Wednesday, September 17, 2008

SALAM NUZUL QURAN buat semua..

Hmm...hari ni Nuzul Quran, yang membawa maksud hari di mana Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Cuti umum pada hari ini tidak di sambut oleh seluruh negara, hanya setengah2 negeri sahaja, Termasuk Selangor, dan aku ni...selama 5 tahun tak bercuti pada Nuzul Quran sebab keje kat KL, but now...dapat cuti pada hari ni sbb dah keje kat Selangor..wuhuuu!
Ok, ini sedikit info tentang apa yang dikatakan Nuzul Quran tu. Sebagai manusia biasa, terkadang kita terambil mudah perkara untuk memahami sepenuhnya sesuatu perkara. Kadang kita ni sebut aje...dan kita hanya tau, hari yang diturunkan Al Quran. Tapi itupun Alhamdullillah tahuuu... Itulah kita manusia biasa, terkadang terleka. So, ini info dipetik dari internet.
"Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran:
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
"Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir(berperingkat atas sebab penurunannya), pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani."
"Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir."
Cuti hari ni...aku gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan rumahtangga. Gitulah, bila jadi 'surirumah berkerjaya' ni... Boleh pulak lah mata ni, bila hari cuti tak mo pulak dia ngantuk2 and susahnya nak bukak macam bila hari keje. Bila hari keje tu, rasa nk tidooooo je... Pagi tadi, tak mo pulaklah, and end up aku lepas subuh dok mengadap pc dulu...hehehe, update facebook tu. Selesai dlm pkl 8, aku pun memulakan tugas. Mula dok mengemeh almari yang agak 'memalukan' ....hahahahhaa. Susunan dah tak macam susunan..nasib le encik Zaidi tak komen apa, kakakka. Dia pun tau kot...tak de masa sgt nak belek almari tu. Or..patutnya dia buat le kan, apa ke salahnya...tapi bertuahhhh.....hehehe
Then, mengemeh rumah, sapu sampah, habuk. Nasib le rumah tak sepah sangat. Sebab baru je kemas weekend lalu...so, semua masih in order. Then basuh kain....fuhh, penuh bakul baju kotor tu. Hmmm...sebabnya, lubang air masih tersumbat, so kalo nk basuh kena salurkan paip air washing machine tu ke luar, and kena bukak pintu. Selalu aku membasuh pagi...so, sekarang ni nak bukak pintu pagi2 ni...dah tak boleh dah. Takuuuuut nyamukkkkkk masuk...kan ke si aedes tu berkeliaran waktu pagi2 and remang2 senja... So, end up, baju penuh. Aku pun sbb teringat hari ni cuti...so tangguh la segala pembasuhan utk hari ni.
Hari ni pun panas...dah tak berapa hujan sgt dah. Hujan tak tentu masa sekarang. So, hari panasssss sgt tghari tadi. Aku kuar sekejap pi beli barang...ada la budak kecik nak makan nasik ayam katanya berbuka nanti. Siap nak kuih sagu berkuah susu cair and air gula merah tu... Nasib le senang buat or ibu nya tahu buat yang tu...hehehe. Disebabkan hari panas, kain smua kering...alhamdullillahhhh. Jadinya laundry semua selesai. Masa tunggu berbuka, aku melipat kain yang dah jadi mini bukit atas katil tisya tu. Malam pulak sambung lagi melipat kain yang dah kering tadi...phewwwww...itulah tugas isteri dan ibu. Harap mendapat pahala di kemudian hari...aminnn. Selesai semua...so, inilah tugas aku, mengupdate blog.
Ok, itu citer hari ni. Semalam aku bawak Tisya pi follow up check up dengan paed dia kat Dmansara Specialist. Aku msk ofis dulu pagi tu, dlm pkl 9 baru amik Tisya kat rmh kakak. Letak dia kat rmh kakak sekejap. Met Zaidi at DSH tu sbb dia nak pas GL ofis dia. Alhamdullillah....company dia cover smpai utk fllw up sekali. Masa tunggu ni pun satu hal....dlm 9.40 aku sampe. Tungguuuuuu dekat pkl 11 lebih baru kena panggei. Adoiii... Dlm 9.45 camtu nampak doktor dh msk. But then , nmpak a few ppl masuk bilik dia. Agaknya ada meeting la kot. Around 11 baru kuar. Dah le patient Dr Azizi ni ramai. Semua org dah restless dah... Tapi, Alhamdullillah, nama Tisya dia panggei dulu. May be sebb Tisya, fllw up check up. Fuhh..lega gue. Tapi itule...tunggu berejam, jumpa dia tak sampe 10 minit pun. Hmmph...sabo je le. Alhamdullillah, Tisya tak de apa dah... Dia pun bkn duduk diam. Bila ckp kat doktor Tisya baik je, terus puasa penuh. Doktor pun suka mendengonya....alhamdullillah katanya. Tapi...elok kuar dari bilik doktor tu...terus ckp, lapar. Aku pun bising le...ate ke, masa sahur makan roti sapu tuna je... kononnya tak nak makan nasik. Haaa, rasakan.. Akhirnya, smlm lebur le puasa utk satu hari...hmmm, tak pe lah. Dia berjaya puasa tu, dah syukur seribu rahmat.
Hari Sabtu, 13 Sept baru ni...aku bukak poser dengan kawan sekolah JENAN. Aku memang dh lama cari diaorg ni. Memang lah facebook tu benar2 membantu. Bila aku join facebook tu, terus dpt di contact oleh kekwn Jenan. Sebenarnya dunia ni kecik aje. Balik2 kawan yg sama...dari situ circle tu membesar... Eline my ex Jenan kenal Ina, my best fren's twin. Diaorg sama UUM. So, from the list...dari situ lah bermula. Lama tak jumpa diaorg...well to tell the truth, aku byk yang aku dh lupa nama, terutama budak lelaki. Yang perempuan masih ingat lagi... And, yg ketaranya adalah perubahan2 fizikal kat smua termasuk aku ni, usah cakap le...hahahaha. Semua terkejut le tgk aku yang semakin comei....hehehe.
Oklah, nanti aku sambung lagi...nk kena tido dah ni. Esok, nak bgn sahur lagi...ok, chau cin chau..
Waktu berbuka hari pertama Tisya berpuasa..
Tisya: Heee...kena cepat makan ni, nanti tak sempat..
Ibu: Tak sempat? kenapa pulak?
Tisya: Ye la, nanti azan dh tak boleh makan...
Ibu: Eh, azan bila pulak?
Tisya: Yela nanti masuk Isyak, dah tak boleh makan..
Ibu: Ehhh...tak lah...ini boleh makan sampai waktu subuh nanti.
Tisya: Ye ke ibu? takkan lah boleh makan sampai midnite?
Ibu: Iyeeee...
Tisya: betul ke ibu...
Ibu: Betullll......*sambil garu kepala*

No comments: