Wednesday, March 26, 2008

Cerita yang masih tertangguh..

Muahahahahaha...lamanya tak update blog, lalalalala

Itulah, kalau nak ikut, bkn tak ada masa...ada. Tapi, dia sebenarnya macam ni..bila rasa nak update sgt..timing tak betul. Adalah perkara dan kerja2 yang berbangkit. Bila tak ada buat apa tu...mood nak update lak tak datang..hmmph. *sigh

Citer yang tertangguh ni sebenarnya dari kisah mengundi ke pilihanraya dan perkara2 yang berlaku selepas itu. Rasanya yang buat tertangguh lama tu..sbb nk update pasal pilihanraya. Memang pilihanraya kali ke 12 ni, sungguh2 mencatatkan sesuatu dalam sejarah Malaysia amnya dan sejarah BN khususnya.

Aku ni kira kali ke 3 mengundi. Tak pernah miss lagi la kiranya selepas mendaftar bila umur mengundi dah layak. Kali ni juga masih di tempat yang sama, Sekolah Keb Muhammad Saman, Pasir Panjang Laut. Memang kenal benarlah kiranya tmpat ni. Memang tmpat bermain2 walaupun bukan bersekolah di sini. Mak nya sekolah tadika pun sebelah sekolah ni. Pehtu, Fadly and Eda (adik2) semua sekolah sini. Sekolah kampung orang panggei...kitaorg 4 org yang di atas, sekolah bandar...ngeh..ngeh..ngeh..sekolah ACS Sitiawan.


Pondok SPR - tempat cek nama and amik nombor siri @ Sek Keb Muhd Saman

Pilihanraya kali ni, masih lagi mengekalkan calon dari MIC utk BN melawan parti PAS. So, boleh agakkan la kan..siapa menang bagi kawasan Pasir Panjang disebabkan tsunami yang melanda. So, I won't comment anything...memandangkan ia sensitif sbb ramai kawan-kawan dari pelbagai parti..betulkan? Utk parlimen, masih calon yang sama dari MCA melawan PKR. Parlimen, BN masih pegang lagi..but, majoriti berkurang sgt2.

Mak and abah memang ahli parti UMNO dari dulu dan kini. Masih memegang jawatan dalam parti. Aku menilai keduanya sebagai pejuang dan penyokong yang setia dan betul2 pure and truly penyokong. Orang2 generasi inilah yang masih dengan semangat perjuangan bangsa yang tk pernah padam. But, sad to say...orang2 mcm nilah yang dimanipulasi oleh orang2 atas yang berkepentingan. Tapi, mereka tetap dengan kesetiaan dlm perjuangan.

Masa keputusan pilihanraya hari tu..sedih pulak tengok mak abah. Nampak kesedihan dan kesayuan yang ketara. Hmm...tgk keadaan itu, buat aku terpikir. Bezanya generasi dulu berbanding generasi sekrang.Mungkin arah perjuangan sudah berbeza. Dulu, orang memperjuangkan hak dan mempertahankan agama dan bangsa, sekrang perjuangan lebih kepada mempertahankan kehidupan yang seterusnya.

Kita mungkin tak rasa apa yang diaorg rasa satu ketika dulu. Perit mereka lain dari perit yang kita lalui sekrang. Semangat perjuangan mereka lain dari semangat perjuangan kita sekarang. Kita tak rasa apa yang diaorg rasa..dan mungkin kerana itu, keputusan pilihanraya lalu tidak memberi impak kesedihan kesayuan ketara kepada kita. Kebanyakan dari kita ada yang merasa lega, kerana satu perubahan akan mula berlaku. Namun ada juga yang marah dengan smua ini kerana mengharapkan biarlah keadaan seperti sediakala sbb perubahan yang akan berlaku melibatkan banyak perkara yang kita dah sebati. Itulah manusia. Allah ciptakan kita penuh variasi dan citarasa.

Walauapa pun terjadi, kita masih perlu bersyukur kerana, Malaysia masih lagi aman. Walaupun impak besar berlaku...tapi kita takde bom mengebom. Kalau ikut negara yang bergolak tu, tak puas hati aje...dh lama berkecai smua orang. Harapnya kita janganlah smapai ke situ. Apa yang kita harapkan, hak orang Melayu masih dipertahankan dan yang paling penting AGAMA perlu dijunjung lebih tinggi!


Pondok PAS di depan sekolah tempat mengundi - uishh..pedih tu BN baca..kekeke


Poster di jambatan nak menghala ke sekolah - meriahhh..


Rumah abah...eh, ada terselit bendera PKR, hehehehe

Oklah enough about pilihanraya. Tak nak ulas banyak2...sbb banyak dah ulasan2 yang ada. Lagi satu..sbb dh 18 hari pun..lupaaa dah. Semangat yang ada pun, dah ilang..kekeke. Aku undi apa eh...? Opss..undi adalah rahsiaaaa.. Bila ada yang tanya, ada yang aku jawab betul, ada yang tak...apa2pun..biarlah ia jadi rahsia peribadi dengan alasan2 yang aku sendiri aje tau.

Petang lepas mengundi tu, kitaorg termasuk abang Mader sekeluarga, abang yang sekeluarga, Fadly pi main bowling kat PERNAMA dalam TLDM punya base. Wahh...best betul! Aku pun tengah 'bujang' kan. Zaidi masih di Banting. Sapa suruh balik Sitiawan esoknya. Dah lepas mengundi, balik je le ke Sitiawan. Tapi dia takut 'panas' je nanti bila tgk keputusan pilihanraya..sabo je aku. Tapi, family kitaorg oke aje...tk kisah lah apa ideologi apa2 pun. Masing2 tak la ekstrem walaupun kebanyakannya BN tegar..kekekeke

Rupanya dlm family kitaorg, ada rupanya bowler! Dienna anak abang Mader yang nombor 2 rupanya wakil Perak utk peringkat sekolah. Wahh wahh...member rupanya sebelum balik cuti, pi lawan kat Taiping. Hmm..tk sangka mak uda. Dia sekrang sekolah agama di Slim River. So, bila main...dia cerita, she's the only yg bertudung labuh. Siap t-shirt lengan panjang. Dia kata, selalu kena usik and perli dek budak2 laki. Hmm...itulah manusia kan. Yang pelik tu beragama yang sama, bangsa yang sama. Dok perli2..kata, tak tau la pulak budak sekolah agama main boling... Habis tu, yang main boling kena pompuan seksi2 ajelah ya dikk ooii...ish,ish..nampak sgt tak matangnya bebudak sekrang. Dienna kata, dia diam aje...well, elok lah Dienna. The more you speak, the more u look stupid..so elok beno diam. Buang kudrat je lawan2 cakap dengan org2 sebegitu.

Abang Mader rupanya tk pernah main..kekekeke. So, juara longkang is him la.. Aku kira oklah, hahaha..walau jauh di belakang Dienna, tapi compete dengan Darwis adik dia. Muahahahahaha...strike juga 3 kali, wooohooo!

Tapi memang we really enjoy ourselves! Best dapat kumpul2 camni and bergelak ketawa. Yang riuh kitaorg la kan. Orang lain dok tengok2..ate ke, kami paling ramai.


Super Bowl at PERNAMA, Lumut


Happy Girls - Dienna dengan adik2nya, Yati, Tisya, Nabila


Hmm...naperlah tak kena pin tu? - Fadly, Abang Mader, Abang Yang

Haaa...tengok la gambar ni, abang yang sulung is yang kecik sekali antara 3 tu. Hahaha...adik yang kecik jadi paling besar. Tapi semua tu, size keluarga Tok Yasin, sihat dan semangat!



Adha nak main sama ke? - Muhammad Adha, so far this is the youngest in Hj. Ramly's family.


Gaya wakil sekolah


Serius nya citer pasal bowling - Nur Dienna binti Mahadzir


Sibuk main


Lepak kat cafe

Habis je semua ni, the score, of coz la lead by Dienna. Tapi tak ingat dh baper kejatuhan pin dia..hehe

Ok, enuf utk posting kali ni. Akan bersambung lagi..

No comments: