Wednesday, September 17, 2008

SALAM NUZUL QURAN buat semua..

Hmm...hari ni Nuzul Quran, yang membawa maksud hari di mana Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. Cuti umum pada hari ini tidak di sambut oleh seluruh negara, hanya setengah2 negeri sahaja, Termasuk Selangor, dan aku ni...selama 5 tahun tak bercuti pada Nuzul Quran sebab keje kat KL, but now...dapat cuti pada hari ni sbb dah keje kat Selangor..wuhuuu!
Ok, ini sedikit info tentang apa yang dikatakan Nuzul Quran tu. Sebagai manusia biasa, terkadang kita terambil mudah perkara untuk memahami sepenuhnya sesuatu perkara. Kadang kita ni sebut aje...dan kita hanya tau, hari yang diturunkan Al Quran. Tapi itupun Alhamdullillah tahuuu... Itulah kita manusia biasa, terkadang terleka. So, ini info dipetik dari internet.
"Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran.

Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran:
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.

‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
"Allah SWT telah menurunkan Al-Quran sebagai satu mukjizat yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, dan kewujudan Allah SWT dengan segala sifat-sifat kesempurnaannya. Membaca Al-Quran serta menghayati dan mengamalkannya adalah satu ibadat. Ia merupakan satu kitab panduan hidup manusia dan rujukan utama di samping sunnah Rasulullah. Al-Quran dinukilkan kepada kita secara mutawatir(berperingkat atas sebab penurunannya), pasti dan qat’i dan ditulis mashaf yang hari ini lebih dikenali sebagai mashaf ‘Uthmani."
"Daripada segi bahasa, perkataan ‘Nuzul’ bererti menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi. Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’. Sebenarnya penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir."
Cuti hari ni...aku gunakan sepenuhnya untuk menyelesaikan urusan rumahtangga. Gitulah, bila jadi 'surirumah berkerjaya' ni... Boleh pulak lah mata ni, bila hari cuti tak mo pulak dia ngantuk2 and susahnya nak bukak macam bila hari keje. Bila hari keje tu, rasa nk tidooooo je... Pagi tadi, tak mo pulaklah, and end up aku lepas subuh dok mengadap pc dulu...hehehe, update facebook tu. Selesai dlm pkl 8, aku pun memulakan tugas. Mula dok mengemeh almari yang agak 'memalukan' ....hahahahhaa. Susunan dah tak macam susunan..nasib le encik Zaidi tak komen apa, kakakka. Dia pun tau kot...tak de masa sgt nak belek almari tu. Or..patutnya dia buat le kan, apa ke salahnya...tapi bertuahhhh.....hehehe
Then, mengemeh rumah, sapu sampah, habuk. Nasib le rumah tak sepah sangat. Sebab baru je kemas weekend lalu...so, semua masih in order. Then basuh kain....fuhh, penuh bakul baju kotor tu. Hmmm...sebabnya, lubang air masih tersumbat, so kalo nk basuh kena salurkan paip air washing machine tu ke luar, and kena bukak pintu. Selalu aku membasuh pagi...so, sekarang ni nak bukak pintu pagi2 ni...dah tak boleh dah. Takuuuuut nyamukkkkkk masuk...kan ke si aedes tu berkeliaran waktu pagi2 and remang2 senja... So, end up, baju penuh. Aku pun sbb teringat hari ni cuti...so tangguh la segala pembasuhan utk hari ni.
Hari ni pun panas...dah tak berapa hujan sgt dah. Hujan tak tentu masa sekarang. So, hari panasssss sgt tghari tadi. Aku kuar sekejap pi beli barang...ada la budak kecik nak makan nasik ayam katanya berbuka nanti. Siap nak kuih sagu berkuah susu cair and air gula merah tu... Nasib le senang buat or ibu nya tahu buat yang tu...hehehe. Disebabkan hari panas, kain smua kering...alhamdullillahhhh. Jadinya laundry semua selesai. Masa tunggu berbuka, aku melipat kain yang dah jadi mini bukit atas katil tisya tu. Malam pulak sambung lagi melipat kain yang dah kering tadi...phewwwww...itulah tugas isteri dan ibu. Harap mendapat pahala di kemudian hari...aminnn. Selesai semua...so, inilah tugas aku, mengupdate blog.
Ok, itu citer hari ni. Semalam aku bawak Tisya pi follow up check up dengan paed dia kat Dmansara Specialist. Aku msk ofis dulu pagi tu, dlm pkl 9 baru amik Tisya kat rmh kakak. Letak dia kat rmh kakak sekejap. Met Zaidi at DSH tu sbb dia nak pas GL ofis dia. Alhamdullillah....company dia cover smpai utk fllw up sekali. Masa tunggu ni pun satu hal....dlm 9.40 aku sampe. Tungguuuuuu dekat pkl 11 lebih baru kena panggei. Adoiii... Dlm 9.45 camtu nampak doktor dh msk. But then , nmpak a few ppl masuk bilik dia. Agaknya ada meeting la kot. Around 11 baru kuar. Dah le patient Dr Azizi ni ramai. Semua org dah restless dah... Tapi, Alhamdullillah, nama Tisya dia panggei dulu. May be sebb Tisya, fllw up check up. Fuhh..lega gue. Tapi itule...tunggu berejam, jumpa dia tak sampe 10 minit pun. Hmmph...sabo je le. Alhamdullillah, Tisya tak de apa dah... Dia pun bkn duduk diam. Bila ckp kat doktor Tisya baik je, terus puasa penuh. Doktor pun suka mendengonya....alhamdullillah katanya. Tapi...elok kuar dari bilik doktor tu...terus ckp, lapar. Aku pun bising le...ate ke, masa sahur makan roti sapu tuna je... kononnya tak nak makan nasik. Haaa, rasakan.. Akhirnya, smlm lebur le puasa utk satu hari...hmmm, tak pe lah. Dia berjaya puasa tu, dah syukur seribu rahmat.
Hari Sabtu, 13 Sept baru ni...aku bukak poser dengan kawan sekolah JENAN. Aku memang dh lama cari diaorg ni. Memang lah facebook tu benar2 membantu. Bila aku join facebook tu, terus dpt di contact oleh kekwn Jenan. Sebenarnya dunia ni kecik aje. Balik2 kawan yg sama...dari situ circle tu membesar... Eline my ex Jenan kenal Ina, my best fren's twin. Diaorg sama UUM. So, from the list...dari situ lah bermula. Lama tak jumpa diaorg...well to tell the truth, aku byk yang aku dh lupa nama, terutama budak lelaki. Yang perempuan masih ingat lagi... And, yg ketaranya adalah perubahan2 fizikal kat smua termasuk aku ni, usah cakap le...hahahaha. Semua terkejut le tgk aku yang semakin comei....hehehe.
Oklah, nanti aku sambung lagi...nk kena tido dah ni. Esok, nak bgn sahur lagi...ok, chau cin chau..
Waktu berbuka hari pertama Tisya berpuasa..
Tisya: Heee...kena cepat makan ni, nanti tak sempat..
Ibu: Tak sempat? kenapa pulak?
Tisya: Ye la, nanti azan dh tak boleh makan...
Ibu: Eh, azan bila pulak?
Tisya: Yela nanti masuk Isyak, dah tak boleh makan..
Ibu: Ehhh...tak lah...ini boleh makan sampai waktu subuh nanti.
Tisya: Ye ke ibu? takkan lah boleh makan sampai midnite?
Ibu: Iyeeee...
Tisya: betul ke ibu...
Ibu: Betullll......*sambil garu kepala*

Wednesday, September 10, 2008

We've been tested in this holy month of Ramadan

Akhirnya, demam Tisya terjawab sudah puncanya. Tisya kena denggi...hmmm sesuatu yang aku mintak banyak2 pada Allah supaya dielakkan dari penyakit tu. Tapi, jika sudah tertulis ujianNya, kita tetap akan melaluinya. Yang penting....laluinya dengan penuh keredhoan. InsyaAllah...

Actually, masuk hari Khamis tu, demamnya dah surut. Tapi badannya masih suam2... But, dia mula tak mo makan. Selera makan dah tak de... Jenuh aku paksa. Then she keep complaining pening...pening. Aku ni bebel juga, aku kata sbb tak makan then tu sbb pening...ish, itulah kitakan. Tak sabar....hmm, sedangkan ujian ni Allah turunkan utk kita bersabar.

Then on Friday - 5 Sept, kami terpaksa kerja. Sbb zaidi dah 2 hari cuti, aku lak...on the day tu..aku kena siapkan report utk satu anugerah Kualiti. So, dia duduk rmh kakak...and aku mmg dh apply for half day leave. Kira duduk rmh kakak separuh hari. Badannya tak panas sgt...but her look, nampak lesu, lemah. Mata bengkak. And dia tidur je...mcm penat.

Malamnya, dia kata dia nak puasa esok.. Aku pun ok je. And she tido awal. Nmpk penatnya. Dia pun dah batuk. So, kitaorg pun rasa betul la agaknya tu, dia kena viral fever like the doctor said. Heee...geram juga ingatkan doktor panel zaidi tu. Sbb dia tak advise pi hospital to do blood test. Katanya nanti budak trauma... Dia kata may be viral...itu yang berlarutan sehingga seminggu Tisya tak sihat. Ya Allah, syukur tak de apa2... Menurut Doktor Paedtrician Tisya, if demam 3 hari berterusan, hari ke 4 dh kena blood test. Dengue is dangerous to children, katanya...hmmm...aku bertawakal aje.

Masa bgn sahur pagi sabtu, 6 Sept tu baru le aku nmpk rashes kat tgnnya, merah... Aku pernah kena denggi masa tahun ke3 kat UPM dulu, so aku kenei beno le rashes denggi tu...mcm jumpa kawan lama lagaknya...hehe. Aku pun, apa lagi.....Ya Allah, Sya...memang kamu kena denggi ni Sya.... Dalam hati hanya Allah yang tahu. peh tu dia nk makan...aku suap je...dia terus muntah. Hmm...sah la denggi. The vomitting is one of the symptom. Rashes tu kira last punya tanda....hmmmph...*sigh

Pagi tu kami terus ke panel klinik tu balik...haaaa, bila tjk rashes, baru doktor tu tak ckp apa...terus je 'i refer you to hospital'...huh! But dia ckp juga....but, she's recovering... Then kitaoreg terus ke Damansara Specialist. Itulah hospital yang terdekat. Alhamdullillah, PNS cover anak... Waiting for the Tropicana Medical Center depan ni bukak je. Laaaaaaaagggiiiiiii dekat ya amat....hehehe, harap PNS cover la ya... Aku pulak, panel hospital is Hospital Pusrawi yang kat KL tu, hmmm....jauhnyaaaa.

So, she was admitted on the day itself...terus masuk drip. And while waiting for the room, dia tidur nyenyak kat emergency tu...hati ibu, sayuuuu aje. Aku berdoa semoga ini ujian yang akan menguatkan lagi keimanan kami. Actually the doctor tu kata, ada 2 options, whether I'm taking her back home and come again tomorrow to do again the blood test. Or admitted. But he advised to admitted, because budak kecik. Kena monitor closely. Aku pun pikir...biar kat hospital, at least kita akan rasa 'in the safe hands'. Aku nak paksa dia minum pun satu hal...baik la terus je drip tu...phewww.. Dia pun nmpk weak. The doctor kata, denggi memang meletihkan badan. Ubatnya hanyalah, air dan rehat itu aje....no remedy, no vaksin to prevent also. Air is the ubat yang paling bagus utk denggi.

Tapi, alhamdullillah....masa admitted, she memang positif denggi but the platlet is not at dangerous level, 137. Orang kata buat sup ketamm....esoknya Ahad aku balik sekejap..sempat aku msk sup ketam tu. Alhamdulllillah, Tisya masa hari Ahad tu, dia dh mula berselera. Masa bawakkan sup ketam tu...dia hirup bayk...aku legaaaa. Sudahnya, hari Isnin tu....platlet dia naik ke 289. Doktor actually riso juga shoot up tinggi. Tu dia suruh stay one more nite utk monitor lagi kestabilan darah tisya tu. Alhamdullillah....smlm, Tisya discharge. Actually hari Ahad, dia dh nampk improve. Doktor pun ckp....nampak jernih dh muka. Alhamdullillah...

Itulah, rentetan dugaan kami bertiga. Alhamdullillah, ari ni dia start puasa... Penuh puasanya, tadi habis nasi ayamnya, donut seketul. Esok dia nk ke sekolah agama ptg. Nasib la pulak, sekolah kebangsaan tgh UPSR. And budak darjah 1 cuti utk 3 hari, 9, 10, 11. So, katanya dia nak pegi sekolah hari Jumaat ni. Tapi kalo ikut doktor bagi mc utk dia...sampai Jumaat ni. Nanti kena fllw up lagi next week. Phewww....

Apa2 pun....aku bersyukur, segalanya telah selesai. Cuma doktor suruh jaga betul2...takut kena lagi. Itula...apa yang mampu kita lakukan melainkan doa dan tawakal pada Allah. Tak mampu kita nak halang nyamuk dari gigit dia, cuma apa yang penting, keyakinan pada Allah dalam membaca doa utk dielak dari penyakit2 ini.

Ok, itu je buat masa ni....nanti kita sambung lagi!

Kakak - wa tau kakak tak baca blog wa ni, tapi wa mendoakan kesejahteraan kakak sekeluarg dunia akhirat. Hanya Allah dpt membalasnya. She's the one and only my big sister. She always there for me....thanks kak!
Mint - thanks ya...susah2 mint dtg dari Shah Alam. Memang mcm keluarga sendiri.
Teng - thank you ms teng....you're such a good friend. Memang i wont get any non-muslim friend as good as you.
Rose - terima kasih sgt2....tau tu, rindu kat kzra tu..hehehe
Kak Jem - suka dpt jumpa kjem. Rasa mcm jumpa kakak yg dh lama tk jumpa..hehehe. Cun hari tu, berbaju hijau. Baru le nmpk opah cun....ala2 style muslimah tu.
To others - thanks for the wishes and pray. Berkat doa semua, Tisya getting better.

Tisya is such a lucky girl! Thank you Allah...

Wednesday, September 3, 2008

Our 8th Anniversary and Tisya's 7th birthday!

Today is our 8th anniversary and fall on the same date is our cutie patootie, Tisya's 7th birthday. But, this time...we're not so celebrating. Tisya is not feeling well, she's having high fever since Sunday, 31st August. Really make us not in the mood of celebrating. Pity her...my poor little princess.

Lagi pun bulan puasa, nak celebrate pun...tak de apa sgt. Ingat nak beli kek utk dia je...tp tgk dia tak sihat2...aku lebih pada susah ati. Even our anniversary pun, mcm tak ade apa je..

Susah hati dgn Tisya ni...demam kali ni, mcm lama. Then, temp tak berapa turun.... Kesian tgk dia. Mata berair, merah...nampak tak sihatnya. Smlm dh mcm ok..after pi klinik for 2nd time. But then pagi tadi, masa nak bgn sahur tu, rasa bdn dia panas balik...aduhhhh... So, today, Zaidi pulak take emergency and taking care of her. Balik ptg tadi, dia tgh nangis kena makan ubat. Heee...tak tau la dia ni, dari smlm..teruk beno nak makan ubat. Padahal sebelum ni...ok je. Menguji kesabaran sungguh. May be dia pun tak lalu nak makan ubat tu dah....sian anak ibu. Tak sempat poser lagi, sekolah pun tak pegi dah 2 hari. Esok tak tau lagi....aduhh..ibu benar2 susah ati..

Semua ni dugaan buat kami bagi Ramadan tahun ini. Memang menguji kesabaran. Sedih, risau, kesian, geram, ...smuanya bercampur2 dalam hati aku ni. Aku harap dia sihat la sepenuhnya...dan dihindar dari penyakit2 yang membahayakan. If setakat viral fever...tak pelah, aku redho melaluinya...jgnlah apa2 penyakit yang membahayakan..aminnn.

Hari ni, panggil bibik utk kemas rumah. Memangla rmh bersih abih...terutama dapur. Aku kena serang lagi dengan anai2. Hmm...bila dh start ada, aku rasa mmg dia dh bersarang dlm kabinet tu...adoii....nak bukak semua balik, duit lagii..mana nak carik ni...fening aku...

Tiba, balik petang ni...sibuk nk msk berbuka, boleh la pulak lubang sinki tersumbat! Bukan lubang singki dkt singki...it;s actually lubang yng tempat keluar smua air2 dari singki... Aku pun tak paham kenapa lubang tu ada dlm rmh aku kat dapur tu... Kalo tgk mmg mcm saluran dari semua rumah yang kat atas. BIla sumbat....abih la dapur aku. Dh la tu bukan air bersih...adoiii..aku tak dpt ckp apa dah.. Zaidi berusaha juga dia nk jolok smua..siap bukak lubang kat belah luar..but to no avail org kata. Dulu dh pernah jadi, kami panggil plumber...mmg la dia pam smua, kena RM300. Rupanya itu keje maintenance ofis..udah, nak claim mmg le susah...dia tolak maintenance fee. Huh, kalo tau tak yah susah2 de...geram haku. Maintenance ofis sini dah le boleh dikategori...hampeh juga le...hmmph, dugaan smua ni. Sabo..sabo..

Dlm keadaan camni, aku membasuh pinggan dlm bilik air...kesian betoi. Mcm balik dari sungai je membasuh pinggan...dok angkut2...ish..ish. Memang dugaan buat kami di bulan poser ni. Alhamdullillah, kami berdua mcm....tak ckp byk...like, sabo je lahhh.....

May be this 'hadiah' buat kami utk ulangtahun ke 8. Ada lah hikmahnya tu...menguji kesabaran dan keimanan. Yela...kehidupan ni masih panjang, walaupun sebenarnya kita tak tau sepanjng mana or sependek mana. But...di sepanjang perjalanan tu, sabar dan iman adalah antaranya yg perlu ada dlm diri.

Apa2pun...3 September tetap menjadi hari kenangan buat kami. Tarikh tu penuh bermakna kerana Allah kurniakan ianya utk 2 celebrations dlm hidup kami. Tarikh yang paling istimewa!

3 September, Happy Anniversary Wa and Zaidi, Happy Birthday Tisya!

Doakan kesihatan Tisya dan kebahagiaan dunia akhirat buat kami ya kekawan...thanks!

To my dear friend cum sister, Mint...thank u for the special post in ur blog! Thanks for the sunflower with the 2 bears. Hmm...u never missed the date, how i appreciate it! Love you mint! thank for being a good, great and amazing friend! (pegilah ke blog dia kat list sebelah ni...)

Ija, thanks for the wish! Doakan yag baik2 ye Ja... tup tap tup tap...dh 8 tahun kan Ja. 8 tahun yang penuh dengan warna warni....*wink

Rose...tima kasih wish. Sama utk kekawan yg lain...thank u!

Saturday, August 30, 2008

Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Ramadan 1429H

Esok hari kemerdekaan bagi negaraku Malaysia. Yang ke 51. Cepat masa berlalu...rasanya baru je sambut yang ke 50. Banyak perubahan Malaysia, itu semua kita tak nafikan. Pembangunan yang pesat datang bersama pengaruh2 luar. Ada yang baik...dan ada juga sebaliknya. Dunia semakin mencabar...itu juga yang dijanjikan oleh Allah kan? Dunia semakin akhirnya, semakin luar biasa dugaannya. Semuanya termaktub dlm Al-Quran.

Apa2 pun aku bangga dengan Malaysia. Walau apapun keadaan politiknya, Malaysia berjaya menyerlahkan dirinya, walaupun ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan. Apa yang penting, agama masih dijunjung, bangsa masih dihormati dan negara masih dalam keadaan aman. Allah masih tidak menurunkan ujian2 yang berat ke atas negara kita. Mungkin kerana ramai yang beriman dan beringat..alhamdullillah. Namun kini sedikit sebanyak Malaysia telah diuji. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh mereka yang 'terleka', Allah telah tunjukkan. Semoga kita semua terlindung dari bencana besar...nauzubillah.

Ok, Ramadan yang mulia telah kembali menampakkan dirinya....alhamdullillah, kita masih bertemu dengan Ramadan kali ini, insyaAllahhhh... Tahun ini, 1 Ramadan 1429H jatuh tepat pada 1 September 2008. Tahun ini, harapnya aku dapat buat Terawih di surau. Macam tahun lepas, tak berkesempatan....sbb Tisya malam dh tido awal. Tapi, dapat juga buat sendiri di rumah....alhamdullillah. Harap mendapat keberkatan..

Malam ni, aku tinggal berdua dengan Tisya. Zaidi dari hari Rabu malam, dia ke Kenyir, memancing. Hmm...dia dah jumpa 'kaki' pancing nya. Well...in a way, i'm ok with it. Sebab itu hobby dia...eloklah dia beriadah mcm tu. Dari dia buat perkara2 yang tak berfaedah... Just that, aku riso...nanti addicted. Byk pengalaman org2 kaki pancing ni. Ada yang lupa keluarga dah...I'm not being negative thinker, tapi ada yang dah terkena...itu yang buat kita berjaga2. Nanti hari cuti aje...ada je plan sana sini pegi mancing. Sedangkan kita ni..byk hal yang perlu diisi. Harap dia beringat2..aminn. Cuma yang tak best dia ke kenyir ni, dh dekat bulan puasa. Dia akan balik esok...which aku pun tak tau..mlm ke, siang ke. Sebab dia kata sana....unreachable. Tak de line...doakan yang baik2 ajelah... Kan dah terlepas Terawih pertama...

Oklah, till then. Nak berehat2...

Tuesday, August 19, 2008

Sambungan wedding @ Saujana Utama

Ok, bersambung...



Muka dua org flower girl...tgk le tu, tak mo berdiri rapat...


Tak sempat snap masa diaorg kat pintu...keadaan mcm kelam kabut. Flower girl tk smpat prepare....tak paham temannn.. Nasib la sempat snap masa nk msk ni...



Nampak sikit muka Fatihah..


Floer girl mcm kena paksa je...hahahhaha

Tisya, tah apa kena...susah beno nak senyum...nervous agaknya...kekeke



Flower girl sorang lagi tu, tk sempat sampai masa pengantin sampai tadi...dh naik pelamin, baru diaorg ada...hmmm...agak kelam kabut sikit tadi. Sebenarnya bersanding tu di cepatkan, sbb Nadia, adik pengantin tu yg jadi pengapit tu ada exam at 2.30pm. So, bersanding dicepatkan ke 12.30...ate ke mana tak kelam kelibutnya...


Mak tengah menepung tawar...hehehe, 'Chor' pengantin. Tunjuk gambo mak ajelah, ada yg lain, tapi tak berkenaan...kekeke

Ada kugiran you....uish, tapi very entertaining! Terutama yang pony tail tu, yg main gendang tu...siap menari2 dia...ceria betoii mamat ni...

Masa potong kek..
Suap...acara wajib..


Ni gambo kami...hehehe, my younger sister dengan anaknya Iman, yg tudung pink hitam tu my niece, Yatie..kitaorg pun ceria gitu..

Me and my flower girl...


Ok, setakat tu je review nya...tu lah, pemalas. Kalau on the day update..sure byk reviewnyaaa...adoii..kekeke





Monday, August 18, 2008

Nikah ceremony on 8.8.08 and wedding!

Hmm...tarikh, 080808 ni...ramai yg pilih utk bernikah kan? Termasuk lah my cousin. Hari ni juga tarikh sukan Olimpik di Beijing bermula. Tau ajelah cina ni dengan kepercayaannya utk nombor 8 ni...manyak ongggg maa..gitula. Bagi kita umat Islam, cukuplah sekadar nombor tu cantik di pandangan mata.


Eh, ari ni pun cantik apa...180808...byk juga lapan tu kan. Ok, back to the story, bertempat di Saujana Utama, haaa, dekat dengan rumah Emma kan? Rumah mak sedara kak zura ni kat Sg Buloh Country Resort, dekat dengan kandang kuda tu...atas bukit.


So, mlm tu...bermulalah majlis akad nikahnya. Kami pun smua berkampunglah malam tu kat situ. Mak dari siang dah ke sana. Yelah, sapa lagi mak sedara diaorg tu...mak pun, mak Yang tulah adik pompuannya sorang. Deme berdua beradik je pompuan. Then, it makes this cousin, is memang cousin yang rapatlah kiranya kan....hehehhe. Kalo dah cousin tu cousin la...tahapa2 aku ni.


Ok, tak byk citer....sbb malas sikit mlm ni. So. tgk gambo2 ya...hehehe Dia kawen dgn org Kedah. Hmm...sangkut juga org kedah. Sebab family mak sedara aku ni mmg lama dok kedah. Pak Yang lak org Penang. So, diaorg ni ckp utara pekat la... Aku masa belajar kat Jitra, rumah Mak Yang aku nilah jadi tmpt persinggahan. Rumah nya di Alor Setaq, dekat dengan Stadium.



Ni pelaminnya...cantik. Kerusi tu hak milik pengantin, memang dia beli utk rumahnya gitu..



The bride-to-be, Erni Nerina Awang Salleh



With her sister, pengapit, Erna Nadia



Rombongan masuk, hantaran di susun..



Upacara nikah bermula..


Sarung cincin...batal air sembahyang.



Salam..sah dah...


Upacara wajib...cium dahi...




My aunty's family - Depan: Pak Yang, Fareez, Nadia, Mak Yang. Belakang: Faizal, Nerin, Zool, Feroz


The girls on the wedding's nite - 3rd generation cousins : Fatihah, Tisya, Nabila, Shamina

Ok, esok sambung utk majlis kawen esoknya....tema: Gold colour. Jgn terkejut tgk pengantin...hehehhehee









Saturday, August 16, 2008

Tak abih2 citer Cherating ni..

Ok, ni kisah malam dinner. Temanya adalah red and white or red and black...so, rata2 semua mengikut tema....

Ibu dan anak - Tisya dh lapo tu...

Amboi garanggggnyaa...

Main-main jeeeee.....



3 couples, Filda, Hafez, teman, Zaidi, Nizam, Mazwin. Tukang tangkap gambo adalah Tisya...hehe, boleh harap dah... Ni kat entrance...tp ni gambo nk balik dah. Masa sampai tadi..ada profesional photographer tngkap gambo satu family...hmm, dh dpt gambo nanti, aku upload.



Tisya at lobby...nak balik bilik dah, dh habis party dah..


Datuk Mohamad, Chairman TSG berduet dengan wife nya...Datin apatah...kakakaka.. Suka menyanyi datuk ni..ish..ish.. Tapi, boleh la tahan sore nya...sore org lama2...ala2 P Ramlee.

Me, announcing the Long Service Award. On the stage, the MD and SGM

Hmm...if still at TCB, I dont think I will be at the rostrum (betoi ke ejaan ni...hehehe), announcing the award for long service and Best Employee... What a opportunity for me, alhamdullillah, really build me up.

All 'Pekerja Cemerlang' from various Dept. berbaris kat atas pentas. Syarulazrin, Rafidah, Ramzul, Saiful and Salman.

Masa ni tengah nak announce Best Employee antara yang Cemerlang tu.... Tak sangka lak, Tisya pi ke belakang aku, dok menangkap gambo. Kemain lagi dia... Tapi, bagus juga, ada gambar waktu ni... Credit to Tisya!

The Best Employee for 2008 adalah milik Salman (yg pakai cap merah). Dia ni memang org semua tau...ada good record. Org Sabah, jenis yang rajin bekerja, ringan tulang, jenis berinisiatif. Dia dh bekerja kat TSG hampir 10 tahun juga. Hanya dengan SPM aje...tapi now, dia antara skilled worker kat TSG. Dia yg train all new staff yg rata2 ada sijil electrical. Itulah kan.....attitude...

Zulhisham, Adlina, teman, anak teman, Rafidah, Nurul (Liya), Mazwin, Siti

Dah abis majlis. Kami bergambo le kan.Rafidah salah seorang yang cemerlang. Kira untuk Pekerja Cemerlang ni, diaorg smua tk tau. Kira surprise giler la malam tu...yg tau hanyalah commitee terdiri dari HODs. Aku selaku pemegang amanah. Tu Rafidah ckp....tak sangkanyaaa...and dia kata, kak zura ni simpan rahsia betoi...tak de clue langsung. Aku kata, terpksa le...pemegang mohor2 besar. Kalo ikut hati..menggeletek2 nak bgtau..kakakaka.

Tapi seronok tengok muka diaorg yang terpilih tu.... Bila sebut nama, semua mcm...haaah? Memang terkejut... And sure bangga, sbb smua dtg dgn family kan. Bangga anak isteri tengok... Tapi untuk award ni, hanya utk Non Exec. Executive melepeh laaaaaaaaaaa.....hahahahhaa

Bergambo dengan Azli Senario. Dia jadi Emcee Jemputan. Memang kelako dia ni... Kira cerialah malam tu, pandai dia menguruskan majlis. Yele...berpengalaman.

Ok, cukuplah tu gambo2 nya... Akan disambung kemudian. Aku memang sibuk ya amat dengan kerja2...mmg tak smpat nk update. Memang kalo ikut aku tgh geram dengan MD aku tu...heeee, nanti le kita story mory....grrrrrr...