Sunday, May 18, 2008

Anak no. 4

*Blog dah lain...template ari tu, kecik sgt tulisan, tak best nk baca. Ni besar sikit...hehehe*

Pernah tak dengar yg org kata, kalo anak no 4 tu, samada dia akan jadi yag paling menyerlah atau dia yg paling yang slow dlm family...meaning yg tak berapa la banding lain. Atau dia ni, being lain dari yg lain. Gitulah... And ada yg percaya, so end up anak 3 aje...sbb takutkan yg no. 4 tu akan jadi yg slow ke among the rest...or yg lain dari yg lain... Ada juga org yg begitu percaya, bukan ke Allah yang menentukan smuanya? Qada' dan Qadar?

Hmm...aku pun baru dengar je psl ni. Masa pegi lawatan ke PD tu, Nurul la bgtau. I'm surprised! Sebab tak pernah dengar pun pasal ni sebelum ni... Well, aku anak ke-4 from 6 adik beradik. Yes yg tengah....and sometimes I do feel being yang tengah ni, 'kuasa' tak de sangat. More kepada support...is either for the eldest's'...or for the youngest's'. So, kata2 si tengah ni..tak beri apa2 kesan sgt lah kiranya, more kepada 'penyokong' pada mana2 hujah yg ada.

And bila dgr psl ni, aku dok fikir balik....being no. 4 - kadang apa2 berita, will not directly sent to me from the source (major source - parents). Selalunya dapat tau berita from org tengah, which are my brothers or my sisters. Kadang tu, tak tau cerita apa2 pun....sedar2 jadi org terakhir tau. Tercengang2 dgr org citer. Tapi, dah used to it....so, akhirnya mmg jadi pendengar yang setia ajelah. Yang ni memang betoi... Rasa mcm byk diam mendengar dari bercakap.

Tapi kalo being menyerlah tu...tak lah kot. Aku being yang paling tak menyerlah. Tapi, not slow....hehehehehe. Slow tu memang tak rasanya...kekeke. Tapi being 'lain', yes it's me. Dari awal, satu family memang kata aku ni lain dari yg lain. In terms of complexion tu, mmg dari dulu. More Chinese look in me. Tak tau la kenan kat mana.. Then, diaorg smua kata...aku ni degil, suka menjawab. Paling berani lawan ckp abah. Bukan boleh ditegur, ada je jawabnya... And masa kecik plg suka menangis and merajuk. Then, yang paling tak leh lupa, bila diaorg kata, aku suka ckp sorang2 masa kecik. Suka berangan....then mulalah ckp sorang2. Tang ni aku rasa smpai sekrang kot...muahahaha. If not takkan lah boleh tulis citer2 bodoh utk Jiwang United. Mengarut sungguh...buku tak siap2 juga, kekekekeke.

Aku tak tau la sejauh mana smua ni...sbb kita mmg tak tau diri kita, but org lain lebih kenal kan. Tak tau lah sejauh mana degil tu...sampai org boleh ingat psl tu. Degil sgt la kot. Tapi kdg org kerana degilnya dia boleh pergi jauh and berjaya. Tapi degil aku tak ada maknanya...sbb tak berjaya pun. Tapi aku percaya semua ni, sebab ada buktinya...ingat mak pernah cakap sambil tengok muka aku...dia kata,

"Kamu ni kan...Allah tu memang sayang kat kamu. Kalau kamu lahir kat hospital la, mak rasa sampai sekarang abah was2 anak dia. Kot tertukor dengan anak cina. Sebabnya kamu ni dh le rupa lain sikit, pehtu, perangai pun lain. Dengan degilnya...suka melawannya. Dalam ramai2, kamu sorang yg berani lawan cakap abah, sampai abah tak boleh cakap apa le.... Memang tuhan nak tolong, lahir kat rumah, tak sempat ke hospital, dh keluar..."

Aku masa tu....terdiam dan tersengeh aje lah. Masa tu tak rasa impactnya, mcm bangga pun ada being lain dari yg lain kan...tapi, bila lama2....rasa mcm tersisih pun ya...hahaha.

Masa aku dilahirkan pun mak ckp mmg tak sama dengan org lain. Masa tu, mak tetiba aje sakit perut. Pagi2 lagi...dh la masa tu, ada Pesta Laut Lumut. Haaa....sapa2 org Peghak may be tau psl pesta ni. Dulu2...memang meriah. Now tak de dah.... So, masa tu opah and opah2 sedara yg ada tgh nak bersiap2 ke pesta tu...sbb diaorg ada meniaga kat situ. Tiba2 mak sakit perut. Then terus ckp...dh nak keluar dah ni. Kelam kabut semua org. Abah terus ke rumah sorang sedara tu, nak pinjam keter. Masa tu kami tak de keter. Opah lak, kelam kabut nk bentang tilam smua. Tapi, tak sempat bentang tilam, mak dh terus duduk sbb aku dh kuar sgt2...jadinya kuar atas tikar getah je... Kira memang sejarah mak kata, atas tikar getah tanpa ada bidan. Opah sedara aku yg sambut. Then just ikat tali pusat kat kaki mak, sbb tunggu bidan utk potong uri tu. Abah pulak balik bawak keter, arwah opah kata...tak payah dah, dah keluar dah. Mak kata, aku nangis sekejap je...peh tu terus diam, tidur. Masa tu arwah onyang (moyang - mak pada opah) mcm risau le, tgk senyap je. Dia boleh amik air, di curahnya kat aku ni. Apalagi terkejut terus menjerit la. Smua org terkejut...onyang punya riso... Tak ke bahaya curah air kat baby? ish...cemana la agaknya masa tu...kekekeke.

Tapi sejarahnya aku ni, mak cerita, aku pernah tertonggeng masuk dlm tempayan penuh air. Masa tu baru 2 tahun. Mak abah meniaga kedai runcit, jadinya kami ni smua duduk kat satu bilik belakang kat kedai tu. Masa tu nak mandi, tapi ada org dtg kedai...dia ke depan dulu. Masa tu ada abang aku sorang tu rasanya, abangyang. Mak kata aku dok jenguk2 dlm tempayan, ntah cemana boleh terjatuh msk ke dalam. Mak sedar bila dgr aku jerit. Mak pegi, tgk nampak kepala je muncul dlm tempayan. Mak punya terkejut. Mak kata memang umur aku panjang....sbb boleh aku pusing naik, kepala ke atas. Kalau ikut selalu budak lemas...mmg jatuh tertonggeng mcm tu. Ya Allah...memang umur masih pjg utk nikmati dunia. Sekarang hampir 33 tahun hidup di dunia. Tempayan tu penuh air and kira besar dari aku. Kalo org2 dulu...mmg ada tempayan warna coklat tu. Mak kata org cina selalu buat telur masin dgn tempayan tu. Bentuknya mcm badannya gemuk bulat. Mulutnya kecik aje...muat kepala kita ajelah. Bygkan Allah selamatkan aku...boleh berpusing, memang belum masanya utk aku pergi.

Itu satu, satu lagi, aku pernah hilang kat supermarket. Ingat lagi namanya, Emporium. Kat pekan Sitiawan. Kami sekeluarga masa tu, bila hjg bulan abah akan bawak kami ke sana. Shopping beli brg keperluan. Then yg sure, kami akan makan kat satu gerai seberang jalan Emporium tu. Mmg kiranya, itulah saat2 yg dinantikan kami adik beradik. Tau je...sebulan sekali, akan kuar ramai2...makan besar lah kiranya. Budak2...tau makan tu je yg best. Hari tu, abah parking kat seberang jalan. Dekat dengan gerai tu...sbb senang nanti makan kat situ. Masa kat dlm emporium tu, aku ni ikut kakak, masa tu umur aku dlm 5-6 thn kot. Kakak dukung Eda (adik yg bongsu) masa tu. Tiba, dia pegi dkt mak nak bagi Eda kat mak...so, dia tinggal aku yg berdiri sebelah dia. Masa tu aku tgk ke lain, bila pandang ke sebelah tgk kakak tak de....aku pun panik la. Menangis la terus....dok panggei..mak...mak... Kisah ni memang aku ingat2 lupa. Aku ingat aku duduk kat tangga, org naik turun...dok nangeh, mak...makk... Semua org pandang aku. Agaknya semua ingat anak cina manalah ni.... Yang paling beraninya, akhirnya aku turun...and masa tu boleh pikir nak ke kereta. Kira ada cerdik juga masa tu...nak ke kereta, sbb rasa situ la tempat selamat. Sebab mak abah balik sure naik kereta kan. Tapi, yg buat mak hilang semangat, sbb aku kena lintas jalan! Tapi, alhamdullillah aku selamat melintas, sbb end up...aku dok tepi kereta nangis... Abah yang terpikir nak cari aku kat kereta. Dia kata, dia terdetik masa cari aku satu emporium tak jumpa tu, dia kata agaknya kat kereta. Memang dia yang jumpa aku. Masa makan tu, org gerai tu ckp...dia nmpk aku ni melintas dan menangis, tapi ingat anak cina mana....so, tak tgk lah. Ada ke patutkan...anak cina ke, anak melayu ke...pegilah tgk budak tu. Gitulah kisahnya..

Tulah, bila aku pikir2 balik pasal kisah anak no. 4 ni...may be ada kebetulannya, aku memang lain dari yg lain. Sekarang pun, aku lah sorang yang banyak dugaan dlm hidup. Memang mak pernah cakap mcm ni 2-3 tahun lepas. Dia dengan abah selalu terkenangkan aku katanya...lepas satu...satu... Aku pun tak sangka mcm tu. Lepas dia kata mcm tu, baru aku perasan and akui smua tu.

Aku paling byk sakit. Org lain tak de kena bedah. Aku ni, baik depan, belakang smua dah kena. Rasanya 3 kali msk operation theater. Jantung aku pun ada sikit kecacatan sekarang. Tapi, alhamdullillah tak serius. Cuma kena jaga2. Masa kecik lagi aku dh kena kencing kotor...tak tau kenapa. Sekrang pun...aku tak leh kurang minum. Memang mudah kena. Kencing kotor ni, bila kencing sakit tu...and tk puas. Sebab kurang air. Aku pun ada migraine. Bukan boleh panas sikit, or stress...mulalah migraine menyerang. Paling sensitif bila kena panas terik...sbb itu yg selalu mudah kena. Stress tu, jarang...bila berat masalah, barulah kena.

And yg terbaru, yg memang membezakan aku dari org lain....I've got only one fallopian tube. 2 tahun lepas aku kena ectopic (kandungan luar rahim). Kalo ada rezki ari tu...Tisya dah ada adik and umurnya hampir 3 thn dah. Lahir bulan yg sama dengan dia...September. Tapi tak ada rezki. Dia bukan untuk aku... It burst, and the right fallopian tube has to be removed. Now, usaha utk dapat....tapi belum ada rezki. Allah belum mahu kurniakan. May be rezki aku setakat itu. Sebab DIA lebih tahukan....may be aku tak mampu utk menunaikan amanah tu. Adalah sebabnya.....

Memang aku lain dari yg lain...sbb, yg lain smua dh ada 4 org anak. Abang, kakak, abang yang...rezki diaorg di situ. Kakak pun hampir dpt ke-5 ari tu. Tapi tak ada rezki. Eda dah nak msk 3. Fadly lain la...sbb belum kawen. Itupun tak lama lagi nk kawen dah. Bila ingat2 memang sedih la sikit.... Kalo ikut genetik keluarga, sebelah Encik Zaidi ramai...7 orang. Sebelah aku, 6 orang. Kira mmg jenis keturunan meriah. Tapi, aku tak bernasib gitu. Tulah org kata....dlm ramai2 ada la lainnya. And akulah tu lainnya. Kesian Zaidi kan, aku ni tk produktif..kekeke. Sian family dia...tk dpt byk cucu dengan aku.

Well....bila dikenang2kan, mmg I've been through a lots of ups and downs in my life. Rasanya aku sorang yg menerima ujian2 dan dugaan yg sebegitu. Sampai menyedihkan hati kedua org tua aku. Kesian diaorg kan....but, apalah yg dpt aku buat. Itu bahagian aku di dunia ini. Memang tk bernasib spt sesetgh org. Apa2pun aku bersyukur, dlm ujian2 yg Allah berikan itu, ada hikmah dan nikmat yg diberiNya. Kan DIA maha adil dan penyayang takkan dia nk hambanya bersedih saja kan. I've been blessed with a lots of good friends. Alhamdullillah Allah menemukan aku dgn org yg baik2...ada yg boleh susah dan senang bersama. Syukur pada Allah.... Tak lupa Allah kurniakan zuriat yg baik. Dan Allah berikan aku kudrat utk mendidiknya dengan baik. Syukur alhamdullilah...

Aku percaya pada ini, 'Kita hanya merancang, Allah yang menentukan'. Qada' dan Qadar adalah rukun Iman yg ke-6 yang wajib kita percaya dan beriman. Yg pahit, yg perit semua kita kena redho. Tapi Allah menjanjikan, yg pahit, yg perit tu ada manisnya, ada indahnya. Cuma kita perlu bersabar....sebab sabar tu kan separuh dari iman. Bukan senang...tapi, boleh dengan tawakal. Itulah yg menenangkan hati..

Dlm family...mmg aku lain. Mungkin itu kebetulannya menjadi anak no. 4. Dari segi kehidupan pun, aku ni tak lah sesenang org lain. I think I've to struggle hard in life. Byk dugaan2 yg aku lalui....yg org lain tak laluinya pun. Byk kisah sedih selama 33 tahun ni. berbanding org lain....kesiannyaaaa...kekekekeke. Sebenarnya tak ada apalah. Mcm aku ckp tadi...itu bahagian aku di dunia ni.

Apa2 pun...kdg2 kan, aku rasa mcm kesian kat Zaidi sbb ditemukan jodoh dengan aku ni. Aku ni pun asik buat dia marah aje, tu lah tak de kelebihan utk menenangkan hati dia. Patutke aku rasa mcm tu? Pelik betul aku ni...sebab aku rasa aku tak sesempurna mana.... Kesian dia dpt org yg penuh kekurangan. Apa kelebihan aku haaa? Tak ada rasanya....kesian dia.

Kdg2 aku rasa, aku ni kurang dpt kasih sayang dari org...tapi, aku yg penuh dgn kasih syg...mudah syg org, mudah rasa kesian, mudah memaafkan, mudah terima apa aje, mudah dipujuk, mudah dibuli....betul la, aku tak pandai kata, no. Teruknya....kata degil, tapi tak pun..tak tau kat mana degilnya...ish...ish...kesiankan...

Hehehe..merepek je aku malam2 ni...tahapa2...kesimpulannya, kisah anak no. 4 ni, satu kebetulan aje...betul tak?

*Teringat anak2 sedara aku yg no. 4 dlm family....hmm, mmg ada yg paling menyerlah...ada yg paling slow among their siblings....kebetulannnnn...

No comments: