Tuesday, November 25, 2008

What is actually Meningitis...

Ok, kawan-kawan...sori lambat update pasal meningitis ni.. Ok, here we are, I've got this from some link, if i'm not mistaken, UKM punya link..but, the typing error in that article, was worst..hehehe. But the info is important, right?

Let's read...

Meningitis merupakan infeksi pada bahagian membran yang melindungi otak dan saraf tunjang. Membran tersebut terdiri daripada 3 jenis iaitu:
• Dura matter
• Pia matter
• Aracnoid matter

Infeksi ini biasa berlaku di kalangan kanak-kanak, remaja dan orang muda. Ia juga merupakan penyakit yang sering berlaku di kalangan warga tua yang mempunyai penyakit kronik seperti kelemahan sistem imunisasi badan

Meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu,
1. Virus Meningitis - Jenis meningitis ini adalah lebih kerap dan ia tidak menyebabkan komplikasi yang serius. Bagi kes tertentu, meningitis boleh menyebabkan demam yang berterusan dan sawan.
2. Bakteria Meningitis
Jenis meningitis ini tidak begitu kerap tetapi ia boleh menyebabkan komplikasi yang agak serius. Maka bakteria meningitis ini perlu dirawat secepat mungkin untuk menghindari kerosakan yang serius di otak dan bagi merendahkan risiko kematian.

Contoh virus menyebabkan meningitis ialah enteroviruses Kedua-dua jenis meningitis di atas akan menunjukkan simptom yang sama, maka adalah penting bagi seseorang itu untuk membuat pemeriksaan doktor bagi menentukan jenis meningitis yang dialami. Terdapat 3 bakteria yang kebiasaannya menyebabkan meningitis iaitu Haemophilus Influenzae, Neisseria Meningitidiis atau Streptococcus Pneumoniae. Meningitis boleh disebabkan oleh organisma yang lain dan sesetengah ubat tetapi ini sangat jarang berlaku.

Meningitis adalah sejenis penyakit yang boleh merebak daripada seorang ke orang lain melalui
1) Batuk
2) Bersin
3) Pergaulan rapat

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan meningitis, iaitu bakteria virulence, imunisasi perumah, dan interaksi antara bakteria dan perumah tersebut.

-Bakteria memasuki perumah dan mula tersebar melalui darah
-Melalui darah, bakteria memasuki CSF -Antibodi perumah, bahan komplimen, sel darah putih di CSF menyebabkan pembahagian dan membiakan bakteria semakin banyak.

Dinding sel bacteria yang merangsang imunisasi perumah ini akan menyebabkan 3 komplikasi iaitu
1) BBB ( blood brain barrier) menjadi mudah ditembusi
2) Mengakibatkan cerebral edema
3) Bahan-bahan toksik menembusi BBB ke CSF

Kesemua perkara di atas akan menyebabkan tekanan dalam cranium menjadi tinggi dan seterusnya menyebabkan segala symptom yang dibincang tadi.

Simptom yang paling biasa dialami oleh remaja dan orang muda adalah seperti berikut :
Sakit leher yang terukØ
DemamØ
Sakit kepalaØ
MuntahØ
SawanØ
Hilang selera makanØ
KekeliruanØ
Sukar untuk tidurØ

Simptom adalah berbeza untuk bayi. Antara simptom yang kerap dialami oleh bayi adalah :
DemamØ
Mengantuk dan sentiasa menangisØ
Tidak mahu makanØ
MuntahØ

Di hospital bagi pesakit yang disyaki mengalami meningitis, ‘lumbar puncture' akan dilakukan. Prosedur ini adalah penting untuk mengesahkan jenis meningitis supaya rawatan antibiotik yang sewajarnya dapat diberikan.

Rawatan bagi meningitis boleh dibahagikan kepada 2 iaitu
1. Rawatan paliatif – tujuan rawatan ini adalah untuk mengurangkan sakit dan simptom pesakit. Contohnya, menasihatkan pesakit minum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi, antipirasi untuk mengurangkan demam

2. Rawatan antibiotic – tujuan rawatan ini adalah untuk bertindak terhadap bakteria tertentu dan mengurangkan komplikasi yang disebabkan oleh bakteria tersebut

Penyebaran meningitis boleh dielakkan dengan mempraktikan cara hidup yang bersih dan sihat. Antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah seperti :

1. Membasuh tangan dengan cara yang betul (antiseptic)
2. Menutup mulut dan hidung sewaktu hendak batuk atau bersin dengan mengunakan tisu
3. Tidak berkongsi straw,gelas,botol minuman, alat makanan dan batabg rokok dengan orang lain.
4. Menghalang seseorang itu daripada mencium bayi pada mulut
5. Lebih kerap menukar kain lampin bayi
6. Seseorang yang tinggal bersama dengan pesakit perlu menerima prerawatan seperti rifampin untuk mengelakan infeksi.
7. Menerima vaksin yang sepatutnya.

There guys...please, do take care ok? Eventhough, sakit itu ketentuan Allah...but, sebagai hambaNya, kita kena sentiasa berusaha mengekalkan kenikmatan yg Dia berikan..

*Hana...thanks for the comments..tu lah, aku tunggu je ko nya komen..rupanya tk boleh eh? hehehe..

No comments: