Tuesday, December 29, 2009
Kemaruk....kemarukk...
Friday, December 18, 2009
SALAM MAAL HIJRAH 1431
Hmm..setiap kali tahun baru, mmg ada niat atau azam baru nak dipasangkan...hehehe, walaupun azam sebelum ni, dh tunai ke belum? hehehe, azam apa pun dh tak ingat dah..kekekeke
Apa2pun, umur dh semakin meningkat dengan berubahnya tahun...masa berlalu mcm tu aje. Tak tau kita apa yg ada untuk kita pada tahun hadapan ni...kita mengharapkan yg baik2 saja, namun dugaan dan cabaran baru pastinya ada..
Salam Maal Hijrah semua dan mari kita sama2 berdoa di tahun baru hijrah 1431 ni dan semoga dlm hidup kita juga ada penghijrahan ke sesuatu yg lebih baik...
"Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang... Semoga Allah sentiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulah yang abadi, dahulu, lagi awal dan hanya kepada anugerahMU yang Agung dan kedermawananMu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar2 telah datang, kami memohon kepadaMu perlindungan dalam tahun ini dari godaan syaitan, kekasih2nya dan bala tenteranya. Dan kami memohon pertolonganMu untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yg mengajak pada kejahatan, agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepadaMu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W beserta kaum keluarganya dan para sahabatnya."
Aminn ya rabbal alaminn....
Thanks to Kak Nab sent this doa via sms to me.
Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini mahupun tahun baru masihi, aku akan mendapat sinar yang lebih gemilang dalam kehidupan. Berharap semoga perjalanan hidup ini dipermudahkan oleh Allah dan segala impian akan menjadi kenyataan. Semoga dilimpah rahmat, dimurahkan rezeki yang halal dan ditingkatkan keimanan dalam menghadapi hari2 mendatang. Di harap segala perancangan hidup dapat dilaksanakan dengan keredhoan Allah...aminnnn... ~Wa~
Sunday, November 29, 2009
Salam Aidiladha 1430 bersamaan 27 November 2009
Aku ni rushing balik bkn apa...kalo org dengo pun tak caya, aku kena ke ofis..sbb org nk cuci kapet at 2pm. Ish, semua dengo..mcm, naper aku yg kena pegi? Abih tu sapa? Staff semua balik cuti...so, aku ni kena korban.. Dahle ari kamis lepas, dpt half day, tp aku at the end balik pukul 5pm juga. Ke hulu ke hilir settle kan benda ofis ni...aku ni kira di peringkat kesabaran yang agak tipis tapi masih ada ni...
Petang Kamis tu, dah la ...aku smpai rmh dlm pkl 6 lebih.. Amik Daniel kat komuter then pi ke Giant kejap, nak cari baju raya kononnya. Sempat la beli kek 3 biji utk buah tangan raya balik kg. Balik rumah, rushing pack baju...ya Allah, aku betoi2 tk larat benonya. Mcm kelam kelibut... Lepas tu lak, jalan jem gilerrrrrrrr!!! Kitaorg ikut jln dalam, ikut Kuala Selangor. Adoiiiiii....jem teruk, mmg inile jem paling teruk aku pernah lalui...may be org lain lagi teruk terutama balik pantai timur. Tapi, aku ni...kuar rmh pukul 8.30pm, singgah makan kejap je. Aku smpai Sitiawan at 4am ! Siap kami smpat berenti kat Sekincan masa tu jalan jem abih...mmg ramai yg singgah and rehat kat gerai2 makan yg ada tu. Masa tu pukul 1.30am. Zaidi tak larat dah...dia tido. Aku pun sama le...Daniel pun tido. TIsya mmg tido dari lepas Sg Buloh lagi. Dia tak de mende ler..
Around 2.30am aku jaga...tgk jalan tak surut2...aduhaiiiiii. Lepas tu aku dengan Daniel pi turun kat satu gerai, kitarog minum. Zaidi tak mo...dia nak tido. Akhirnya kami start jalan, dlm pukul 2.45 gitu. Masa tu nmpk mcm keter dh tinggal sikit. Tapi bila dkt Sabak Bernam, aiyoooooooo...panjang balik...arghhhhhh!
Aku mmg penat giler. Esoknya raya aku tk pi solat pun, selalunya tak miss...tp aku rasa mcm melayang2 kepala aku ni. Dah le penat dari tmpt keje, peh tu travel yang menyesakkan...and ari ni, rushing lak balik. Ni aku kat ofis, menunggu org cuci kapet. Aku rasa mcm mimpi je semua ni...balik Sitiawan, raya, kenduri, balik KD balik..sekarang tercongok kat ofis...hampeh..
Aku mmg dh terpikir ttg karier di tempat lain. Aku rasa aku tak leh la nak keje kat sini...pressure la. Dah le tu, if stress pasal keje tak pe...ini pasal MD. And aku dok pikir....sini aku cover HR and admin. Org kdg pikir senang, ada 2 asisstant..senanglah kan. Hmmmph, sebenarnya lagi susahhh... Aku rasa this time, aku tak mo jadi HR generalist dah...and Admin, aduhhh apatah lagi. Aku tk mo jaga Admin dah. Tapi aku rasa....may be tempat lain tak seberat sini...may be juga. Masalah sini, bkn setakat keje, attitude manusia yg ada di sini pun satu hal.
Now, tmpat keje dkt dgn rumah bukan priority dah....yg penting adalah kepuasan keje dan ia tk membebankan sampai balik ke rmh dok pikir karenah boss, karenah manusia and keje yg kdg2 tu pelik dan pening dibuatnya...
Aku dah bosannnnnnn.....
*Aku doakan Zaidi dimurahkan rezki, and aku boleh berenti and buat benda yg aku suka....aminnnnnnnn* hehehehehhe, mcm to good to be true je kan...but, nothing is impossible...*wink*
*Berbaloi ke 'pengorbanan' yg aku lakukan ini agaknya.....? Harap Allah menilainya...aminn..
Thursday, October 29, 2009
~Zaidi's 36th Birthday~
Tisya seperti biasa, adale lukisan utk ayahnya..esok dia ada paper art (lukisan). Memang minggu ni dia final exam, so esok ni kira last paper la utk tahun 2 dia. Dia nk buat tajuk, lukisan ibu dan ayah. Tu dia ckp...lukisan esok nak lukis cantik2 utk hadiah hari jadi ayah. Oklah tu kan...
Aku order kek orea cheese dari kak nab. Ish...mmg le sedap kek kak nab ni...puas ati! Ada snap gambo zaidi and tisya with the cake. Tp, aku cari kabel hp ni, tak tau mana...so tk leh nak upload. Esok je lah cari kan..
Apa2pun...mari kita doakan utk zaidi, semoga hari jadi yg ke 36 ni, akan memberi rahmat pada dia. Semoga dipanjangkan usia, dikuatkan iman dan dilimpahi 'nur' Illahi selalu. Semoga dia berjaya menjadi pemimpin, pembimbing keluarga ke jalan yang benar dan diredhoi Allah...aminnnnn.
Itu saja....daaa...
Monday, September 28, 2009
Selamat Hari Raya 1430H! - lambatnya ucapan..keke
Ni semua yg sambut bday dlm bulan Ogos and Sept - Raziq, Daniel, Kak Long, Irfan, Abg Syukri, TIsya, Nabila, Yatie and last but not least..new family member - Aisy Humairah Dlymie!
Sebelum potong kek smua kena bagi wish...and Tisya, she's being the first yg nak ckp wish dia..wish nya tu, mmg buat aku tergelak...and yg lain terharu kot... Wish dia, 'nak adik...'. Smua org mcm...haaa, laaa...terharunyaaaa. Smua dok aminnnn...abg Mader kata, terharu pak long dengo nya...insyaAllah, 1 Syawal ni, makhbul ni... Adoiii, aku yg pening dengonya... kesian dia yek...nk buat cemana, setakat ini Allah bagi rezki nya..
Sunday, August 23, 2009
SALAM RAMADAN AL MUBARAK 1430H
Tuesday, August 4, 2009
Macam-macam kisah utk di update..huhuhuuuu
Antaranya :
1. On 17 - 19 Julai 2009 - family day TSG di Kota Kinabalu Sabah. Ish...mmg best lah! Puas hati la kiranya...program mmg padat, tu sbb balik sini....mmg ramai tak sihat. Smpai ke tarikh hari ni pun, ramai tak sihat lah. And mmg ada yg di suspect H1N1, tp alhamdullillah, semua negatif. Nanti aku akan upload the pics, utk kenangan. Byk kenangan manis utk FD tahun ni, 1st flight for Tisya, 1st time bg aku sampai ke Sabah, stay kat hotel 5 bintang which tak tau le berkemampuan ke tak if nk duduk saja2..hehe
2. On 28 and 29 July pulak, ada 2 farewell functions utk MD, Tn Hj Mohd Noor Mohd Sidin. Farewell Hj! Function2 ni mmg byk kenangan nya...and citer utk dikongsi kan bersama. Mmg best la kalo tgk komitmen staff TSG ni. Ramai berbakat...cayalah! Nanti aku akan update for this story pulak.
3. Ogos ni pulak, 3 - 7hb ni....kami ada audit SEMS. SEMS ni adalah audit keselamatan and kesihatan di tmpat kerja. As one of TNB's subsidiary....mmg pentinglah OSHA ni. So, mmg TSG nak capai standard keselamatan lah...utk meningkatkan lagi imej kan. Tp yg jenuhnya....kami2 ni le...adoii. AKu mmg sibuk giler utk audit2 ni. Tu yg mmg balik rmh....tk jenguk le pc ni. Nak update blog apatah lagi...mmg balik, nak rehat. Ogos ni...mmg bulan audit, sblm puasa nanti ada audit utk Anugerah Kualiti Presiden (AKP) le pulakk....phewwww~
Mmg sibuk skrg...dgn kerja. Tu aku tak sempat nk jenguk bapa mertua sorang kawan yg kat IJN. Hmmm....lately hubungan kitaorg pun dh lamaaa tk berhai2... Dia pun sibuk agaknya...tak taulah. InsyaAllah, yg penting bertanya kaba. Esok aku akan tegur2...
Mmg ramai kawan yg aku tak dpt nk bertegur sapa..insyaAllah, bila dh tenang semua, boleh lah borak2...
Mmg ramai yg komen sejak keje dgn TSG ni, aku kemain busy....hmmm, memang! aku tak nafikan tuh....mmg tension kdg tu..but still the environment is good and enjoyable. And byk yg aku belajar kat sini...harap rezki bertambah lah, insyaAllah...aminn..
Till then...
Sunday, July 5, 2009
Number 34
Saturday, July 4, 2009
Transformers 2 - Revenge of The Fallen
Tuesday, June 30, 2009
Tak sihat sedunia...
Kakak kena balik sakit tgn dia. Smlm dia pi balik jumpa specialist tu...and to her surprise, doktor kata bkn sbb skt yg dulu tu. Dulu dia di diagnosed mcm ada bengkak di antara tulangnya. But smlm doktor kata...tk mungkin sakit tu, sbb ubat utk sakit tu bertahan 3 bulan dn sakit itu tak dtg balik. Ini bila doktor check, dia kata mcm kakak ada force buat sumthing...sementelah tgn tu baru nak baik...dia kata kakak kena sakit yg dia panggil 'frozen shoulder'. Heee...menggerunkan nama sakitnya. So, kakak kena amik ubat...and kena buat fisiotheraphy. Smlm dia start la buat fisio..sian tgknya, sbb tgn kanan tu mcm dia kepit je...tak boleh angkat. Bila nk susu Ammar, kena org letakkan kat riba... Kesian kakak.. and yg lebih sedihnya, dia tak leh nak jahit le dah. Doktor pun suruh dia rehat...aku kena carik tailor la raya niii...uwaaaaaaaaa! (itu yg plg menyedihkan....hehehehe)
Fadly lak...demam dari hari sabtu tu dgrnya. Smlm pun hidungnya msh sumbat. Wife nya dh le tgh sarat...asik skt pinggang skrg, sbb perutnya padat, orgnya kecik kan. Agaknya tak larat badan dia menampung. Mana tau baby nya ikut bapaknya yg 'montol' tu....hehehehehe. Tp mmg perutnya nmpk beso and padat. Ye la...sbb dia kecik kan, tak de lemak kat perut..mmg menegang baby tu je le...kesian nengoknya..
Aku lak...ari sabtu tu, tiba2 perut mcm msk angin..kembung. Sakit lak tu...mcm menekan perut. Bila jalan skitnya. Aku tk leh nk tegak. Start kena tu...bila aku ni ke sana ke sini ari sabtu tu. Sibuk sikit sabtu lepas...tolong anta faiz and atie ke tuisyen. Lepas anto diaorg..aku ke bank2..menyelesaikan hutang2 bulanan. LEpas tu balik amik faiz, rupanya dia tk de kelas..tp dia lupa. So, amik dia..aku bwk pi bayar maintenance pulak kat rmh2 yg ada. Masa tu rasa dahaga sgt...singgah beli 100+. Lepas minum tu, beberapa minit tu..aku turun nak jalan..rasa skt bahagian bawah perut...mcm senak angin. Aduuuhhh...
Lepas tu terus aku sakit mcm angin tekan2 perut. Zaidi kena anta budak2 tu pi sekolah. Diaorg ada sekolah ganti lak tu..and kena amik report card sekali lak tu.. Aku dok rmh sapu perut dgn minyak. Rasa mcm salah makan. Dlm pkl 3 rasa ok, aku kuar pi sekolah...nk amik report card. Zaidi kuar pi mancing katanya.... Tisya dpt no 7, maintain dari ujian lepas nombornya. Peratus tinggi lagi...tk pelah. Tpi nk kena suruh ulangkaji ni...dia maleh betoi skrg. Bkn boleh dibiarkan... Byk careless mistakes..tu yg geram tu..bkn tak tau, tp careless. Sekolah agama hari jumaat sebelumnya, dpt no 4. Lebih kurang je results dia dgn sekolah keb. Alhamdullillah, 90 ke atas all the marks. Ada 1-2 dpt 100%. Tapi tulah...persaingan hebat budak2 skrg. If silap sikit...ketinggalan lah diaorg. Semoga dia kekal prestasinya...
Ok berbalik ke citer sakit aku... Hr Ahad masih rasa kembung. Tapi petang tu...ingat nk ke klinik, but bila dh ke toilet smua...elok pulak. Aku pun sibuk ari ahad tu, tisya sukan sekolah agamanya. And anak2 sedara aku ada kat rmh. Sempat masak tomyam utk diaorg lagiii...perut masa tu kembung tk sakit...rasa je kembung. Tiba ari Isnin bangun, rasa sakit blkg..mula sebelah..angin tu tangkap pinggang le pulak...adoiii... Pi jugak keje, mengenangkan byk keje tak siap. Masa tu bangun dari duduk, bila nak jalan...mcm org tua...aduuhh.. Buat jugak keje. Tghari baru pi klinik. Bgtau doktor...may be angin. So, dia bagi ubat angin and tahan sakit je. Aku pi balik ke ofis...byk keje laaaa..bkn kata nk tjk ke apa, konon pekerja contoh ya..takkk..keje mmg byk tk siap. Dok rmh pun tak senang ati..
But sakit tak susut sgt. So, aku terpikir kot urine infection. Mmg tangkap belakang kalo dah ada infection. Sbb kalo aku tgk balik puncanya kan...start dari aku dahaga...maybe tak cukup air..and terus effect bawah perut... Ptg aku pi balik ke klinik. Ckp kat doktor tu may be urine infection (mcm aku lak doktor..kekeke) Doktor pun bagi antibiotik...
Mlm tadi, aku tak leh tido sgt...around 2am..terjaga, pi toilet. Blkg msh sengal2. Aku mmg decide this morning aku nak amik cuti separuh ari. Aku nk rehat kat rmh setgh ari...ptg baru gi ofis. Itupun byk hal aku tu...nk ke bank, nak pi collect report kat mint lagi....hmmm...harap sembuh le sakit. May be juga nk period ni...dia jadi pelik sikit..sbb dh delay dkt sebulan period ni. Esok genap sebulan...sure esok period ni. Smlm doktor cek juga takut preggy ke...but -ve. Aku pun tak rasa aku preggy....isk...
Then...smlm abah tepon. Abah mmg rajin tepon kami...dia selalu kata, nak harap anak tepon...tak de le...ish..abah ni tau. Kdg tu bila aku teringat nk tepon dia, tgk2 dia tepon dulu...tu selalu ckp kat dia, 'wa baru nak tepon abah...'. Dia sure gelak and cemuih...'ye le tuuuu....' hahahahhaha. Tu smlm dia call....rupanya dia tepon kakak tanya kabo kakak. TU kakak bgtau, aku sakit blkg...fadly demam. Dia pun tepon le kami...risau betoi bunyi suaranya. Yele...tgk anak2 nya semua tak sihat.... Aku kata abah jgn riso, 'wa ok lagi haaa...msh boleh gerak2...kakak je yg sian tgk tangannya...' Sian abah...risau dia.
Ptg tu masa aku on the way ke klinik, fadly called. Tanya pasai sakit aku...rupanya lepas call aku, abah call dia...ckp aku pun tak sihat kat fadly. Tu Fadly tanya tu...aku kata sikit je kot. Lepas tu....elok aku kuar dr klinik, Fadly tepon lagi...katanya abah suruh Mimi tgk2kan skt aku...adoiii abah ni. InsyaAllah tak de apa....heheheh
Tapi pagi ni, masih rasa sengal2...aku kena baring la ni.. Mmg lepas posting ni, aku nak rehat. Harap boleh tido. Yg penting aku ok and dpt collect report dari mint kat DU. Report tu penting la pulak....nanti bakal MD kat ofis tu mengamuk le pulak....arggghhhhh, kat rmh nk rehat but masih pikir pasei keje...ish...bila aku nk work from home ni??
InsyaAllah...nanti akan ku realisasikan...aminnn...
Sunday, June 28, 2009
New Look!
Daniel and Diana tido sini semalam. Daniel mmg dari Ipoh..Diana pulak, smlm amik repot kad kat sekolah...so, abg and kak long turun sinilah, diaorg pun ada konvensyen Amway kat Sunway Pyramid. Aku singgah rmh kakak smlm...tgk ada diaorg. Diaorg lak nak ikut balik...Daniel tu kalo dikenang2 mmg jarang dtg... Diaorg kata dh lama tak pegi rmh mak uda, nak tgk apa binatang yg ada and nk tgk piano tisya...
So, smlm tido sini. Abg Mader pulak nak balik mlm tadi jugak..sbb ari ni ada anak kawan dia kawen. Which they have to attend...kawan baik le juga kiranya. So kena anto pengantin katanya... Diana pun may be selesa tido sini. Kat rmh kakak ada sepupunya, Irfan...yg sama sekolah tu. Diaorg ni kan tak berckp...hehehe. Tak selesa le juga agknya.. Daniel pun tido sini, rmh kakak pun bilik ada berapa je...sah diaorg kena tido kat dpn tv juga. Tunggu kakak pindah rmh baru...beso lagi..and cantik rmhnya.
Tu aku suruh dia tolong tukarkn layout ni...tgk layout blog dia cantik. Tu tadi sebelum anto dia balik UM, dia sibuk le buatkan...katanya senang je mak uda. Aku ckp le..mmg le, tp mak uda tak reti and tak de masa..hehehe (malas pun ya...hehehe aku ckp dlm ati je...) Lagu2 tu pun dia buatkan..since lagu yg ada smua dah hilang la bila tukar bckground tu...(jgn mare kepada yg berkenaan ya...muuahh)
Hmm...tp tulah, lupa masa sebelum tukar tadi, aku nk salin add blog2 yg dlm list tu. Hilang semuanya. Kepada kawan2 yang dilihat tiada list blog kat sebelah tu, sila bg komen eh...nanti aku boleh add blog kat situ...yg sebelum ni tak de dlm list pun tak pe..laaaaagiii dialu2kan...
Lagu Celine Deon - I Love You ni, mmg kegemaran aku masa zmn study duluuu... Lamaaa dah, and tak ingat dah. Tp ari tu...Saiful, budak IT aku pasang lagu2 masa kami tgh buat preparation Clients Day...dgr lagu ni and lagu Camelia, Rindu Padanya....wahhh, terimbau sungguh kenangan laluuuu...
Lagu Celine tu...mengingatkan aku pada sorang kwn aku merangkap roomate aku dulu, Reha. Dia minat sungguh Celine ni. Masa tu, album Celine yg latest nilah..dia beli kaset Celine yg ni and salah satu lagunya, lagu ni. Kan lepas lagu ni kuar, Siti Nurhaliza kuar dgn lagu Aku Cinta Padamu. And seakan2 arrangement muziknya. Kan mmg ada org komen kan... And everyday, mmg lagu2 Celine ni, berkumandang aje... Jiwang seh. Tule..smpai skrg aku jiwang...ceh..
Byk kenangan kami bersama...and we kind of lost contact jugak. Jarang ya amat lah kiranya bercontact....mmg tak de pun. Tp aku mmg ingatttt kat dia. She, close to my heart...tp tulah masa and jarak menjauhkan kami. Tak tau apa yg menjauhkan sebenarnya, tp like ada sumthing yang buat kami 'jauh'...mcm ada benda yg kami tk terluahkan...hmmph...*sigh*
Byk yg kami share masa dulu...kalo dia ingat lah, dia suka nyanyi satu lagu iklan tu....tak silapnya, iklan bedak Follow Me. Liriknya..."aku merinduimuuuu..." ting tong (bunyi loceng pintu...) Ingat dak, yg budak laki tu pakai bedak ni...bedak wangi...and budak pompuan yg dia suka dtg rmh dia..agaknya nak study sama, sbb budak tu bawak buku, tp ketuk pintu bilik bdk laki tuuu...kira study dlm bilik...kekeke, bahaya sungguh! And Reha suka nyanyi lirik tu...bila dia ngusik aku dgn zaidi. Dlm library, if dia nmpk zaidi dtg, dia akan nyanyi lagu tu...and mesti lepas tu zaidi dtg..hahahahha. Reha..Reha, tak tau le dia ingat ke tak kisah ni..
Kami kawen tarikh yg sama. So, kami tak dpt attend each other nya wedding. Not just wedding, tapi tarikh bertunang pun sama....may be sebb tu kot, kami terkilan...entah lah... Yg syoknya tu, masa kami kawen hari yg sama...and sambut di sebelah sana pun hari yg sama, rasanya ari Sabtu. Elok pulak, ari Kamis sebelumnya...Zaidi mmg balik Banting. Yelah, dia kena tolong belah sana kan. So, naik bas la dia balik...keter masa tu mmg kami tk ada lagi. Elok kat puduraya, dia jumpa Wadi (husband Reha). Dia pun nak naik bas balik Terengganu....kena tolong belah sana jugak...hmmm, kebetulan kan. Mmg kami ada persamaannya....tang tu le kot. Yg lain tak...dia maintain kurus, langsing walau anak dh 3. Entah2 sekrg dh 4.... Aku lak, tak de maintain nya....bulat abih, anak sorang lak tu....adoiii... Reha and Wadi, both akhirnya jadi cikgu kat Batu Pahat. Apa kabar diaorg kan? Aku doakan diaorg sentiasa dlm keadaan sejahtera hndknya. Anak dia yang sulung pun sama baya Tisya...dia lahirkan awal sikit rasanya, bln 7 ke bln 8 ke...gitulah..
And lagu Camelia ni pulak mengimbau kenangan aku kat rmh sewa di Desa Serdang. Masa ni kami dh kena dok luar...Inilah tmpt penginapan kami masa 3rd year nk ke final year rasanya. Hana, Wan, aku, Misah, Noie and sapa ke lagi...ya Allah lupa lah...ke ini je eh... Masa ni aku beli kaset Camelia sbb suka lagu Rindu Padanya ni lah...mmg lagu2 dia dlm kaset tu best2...tiap2 hari, kaset tu kena pasang. Kira jadi halwa telinga lah. Tak aku pasang...Hana tekan on, mmg kira org lain suka jugale...idak le aku syok sendiri dgr lagu2 tuuu...hehehehhee.
Lagi satu, masa Liza Hanim baru kuar...album first dia mmg sedap2 lagu dia. Mmg semua suka...kira boleh diterima oleh telinga kami serumah lah. Kaset dia mmg tinggal sejarah sungguh...sbb kami dok pasang setiap masa ada kat rmh tu...sampai putus sendri kaset dia tu..hahahahhahaa. Mmg susah le nak cari kaset Liza Hanim yg 1st ni...aku teringat2 juga lagu Camelia and Liza ni...tp skrg tak de dah. Dulu kaset adalah....skrg dh cd. Mmg payahlah nk carik....sapa yg ada tu, simpan le buat kenangan...even nak pasang kaset skrg pun susah. Cassette player dah jarang2 kuar....kan..kan..
Hana, ingat dak kenangan ni? Hehehehe...mmg skrg aku dh jarang lalu Desa Serdang tu...kalo lalu highway, seremban-kl tu akan lalu situ.... Awal tahun ni, aku ada course kat Bangi, haaa...barulah lalu. Mmg akan toleh ke arah rmh kedai tu...and compressor aircond yg lama dulu tu..masih ada! Itu yg membezakan rmh tu dgn rmh lain... Sapa lah yg duduk situ skrg ni kan.
Aku ingat lagi...ada grill kat dpn rmh tu, kat balkoni tu. Tmpt kami sidai baju jadinya.. Aku kan kalo lepeh kuar dgn Zaidi, mesti berdiri kat situ...sbb zaidi akan lalu jln besar seberang sana utk balik ke rmh sewa dia. So, tak pernah miss lah aku dok situ. And dia pun tau...sbb dia akan toleh ke arah rmh aku and bunyikan hon dia...hahahahahahahahhaha, kelako...kenangan manis le kononnya tu. Itu le org bercinta kan, dh jumpa..siap tunggu nak babai, nak lambai lagi tu...adoiii. tu lepeh tu tepon pulak, tanya dh selamat sampai ke....adoooiii...geli pulak bila di ingat..hahahahaha, gelak beso aku...
And lagi satu....kat bwh rmh tu ada satu restoran yang agak terkenal di kalangan student. Tmpt makan minum aku juga tu bila dating dgn si zaidi. Restoran UTAMA namanya....betul kan? Tak silap aku...utama namanya, hehehehe. Mmg sedap2 le kiranya menu dia...masa tu lah... Kira kalo ada duit lebih sikit mkn kat situ, if not....kat gerai tepi2 tu je...kekekeke.
Hmmm....those were the days...seronok bila mengimbau kenangan2 manis ni...yg manis je le, yg tak manis...kalo boleh tak mo dikenang2...hehehehe. Ok, harap with new look, aku pun bersemanagt nk update...(ye ke?) sure ada org yg gelak sinis ni...org yg jauh nun di utaraaa...hahahhaha
Monday, June 22, 2009
Kenduri naik buai Ammar Luqman, si tomei mak uda..
Thursday, June 11, 2009
Piano..
Kisah piano ni...dh lama nk di update kan...tp spt biasa le, masa tak de..malas pun ada.. Akhirnya Tisya dpt le piano pertamanya. Pheww...bergolok le ibunya, cuma tk bergadai lagi lah kan..hehe. Mmg pejam mata ajelah beli...dgn harapan semoga, ini minatnya dan dpt memberi manafaat kepada dia. Mengikut teori, bermain muzik ni elok utk stimulate brain.
This year, she start enroll piano class. Itupun after she told us, dia suka nk belajar piano ni. And as usual, ayahnya bila dgr tu, mmg terus setuju nk anta. Aku ni dgr juga dia dok ckp..terutamanya bila pegi IKANO, dia selalu ke Pet World kat situ and sebelah pet world ni is Euphony Music Shop. Mmg le mcm2 alat muzik kat situ and mmg ada kelas muzik. And zaidi start asking them abt the piano class. Ramai juga anak melayu kita keje as tenaga pengajar kat situ. Ajar gitar, drum and such. But piano..mmg chinese teacher. Aku ni lak tk de le nk anto Tisya ni kelas muzik...well muzik kan. Being typical Malay, muslim...muzik ni kan mcm tak leh sgt le konon. Heeee...konservatif juga aku ni eh...kekekeke
Well, being me...mmg le aku prefer kelas2 ilmiah utk dia. Risau kan...di dunia skrg ni, kekuatan iman di dada kena lebih superb...bkn calang2 dugaan skrg ni. Tp, since she insist and with the father encouragement...enroll jugalah. Aku dgn Zaidi takkan paksa...so, kami just ikut. Aku lepas baca one article abt learn and play music ni mmg elok utk otak budak2, aku ok juga. But, we gv her 3 months to see the progress. Kelas tu pun, byr utk 3 bln. Quarterly fee nya... So, tak de le terdetik nk beli piano kan...sbbnya, tgk dulu sejauh mana talent dia....
Aku sebenonya heran juga...kot2 le mmg dia ni ada bakat..sbb benda2 ni, kalo tk minat...mmg susah le nak belajo lama. If betoi dia ada talent, mmg le dia satu2nya turun bakat muzik dari abah aku. Abah dulu mmg 'ahli mujik'..main saxsofon. And aku tau, abah tu...ada bakat mujiknya..sbb pernah tgk dia main keyboard dgn tekan2 key tu..and terus dia mainkan lagu Getaran Jiwa. Org dulu2 kan...org kata play by heart. Kdg note2 muzik tu..bkn tau baca pun. But, the talent is there. So, lebihnya org skrg...pandai baca note muzik tu...and bkn sng nak belajo baca nota muzik tu...togei2 tu semua...aku tgk Tisya belajo...kalo aku jenuh menghafalnya..
After 3 months, tgk dia mmg minat...she learn well. Tgk dia buat homeworknya, dok tulis2 togei tu...aku impressed juga benarnya. Really she got that talent. Cuma kurangnya, after 3 months tu, dia tk dpt pektis bila balik rmh. Just harap time class ajelah. Well, as we know..benda2 ni, kena pektis...baru ada improvementnya. Tgk after 3 months, dia masih ada minatnya. So, kami sambung lagi... And start lah, stage nya makin susah...meaning makin byk le lagu2 yag dia belajar. And bila one day, she cannot do the homework...sbb dia kena tekan key piano..sbb dia lupa which key...(heee, idakle aku tau....nak nolongnya) And dia nmpk frustrated. Ye lah..kita ni ibu kan.. Kesian juga tgk mcm tu..but thinking of buying piano...adoiii...bkn sikit2 anak rege nya..
Standing piano yang biasa tu, dlm 4-8 ribu. If yg Grand Piano tu...yg badannya besar tu..and boleh bukak tgk string dia tu...itu, dlm 9 ribu ke belasan lah... Digital piano yg murah...murah pun..bkn le ratus...2ribu yg plg murah. Hmmmph...*sigh* Pikir seribu hingga ke tiga ribu kali. Mmg aku ni idakle berduit...yg boleh kuar terus 2K tu. Tp sbb tgk anak..mmg dh minat. And may be she really talented... Aku pun starle pikir, calculate itu ini...terpaksa korban a few things yg ada dlm plan. Hmmph...tk apalah...insyaAllah mana tau niat ikhlas utk anak, ada rezki lebih di masa depan utk a few things yg aku terpksa korbankan tu.
Digital piano ni jenis yg plug-in, pakai elektrik. And dia mmg some sort like organ...but organ mcm2 function and bunyi kan. Ni mmg piano aje. And murahlah. Yg mahal ada...dlm 3k lebih and functionnya banyak...siap ada lcd screen..dia tjk jari utk key yg kita tekan...then ada memory card...kita boleh rakam lagu yg kita main. Tp harganya...aduhaiii. Mmg le tokei tu promote aku yg tu...isk...
Akhirnya, aku buat kptsan...utk beli utk dia. Niat aku satu...utk dia belajar and harap dgn bermain muzik ni akan tingkatkan tahap IQ dia. Sekurang2nya if dia ada bakat...dah ada satu kelebihan dlm diri dia. Tak semua org dianugerah bakat ni...biarlah dia belajar utk satu tingkat satu kelebihan diri dia.
Jadinya, on 1 June 2009, Monday, sampai lah piano tu ke rmh. Happynya dia...hanya Allah yg tau. And tgk dia happy....aku jadi terharu...and rasa lega sbb mampu beri dia satu benda yg dia suka. Elok pulak cuti sekolah...so dia nak duduk rumah, utk pektis piano katanya. Mmg dok main ajelah semua lagu yg ada dlm buku dia...dari awal2 belajar sampai ke yg terkini...agaknya, selama ni tk dpt nk pektis...tu agaknya, pulun abis. And betullah...practice makes perfect. Makin hari...dia semakin lancar tekan key2 tu. Kitaorg pun jadi enjoy dgr...and dia pulak...if dh cekap, mesti nak tjk kat kami ni...suruh dgr. Alhamdullillah....may be she's born with the talent. And inilah satu2nya cucu atuk yg turun bakat tu...
Dia dh siap ckp...lepas piano dia nk belajar gitar pulak. And katanya nk jadi mcm YUNA. Yuna tu kan penyanyi lagu 'Dan Sebenarnya'...pakai tudung, law student, pandai cipta lagu, main gitar and piano...
What can I say...apa yg mampu ibu beri, insyaAllah ibu cuba sedaya upaya. Dengan doa...supaya apa jua yg dia suka tidak akan memudaratkan dia and tidak melalaikan dari jalan Allah. Aminn..
Gambar2 bawah ni pulak, diambil ari Sabtu sebelumnya. Lepas kelas piano dia on Saturday, ada pameran birds kat IKANO. Hmm...jadi mini bird park kat lobi Ikano tu. Tisya suka le...dia kan pencinta binatang...
Adala pulak anak ayam...
Tisya dlm kandang tempat burung merak...ada burung kat situ, tp tk nmpk dlm gambar ni, celah2 pokok tu.
Tuesday, June 2, 2009
Fire Kids Club @ TSG
FKC ni kami anjurkan dengan kerjasama dari Sek. Keb Seksyen 6, KD. Sekolah Tisya. Nasib le cikgu nya dpt beri kerjasama, walaupun last2 minute kami dpt inform pada diaorg. At least dpt juga dlm 80 lebih student menyertai dari darjah 1 -darjah 3. Mula nk buat kat sekolah, tp byk sgt karenah birokrasinya...leceh. Akhirnya, plan B kami...buat di TSG. Parents need to send their children to TSG. Tapi, rata2 parents suka dgn program ni. Kata diaorg, very useful and interesting. Ye lah...pasal mcamana kids nak handle kalo terlibat dlm kebakaran. Sekurang2nya bkn setakat educate budak2...kita yg dah tua ni pun tak tau tips2 kebakaran ni..
3rd tip, cara nak bukak mangga kunci dgn mata tertutup. Ini kalau kata kes, dh penuh asap..so, cemana bebudak nak bukak mangga tu dengan mata tk nmpak...bagus betul kan
Tisya being interviewed by reporter from NSTP. Tapi...bila kuar, bkn nama dia, budak lain. Frust dia... Aku kata itu biasa la...ramai, bkn Tisya sorang dia interview.
Yeay....naik keter bomba!
Atie sengih2 turun dari keter bomba.
Cerita program ni kuar kat tv3 buletin utama. Wahhh...bangga le TSG. Tp ada ke TV3 sebut dianjurkan oleh switchgear je...adoii..hilang tenaga nya. Tak taule kot pembaca berita tu yg baca tulisan kat screen laju sampai tertinggal tenaga tu... tak pelah, apa2 pun..ada le gambar2 committee FKC TSG. Mmg dekat seminggu le juga citer hal FKC ni kat ofis..kecoh wehh...kakakaka.
Oklah...itu update utk ari ni...daaaa