Thursday, October 16, 2008
Why I'm so lazy...
Byk sgt benda yang perlu aku update and sepatutnya di update kan. Dari citer hari raya di Banting sehinggalah ke pernikahan Fadly. Akhirnya, jodoh Fadly dan Mimi kuat. Mungkin itu yang tersurat setelah pelbagai dugaan yang diaorg lalui. Akhirnya hubungan diaorg mendapat restu keduanya. Fadly pun last monday start kerja di Tropicana Medical Center, which just infront of our place. Alhamdullillah....and Mimi in Tanjung Karang Hospital. Apa nak buek kan...
Then, citer pasal open hse yang aku pegi...then, my old frens masa kat Taayah dulu datang rumah last Sunday. Sebelum tu, Rose singgah menziarah. Thanks rose! Rindu betoi kat kekawan LGB...uwaaaa. Pheww...what a hectic day on that day. Lepas kawan2 tu, my neighbour cum kawan ngaji dtg. Thanks Ani..menziarah..hehe. Mlm sebelumya aku pi rmh dia, makan mee rebus. Ish, tak pueh rasanya...mlm tu aku kenyang banget! So, jamah mee rebus je walau ada food lain...isk... Then, my family datang...yeay! Abah, mak, abang, kak long, kakak and anak2 sedara yang semakin membeso smua tuuu...meriah!
Tapi memang puas hati lah dpt layan semua orang, cuma yng aku kesalkan, may be food not so enuf. Salah perkiraan. Betul la kan...biar berlebih (tapi jgn melampau) dari tak cukup. Kira aku mlm tu, ngam2...isk...tapi zaidi hidang masakan istimewa utk family aku, soft shell crab. Dia goreng aje..aku buat kuah sweet sournya. Semua org nmpk menggemarinyaaaa...pueh tgk org makan.
Then ada story about kawan lama, ex-best fren masa kat UPM. Ija mula memaafkan...tapi, aku? Aku rasa aku msh tak memaafkan sepenuhnya, walau mulut aku memaafkan but not from the heart...macamana nak menyucikan hati ya? I guess, if he come and meet us, admit and asking for his forgiveness, i guess...may be la aku ikhlas memaafkan. Entahlah...bkn senang memaafkan apatah lagi melupakan.. but ada org kata, it's easy to forgive but not to forget...but me?
Ari ni kat ofis, selain sibuk hal2 keje yang tk pernah sudah, kami juga sibuk utk jamuan raya TSG ari Sabtu ni.. Tadi baru dapat duit bajetnya. Tghari aku kuar dgn Mazwin, cari corsage. Dh dapat...legaa. Then, esok nk cari barang utk goody bag le pulak. Nasib le aku jadi committee utk goody bag and penyambut tetamu. Okle jugak..idak le susah sgt, cuma yg tak tahan tu...last minute dpt buat persiapan, ate ke duit lmbat dpt. Tak kuasa nk guna duit sendiri. Nak claimnya...adoiii...tuhan aje yg tau, lambatnya. Kering poket dibuatnya..haruuu...
Ok, my next post, will full pf pictures. Let's the pic tell the story...
Saturday, October 4, 2008
Raya ke 4 and the blog updated






Tekun Lina, Kak Zura, Kamal menggunting udang utk buat sambal udang. Kamal tu buat keje ke, atau senyummm je...
Siti tersenyum bersama bahan2 utk rendang and sambal. Semua tunggu utk kisar dgn blender.



Ok, tu saja....actually, nk snap masa nk makan...boleh lak hp aku bateri kong. Geram aje...tp dh suruh fidah tangkapkan, lupa nak bluetooth dgn dia.
Esok kita citer pasal raya pulak..daaa
Thursday, September 18, 2008
Majlis berbuka puasa penuh makna..
Facebook really helpful..aku pun tak ingat cemana aku boleh start ya..rasanya Mai yang ajar ni. Ada sebab kenapa join facebook ni..kekeke, biarlah hanya Mai dan aku saja yg tauu... Then my best fren Ija pun dah ada..Well, apa lagi..terus la bermula.
Ok, kita start dengan majlis berbuka puasa cum reunion for me. Last Saturday, 13 September 2008 kami berkumpul di satu restoren namanya....Rahsiaaaaa. Memang rahsia betoi tmpatnya. Celah2 bangunan tinggi kat KL tu, kat satu Jalan Damai...terletak tmpat yg penuh rahsia ni. It's actually banglo lama2...dijadikan restoren or bistro. So, for our grup, diaorg sediakan tmpat di laman...mcm ala2 berbuka di taman. Tapi, sorry to say...food not so good as well as service. Dengarnya...diaorg kata tak cukup org. Tapi...apa2 pun, jumpa kekawan yang penting, makan blkg kira. Lagipun bulan puasa ni...apa sgt la makan. Sikit je dh kenyang. Tapi seriously, tak pueh betoi jumpa. Sebab tak leh lama...sedangkan banyak benda nk sembang. Bayangkan 16 tahun punya kesah...hmm, byk citer2 yg dh tertinggal.
Suka jumpa my best friend masa form 5SS2, Leeza. But...byk benda nak diciterkan, tak dpt lagi. Dia masih gitu, cek mek Kelate ni. Masih single...available tu i'm not sure. Leeza, we will catch up later..byk persoalan dlm kepala aku ni...hehehe
Ok, meh kita tgk gambo2 eh..sbb kat bawah tu, ada lagi majlis bukak poser hari ni. PNS punya majlis..
Dari meja aku ke arah meja Leeza, Dahlia, Azyy, Suki (org2 bujang) with Faridah and hubby.
Me and my ex schoolmates, long lost friends (betoi ke?)hehe. Left - Dahlia, Dzie, Rina, Azalina, Leeza (tak clear) Eline and me.
The buffet, Zaidi tgh hirup kopi. Yg berdiri kat belakang tu, is Atai. Hmm..mmg beza sungguh mamat ni dah. Masa sekolah dulu, dia ni menjaga penampilan sungguh. Ala2 jejaka idaman gitulah. But ari tu...tgk sempoi abih and makin kurus. Tp anak2nya comei2...2 girls.
Ok, ni citer malam ni. Majlis berbuka puasa oleh PNS. Di buat di area KL juga. Ampang. The place is located at Lorong Ampang 2, dekat dgn satu embassy, which aku tk sempat nk tgk. The place is called, 'Kampung Pengantin'. Hmmm...mmg mcm rumah kawen kekdahnya.
Let's enjoy the pics yg sempat aku snap. Hmm...aku kena belajo snap gambo ni. Tk kisah lah using my camera hp S500i ni. Boleh tgk juga gambonya...
Ayah and anaknya. Tisya bad mood, sbb dia tertido dlm keter. Dia mcm tak larat sgt dah. And she's claiming sakit perut masa kat sekolah agama lagi. Hmm...my daughter ni, mmg penuh dgn idea. Tapi aku riso juga...sbb ustaz pernah kata, jgn paksa sgt anak. If dia kata, dia dh lapar..tak tahan, biar je buka. Sebab pernah terjadi, seorang budak mengadu lapar kat mak dia. Mak nya kata...tungguuu, sabaarrr..akhirnya, budak tu meninggal sebab kelaparan, ya Allah, nauzubillah...minta dijauhkan. Ustaz kata, budak ni lain. Alhamdullillah kita dh didik dia berpuasa, cuma jgn terlampau memaksa. Ikut kemampuan dia. Perut kanak2 lain dari perut org dewasa. Mcm Tisya, aku bersyukur juga..kalo ikut, penat juga, pagi sekolah. Ptg ke sekolah agama pulak dlm keadaan berpuasa. Tak rehat langsung kan.. If dia kata, tak tahan...I guess, I will ask her to break fast. Dah puasa smapai ptg tu kira oklah tu...walaupun syg lagi a few hours/minutes.
But, today...she managed to complete one day fasting walau dlm keadaan monyok and tak larat sgt dah rupanya...ish, ish..Tisya..Tisya..
Our break fast food...nyummmyy! Air sirap jeee kekdahnya...hehehe, and kopi as well, lama tak pekena kopi sepanjang puasa ni.
My food taken by Zaidi and his. Actually...not my choice of food, but dah baik dia amikkan, so makan jelah...kongsi dgn Tisya.
Tisya's choice of food. Nak watermelon katanya...kuih seri muka mmg fav dia. And tuuu...blkg sirap tu, kambing panggang uuuu...our fav!
Keadaan dewan..tp bukan dewan tertutup...open air, dihias cantik. Ala2 bangsal majlis kawen..
Dari depan...camtulah keadaan dewannya.
At the corridor, tepi dewan. Bergemerlapan lampu2. Koridor ni ke arah rumah kat tepi dewan tu. Rumah ni ala2, rumah kenduri kawen. Rumah pengantin.
Dari muka pintu depan rumah tu ke dewan..rasanya ramai org buat kenduri kawen sini..
Masuk je pintu depan rumah tu, ada pelamin. Kami masuk ke rumah tu sbb nk solat Maghrib. Memang rumah pengantin. Bilik utk perempuan solat sebelah kiri, masuk2...jeng..jeng..aku ingat termasuk bilik orang ke, sbb mmg bilik tidur and to be specific bilik tidur pengantin.
See the bed. Memang dihias cantik.. Katil pengantin. sejadah dh siap dibentang. Pintu terang tu, bilik air. Masa aku dgn Tisya masuk...tak de org sgt. Ada 2 org dh abih solat. Tak smpat nk snap masa tu. Tgh amik wuduk, ramai lak masuk. Aku snap ajelah...mana yg boleh.
Tisya waiting for me, aku terperangkap tgh2 org solat. Tak leh nak cross over. Sempat snap gambo cutie pattotie tu..
Ok, that's all pics that I have. I've to learn to take pictures dlm apa situasi pun. Kena buang malas and malu tuuu..hehehe. Memang le rasa malu nak snap2...tp pikir2 balik, peduli lah kan. Org pun tak heran deee...hehehe. Inile malu tak bertempat...
Ok, nanti esok sambung lagi eh...time to sleep, pkl 12 dah.
*Bersyukur pada Allah, I've been blessed with a lots of frens and I hope I'll be good to all my friends*
Wednesday, September 17, 2008
SALAM NUZUL QURAN buat semua..
Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.
Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran:
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.
‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir."
Wednesday, September 10, 2008
We've been tested in this holy month of Ramadan
Actually, masuk hari Khamis tu, demamnya dah surut. Tapi badannya masih suam2... But, dia mula tak mo makan. Selera makan dah tak de... Jenuh aku paksa. Then she keep complaining pening...pening. Aku ni bebel juga, aku kata sbb tak makan then tu sbb pening...ish, itulah kitakan. Tak sabar....hmm, sedangkan ujian ni Allah turunkan utk kita bersabar.
Then on Friday - 5 Sept, kami terpaksa kerja. Sbb zaidi dah 2 hari cuti, aku lak...on the day tu..aku kena siapkan report utk satu anugerah Kualiti. So, dia duduk rmh kakak...and aku mmg dh apply for half day leave. Kira duduk rmh kakak separuh hari. Badannya tak panas sgt...but her look, nampak lesu, lemah. Mata bengkak. And dia tidur je...mcm penat.
Malamnya, dia kata dia nak puasa esok.. Aku pun ok je. And she tido awal. Nmpk penatnya. Dia pun dah batuk. So, kitaorg pun rasa betul la agaknya tu, dia kena viral fever like the doctor said. Heee...geram juga ingatkan doktor panel zaidi tu. Sbb dia tak advise pi hospital to do blood test. Katanya nanti budak trauma... Dia kata may be viral...itu yang berlarutan sehingga seminggu Tisya tak sihat. Ya Allah, syukur tak de apa2... Menurut Doktor Paedtrician Tisya, if demam 3 hari berterusan, hari ke 4 dh kena blood test. Dengue is dangerous to children, katanya...hmmm...aku bertawakal aje.
Masa bgn sahur pagi sabtu, 6 Sept tu baru le aku nmpk rashes kat tgnnya, merah... Aku pernah kena denggi masa tahun ke3 kat UPM dulu, so aku kenei beno le rashes denggi tu...mcm jumpa kawan lama lagaknya...hehe. Aku pun, apa lagi.....Ya Allah, Sya...memang kamu kena denggi ni Sya.... Dalam hati hanya Allah yang tahu. peh tu dia nk makan...aku suap je...dia terus muntah. Hmm...sah la denggi. The vomitting is one of the symptom. Rashes tu kira last punya tanda....hmmmph...*sigh
Pagi tu kami terus ke panel klinik tu balik...haaaa, bila tjk rashes, baru doktor tu tak ckp apa...terus je 'i refer you to hospital'...huh! But dia ckp juga....but, she's recovering... Then kitaoreg terus ke Damansara Specialist. Itulah hospital yang terdekat. Alhamdullillah, PNS cover anak... Waiting for the Tropicana Medical Center depan ni bukak je. Laaaaaaaagggiiiiiii dekat ya amat....hehehe, harap PNS cover la ya... Aku pulak, panel hospital is Hospital Pusrawi yang kat KL tu, hmmm....jauhnyaaaa.
So, she was admitted on the day itself...terus masuk drip. And while waiting for the room, dia tidur nyenyak kat emergency tu...hati ibu, sayuuuu aje. Aku berdoa semoga ini ujian yang akan menguatkan lagi keimanan kami. Actually the doctor tu kata, ada 2 options, whether I'm taking her back home and come again tomorrow to do again the blood test. Or admitted. But he advised to admitted, because budak kecik. Kena monitor closely. Aku pun pikir...biar kat hospital, at least kita akan rasa 'in the safe hands'. Aku nak paksa dia minum pun satu hal...baik la terus je drip tu...phewww.. Dia pun nmpk weak. The doctor kata, denggi memang meletihkan badan. Ubatnya hanyalah, air dan rehat itu aje....no remedy, no vaksin to prevent also. Air is the ubat yang paling bagus utk denggi.
Tapi, alhamdullillah....masa admitted, she memang positif denggi but the platlet is not at dangerous level, 137. Orang kata buat sup ketamm....esoknya Ahad aku balik sekejap..sempat aku msk sup ketam tu. Alhamdulllillah, Tisya masa hari Ahad tu, dia dh mula berselera. Masa bawakkan sup ketam tu...dia hirup bayk...aku legaaaa. Sudahnya, hari Isnin tu....platlet dia naik ke 289. Doktor actually riso juga shoot up tinggi. Tu dia suruh stay one more nite utk monitor lagi kestabilan darah tisya tu. Alhamdullillah....smlm, Tisya discharge. Actually hari Ahad, dia dh nampk improve. Doktor pun ckp....nampak jernih dh muka. Alhamdullillah...
Itulah, rentetan dugaan kami bertiga. Alhamdullillah, ari ni dia start puasa... Penuh puasanya, tadi habis nasi ayamnya, donut seketul. Esok dia nk ke sekolah agama ptg. Nasib la pulak, sekolah kebangsaan tgh UPSR. And budak darjah 1 cuti utk 3 hari, 9, 10, 11. So, katanya dia nak pegi sekolah hari Jumaat ni. Tapi kalo ikut doktor bagi mc utk dia...sampai Jumaat ni. Nanti kena fllw up lagi next week. Phewww....
Apa2 pun....aku bersyukur, segalanya telah selesai. Cuma doktor suruh jaga betul2...takut kena lagi. Itula...apa yang mampu kita lakukan melainkan doa dan tawakal pada Allah. Tak mampu kita nak halang nyamuk dari gigit dia, cuma apa yang penting, keyakinan pada Allah dalam membaca doa utk dielak dari penyakit2 ini.
Ok, itu je buat masa ni....nanti kita sambung lagi!
Kakak - wa tau kakak tak baca blog wa ni, tapi wa mendoakan kesejahteraan kakak sekeluarg dunia akhirat. Hanya Allah dpt membalasnya. She's the one and only my big sister. She always there for me....thanks kak!
Mint - thanks ya...susah2 mint dtg dari Shah Alam. Memang mcm keluarga sendiri.
Teng - thank you ms teng....you're such a good friend. Memang i wont get any non-muslim friend as good as you.
Rose - terima kasih sgt2....tau tu, rindu kat kzra tu..hehehe
Kak Jem - suka dpt jumpa kjem. Rasa mcm jumpa kakak yg dh lama tk jumpa..hehehe. Cun hari tu, berbaju hijau. Baru le nmpk opah cun....ala2 style muslimah tu.
To others - thanks for the wishes and pray. Berkat doa semua, Tisya getting better.
Tisya is such a lucky girl! Thank you Allah...
Wednesday, September 3, 2008
Our 8th Anniversary and Tisya's 7th birthday!
Lagi pun bulan puasa, nak celebrate pun...tak de apa sgt. Ingat nak beli kek utk dia je...tp tgk dia tak sihat2...aku lebih pada susah ati. Even our anniversary pun, mcm tak ade apa je..
Susah hati dgn Tisya ni...demam kali ni, mcm lama. Then, temp tak berapa turun.... Kesian tgk dia. Mata berair, merah...nampak tak sihatnya. Smlm dh mcm ok..after pi klinik for 2nd time. But then pagi tadi, masa nak bgn sahur tu, rasa bdn dia panas balik...aduhhhh... So, today, Zaidi pulak take emergency and taking care of her. Balik ptg tadi, dia tgh nangis kena makan ubat. Heee...tak tau la dia ni, dari smlm..teruk beno nak makan ubat. Padahal sebelum ni...ok je. Menguji kesabaran sungguh. May be dia pun tak lalu nak makan ubat tu dah....sian anak ibu. Tak sempat poser lagi, sekolah pun tak pegi dah 2 hari. Esok tak tau lagi....aduhh..ibu benar2 susah ati..
Semua ni dugaan buat kami bagi Ramadan tahun ini. Memang menguji kesabaran. Sedih, risau, kesian, geram, ...smuanya bercampur2 dalam hati aku ni. Aku harap dia sihat la sepenuhnya...dan dihindar dari penyakit2 yang membahayakan. If setakat viral fever...tak pelah, aku redho melaluinya...jgnlah apa2 penyakit yang membahayakan..aminnn.
Hari ni, panggil bibik utk kemas rumah. Memangla rmh bersih abih...terutama dapur. Aku kena serang lagi dengan anai2. Hmm...bila dh start ada, aku rasa mmg dia dh bersarang dlm kabinet tu...adoii....nak bukak semua balik, duit lagii..mana nak carik ni...fening aku...
Tiba, balik petang ni...sibuk nk msk berbuka, boleh la pulak lubang sinki tersumbat! Bukan lubang singki dkt singki...it;s actually lubang yng tempat keluar smua air2 dari singki... Aku pun tak paham kenapa lubang tu ada dlm rmh aku kat dapur tu... Kalo tgk mmg mcm saluran dari semua rumah yang kat atas. BIla sumbat....abih la dapur aku. Dh la tu bukan air bersih...adoiii..aku tak dpt ckp apa dah.. Zaidi berusaha juga dia nk jolok smua..siap bukak lubang kat belah luar..but to no avail org kata. Dulu dh pernah jadi, kami panggil plumber...mmg la dia pam smua, kena RM300. Rupanya itu keje maintenance ofis..udah, nak claim mmg le susah...dia tolak maintenance fee. Huh, kalo tau tak yah susah2 de...geram haku. Maintenance ofis sini dah le boleh dikategori...hampeh juga le...hmmph, dugaan smua ni. Sabo..sabo..
Dlm keadaan camni, aku membasuh pinggan dlm bilik air...kesian betoi. Mcm balik dari sungai je membasuh pinggan...dok angkut2...ish..ish. Memang dugaan buat kami di bulan poser ni. Alhamdullillah, kami berdua mcm....tak ckp byk...like, sabo je lahhh.....
May be this 'hadiah' buat kami utk ulangtahun ke 8. Ada lah hikmahnya tu...menguji kesabaran dan keimanan. Yela...kehidupan ni masih panjang, walaupun sebenarnya kita tak tau sepanjng mana or sependek mana. But...di sepanjang perjalanan tu, sabar dan iman adalah antaranya yg perlu ada dlm diri.
Apa2pun...3 September tetap menjadi hari kenangan buat kami. Tarikh tu penuh bermakna kerana Allah kurniakan ianya utk 2 celebrations dlm hidup kami. Tarikh yang paling istimewa!
3 September, Happy Anniversary Wa and Zaidi, Happy Birthday Tisya!
Doakan kesihatan Tisya dan kebahagiaan dunia akhirat buat kami ya kekawan...thanks!
To my dear friend cum sister, Mint...thank u for the special post in ur blog! Thanks for the sunflower with the 2 bears. Hmm...u never missed the date, how i appreciate it! Love you mint! thank for being a good, great and amazing friend! (pegilah ke blog dia kat list sebelah ni...)
Ija, thanks for the wish! Doakan yag baik2 ye Ja... tup tap tup tap...dh 8 tahun kan Ja. 8 tahun yang penuh dengan warna warni....*wink
Rose...tima kasih wish. Sama utk kekawan yg lain...thank u!
Saturday, August 30, 2008
Hari Kemerdekaan yang ke 51 dan Ramadan 1429H
Apa2 pun aku bangga dengan Malaysia. Walau apapun keadaan politiknya, Malaysia berjaya menyerlahkan dirinya, walaupun ada beberapa perkara yang perlu dikorbankan. Apa yang penting, agama masih dijunjung, bangsa masih dihormati dan negara masih dalam keadaan aman. Allah masih tidak menurunkan ujian2 yang berat ke atas negara kita. Mungkin kerana ramai yang beriman dan beringat..alhamdullillah. Namun kini sedikit sebanyak Malaysia telah diuji. Pelbagai perkara yang dilakukan oleh mereka yang 'terleka', Allah telah tunjukkan. Semoga kita semua terlindung dari bencana besar...nauzubillah.
Ok, Ramadan yang mulia telah kembali menampakkan dirinya....alhamdullillah, kita masih bertemu dengan Ramadan kali ini, insyaAllahhhh... Tahun ini, 1 Ramadan 1429H jatuh tepat pada 1 September 2008. Tahun ini, harapnya aku dapat buat Terawih di surau. Macam tahun lepas, tak berkesempatan....sbb Tisya malam dh tido awal. Tapi, dapat juga buat sendiri di rumah....alhamdullillah. Harap mendapat keberkatan..
Malam ni, aku tinggal berdua dengan Tisya. Zaidi dari hari Rabu malam, dia ke Kenyir, memancing. Hmm...dia dah jumpa 'kaki' pancing nya. Well...in a way, i'm ok with it. Sebab itu hobby dia...eloklah dia beriadah mcm tu. Dari dia buat perkara2 yang tak berfaedah... Just that, aku riso...nanti addicted. Byk pengalaman org2 kaki pancing ni. Ada yang lupa keluarga dah...I'm not being negative thinker, tapi ada yang dah terkena...itu yang buat kita berjaga2. Nanti hari cuti aje...ada je plan sana sini pegi mancing. Sedangkan kita ni..byk hal yang perlu diisi. Harap dia beringat2..aminn. Cuma yang tak best dia ke kenyir ni, dh dekat bulan puasa. Dia akan balik esok...which aku pun tak tau..mlm ke, siang ke. Sebab dia kata sana....unreachable. Tak de line...doakan yang baik2 ajelah... Kan dah terlepas Terawih pertama...
Oklah, till then. Nak berehat2...