Saturday, August 30, 2008

Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Ramadan 1429H

Esok hari kemerdekaan bagi negaraku Malaysia. Yang ke 51. Cepat masa berlalu...rasanya baru je sambut yang ke 50. Banyak perubahan Malaysia, itu semua kita tak nafikan. Pembangunan yang pesat datang bersama pengaruh2 luar. Ada yang baik...dan ada juga sebaliknya. Dunia semakin mencabar...itu juga yang dijanjikan oleh Allah kan? Dunia semakin akhirnya, semakin luar biasa dugaannya. Semuanya termaktub dlm Al-Quran.

Apa2 pun aku bangga dengan Malaysia. Walau apapun keadaan politiknya, Malaysia berjaya menyerlahkan dirinya, walaupun ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan. Apa yang penting, agama masih dijunjung, bangsa masih dihormati dan negara masih dalam keadaan aman. Allah masih tidak menurunkan ujian2 yang berat ke atas negara kita. Mungkin kerana ramai yang beriman dan beringat..alhamdullillah. Namun kini sedikit sebanyak Malaysia telah diuji. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh mereka yang 'terleka', Allah telah tunjukkan. Semoga kita semua terlindung dari bencana besar...nauzubillah.

Ok, Ramadan yang mulia telah kembali menampakkan dirinya....alhamdullillah, kita masih bertemu dengan Ramadan kali ini, insyaAllahhhh... Tahun ini, 1 Ramadan 1429H jatuh tepat pada 1 September 2008. Tahun ini, harapnya aku dapat buat Terawih di surau. Macam tahun lepas, tak berkesempatan....sbb Tisya malam dh tido awal. Tapi, dapat juga buat sendiri di rumah....alhamdullillah. Harap mendapat keberkatan..

Malam ni, aku tinggal berdua dengan Tisya. Zaidi dari hari Rabu malam, dia ke Kenyir, memancing. Hmm...dia dah jumpa 'kaki' pancing nya. Well...in a way, i'm ok with it. Sebab itu hobby dia...eloklah dia beriadah mcm tu. Dari dia buat perkara2 yang tak berfaedah... Just that, aku riso...nanti addicted. Byk pengalaman org2 kaki pancing ni. Ada yang lupa keluarga dah...I'm not being negative thinker, tapi ada yang dah terkena...itu yang buat kita berjaga2. Nanti hari cuti aje...ada je plan sana sini pegi mancing. Sedangkan kita ni..byk hal yang perlu diisi. Harap dia beringat2..aminn. Cuma yang tak best dia ke kenyir ni, dh dekat bulan puasa. Dia akan balik esok...which aku pun tak tau..mlm ke, siang ke. Sebab dia kata sana....unreachable. Tak de line...doakan yang baik2 ajelah... Kan dah terlepas Terawih pertama...

Oklah, till then. Nak berehat2...

2 comments:

Unknown said...

Marhaban Yaa Ramadhan! Selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al Mubarak kepada Wa dan keluarga. Semoga ibadah kita ini diberkati dan diterima oleh Allah swt...amin.

cekputeh said...

Thanks mint...same to u!