Sunday, March 2, 2008

Kisah Hitea Seri Pacific and citer pagi Ahad


Semalam ada hitea dengan kekawan kamceng yang dikenali kerana meminati dua org budak yang baru nak menyanyi..kekeke, malu pulak nak sebut eh. Bukan apa...budak 2 org tu pun dah tak tau apa jadi...terutama yang seorang tuuuu. Rasanya kan...kena ada nama 'ikatan' or 'pakatan' baru ni. Ada cadangan nama yang sesuai tak kekawan?

Lapan orang pakatan diam-diam (credit to kl)


Tudung Ungu untuk Zura...dari kak na, hehe

Ok, yang datang semalam...seperti biasa memang muka-muka yang biasalah...atau pun sebenarnya tak boleh juga kata muka2 biasa, perkataan yang lebih tepat, yang memang akrab lah sebab sekepala dan sejiwa dan sebab tu close ya amat. Yang ada, kak liza, kak mona, mai UK (tapi dah tak duduk UK, duduk TM), kakna (tima kasih ye kakna tudung tu..*wink*)malu benarnya dengan kakna ni..dia tak pernah lupa buah tangan utk semua org. Hehehehe...bukan macam aku ni eh..ish, ish. Ada Suh (yang sure akan join if tak keje), Kak ima (yang dah lama tak jumpa)and diana (org kampung CT Datuk K). Diana tu tak sihat...risau betul tgk dia, pi cek diana, Dr. CP dah diagnose dah semalam kan..


Tiga - Diana, Kak Liza, Suh



Tiga - Kak Ima, Kak Mona, Kak Na

Dua - Mai & me


Hiitea semalam seperti biasa meriah tak hengat dunia walaupun 8 org je. Kak Ann yang bersemangat nak dtg dari awal...tak dpt dtg. Pakciknya meninggal, Al Fatihah utk pak cik Kak Ann. Tak de rezki kak Ann. Shikin pulak ada hal. Hmm..tak pelah, ada masa lagi...kita jumpa. Panjang umur hendaknya.


4 anak kandung, sorang anak tiri..hehe (credit to KL)

Dah ada gambar-gambar hitea, credit tu Kak Sweet mmmm..... Lepas ni kena lah belajar2 amik2 pics pegi memana. Utk blog...eceh. Macam2 citer kuar semalam. Semuanya penuh dengan hilai tawa. Dan pemenang hilaian tawa paling tinggi pic, siapa lagi kan...kekekeke.Tapi happy tengok kak liza...tak terjejas selepas di'guna'kan..hehehe..opps! Sori kl..but am glad to see you yesterday. We really enjoyed ourselves! Mula dari berebut penanda buku dari Manila yang KL bawak. Mai la...abih 'mary had a little lamb' org punya. Tapi apa2 pun...kitaorg dpt dua, kekekeke. Kan Mai kan...


Ni nak amik jugak I punya la tu...hehe

Lepas tu...hujan la pulak, so tak leh nak terus balik. Lepak kat lobi. Berposing la...berborak la. Then balik pi Shah Alam pulak. Tgk rumah baru Kak Mona. Wahhh...kak mona, cantiknya rumah. Tukar rumah nak? hehehee

Posing kat lobi...sakannn (credit to KL)


Sekali tgk mcm kat stesen ketapi pun ada.. (credit to KL)

Balik rumah dekat pukul 9 malam...huuu, suspen jugak kot ada 'org' sound ke apa...rupanya tak de. Ok je..fuhhh. Masa balik yang melambatkan tu, salah msk simpang nak ke NKVE. Termasuk ke Bukit Jelutong. Tak pasei2 amik angin malam di Bukit Jelutong. Last2 bukannya penunjuk arah utk Mai...Mai yang menunjuk arah akhirnya..haruuuu. Pehtu, sempat singgah One Utama lagi tu...Tisya la pulak merengek nak Pony. Suara dah nangisss...kang tak beli kang, terjangkit mood tak baik Tisya tu kat org lain la pulak kang.Adoiii...rosak bajet bulan ni. Heee...kenapalah minat pony yg mahei tu...uwaaaa! Terlalu memanjakan ke aku ni? Ish..kena pikir balik dalam2 ni.


Ok, itu kisah hitea smalam. Hari ni, pegi pasar dengan kakak. Kakak tu, tak de abg Shukri...kena la ke pasar. Ari ni ada lak si padli tu. Padli tu...adik lelaki paling kecik tetapi besar, hehehe. So, pergilah bertiga dan 2 kanak2 perempuan. Sapa lagi kan...Tisya and Atie. Masa nk pegi tu...wahhh kakak and Padli bersemangat ni bercerita pasei politik. Deme tu BN tegar tau...so, diam2 jgn bangkang apa2...kekekekeke. Yelah...darah Hj Ramly mengalir deras dlm urat2 tubuh badan anak2nya. Well, me...as usual, senyap je. Maleh la nak citer2 hal ni...smua orang ada flaws nya. Jgn mengutuk sesapa...lebih baik la senyap. Kan diam tu lebih baik. Org bijak2 ni...diam je. So, aku kira bijak la kan..hehehe

Ok, tghari kakak ajak pi kedai spek. Dah lama nak beli sunglasses katanya. Selalu bawak keter, mata dia pedih2 kena matahari...eceh..sian kakak aku tu. Dia ajak aku...sbb aku lebih tahu hal2 ni katanya...wahhh, kembang le semangkuk sekejap. End up...pi sana, cek mata Angah and Achik...rupanya si Achik yang dah rabun. Kitaorg suspect Angah sebab selalu sakit kepala. Rupanya cute boy kesayangan mak uda tu...si Faiz tu. Pakai spek nanti lagi cute mukanya. Ish..ish...anak angkat mak uda ni. Akhirnya kakak dpt lah sunglass nya yang sesuai betoi dgn dia. Aku..ingat nak le beli, 50% tu potongan...tapi..tak boleh lah sesuka ati kan...bajet tu ada. Dah le semlam terbang ke Pony..uwaaaa!

Lepas dari kedai spek...pi kedai buku. Cari buku latihan utk Tisya. Esok bermulalah ujian bulanan sekolah kebangsaan and sekolah agama. Well, this is my first ever ada anak yang akan sit for the test. Fuhh...so, petang dok mengajar dia lah. Alhamdullillah...dia suka buat smua tu. Harapnya anak ibu akan terus cemerlang...gemilang dan terbilang...ehhh...mcm biasa ku dengar je ni...hehehehhehehe


Ok, guys...it's time to sign off. Esok mula balik rutin hari sekolah dan bekerja. Bangun pagi pukul 5 lebih...iron baju, siap beg, prepare breakfast, kejut orang bangun...lepas dua2 pergi, kemas rumah, siap2...and pegi keje. My routine of the day.

Well, me and mine only....daaaaa











P/s, sorilah...kalo keadaan tulisan yang pelbagai ragam, budak baru belajar le katakan..

4 comments:

Hazelsyd said...

Salam cekputeh!

Nak tanya, cekputeh ni dari kampung mana? kampung seberang ke?? ish ish ishh jauh tu hahahaha..
Welcome to blogland... happy writing..

"dengan lafaz bismillah, saya merasmikan blog cekputeh ni" wahahahha

cekputeh said...

Salammmm Cek Syd...

Tima kasih atas 'perasmian' ni..dah send dh kat smua kekawan selepas Cek Syd rasmi..

Harass jgn tak harass tau...hehehe

SweetMM said...

Wei tak aku pun meng kuda kan org tu hehehe!

RinnTis said...

cp!! wah, dah ada blog! hehe.. tak sangka ada gambar tudung ungu utk zura.. ngeh ngeh ngeh.. akak ada gak ler tulis blog, tapi tak der bombastic mcm yang cp nih.. amboi amboi amboi.. sekali sekala jalan2 ler ke 'rumah' akak kat multiply
http://novelcinta.multiply.com
(Rinn's site)