik ke ni...suppose dh datang, but tak de until today. And not pregnant...hmmph *sigh*. Kalo ikut frust...mmg frust aje. But, now mcm dh biasa...sedih tu mmg sedih, tapi tk lah mengikut perasaan. Aku pegang satu je, belum masa nya lagi. Adalah sebabnya Allah takdirkan begitu... Mmg teringin nak jumpa doktor lagi and try IUI ke, or apa2 yg doktor suggest, tapi...aku tak begitu mendpt kerjasama. So, I guess...biarlah dulu. Ada rezki, ada lah...but doa takkan putus walau apa pun yg Allah turunkan. Now, aku on homeopathy medication. Dari bulan 8 tak silapnya sehingga ke hari ni... So, aku akan teruskan tanpa putus asa...insyaAllah.

Another good news for us this week, Tisya still no 1 in her class. Alhamdullillah..... Sepupunya pun sama. No. 1 in her class. But utk keseluruhan stdrd 1, cikgu kata masih tak tau kedudukannya. Tak kisahlah nombor tu...yg penting markah2 yg dia dpt utk subject2nya. Maths turun sikit dlm 93% , salah 3. Apa yg dia salah tu...mmg yang masa latihan dia agak confuse iaitu tang garisan nombor. Sains yg dia minat dia salah satu. Hehehe, dia silap buat 'lizard' kat forest bkn house. At first dah tulih betul kat ruangan house, boleh dia padam bubuh kat forest...sabo je lah.. No wonder lepas paper tu sains tu dia ada tanya aku...'ibu, lizard ada juga kat forest kan?' aku ni not knowing apa halnya, aku ckp ya lah. Rupanya dia dh jwb tu lah masa exam. Kakak aku kata, susah juga budak yg dh advance ni...kalo budak lain, ckp cicak, ingat kat rumah lah... Ini agaknya dia ingat, family lizard...biawak ke...sesumpah ke...yg ada kat hutan nun.. Aku pun terpikir, ya le agaknya tu.. Itulah, suka sgt tgk animal planet. Tisya...Tisya...

Sekolah agama, she's no 3. Yg ni aku puas hati, sebab semua markah dia naik, alhamdullillah..all 90+. Ada yang markah penuh. Keep it up baby! Aku bersyukur pada Allah...mungkin inilah hikmahnya, aku ada dia seorang. Dan yg Allah kurniakan ini...mungkin yg terbaik. Agaknya itulah timbal balik buat aku. Aku bersyukur sungguh2... Kami berdua bukanlah yang jenis, paksa dia study...kdg2 bila tgk dia main, mmg rasa nk marah. Suruh dia baca buku...tp bila nk suruh baca buku, mcm apa lah sgt buku dia nak baca..dia baru darjah 1. Teruk betul pulak rasanya, mak bapak sekrg kan...hehehe. Then...kami bersederhana sahaja.

Nk dekat exam hari tu, aku amik pendekatan suruh dia buat latihan. Buku2 latihan aku dah beli masa pesta buku hari tu. Masa tu, mmg offer...aku rasa mmg a good deal lah! Then...itulah yg aku guna. Malam2, ada juga aku suruh dia buat satu latihan. Tapi tak setiap malam pun...kdg dia tido awal, ibu pun tido sama..hahaha. Tp alhamdullillah dia kdg rajin buat sendiri. Terutama buku sains...itu yg habis semua dibuatnya. Tapi tisya ni ada malasnya juga....kdg tu, byk bersabar jugalah aku. Dia kalau bab buat homework teruk sungguh. Masa tu lah penat lah...hapa lah...geram aje aku. Mmg masa jumpa cikgu, komen diaorg about her work. Mmg kdg tu tak siap. Cikgu kata, dia mcm malas nk buat...aku pun naik risau. Then cikgu kata, or may be...dia dh tau..dia boring. Lagi la aku risauuuu..then cikgu dia yg ckp, dia ni tak payah tmbah apa2 lagi. Tak yah anta tuisyen ke apa ke...biar je dia ikut flow. Takut dia boring nanti... Mmg kami pun tak tau nak komen apa. Sbb tisya, bagi kawan2 aku yg dh kenal dia...dia ni plain aje. Tgk mcm ordinary girl je. Dengan malunya, dengan muka tak senyumnya, berat mulut kadang tu..so, tk nmpak lah dia ni outstanding. May be, she's special in her own style... Hmmph, tisya...tisya...

Ok, cukup setakat tu.. Aku bkn nak bangga or riak dgn Tisya, nauzubillah...but ingin berkongsi kebanggaan kami yg sedikit ni dengan semua kawan2. Hmm...dia baru je cium pipi aku ni, tiba2 je...lepas dia simpan congkak nya. Tadi dh beli 2 buah buku cerita utk dia. Cuti ni, aku suka dia membaca and aku pun dh janji nk pi bookshop dgn dia. Dpt lah 2 buah buku cerita, satu english, satu BM. Dia tgh baca yg english tu. And aku beli juga 2 buah buku citer utk Faiz dan Fatihah. Dua2 pun dpt keputusan yg cemerlang, hadiah daripada mak uda.

Ok, till here...

2 comments:

Hazelsyd said...

Wa,

aku happy wa baca entry nih.. aku happy for tisya..aku happy for both u and zaidi.. alhamdulillah di atas result dia.. harap2 dia keep it up..

and aku rasa apa pendekatan yg ko dah guna tu..mmg dah terbaik buat masa ni aku agaknya..and i can see that tisya is a bright child, dont worry yer..

ok wa..congrats again to u too for tisya's result!!

Tisya's said...

Hai,ni tisya.Tisya nak tanya ibu ibu sakit lagi ke?kalau sakit lagi bagi la tau tisya.Tisya pun tak tau tanda sakit-sakit badan dan kaki.Walau pun buku Magic Kitten yang ibu beli tu best ibu.Kalau ibu nak boleh la cuma tunggu sampai tisya habbis baca dulu ye.Ok antil over here saja.